thePencil.org Ar RaiYan

Friday, September 29, 2006

......

"Bila kita melihat pada apa yang tidak kita punya dalam hidup kita, kita tidak akan memiliki apa-apa".
"Tapi bila kita melihat pada apa yang ada di tangan kita,kita memiliki segalanya".

Thursday, September 28, 2006

Salam Ramadhan...

Moga Ramadhan kalini menampahkan lagi keimanan dan ketaqwaanku. Ramadhan kalini banyak mengajarku erti kehilangan,kasih sayang, kebahagiaan...
Kehilangan...kalini ramadhan tanpa ayah dan tukwan. Memang satu kehilangan dan kesyahduan yang teramat...
Dari kehilangan itulah mengajar aku lebih menyayangi serta memberi perhatian lebih buat mama yang kini hanya bersama adik-adik.dan tinggal keseorangan tatkala adik ke sekolah. Dari kehilangan itu juga mengajar aku bahawa lebih menyayangi orang-orang sekelilingku selagi mereka masih ada. Jadi anak yang baik,ibu yang baik, dan jadi isteri yang baik.Jadinya...Makin bercambahlah kasih sayang... bertambah kebahagiaan....

Salam Ramadhan Al-Mubarak!!

Tuesday, September 19, 2006

Dah 2 tahun...

Semalam beli-beli barang untuk buat kek. cadang nak buat sendiri kek kat budak kecik tu walaupun memang tengah bz banget. Lepas isya' terus tertido, terjaga jam 1.15 pagi. aiseh.... kek lum buat lagi. bingkas bangun buat kek ditengah dinihari....
Alhamdulillah, jadilah sebijik kek coklat moist yang nampaknye sedaaaap. Lupa nak amik gambar. So, lepas letak topping, leh bagi pada Nusaibah untuk dibawa ke nurseri nyer tu. Thanks abang tolong packing biskut n snek untuk kawan-kawan nurseri Nusaibah.
Alhamdulillah... hari ini Nusaibah menyambut harijadinya yang ke-2 tahun dengan gembiranya bersama kawan-kawan se nurseri.
Semalam tanya Nusaibah," Aibah nak adiah ape?". Terkejut dia jawab, "Beg kolah!" (beg sekolah). Kami pun memilih beg sekolah yang paaaling kecil untuknya. Dia pilih warna biru yang ada gambar Spiderman. Sambil menggayakan aksi spiderman seperti gambar pada beg itu. Lucu sekali. haha.
"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE- 2 ANAKKU, MOGA JADI ANAK YANG SOLEHAH. UMMI N BABA SAYANG KAMU"

Monday, September 18, 2006

Anak Saya...

Anak saya hampir berumur 2 tahun. sejak dihantar ke Nusery, macam- macam modalnya. sudah pandai bercakap. Kadang-kadang tak sangka perkataan yang terkeluar dari mulutnya. lancar sekali. "ummi, tolong buatkan susu". kalo dulu, "nak susu". Paling terkejut, bebaru ni dia datang bagitau, "ummi, tolong basuhkan berak, aibah tak reti, aibah kecik agi". errk...sape ajar ni? cikgu awak ke? banyak vocab rupanya anakku sorangni. Lega, anak saya dah bagitau time dia nak poo-poo. Tapi kadang- kadang aje. sesekali, dah ter...., baru bgtau. takpe...masih training.
Sejak start ajar Nusaibah membaca buku kaedah fonetik, buku cerita n flash card n tgk CD... dia macam leh kenal sket-sket . cuma dia suka hafal, "Ini ibu saya,"itu ibu ani, itu ibu abu". sesambil bukak buku n baca. Padahal tak reti satu ape pun. hehe.
satu yang buat ummi penat, satu hari 4-5 buku suruh ummi bacakan. "ummi, tolong bacakan buku".Aduh, letihla ummi macam ni. Baru anak sorang. Bukan nak baca sendiri. Asyik paksa suruh bacakan, kalo tak baca....sudah pandai merajuk. rebahkan badan kat atas katil, terus nangis. manja betoi. ikut sape tah. Kesian dia kalo tak layan.
Sejak tok umi hadiahkan telekung, suka sangat solat. Tunggang Tunggeng jadinya. lucu juga. Bila baba nak amik gambo, terus berenti solat n posing kejap, then sambung balik solat.haha. Kalo naik kereta, cukup alert dengan masjid, bila nampak aje masjid, dia akan jerit, "asjid oolaaat!!" (masjid, solat). hiks

P/s: paling tak lupa wording dia- "ummi!engok baba owek idung!" haha. tula baba, korek idung jangan depan anak....

Saturday, September 16, 2006

Ayah dalam Kenangan

Sudah lama saya mencari kekuatan ini. Alhamdulillah punyai secebis kekuatan atas doa semua agar saya dan keluarga redha dan tabah menghadapinya.
Tanggal 6 September 2006, jam 10.20 malam, ayah tercinta telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Ayah pergi di malam hari lahirnya yang ke 59.Ayah pergi secara mengejut, sehingga kini... saya dah ahli keluarga merasakan seperti mimpi bahawa ayah tiada lagi dalam hidup kami. Ayah mengalami sesak nafas (mungkin ini disebabkan serangan jantung) selama beberapa minit dan akhirnya menghembus nafas terakhir di pangkuan mama. Selain mama, sesiapa pun tak sempat menghadap ayah di saat- saat terakhir. Adik yang sedang buat homework kat bilik pun tak sempat. Apatah lagi saya berada di Perlis, adik kedua berada di Johor, adik ketiga di ukm.
Sedih....tiada apa yang paling menyedihkan selain kehilangan yang dikasihi. Saya amat rapat dengan ayah. Masih terbayang- bayang saat- saat bersama ayah, makan dengan ayah, main dengan ayah, bergelak ketawa dengan ayah, konvokesyen dgn kehadiran ayah. Bila ayah dah takda, memang terasa hidup begitu sunyi dan susah. Terutama buat mama. menjalani hidup tanpa teman disisi, teman sebilik, teman berceloteh,teman suka dan duka.
Kini baru saya terasa betapa beratnya tanggungjawab sebagai anak sulung. Padahal sebelum ni saya tak terasa sangat disebabkan segela keputusan keluarga semua di tangan ayah. Ayah... sungguh pantas ayah meninggalkan kami. Kami sentiasa mendoakan ayah. Moga ayah berada di saf mukminin.
Ayah,
Mudah dan tenang sekali ayah pergi. Cuma kakak terkilan, kakak tak sempat ke Mekah dengan ayah. Kita pernah rancang satu ketika dulu. Tapi Allah sebaik- baik perancang. Kakak dah tulis kad harijadi pada ayah malam tu, cadangnya kakak nak kejutkan ayah dengan call dan sms, then nak bagi Nusaibah ucapkan birthday pada tok ayahnya. Rupanya ayah yang kejutkan kakak dengan pemergian ayah. Tak sempat kakak nak bagi kad harijadi pada ayah.Tak sempat kakak nak ucapkan "Happy Birthday" pada ayah jam 12 malam , Jam 10.20 malam ayah dah takda.Kakak sedih sangat.Kakak nangis sampai mata kakak sakit n terkena jangkitan kuman. Kakak tahu, tak boleh terlalu menangis, perlu redha dengan pemergian ayah, tapi kakak terlalu sedih pada waktu tu. Moga Allah ampunkan kakak. Kakak redha dengan pemergian ayah.
Ayah, minggu depan dah nak puasa, lepas tu raya. Selalunya ayahlah orang yang paling gembira bila menjelang ramadhan, orang pertama ke masjid, berbuka dengan menu best,bila hari raya mama mesti masakkan rendang kegemaran ayah. pastu ayah suruh mama masakkan laksa kegemaran kakak. Kakak taktau cemana kakak, mama n adik-adik nak hadapi ramadhan n syawal ni tanpa ayah.Tenanglah ayah di sana. Kakak, mama dan adik-adik sentiasa merindui ayah tiap ketika. Moga kita bertemu di syurga Allah.

Al - Faatihah buat ayah Ahmad Faisal b Hj Said

Ayah (7 september 1947 - 6 September 2006 )

rindu ayah,
-Kakak anak yatim-

Thursday, August 31, 2006

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan...

Abang,
Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-3. hehe, tiapkali hari ulangtahun perkahwinan kita, satu Malaysia cuti kan!!
Terima kasih kerna menjadi seorang suami n ayah yang terbaik. Rasa Macam baru aje kita kawin kan bang! tup- tup dah 3 tahun dah ikatan perkahwinan kita.Moga abang terus bersemangat dalam menempuhi hari-hari mencabar dan mendatang...

Untuk abang,
Dealova- Once

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi


selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

p/s: sorry...hadiah yang tak seberapa. hehe. tunggu sayang abang ni kaya sket 3 thn lagi.heheheh

Friday, August 11, 2006

ATOMIC DEMOLITION MUNITIONS



is he terrorist ???

info web: ATOMIC DEMOLITION MUNITIONS

AFGHANISTAN, IRAQ ,PALESTIN, LUBNAN.... KE MANA PULA SELEPAS INI??

Thursday, August 10, 2006

Impian dan Cita- cita

Semua orang punyai impian dan berharap agar impian akan jadi kenyataan. Cita- cita tu cemana pulak ye? impian tu angan- angan ke? . Kalo masa kecik-kecik dulu cikgu tanya, apa cita- cita awak? agaknya cita- cita tu nak jadi apa kot. impian tu nak dapat sesuatu kot. Tapi pada aku, impian ker...cita- cita ker... aku akan dapatkan juga walaupun bukan semua yang tersenarai. aduh, i'm not so good in 'bahasa'.Nak bezakan impian dan cita-cita pun tersangkut.Tapi setakat nak tulis-tulis ni, bole la. My dh punyai penguasaan bahasa melayu yang baik. Aku mula menyukai penulisannya dalam idealis mahasiswa 4 tahun lalu. hehe. syhhh.... tak ku sangka orang yang aku minati penulisannya itu, meminati aku juga :). " Bila lagi abang mahu menulis semula ?" "abang tak sempatla yang oi".Aku akui, suamiku agak sibuk sejak kebelakanganni.
Berbalik kepada impian dan cita- cita. Aku juga punyai impian seperti orang lain. Punyai cita-cita seperti orang lain.Mungkin ia sama dengan orang lain, mungkin berbeza sedikit.Kata orang, kalo impikan sesuatu, beritahu dunia... agar ia dapat memberikan motivasi buat kita untuk mencapainya. sebabnya, kalo tak dapat, sebab semua orang dah tahu, so kena berusaha agar dapat capai la. hihi. itu kata orang. Tapi selama aku hidup ni, aku tak pernah ceritakan impian aku. Hanya Allah yang tahu, kadangkala aku bercakap padaNya apa yang aku impikan. Aku malu nak cerita kat orang sebab terlalu banyak impian aku, belum tercapai. hehe. Moga Allah makbulkan segala apa yang aku impikan.Ameen...

Sunday, July 30, 2006

Happy Birthday

"Happy Birthday ayah/tok ayah", ulang tahun yang ke 54. Moga ayah sentiasa dirahmati dan diberkati hendaknya. Kami sentiasa mendoakan ayah serta menyokong ayah.Moga ayah terus bersemangat di hari- hari mendatang. Ni ayah mertua saya kat blog Wan Balqis

CHECKLIST



Andainya aku ni Ahmadenajad, akan aku talakan nuclear weapon aku tu, biar nama Israel tu "wiping off the map"

Saturday, July 29, 2006

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Semalam merayau- rayau di net dok cari biodata imam bukhari, terjumpa 'bukhari moden' di blog arwah nuun.
kaya nyer la beliau alahai....alangkah indahnya jika ramai lagi jutawan di Malaysia seperti ini.
Tan sri yang dihormati, andainya tan sri membaca blog saya, saya dan kawan-kawan di Perlis akan menganjurkan program palestine pada 9 Sept ni. Harap Tan sri dapat menghulurkan sedikit sumbangan. (apela aku ni, kalo nak mintak, mintak le bersungguh- sungguh, hantar surat ker jumpa ker. ko ingat dia tau ke blog ko wujud.hehe.ish)

Latar belakang Syed Mokhtar
Umur: 53 tahun
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Amik kat http://nuun.blogspot.com

 
blog template by suckmylolly.com