thePencil.org Ar RaiYan: Kenalan baru

Wednesday, January 17, 2007

Kenalan baru

Beberapa hari lepas saya menerima kunjungan emel dari seorang kenalan baru. Lulusan luar negara, dalam bidang kejuruteraan. Rupanya, suaminya adalah rakan sekelas saya semasa di sekolah menengah dulu. Orang bijak pandai mereka ni.
Kenalan baru saya ni sebenarnya selalu membaca blog saya (yang tepape ni.hehe). oo.. silent reader rupanya. ramai yang emel saya menyatakan selalu singgah di blog saya. Tapi mereka-mereka ni jarang sekali meninggalkan jejak. susahlah saya nak kenal :)
Menurut kenalan baru saya ni, dia begitu minat membaca blog saya kerana byk cerita pasal usaha dan aspirasi untuk berniaga. kenalan baru saya ini pun ada menyimpan cita-cita nak jd usahawan dari rumah.
Apalah yang ada pada saya ni. Saya kira pendapatan kenalan baru saya ni, berganda-ganda lebih banyak dari saya :).
Saya lakukan semua ini adalah minat saya dari kecil untuk berniaga. Dan.. salah satu darinya,kerana saya sedang membantu mak saya yang merupakan seorang ibu tunggal. Mak saya menghidap diabetes sejak saya masih kecil. Jadi, dia perlukan rehat dan dia perlu kurang melakukan kerja-kerja berat. sejak ayah saya meninggal, mak saya seorang sahaja yang bertungkus-lumus menyara adik-adik saya yang masih belajar. Saya terlalu kesihankan dia. Lantaran menuntut saya bekerja keras. Mungkin ini hikmahnya saya tak dapat interbiu jawatan pegawai zat makanan beberapa tahun lalu :),Allah melorongkan jalan ini rupanya. Baru saya sedar.
Aduhai kenalan baru saya,
saya mencemburui anda, kerana anda datang dari keluarga yang berada.Tidak banyak tanggungan yang perlu difikirkan (mungkin).Dapat berpeluang belajar hingga ke luar negara serta menjawat jawatan besar di dalam syarikat/organisasi.
My dear sis,"We need more mukmin professionals in the corporate world to become decision makers: from internal policy, to media advertisements, community projects, recruitment, and much more, including to become role models to fellow colleagues and staffs as well as to the society." Said your friend (juzz quote)

1 comment:

Anonymous said...

akak! seganlah saya camni... mana ada bijak pandai, pendapatan berganda, keluarga berada, jawatan besar - tak lah! kita ni, ada lebihnya, ada kurangnya, tapi impian kita yang satu dan sama, untuk mencari keredhaan Allah - jd kita bantu membantu ya? insyaAllah..

 
blog template by suckmylolly.com