thePencil.org Ar RaiYan

Thursday, July 17, 2008

Kenaikan harga...

Sana sini bercerita tentang debat. Semua blog bercerita. saya tidak mahu mengulas itu. Sudah tahu jawapannya kan!

Apa yang saya mahu sebutkan yang saya sudah abis pantang!! hehe. Sudah bebas, oh tidak. Sejak itu saya sudah mendapat kerja baru iaitu memerah stok susu untuk si kecik Tasneem. Terima kasih susuibu.com dan Aida dan kawan2 sms lain kerana membantu.

Saya sudah lama tak membeli barang-barang memasak, oo...kau tidak memasak ya? bukan. Bukan begitu, Tapi memang saya tak memasak pun. hehe. Maid yang masak. Apa yang saya nak ceritakan bukan tentang kesedapan maid saya memasak. Tetapi tentang harga barang. Sebelumni MIL saja yang membeli barang-barang. Saya kan dok ngan mertua. Ataupun saya tuliskan list barang, suami yang belikan tanpa saya ketahui berapa total harga barang.

Sudah lama tak buat biskut n kek. Semalam saya ke kedai bahan-bahan bakeri. Terkejut sebenarnya buttercup rm3.90, mak aii... tahun lepas saya buat kek batik, buttercup hanyalah rm2.70 (aiyaaa... apa aku sudah ketinggalan, keluar dari gua kah aku?hehe). Tepung? mak! tepung gandum cap sauh rm 2.70!!
Gi mana aku mau berniaga?? uhuk uhuk... terbatuk-batuk membayar harga barang. Maklumla jarang berbelanja, selalu memesan pada suami aje.

saya: abang, mampuih kita tak leh buat kek batik dah, butter aje nak dekat 4 ringgit!
abg: ha... baru tau! sebelum ni dok memesan aje suh beli ( takde le dia cakap gitu, saya je yang menambah ayat2 belakang tu.hehe)

Seminggu sebelum tu,
Saya: hissh... kita tukar kereta baru lah. Penatla naik kancil. Saya rasa nak beli CRV la. Motivate sket!
Abg: hello my dear, sape yang kena full tank kan minyak tu?

ops lupa, tahun ni baru 1 kali saya isi minyak sendiri. hehe.

p/s: Moga Allah melindungi keselamatan Pck Anwar!!

Monday, July 07, 2008

He is 29th...

Happy 29th Birthday to my silent romantic man...

Berpagi-pagi pulun siapkan Blueberry Cake. Pertama kali membuatnya. Terima kasih kak Pnut yang mengajar menggunakan 'whipping cream' melalui sms je. Sempoi punya cikgu. hehe.

Betoi cakap kak Pnut, kalo dah buat pertama kali mencuba resepi dan agak menjadi... rasa semangat pulak nak buat dan try resepi-resepi lain :)

Alhamdulillah hasilnya...




Belahan Jiwa Saya...


kakak ibah yang turut mengaku kek harijadinya.haha

dan...
Ini pula keadaan anak saya pabila dijaga oleh babanya. Suka-suka baba letak anak merata-rata. adake letak atas meja ofis. Bahaya betul.



Friday, July 04, 2008

Harapkan Pagar...

Kedai kami dikejutkan dengan kehilangan wang. Hairan pada mulanya. Takkan ini keja staf. selepas tu dikejutkan oleh beberapa penyewa lain tentang kehilangan barang/ duit di kedai mereka juga. mereka kata sebelum ni lagi barang/duit mereka pernah hilang di kedai. tapi mereka tiada bukti. Aik... ini tak boleh jadi !! Siapa punya kerja ni?? Sedangkan bangunan Plaza Kangar ni 24jam di jaga oleh 2 orang sekuriti guard.

Kebetulan dan amat bernasib baik kedai kami berada bersebelahan office dan bilik pengurusan Pasaraya Hafifah. Maklumla, kedai sewaan MARA, manader cctv macam Tesco ke, giant ke..masing-masing pemilik kedai le kena pasang sendiri sistem tu. Sekarangni, pasaraya Hafifah aje yg pasang sendiri CCTV mereka. Jadinya CCTV Hafifah terhala juga ke pintu kedai kami.Ya... dapat melihat susuk makhluk berpakaian putih menutup kepala dan muka, memasuki kedai kami jam 4 pagi. Hantu kah? kalo hantu, buat apa la dok dalam kedai buku selama 1 jam. Baca kitab ke?

Memang tak dapat dikenalpasti pencuri tu sebab bertopeng menutup semua. Sebab dia dah tahu, depan pintu kedai kami ada CCTV milik pasaraya. Pencuri tu cuba sedaya upaya mengelak dan membelakangi CCTV. menggunakan master key, membuka roller shuttle kedai. Senang n suka-suka aje masuk selama 1 jam, selama 3 hari (hari tertentu) pada setiap jam 4 pagi. kebetulan kebanyakan kedai di plaza menggunakan pintu roller shuttle aje. Senang la dia proses dan amek masa yang lama pula.Pencuri ni memikirkan long term punya kecurian, diambilnya sedikit demi sedikit wang di setiap kedai mungkin. Supaya pemiliknya tak perasan akan kehilangan wang dan dia boleh masuk mencuri lagi selepas ini.

Takkan kerja orang luar sedangkan seluruh bangunan dikawal dan dikunci. Pastinya kerja orang dalam yang arif tentang selok belok bangunan tersebut. Laporan polis sudah dibuat, suspek pun sudah dikenalpasti. Harap-harap pak guard yang sorang tu tak baca blog saya. hah!!

Harapkan pagar....

Saturday, June 28, 2008

New Arrival

Baru tiba di kedai harini. Those yang minat warna dull or gelap macam taste saya, ok ler.hehe.



Brand:Sumayya
Colour:Dim Grey Stripe
Available Size:S,M,L,XL,XXL,XXXL
Prize:RM 40



Brand:Sumayya
Colour:Yellow Grey
Size Available:S,M,L,XL,XXL,XXXL
Prize:RM40

another new catalog for new tshirt...

Friday, June 27, 2008

Wan Tasneem Sofiyya

Menanti saat-saat akan dibotakkan! bergambar kali terakhir sebelum botak.hehe







Untuk tatapan mak n pak sedara sekelian yang berada jauh di perantauan ;)
Cik Qis di USIM, Cik Syah di Ireland,Cik Denz di UIA, Cik Jah di Shah Alam, Alang Nad di UKM

Friday, June 20, 2008

Ekspo Usahawan

Alhamdulillah... ekspo usahawan bumiputera selesai sudah selama 10 hari. 3 hari aje saya dapat berpeluang round ekspo dalam keadaan sarat n berat,tak jaga gerai sendiri pun sebab dah hire 2 orang staf. Kami round2 gerai orang aje. tu pun tak round abis. Sempat kutip brochure biz venture yang saya minat, suami sudah risau... takut terberanak masa ekspo karang. Asyik jalan aje.

Hari keempat ekspo, selepas subuh...perut mulai terasa sakit. Due nye esok, tapi saya sudah merasakan 'sign' nyer...
Mujur awal-awal lagi sudah stanby staf untuk jaga ekspo, sebab memang dah plan. So suami tak risau sangat

Hari pertama ekspo sudah lalui pengalaman pahit. tiba-tiba hujan turun dengan lebat, kebetulan suami dan saya pulang ke rumah mama kat penang. Gerai buku kami basah. Abis rosak beberapa buah buku. Ada buat tuntutan, tapi pihak ekspo dan kontraktor yang tepape tu tidak mahu bertanggungjawab. Buku terbaru yang mahal-mahal pulaktu.Takpela abang, inile dugaan n cabaran bisnes. Mendidik kita supaya akan datang lebih berhati-hati dan bersedia dengan apa juga keadaan (hujan especially). Buku kalo kena air, alamatnya rejectla. Kena buat lelong. Sekarangni tengah lelong buku kat kedai... less 30%. takde le rosak teruk, cuma ada kesan air tepi2 nya. nanti saya tunjukkan gambar, ada sesiapa yang ingin membeli lelong buku2 ini pun leh juga. Buku bagus2, PTS,TelagaBiru n Saba. Malah ada yang hardcover.Huhu.

Dan...
Alhamdulillah...seakan tidak percaya tshirt labuh dapat dijual sebanyak 100 helai disepanjang ekspo. Satu perkembangan yang bagus. Ini kali pertama tshirt di bawa keluar ke ekspo/orang ramai. Ramai customer terkilan sebab hari-hari akhir tshirt sudah kehabisan saiz. Huhu. Maaf banyak-banyak alahai. Rezki baby ekspo ni :)

Thursday, June 05, 2008

Kehadiran Orang Baru...

Alhamdulillah...sujud syukur....
Selamat melahirkan anak kedua, girl juga seberat 3.35kg di Mahsuri Medical Center, Jitra pada 3 Jun jam 10.35 pagi. Agak mencabar perjalanan suami memecut kereta dari Bukit Mertajam je Jitra. Lepasni tunggu surat saman speedtrap laa.hehe

p/s: laporan seterusnya di blog ::SUAMI TERCINTA::

Thursday, May 29, 2008

Promoting TAMU kali ke 6

Dah lama tak update, sibuk dengan kerja-kerja sebelum bersalin. Harini lega, tugasan siapkan nametag Tamrin dan Muqayyam Tunas Taqwa (TAMU) dah selesai. Terus serahkan pada makcik Anum. Rasa ringan aje bila keja-keja TAMU ni dapat disiapkan sebelum saya bercuti panjang.

Oh ya, WJIM Negeri Perlis akan menganjurkan Tamrin dan Muqayyam Tunas Taqwa (TAMU) pada 2-5 Jun nanti di JPS Esplanade, Pengkalan Asam di mana menghimpunkan 100 orang anak-anak sekolah rendah (anak-anak JIM especially) yang datang dari Perlis, Kedah, Penang n Perak. Pendaftaran sudah di tutup. Limit takat 100 aje. kalo tak, mau pecah chalet Pengkalan Asam tu. huhu. Tiap-tiap tahun saya berkampung bersama anak-anak ini, cuma kalini aje tak dapat turut serta memandangkan due bersalin tarikh tu. Tapi pengarah TAMU pesan juga, kalo belum bersalin, datang tau makan kenuri kat tempat program, kita tumbangkan 2 ekor kambing, coz ada orang buat kenuri aqiqah. Hiks.

Tuesday, May 27, 2008

Alhamdulillah...

Selesai sudah berjualan di MATRI selama 3 hari. Ada sambutan 2 dekad MATRI. Sales boleh tahan juga.Tapi walau sehari pun saya tak dapat pergi dek demam, batuk dan selsema. Suami aje meng update tiap-tiap hari bila pulang ke rumah. Fatimah Syarha, penulis buku Tautan Hati tu siap parking ket gerai kami untuk sain autograf para peminatnya. saya minta abang ambilkan gambar sebab tak dapat jumpa. La... kamera abis bateri pulak. Abang selalu cenggitu. huhu.

Terima kasih Aminah kerana membantu, jadi full timer jaga gerai. Sales tshirt labuh seakan -akan tidak percaya. Laku keras juga. Alhamdulillah syukur...surut la sikit stok di kedai tu.Sales tshirt di kedai pun alhamdulillah, time gaji la katakan....

Hmmm... dapat berkenalan dengan supplier tshirt yang baru :), siap datang discuss kat umah sebab tokehnya (saya le) demam . Dilihat offer yang berpatutan!
Insyallah...dok cadang-cadang tu nak keluarkan brand sendiri pada tshirt kanak-kanak. Masih mencari nama dan jenama. huhu. Banyak juga keja ni, kena design lagi, nak memikir lagi.Doakan!

p/s: laporan seterusnya di blog ::BOS::

Thursday, May 15, 2008

Musim Harumanis



Sekarang musim mempelam harumanis. Ini buah trademark negeri Perlis.Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Perghh sedap. Mujur saya belum bersalin lagi boleh la pulun puas-puas :). Bertuah juga kerana ayah mertua saya menanam pokok harumanis di depan rumah. Tiap-tiap hari boleh makan sementara musimnya ni.

Tengahari tadi selepas membuat penghantaran tshirt di jeti Kuala Perlis, saya sempat melihat Festa Harumanis 2008 yang telah dirasmikan pagi tadi oleh Raja Perlis. Ada makan-makan pulut mempelam.Tapi kami tiada kesempatan untuk berjalan-jalan di sana memandangkan hujan lebat tengahari tadi. Orang ramai pun berkumpul bawah khemah je dengan tempias hujan lebat. Last2 singgah ke kedai KakSu Laksa Perlis. Pekena sampai 2 pinggan. Buat bekal sebelum bersalin.hehe


Festa Harumanis 2008
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)


Jualan Harumanis dari Jabatan Pertanian
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)

Hebat juga penangan mempelam ni ya. Setiap kali kami membuat penghantaran tshirt melalui courier ktm dan skynet, penuh berkotak-kotak harumanis dalam lori courier tu, bila ditanya... sedara mara mereka di luar perlis yang memesan katanya. uish, sampai pos mengepos ek!

Sabtu lepas mak saya siap datang dari Penang mencari mempelam ini dan memborong untuk dibawa pulang. Mak saya memborong macam nak meniaga pula. Padahal beli nak makan dan beli untuk sedara mara yang memesan.

Mari! Mari! Mari! Singgahlah ke Perlis :)

 
blog template by suckmylolly.com