thePencil.org Ar RaiYan

Friday, September 11, 2009

Survivor...

Semalam abang n ayah ke KL. Amik Aminah yang berkursus. Ummi mengambil kesempatan meluahkan hatinya. hehe. jeng... jeng...saspen aje.

Katanya, kawan saya nizah ada bagitau kekosongan part time lecturer kat xxx. Saya terus assume jawatan tu untuk Aminah ya? Yelah, skarang ni Aminah je yang masih berkebun anggur :)
ummi kata tak, untuk Saif. Aik... apekah??

Saif tanak mengajar ke? ummi risau tengok kedai korang sunyi macam takde orang je. Sales ok ke? Risau kalo korang teklah survive. See... mak yang tolong risaukan...hiks

Mak mana yang tak risau, anak menantunya terkontang kanting lagi, kais bulan ni, makan hujung bulan. haha. Manakan nak bayar kereta 3 biji tu (termasuk kereta mak saya di Penang), anak nak masuk 3 orang, rumah pun tak buat lagi. bayar loan lagi, bil itula, bil ini la...banyak nau expenses..

Sebenarnya, yang saya nampak. Mertua saya nak sangat anaknya jadi lecturer. Masuk government. secure. Anak menantu yang lain bakal doktor n phd. Tapi suami saya buat dek aje. Minatnya ke lain. Suami saya result bagus, dean list straight sem. Tapi masternya tak abis. tinggal nak buat thesis aja lagi. Satu sem aje. sayang kan? saya rasa macam nak pi sambung aje thesis dia tu. tapi nak buat cemana, kekangan masa. Sibuk, tiada kesempatan memikirkan masternya. Kalo tak, mesti sekarang ni saya ikut suami buat phd kat Menchester ka, France ka. hehe. Macam adik-adik ipar Khadijah n Aisyah yang mengikut suami masing-masing.

Takpe ummi, berdoa sajalah, mana nak tau akhir-akhir nanti Saif tu tetiba jadi lecturer ka, pegawai akaun ka. haha. Saya berseloroh, tapi ini bukan memain, doa ibu tiada hijab tau.

Eh abang, kalo nak jadi pegawai akaun, keja la kat LHDN ka... leh adjust2 sket cukai kita tu. muehehehehe

Saya ada sampaikan hal ini pada suami, pasal kerisauan ummi tentang kita. Kata saif, "usah terlalu risaukan masa depan, pastinya Allah sudah menjanjikan rejeki buat kita semua". itu kata-kata Aa Gym.Ya, ceramah Aa Gym banyak memberi motivasi pada saya. Selalu mendengar dalam kereta, siri ceramahnya yang kami beli dari Bandung bebaru ni.

hmm... moga Allah berkati segala usaha kita...

Saya? saya mau meneruskan perniagaan saya. Saya sudah selesa menjadi bos yang gila kuasa. muahahahaha

hmm...apa aku merepek di bulan puasa ni. pi sambung tadarus cepat!!

Tuesday, September 08, 2009

Miskinnyer Tasneem

Tengahari sewaktu saya di kedai, kakak Ibah call bagitau "ummi, miskinnyer Tasneem, kasut dia yang coklat tu dah terkoyak", saya menjawab, "pakai sajalah kasut baru yang pink tu". "takde la ummi, kasut tu ada dalam kereta baba".

Petangnya saya pulang ke rumah, nampak tasneem bersama 'kasut miskinnyer' (bak kata Kakak Ibah)

Alahai miskinnyer terkoyak sampai nampak ibu kaki. haha. Kakak Ibah dok bantai gelak. Seronok tengok ibu jari kaki adik terjulur keluar. Adik rilek aje dok jalan-jalan kat depan umah macam takde pape berlaku.Macamle takde kasut lain si Kak Ibah ni pakaikan, kasut koyak jugak yang dipakainya ker adik. uhuk. si kakak pun! harapkan pagar...

Monday, September 07, 2009

Hadiah harijadi in advance

Hari lahir kakak Ibah yang ke 5 tahun ialah next week. 19 sept, sehari sebelum raya. Tapi sekolah akan bercuti awal, jadi kalo nak celebrate dengan kawan-kawan tadikanya, kena la buat hari last cuti tu, 17 sept kot mula cuti. Lupa la pulak bila. hehe.

Petang tadi ke Alor Setar jenguk kedai kat Star Parade, sesambil tu terpikir tahun ni tanak bagi pack makanan ringan dah ler kat kawan-kawan dia, bagi kek dan hadiah seperti games atau benda yang boleh digunakan. Singgah kat sebuah kedai mainan, beli jigsaw puzzle 40 pack untuk kawan-kawan kak Ibah. ok la tu, sesambil cuti raya, sesambil diorang buat .

Untuk kak ibah, dia dah lama request barbie yang banyak baju sampai 10 pasang (ntah yang ke berapa ekor la ada kat umah tu). Asalnya nak bagi masa hari jadinya, tapi tah terkantoi pulak, dia nampak dulu. bagi ajelahh.... janji dia gembira sesangat
Kalo beli kat Kakak Ibah, Tasneem pun kena ada juga. Bagi dia set pancing ikan yang pakai bateri tu. High level punya mainan, mana dia reti nak main lagi. Pegang pancing pun tatau. sebenarnya beli set tu sebab nak challange main ramai-ramai. hehe.

Melopong aje Tasneem tatau nak main, ikan tu jalan laju sangat sampai tak sempat nak pancing. last-last tasneem ngelat, agaknya dia geram kot. dia tangkap ikan tu guna tangan dia. hihi .semua jerit, alaaaaaahhhhh!! spoiled je Tasneem nih
Minat betoi Tasneem dengan set barbie kakak Ibah, mengekor aje mana Kakak ibah pegi, nak main skali la tu..
tu diorang sedang on da way nak gi main kat atas buaian.

Tuesday, September 01, 2009

ISU KARTIKA - Tangani dengan objektif dan rasional

Di awal bulan mulia Ramadhan dan di ambang sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52, Malaysia digemparkan dengan isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Pelbagai pihak memberikan maklumbalas yang berbeza, sementara media dalam dan luar negara pula menggembar-gemburka n isu ini hingga ianya menjadi satu polemik yang sensasi. Menurut perkembangan terkini, hukuman tersebut dikatakan akan disemak semula oleh pihak Mahkamah Syariah Pahang, atas desakan dan tekanan yang diterima.

Wanita JIM berpandangan perlunya isu ini dilihat dan dinilai dengan penuh objektif dan rasional, tidak semata-mata penuh emosi dan sensasi. Beberapa persoalan penting yang timbul berikutan polemik ini memerlukan jawapan tepat dan tindakan segera agar isu ini dapat selesai dengan cara terbaik, tanpa menggadaikan kredibiliti dan mengaibkan sesiapapun, khususnya institusi kehakiman syariah yang memayungi kehidupan umat Islam di Malaysia selama ini, juga tidak Kartika Sari Dewi dan keluarganya.

Isu hukuman sebat Kartika menimbulkan banyak persoalan, antaranya :
1. Sejauhmanakah sebenarnya tahap kesungguhan dan kesediaan umat Islam di Malaysia , struktur sistem pentadbiran dan kepimpinan negara yang ditunjangi oleh orang Islam dalam mempraktikkan ajaran Islam yang syumul dan menjanjikan kesejahteraan yang hakiki? Apabila mahkamah syariah di sebuah negeri menghukum dengan peruntukan enakmen yang diluluskan melalui prosedur yang betul, mengapa begitu ramai yang mempersoalkan keadilan dan kebijaksanaan keputusan tersebut? Bukankah itu boleh dianggap sebagai menghina mahkamah? Bagaimanakah pula caranya kejahilan dan kekeliruan umat Islam ini boleh diatasi – sehingga dibimbangi akidah dan keyakinan mereka begitu mudah terhakis dan tergugat, mengambil pendirian lebih berdasarkan emosi dan bukan berasaskan fakta dan sumber ilmu yang sahih?

2. Bagaimanakah boleh terjadi ketidakseragaman sistem, di mana apabila hukuman telah dijatuhkan oleh pihak penghakiman berdasarkan bukti dan hujah pihak pendakwaan, pihak pelaksana pula yang belum bersedia untuk melaksanakan hukuman tersebut kepada sipesalah? Di manakah silap dan salahnya, sehingga jelas sungguh ketempangan dan kekurangan yang ada dalam sistem kehakiman syariah di negara ini? Sampai bilakah harus berlaku perkara yang boleh memalukan institusi Islam khususnya dan umat Islam amnya?


3. Sampai bilakah agaknya, umat Islam di Malaysia terhalang dari menjalani kehidupan beragama sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Berapa ramai lagi orang Islam yang ikhlas dan insaf serta rela diadili dan menerima hukuman yang ditetapkan oleh kehakiman Islam tidak terbela dan dihalang dari melaksanakan ajaran agama mereka, sebagaimana juga Kartika Sari Dewi? Bagaimana pula dengan golongan yang menggelar diri mereka Muslim, namun terang-terangan tidak langsung menghormati ketetapan agama, malahan sentiasa pula mencemuh, memperlekeh dan mempersendakan Islam itu sendiri?

Wanita JIM menuntut jawapan yang tegas dan tindakan susulan yang segera bagi semua soalan-soalan di atas. Selagi mana tiada usaha merungkai persoalan asas tersebut, umat Islam di Malaysia akan terus menerus diselubungi kemelut kekeliruan dan kejahilan yang semakin menebal dan merugikan.

Wanita JIM mendesak agar semua pihak yang `menangguk di air keruh’, menggunakan kemelut isu hukuman sebat Kartika ini sebagai satu lagi `bukti’ ketidakadilan syariah Islam yang dianggap sentiasa menindas wanita, memberhentikan segera tindakan tersebut. Dalam masa yang sama, Wanita JIM menuntut sepenuh komitmen dan kebijaksanaan yang sewajarnya dari pihak kehakiman syariah di Malaysia agar segera melipatgandakan usaha meningkatkan kredibiliti institusi tersebut demi menjaga maruah dan nama baik Islam di mata masyarakat Malaysia dan antarabangsa.

Untuk Kartika Sari Dewi dan keluarganya, Wanita JIM mendoakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan dan sokongan untuk beliau menghayati kehidupan Islam yang sejahtera. Segala kesilapan dan dosa yang lalu, biarlah kekal menjadi sempadan dan peringatan

Semoga kemelut isu Kartika juga menjadi `pembuka mata’ kepada kita semua, betapa perlunya umat Islam di negara ini kembali kepada akidah yang sahih, penghayatan ilmu yang mantap dan keazaman yang tinggi dalam mempraktikkan Islam dalam kehidupan.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj

Ketua Wanita Pusat

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Monday, August 31, 2009

Our 6th Annyversary


Ya sudah 6 tahun kami berkahwin. sudah 6 tahun jugakla saya menjadi isteri kepada belahan jiwa saya ini. Tanggal 31 Ogos 2003.... indahnya jika dikenangkan saat-saat itu.

Setiap kali soalan yang sama ditanya, "sayang nak hadiah apa?", "semua dah ada, bang", jawapan yang sama juga saya beri setiap tahun. haha. jika mau bagi hadiah, bagi sajalah yang oi, takyah tanya.haha

Tapi itulah dia, suami saya. jarang-jarang saya tuliskan entry khas mengenainya. The most silent romantic man bukan jenis orang romantik ni, gitu la kot. Ada caranya tersendiri menunjukkan caring dan kasih sayang. Kadang-kadang nak panggil saya 'sayang' kena tunggu kami berdua bersama anak-anak je, takde sesapa kat situ (orang luar) , baru dia nak panggil. bosan betoila.haha

Betapa saya bersyukur dianugerahkan seorang suami sebegini. Melalui perkahwinan ini banyak mengajar saya segalanya, mematangkan saya, mengajar saya untuk menerima dan memberi, mengajar saya untuk tidak mementingkan diri sendiri. Teringat masa tahun-tahun awal perkahwinan dulu, saya selalu merajuk. Mungkin dalam proses mengenali pasangan, selalu terasa hati, susah nak bertolak ansur, sikap keanak-anakan saya masih lagi terbawa-bawa. Sekarang baru faham setelah 6 tahun madrasah perkahwinan ini mengajar saya. Suami selalu perli, sekarang ni saya susah nak merajuk, cool aje. Kalo dulu, sket2 merajuk n nak nangis. haha. Sekarang dah nak masuk anak 3 orang la bang...

Kadang-kadang nak merajuk pun takde masa, dan jarang sangat ada salah faham, agaknya semakin hari kita semakin faham kehendak pasangan kita kot. Kita tau apa yang dia suka n apa yang dia tak suka, begitulah juga sikap suami terhadap saya. Walaupun bekerja sekali, sentiasa bersama, tu pun masih banyak hal nak diceritakan baik dalam kereta, mau pun semasa makan. Bercerita itu ini macam jarang berjumpa pulak

Saya mengakui, saya bukanlah isteri yang baik seperti didambakan olehnya (mungkin), tapi saya cuba sedaya upaya saya untuk bahagiakan dirinya. Saya juga mengakui suami saya pun ada kelemahannya. Ada juga perangainya yang saya memang tak suka. Tapi dalam banyak-banyak kebaikan dia, takkan satu dua perangai buruk itu aje yang saya nampak sangat. Kan!
Suami dan isteri saling melengkapi....

"Abang, sempena ulangtahun perkahwinan kita ini, inginkan sayang meluahkan segala pengorbanan abang yang tak pernah sayang lupakan sepanjang hidup sayang. Hanya Allah yang dapat membalasnya..."

- Saya terharu suami saya memenuhi keinginan saya untuk mendapatkan kereta itu. CRV 2nd Edition kaler biru tu menjadi milik saya akhirnya. mujur saya tak mintak kereta baru kan! hehe. Terima kasih kerana memenuhi impian saya...

-Seingat saya, tahun ni.. saya belum pernah isi minyak kereta. Seperti tahun-tahun sebelumnya. Sepanjang tempoh 6 tahun perkahwinan, rasanya 5-6 kali isi minyak. purata setahun sekali. tu pun isi rm10 untuk diri sendiri je.

-Saya tak pernah mengeluarkan duit sendiri untuk perbelanjaan keluarga, pendapatan dari Nusayba Design hanya terus masuk ke akaun saya, kegunaan saya. Saya cuma berbelanja untuk diri sendiri, dan sekali sekala membeli baju anak-anak. Suami saya amat memahaminya kerana saya ketika ini sedang menyara mama dan adik-adik, membayar kereta mama dan sebagainya setelah kami kehilangan ayah sejak 3 tahun lalu.

- Saya terharu apabila suami membantu membiayai keseluruhan modal dan kelengkapan pembukaan Butik Tshirtlabuh di Star Parade, ianya 100% dari simpanan suami saya. Makan berbelas ribu juga.

-Setiap kali dia meminjam duit saya (kebetulan dia takda cash tika itu), dia pasti membayarnya semula. Tapi jika saya pinjam duitnya, jarang sekali saya membayarnya. kira halal ye bang :)

-Saya sangat menggilai udang, setiap kali kami makan di kedai, saya selalu memesan makanan yang ada udang besar. terutamanya char koew teow peberet saya. Tapi masalahnya saya malas nak kopek udang, nanti kotor tangan. Setiap kali itulah suami saya tolong kopekkan udang untuk saya dan habiskan makanan yang saya tak larat nak abiskan

- Kalo anak-anak berak, dia yang tolong basuhkan dan buat susu anak pepagi. Ini rutin hariannya. Saya hanya basuh berak anak bila suami takda atau suami tidur, tu aje. Alasannya, sebab saya ngah pregnant, tak larat. Tapi time saya tak pregnant pun, suami juga yang basuhkan.heee . Dulu masa takda maid, setiap pagi dia mandikan anak siap-siap dan saya mandikan sebelah petang. Kadang-kadang sebelah petang pun dia mandikan sekali. hehe

-Suami saya suka mengemas, berbanding saya. Kalo saya dan anak-anak balik kampung tanpa dia, bila kami balik semula ke Perlis, bersih aje bilik n lantai.

-Saya banyak cakap, suami saya dengar aje cerita saya. luahan saya. impian dan angan-angan mat jenin giler saya. Saya rasa (agaknya) walaupun dia boring nak dengar, tapi dia dengar aje. hehe. Lagipun suami saya jarang bercerita jika saya tak tanya, so kalo ada apa-apa cerita sensasi, saya kena tanya dia, baru dia nak buka mulut cerita. itu sifat orang laki kot.

-Suami saya jarang marah, kadang-kadang saya lupa bila last dia marah. Tapi saya tahu, kalo dia marah, dia diam tak cakap. Tu tanda dia ngah marah kot

-Sebelum beli atau buat apa-apa, selalu begitau saya dulu. Saya rasa dihargai. Tapi semua suami orang lain pun macam tu kot? haha

-Jika dia balik agak lewat malam, dia call tanya, nak burger oblong ke? mee goreng mamak ? char koew teow atau nak beli nasi goreng ikan masin? nanti balik makan sama-sama. Sedangkan saya kalo kat luar, saya tak pernah pun tanya kalo-kalo dia nak pesan apa. apa la saya ni. Saya terlupa nak tanya la. aduh.

-Setiap malam, jika dia nak turun bawah ke dapur, dia akan tanya... nak pesan air apa? Air kokonya sedap sekali.

-Suami saya banyak mempengaruhi hidup saya, pemikirannya, hobi dan kegemarannya, perangainya, buatkan saya terikut-ikut samada yang baik dan yang buruk (yang buruk tu bahaya nih.hehe)

-Saya tahu kemana dia pergi dan apa dia buat bila saya tiada kat situ, sebabnya kejap lagi mesti dia terbagitahu. hehe

Tu beberapa hal yang saya tak dapat lupakan sepanjang 6 tahun berkahwin.Bayangkanlah jika insan seorang ini tiada dalam hidup saya. Kadang-kadang bila suami pergi ke program contohnya 2 hari. Saya rasa kehilangan dan sangat tensen. Sebab banyak kerja, suami yang biasa lakukan.

Saya memohon pada Allah agar diampunkan segala dosa saya selama saya menjadi isterinya. Moga Allah sentiasa merahmati suami saya dan perkahwinan kami serta zuriat yang solehah, cemerlang di dunia dan akhirat. Semalam saya minta maaf dan ucapkan annyversary,sampai nangis-nangis pulak saya ni.hehe. entah terharu pula hati saya. Padahal setiap kali lepas solat, ada minta maaf. Tapi rasa biasa aje, cuma semalam agaknya betul-betul dari hati, mungkin.

Selamat ulangtahun perkahwinan abang, hope our love will grow stronger day by day. Ameen. Love u so much!

p/s: Abang harap-harap rumah kita cepat la siap ya.hehe. tak sabar nak duduk rumah sendiri

Saturday, August 29, 2009

Cheese Tart

Salam,
untuk Mck Elhuda nun jauh di Kelantan. Kiss untuk Huzaifah n Habeeb. Selamat mencuba!


Blueberry Cheese Tart (sumber: Alex Goh)


untuk pastry

Bahan A

200 gm butter

100 gm icing sugar

¼ Vanilla Essence (saya tak letak pun)

Bahan B

1 biji telur

Bahan C

420 gm tepung gandum

1 sudu besar tepung susu (saya tak letak pun )


Caranya:

  1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi sehingga gebu
  2. Masukkan (C) dan gaul hingga sempurna
  3. Tekankan dalam acuan tart. Tusukkan lubang dikulit pastri dengan garfu dan bakar pada suhu 190 C selama 15 minit atau sehingga kuning keperangan

Inti:

Bahan (A)

250 gm Cream Cheese (saya guna tartura cream cheese)

50 gm castor sugar

Bahan (B)

1 biji telur

Bahan ( C)

25 gm whipping Cream

Bahan (D)

20 gm tepung gandum

Hiasan: blueberry filling dalam tin (optional:tu kalo ada, kalo tak letak pun masih sedap)

Cara:

  1. Pukul (A) sehigga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul sehingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan sehingga sempurna
  2. Tuangkan inti ke dalam kulit pastry yang telah dibakar tadi dan letakkan filling blueberry di permukaan atas
  3. Bakar pada suhu 200 C selama 10-12 minit





pastry belum masak


pastry dah masak

boleh juga di letak filling strawberry ke dan buat corak2 macamni, tapi untuk saya di rumah tak sempat dah. hehe

Friday, August 28, 2009

Quran Tafsir Perkata dilengkapi Asbabun Nuzul

salam, untuk pembelian sila ke:
http://www.quranonline2u.com/

Al-Qur'an Tafsir Per Kata

ANTARA YANG PERTAMA DI DUNIA


Betapa nikmat membaca Al Qur'an kalau paham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab. Itu bukan khayalan lagi tetapi kenyataan dengan Al-Qur'an Tafsir Per Kata.

Al-Qur'an Tafsir Per Kata ini mempermudah kita dalam memahami erti dan isi al-Qur'an. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul dan Terjemahan yang memperkayakan Al-Qur'an Tafsir ini. Baru dilancarkan pada 27 Jun 2009.

Ukuran : 21 cm x 29 cm
Halaman : 616 muka surat
Cover : Hardcover
Kertas : Special QPaper

Harga Pengenalan : RM 130.00 (Harga Biasa: RM 160.00)
FREE POSTAGE (Sem. Malaysia)






Apa kata Ulama dan Ahli Tafsir :

"Ini akan membuat Anda mengetahui makna dan tafsir setiap kata dari ayat Al Qur'an" ( Dr.Hidayat Nur Wahid, Ketua MPR RI )

"Tafsir Qur'an Per Kata lebih dari sekadar terjemah Al Qur'an" ( KH.DR.Muslih Abdul Karim,MA Dosen Institut Ilmu Al Qur'an

"Tafsir Qur'an per Kata adalah cara cepat belajar memahami Al Qur'an" ( KH.DR.Ahzami Samiun Jazuli, MA , Dosen Tafsir Pasca Sarjana Univ.Islam Negeri, Jakarta )

"Tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami Al Qur'an" ( DR.Amir Faishol Fath,MA Doktor bidang tafsir )

Tafsir Qur'an Per Kata ini sangat membantu untuk memudahkan pemahaman al-qur'an yang dibutuhkan oleh setiap Muslim. (Prof. DR. Ahmad Satori -- Guru Besar Universitas Islam Negeri 'Syarif Hidayatullah' Ketua Umum Ikatan Da'i Indonesia (IKADI) ).

Tafsir Qur'an Per Kata merupakan kontribusi ilmiah terhadap al-Qur'an dengan merujuk kepada referensi yagn mu'tabar (diakui). Sebuah tafsir yang wajib dimiliki olelh setiap muslim yang ingin merasakan kelezatan membaca al-qur'an. (Ustadz Ahmad Kusyairi Suhail, M.A -- Ketua Sekolah Tinggi Ilmu Ushuluddin 'Darul Hikmah' ).

Baru pertama kali ini saya menemukan tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami al-Quran. Tafsir ini sungguh sangat bermanfaat bagi pembaca yang tidak paham bahasa Arab dalam memahami maksud kata per kata dari ayat-ayat al-qur'an. (DR. Amir Faishol Fath, MA. -- Doktor bidang Tafsir dari International Islamic University, Islamabad, Pakistan).

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan Al Mubarak! Semoga ramadhan kalini ini lebih baik dari sebelumnya. Pembukaan hari pertama ramadhan ini ada program tadarus dengan adik-adik dan kawan-kawan di Masjid Alwi jam 8-10 pg, abis 2 juzuk harini, harapnya Ramadhan kalini khatam awal sket dari sebelumnya sebab tahun ni pregnant, puasa sepanjang bulan. Sejak sebelum tiba ramadhan, saya berdoa sangat-sangat agar diberi kekuatan di bulan ramadhan sebab sebelumni asyik lapar aje, sket-sket makan, pastu buat keje jap dan makan lagi.huhu masa routine checkup last week, nurse tegur supaya jaga makan sebab berat naik hampir 2 kg dalam masa sebulan. aiyaark!
"Ya, Allah berilah kekuatan untukku beribadah kepadamu di saat aku dalam keadaan begini Ya Allah!"

Masa kat Masjid semalam, saya kagum dengan group makcik-makcik ni (kira pangkat nenek kot) yang bertadarus berhampiran dengan group kami. Bulan ramadhan ni mereka setiap hari bertadarus sejak lepas Subuh sehingga jam 9.30 pagi. Sedangkan group kami ni hanya buat hari Sabtu aje, sebab hari lain kena pergi kerja.

Harini berbuka di Alor Setar (umah sepupu) sebab tokma n adik-adik datang berbuka kat sana. Kami pun join la. Sempat buat cheese tart dengan Kakak Ibah, ni dia yang buat. Comot mekmot aje kami buat. Takpe, nak makan sesama kami. hehe. tapi jangan risau, sedaaap. haha. untung juga ada Ibah ni, dia tolong basuh bekas-bekas semua. Amek kerusi tu berdiri kat sinki. Bab-bab main air, dia memang rajin!
ini je yang sempat amek gambar, yang lelain dah bawak ke alor setar semalam

Oh ya, tahun ni saya tak buat bisnes kuih raya. tak larat. Ramai kawan- kawan yang nak menempah cookies n tart nenas, mintak maaf kawan-kawan, tahun depan insyallah. Tahun ni saya pulak dok memesan kuih raya kat diorang. hehe

Pulang dari Alor Setar semalam dalam jam 11 malam, hujan lebat sangat. Alhamdulillah selamat tiba. Anak-anak semua tertido dalam kereta termasuk la saya.

Friday, August 21, 2009

Cerita Tasneem

Sebelumni citer Ibah, ni cerita Tasneem pula.lama tak bercerita pasal anak-anak ni. Kalo citer bab anak, sampai esok pun tak abis. Lucu telatah mereka

Tasneem dah boleh berjalan. Baru aje boleh awal Ogos ni. Sebelum ni meniti kat tepi-tepi dinding aje.Sejak boleh jalan ni, satu rumah ditawafnya. Baru dapat kaki katakan. Tapi kena beli kasut saiz 3 sebab kasut-kasut sebelumni dah tak muat. Kadang-kadang kasut Ibah pun dibedalnya.
kemain lagi, nak main macam budak besar, tanak orang pegang-pegang dia

Bebaru ni beli durian, Tasneem punya la gelak dan perati durian tu hampir setengah jam mengadap durian. sambil gelak, jerit-jerit, sambil sentuh duri-duri tu. Pastu tolak-tolak supaya tergolek dan ketawa lagi. Agaknya dia ingat binatang apalah ni. Bila dah buka durian tu, bagi dia makan. Banyaknya makan, sampai 3 ulas besar.


Toy peberetnya sekarangni adalah anak patung yang saya beli dari Bandung, saya ternampak dia tidur peluk anak patung ni, terus snap gambar.
Anak-anakku, moga menjadi anak-anak yang solehah, pewaris dakwah, cemerlang dunia dan akhirat. Amin...

Thursday, August 20, 2009

Cerita Ibah

Dengar perbualan Ibah dengan maid kami, Neni

Neni: Ibah, nanti bila besar nak jadi apa? nak jadi cikgu ke?
Ibah: tanaklah, nanti kalo jadi cikgu, anak-anak murid bising macam kat tadika Ibah tu, sian cikgu
Neni: Ibah nak jadi doktor macam Cik Syah ke?
Ibah: Tanakla, Ibah takut jadi doktor. Lagipun kat hospital ada H1N1
Neni: jadi pensyarah macam tok umi, nak?
Ibah: Tanaklah...tok umi asyik sibuk aje. nanti penat laa...
Neni: Lepastu Ibah nak jadi apa?
Ibah: nak banyak duit
Neni: oo...jutawan ek?
Ibah: ha'ah


p/s: saya tak pernah ajar dan tak pernah tanya pun cita-cita dia sebelumni. saya ingatkan dia nak jadi cikgu sebab dia suka mengajar tasneem kat umah.haha.

menjual telekung ramadhan

buat buttercake
makan-makan sempena besday tok ayah kat Radix Chicken House

 
blog template by suckmylolly.com