thePencil.org Ar RaiYan

Thursday, June 21, 2007

PDA

Saya ada jugak la teringin sangat nak guna PDA.macam ni,



atau yang ini,



Bukan apa, seronok tengok orang dok tulis-tulis kat screen. Saya pun teringin nak tulis juga. Lagipun saya memang suka mencatat kat mana-mana saja saya pergi. Tapi kalo takde PDA pun,saya akan catat juga idea-idea yang terlintas tuh dengan pen dan buku.hiks. wahwahwah.... bukan main yer! Nak PDA la pulak.haha.

Sekarang saya tengok harganya semakin murah. Seribu lebih dah dapat. Kawan-kawan pun dah ramai guna.Dah biasa sangat dah. Cerita pasal PDA ni teringat pulak masa sembang-sembang ngan adik ipar di meja makan haritu. Saya la mula buka cerita yang kawan saya baru beli PDA kat Imbi Plaza. Murah juga. Adik ipar saya pun teruja juga. Dia pun angan-angan la juga nak memiliki. Then mak mertua saya menyampuk perbualan kami, "isk, beli handset mahal-mahal sayangla nak keluar duit. Orang gaji 9-10 ribu pakai handset biasat aje (ni merujuk pada ayah n kawan-kawan ayah) , korang gaji seribu dua ni la yang kalut nak pakai PDA."

Terdiam saya. Mujurlah saya tak suarakan hasrat nak beli PDA lagi time tu. Mujur adik ipar yang suarakan hasrat dia dulu.hehehe.
At last, ala....kalo macamni saya maluler nak beli (malu tapi mahu). Nanti diorang kata gaji seribu dua ribu, dah berangan nak pakai handset secanggih itu.

Apa saya nak buat ek? huhu

p/s: harap-harap mak mertua saya tak baca entry ni. muehehehhehe

p/s: tengok tu, cepat aje Dr Azwan dok promote dopod dia. hehe. Tangkas yer Dr!

Thursday, June 14, 2007

Daftar Perniagaan

Semalam ke SSM untuk daftar perniagaan. Saja nak asingkan produk makanan bawah perniagaan lain. Sinarmawaddah Ent tu letak untuk buku, fotostat, gelang kristal & t-shirt labuh.
Buntu saya dok prepare awal-awal lagi confident nak letak Najah Food Industries. Bila cek kat SSM, dah ada orang daftar nama tu. aiyarrk.

At last, jadik la Najah Freshfood Industries. hiks. Macam tak percaya ada nama & perniagaan sendiri. Jakun kan saya? hehe. Bukan apa, sebelumni dok buat bisnes kek batik n dadih jer homebased lak tu. Jadiknya lepasni kot2 nak mohon pembiayaan ker,nak buat produk baru atau nak buka kedai ker (tatau la bila) sudah siap daftar perniagaannya.

Sebaik je lepas daftar, terserempak dengan kawan yang berkursus asas perniagaan masa kat pejabat mara awal tahun dulu. Terus dia inform pasal showcase usahawan yang bakal diadakan bulan depan. Saya tak tahu menahu pun. Maklumlah sejak accident ritu, jarang pula merayau-rayau cari info di Kangar ni. Terus menapak ke Bangunan Mara bersama suami yang kebetulan ingin berjumpa pegawai mara berkenaan penyewaan. Saya pun amik kesempatan untuk tanya pasal showcase usahawan yang bakal diadakan di Dewan 2020 Julai ni. Mara menyediakan 100 booth percuma untuk para usahawan Negeri Perlis memperkenalkan serta mempromosikan produk mereka.

Dengar aje booth free kami pun terus isi borang. Padahal tatau lagi nak perkenalkan produk apa.hehe. Belum ramai lagi penyertaan setakat ini. So ni pertama kali la saya mendaftarkan penyertaan di bawah nama Najah Freshfood Industries sebagai peserta showcase usahawan. Padahal baru aje daftar penubuhan perniagaan sebelah paginya.haha.lawak sungguh!

Hmm.... harap2 la pihak MARA buat betul-betul la promosi showcase ni pada orang ramai. kalo tak, berkampung le kat dewan tu tanpa sambutan pelanggan/pelawat.huhu

Nak promosi sket... T-shirt Labuh Muslimah (tanpa cop)



Dunia fesyen khususnya di Malaysia memang tidak kurang meriah dengan busana-busana yang sesuai untuk Muslimah, namun agak kurang yang bersifat kasual dan sesuai untuk keperluan-keperluan Muslimah yang lasak dan aktif. Mutakhir ini, beberapa syarikat Muslim sepertimana kami di Sinarmawaddah Ent, cuba untuk menghasilkan secebis solusi buat dunia fesyen yang agak ketandusan busana alternatif untuk Muslimah hari ini.

Meskipun masih bertatih dalam bidang perniagaan, Sinarmawaddah telah mengeluarkan beberapa siri tshirt labuh pelbagai warna dan sebagai produk utama dengan Muslimah remaja dan penuntut IPT sebagai pasaran sasaran. Kami turut menerima tempahan selain memasarkan tshirt beridentitikan Islam buat dan Muslimat yang gemarkan gaya ringkas tetapi kemas dan menepati kehendak syari'at Islam.


Kini!! RM25 sehelai (promosi...promosi cepat! sementara stok masih ada) Belilah sebagai hadiah istimewa buat yang tersayang. sebarang pesanan, sila sms ke 012- 5735856 atau emel saya, salju79@yahoo.com

Sunday, June 10, 2007

ah hah!

Yesterday got da emel...

Assalamulaikum....

Saya mencari penceramah (wanita) untuk bakal usahawan dalam bidang aksesori wanita - gelang-gelang crystal. Dan saya teringat puan. I contact through your hp but cannot get through, so if you can contact me at 012-3965131 dan bercakap dengan Pn. Aishah.

Thanks.

Alauddin Razali
Bayu Jati Sdn. Bhd.
Penceramah Asas Perniagaan MARA Perlis


then... i got da phone call from them...

Bayujati: Puan Najah, nak mintak jadi tenaga pengajar untuk slot kraftangan kristal la. di IKBN KL, tempat tinggal di sediakan, Rm600 sehari. ok tak?

Saya: alamak... tangan saya masih bersimen la. Saya accident...

Bayujati: ala...takde rezki la kami. Akan datang nanti saya ajak lagi kursus ni.Boleh datang mengajar kan?

------------------------------------------------------------------------------------

erk! Biar benar? orang jemput saya jadi tenaga pengajar ke? Ajar ikatkan gelang kristal untuk 1-2 hari. Nak tergelak pun ada.

Wednesday, June 06, 2007

Mencari Modal Memulakan Perniagaan

Melihatkan suami sedang bertungkus lumus menyiapkan proposal+cashflow untuk buat loan MARA, saya pula rasa pening. Terpaksa buat loan sebab tak cukup duit nak beli stok buku dan peralatan sebab dah dapat kedai di Plaza Mara Utan Aji. Mak mertua cadangkan supaya pinjam aje duitnya (baiknya mak mertua saya kan!) .Tapi bila fikir, kesian ummi… takkan nak pinjam lagi duitnya. Takpe, Kalini kita buat loan MARA. Lagipun MARA sanggup nak bantu pembiayaan perniagaan ni. Asalkan kita penuhi semua syarat-syarat pinjaman seperti diminta.

Perniagaan kami pun dah ada dan berjalan dengan baik sekarangni. Institusi- institusi sebegini bukan senang aje bagi pinjam senang-senang macam tu. Kita kena mulakan perniagaan dulu, atleast secara kecil-kecilan, baru la mohon pinjaman MARA ker... SME ker PNB ker…SMIDEX ker. Banyak rupanya institusi yang menyediakan pembiayaan perniagaan ni.

Inilah yang menjadi masalah bagi kita yer tak? Kena mulakan perniagaan dulu, baru leh buat pinjaman. Ramai yang berminat nak mulakan perniagaan sendiri, tapi nak cari modal dimana? Kalo diorang tak bagi pinjam duit, cemana nak mulakan perniagaan kan? Masa dulu, saya pun bertanya soalan yang serupa. Last2 soalan tu saya juga kena jawab sendiri. Hehe. Kena mulakan perniagaan dulu. Buat pendaftaran perniagaan, catat pendapatan, perbelanjaan, lebih kurang buat akaun sikit-sikit la. Saya pun bukan amik kos akaun, harapkan skill subjek Prinsip Akaun sekolah menengah dulu aje . Mujur suami course akaun di UiTM. Leh la harap kat dia. Then, mulakan bisnes secara kecil- kecilan.

Lepas tu pulak, timbul pula soalan kedua, dah start bisnes kecil- kecilan, bila masa nak buat pinjaman... kenapa selalu saja tak lepas/lulus ye? Soalan ni saya pernah dengar semasa saya hadiri kursus asas perniagaan dan seminar francais awal tahun ni. Soalan ni diutarakan oleh pemilik char koey teow agak top juga di Perlis ni. Katanya tak lepas kat akaun. Saya rasa permohonan pinjaman dia selalu tak lepas sebab bila diminta berikan cashflow perniagaannya 3 tahun sebelum ni, mungkin dia gagal nak sediakan. Catatan akaun (keluar masuk) tu penting sebab kalo nak buat loan atau apa, itu yang diorang nak tengok sangat. Rasanya kalo tak pandai nak buat cashflow ni, leh upah jer orang akaun tolong buatkan supaya loan dia diluluskan. Hehe. Memandai je saya.Cuba suruh saya buat. tak reti juga.

Teringat masa sekolah dulu, cikgu ada kata... jual goreng pisang pun kena buat akaun juga tau! Masa tu saya ketawa aje sebab tak faham sangat. Apelah cikgu ni, jual sikit-sikit pun kena catat ka? Skrang, nah! Baru tau betapa pentingnya pesanan cikgu saya tu.

Moga Allah mudahkan urusan saya ini. Ameen.

p/s: promote!! kawan saya Faizah baru memulakan jurnal investmentnya. Jika ada sesiapa ingin berdiskusi tentang pelaburan, sila ke blog Faizah yer. Dia juga seorang agent Takaful Nasional. Terima kasih menguruskan takaful saya :)!

Wednesday, May 30, 2007

Angan-angan...

Setiapkali saya singgah bakery yang pemiliknya muslim, hati saya jadi riang. Seronok punya kedai bakery kan! di Perlis ni setahu saya cuma ada 2 kedai roti&kek (bakery) muslim. Jualan mereka hebat juga.
Saya juga bercita-cita besar seperti mereka. Punyai kedai bakery di mana orang pelbagai bangsa, pelbagai peringkat umur datang dan membelinya tanpa rasa was-was.
Saya selalu melawat blog En Bakhtiar pemilik bakery... baru beberapa bulan beroperasi dan sentiasa bertambah kemajuan dan peningkatan. Ni bakery barunya:



bestnyer ada bakery sebegini. Moga Allah makbulkan impian saya suatu hari nanti.Amin..
Kalo nak buka bakery ni (apa-apa kedai pun lah) perlu persediaan yang cukup. Tempat strategik,ada strategi, ilmu cukup dan pengalaman yang luas, bab modal pun leh tahan juga. Saya yang kuat angan-angan ni... bab2 buat kek pun hancur :)
Andainya di Perlis ni ada tempat strategik, saya berkeinginan kuat juga seperti En Bakhtiar ni. Mungkin 2-3 tahun lagi. Saya nak kena belajar dulu selok belok dan sedikit sebanyak ilmu bakery ni. At least, jika tiada atau kekurangan pekerja, saya kena turun padang juga nanti. Ape pun, belajar la dulu. seterusnya praktis dan ambil order/tempahan dari kawan-kawan terdekat. Mulakan home based bisnes dari rumah seperti saya buat kek batik dan dadih sekarang. hmmm... ok juga idea tu yer. Contohnya macam Kak Pnut ni ha, baru mulakan bisnes cupcakes bulan lepas, terus meningkat permintaan, sekejap aje beli oven baru yang besar :) tahniah Kak Pnut ! Saya rasa begitu teruja dan kagum dengan semangat mereka ini. Saya pun tak mampu jadi seperti mereka. huhu
Eh, lepasni saya nak masuk kelas belajar buat kek dan roti lah! haha

Saturday, May 26, 2007

Ahlan Wasahlan ....( ke blog saya )

Sebenarnya, maksud ungkapan "ahlan wa sahlan" bukan hanya sekadar "selamat datang" atau "welcome". Dipetik dari buku "The Road to Mecca" oleh Muhammad Asad :

"When I entered (the room), the King rose, extended both hands and said :

'Ahlan wa-sahlan'- "Family and plain'- which means, 'You have now arrived within your family and may your foot tread on an easy plain': the most ancient and most gracious of Arabian expressions of welcome.

Kalau diterjemah dlm bhs Melayu :

"Dirimu kini berada dikalangan keluarga mu. Semoga langkah mu mudah seakan menjejaki tanah yang rata'.

"...within your family..."
. Indahnya kan bahasa Arab? Semoga ucapan "ahlan wa-sahlan" mengeratkan lagi ukhuwwah

Taken from mailing list karisma-net

------------------------------------------------------------------------------------

Oh,ya harini kedai saya dihadiri oleh beberapa orang termasuk seorang pelanggan baru dimana dia juga baru berpindah di Perlis ni.

Orangnya ramah, bertujuan datang untuk sembang-sembang pasal bisnes :)
Kak Yati ni seorang surirumah yang dulu seorang engineer bekelulusan luar negara, tetapi berhenti kerja beberapa tahun lalu semata-mata untuk menjaga sendiri anak-anaknya dan mengikut suami yang dihantar bekerja ke negeri lain.

Saya suka bersembang dengannya walaupun pertama kali berjumpa, banyak ilmu yang boleh dikongsi. beliau memuji saya tentang bekerja sendiri, katanya kat US dah lama dah surirumah bekerja dari umah. Macam-macam bisnes diorang buat. Kat Malaysia ni aje yang masih baru. Beliau juga bercadang untuk membuat home based business juga. Kebetulan sebelumni pun beliau sudah ada pengalaman berniaga. Cantikla tu kak!
Beliau ada idea dan saya support ideanya. Hehe. maka saya pun tawarkan untuk menjadi supplier beliau :)

Moga bisnesnya berkembang maju suatu hari nanti. perrghh...peminat setia Dr Irfan Khairi rupanya :)

Ahlan Wasahlan Kak Yati !!

Thursday, May 24, 2007

Kaya bertambah Kaya

Saya singgah di website Tips 1 minit Dr Irfan Khairi...
ooo...baru saya tau...begini rupanya orang- orang kaya dok berniaga. Patutla mereka kaya dan bertambah kaya....

------------------------------------------------------------------------------------

By Dr Irfan Khairi

Baru-baru ini, saya berkesempatan berbual dengan seorang jutawan (kita gelarnya Mr.A) yang mempunyai beberapa perniagaan. Saya sering kagum dengan mereka yang menjalankan beberapa perniagaan sekali gus yang melibatkan ramai pekerja oleh kerana, bagaimana dirinya mencari masa untuk mengendalikan kesemua perniagaan???

Jawapan Mr. A adalah, kerjanya hanya memulakan perniagaan, dan melantik seorang pengarah atau pengurus perniagaan itu. Segala keuntungan perniagaan itu, beliau mengambil 30% sahaja. Namun, beliau tidak perlu mengendalikan perniagaan itu- hanya menubuhkan sahaja.

Ini memberi kebebasan kepadanya untuk membina perniagaan lain dan melantik pengurus & pengarah untuk perniagaan yang lain pula. Perniagaan ini juga beliau mengambil 30%, namun, membebaskan masanya memulakan perniagaan yang lain.

Saya juga bertanya. Mengapa 30%? Selalunya, pengasas perniagaan mengambil sekurang-kurangnya 50% keuntungan. Baru puas hati :)

Beliau berkata, sekiranya mengambil 50% keuntungan, memang puas hati :) Tetapi dimana dirinya tidak terlibat dalam pengendalian, ia akan mengurangkan motivasi pengurus & pengarah perniagaan tersebut. Dengan mengambil 30%, jumlahnya adalah kecil dan berpatutan untuk dirinya tidak bekerja. Masanya lebih efektif di tumpukan untuk membina lagi perniagaan lain.

Amat bijak. Sekiranya masanya bebas dan mendirikan 10 jenis perniagaan, Mr.A menerima 30% x 10 atas keuntungan setiap satu perniagaan yang ditubuhnya. Dan masih tidak memerlukan dirinya untuk mengendalikan walaupun satu perniagaan.

At a larger scale, konsep ini juga di lakukan oleh billionaire-billionaire di dunia yang memiliki berbagai-bagai jenis perniagaan besar multi-million-dollar. Perniagaan mereka tetap berjalan walaupun tanpa kehadiran mereka.

Fikirkan, bagaimana anda boleh membina satu perniagaan, yang tidak memerlukan diri anda untuk perniagaan tersebut dijalankan. Ataupun, mungkin suatu hari nanti anda boleh membebaskan masa anda dari perniagaan anda dan memulakan beberapa lagi perniagaan menggunakan konsep ini.

*Tip bonus Mr.A*
Mr. A juga mempunyai konsep yang bijak iaitu kesemua perniagaan yang dimulakan tidak menggunakan wangnya sendiri, tetapi menggunakan pinjaman dari institusi kewangan. Kejayaan perniagaan pertama memudahkan mendapat pinjaman seterusnya dari institusi kewangan untuk perniagaan kedua, dan kitaran ini berulang untuk setiap perniagaan dan pinjaman.

Wednesday, May 23, 2007

Teringat kembali....

Selepas baca "Kisah Penjual Tempeh", saya teringat pulak kisah saya, lebih kurang macam kisah si penjual tempe ni, yang tak henti2 berdoa.

Saya teringat suatu ketika dulu. Setiap malam saya sujud dan berdoa pada Allah agar dikurniakan pekerjaan yang baik buat saya macam kawan-kawan yang lain. Sebab masa tu saya kesiankan mak, anak-anak orang lain yang dah grad, ditambah dengan sepupu2 saya, semua bekerja dan dapat kerja yang bagus2. Mesti mak saya terasa hati sebab saya aje yang tak dapat kerja best. Bila dah dapat kerja bagus line kursus yang saya ambil, saya berenti pulak. Masa saya berenti tu, saya tau...mak dan ayah saya kecewa. Cuma diorang tak luahkan rasa kekecewaan depan saya. Saya pun tatau... saya rasa tak serasi dengan kerja tu.Padahal... tu jawatan yang saya idam-idamkan sejak sebelum grad lagi.

Lepastu saya berdoa lagi di samping terus berusaha, hantar resume, hadiri interbiu... sungguh-sungguh punya berdoa. Siap nangis-nangis lagi....
sebab ape, sebab kalo saya tak kerja, memandangkan tanggungjawab saya sebagai anak sulung... saya perlu bantu keluarga. Adik-adik masih bersekolah. Saya frust sangat waktu tu

Lepas saya berenti kerja tu, satu ape kerja pun saya tak dapat melainkan jadi cikgu. Saya sebenarnya tak minat jadi cikgu. Tapi sebab takde kerja masatu, saya teruskan mengajar jugak. Memula cikgu sekolah rendah, lepas tu saya jadi cikgu tadika. Memang saya tensen keje cikgu ni.hehe. Saya respek la pada guru2 di luar sana. Baru saya tau cemana guru saya rasa masa saya jadi anak murid dulu. Semakin lama saya jadi semakin tak minat. Saya luahkan pada suami. Alhamdulillah dia faham. Saya resigned jadi guru dan pengurus tadika. Masa tu, mendapat tentangan hebat juga dari mak mertua saya. Mak mertua nasihatkan supaya fikir betul-beul, kerja guru ni kerja mulia, sesuai sangat dengan saya dan mcm2 lagi lah :)

Saya tetap dengan keputusan saya. Last2 saya teringat final question dari mak mertua saya "nak jadi apa (cita-cita) sebenarnyer ni? ummi tak nampak apa yang najah nak". Saya terkedu masa tu, tatau nak jawab apa. sebab kalo saya jawab nak meniaga. Tentu mak mertua saya gelakkan. hehe.

Rupanya perancangan Allah tu hebat. Puas saya mohon pada Allah supaya dapat kerja bagus (makan gaji,company besar/keje gomen) macam kawan-kawan lain, rupa-rupanya inilah kerja terbagus saya. saya serasi sangat dengan bisnes. Seronok melakukannya. Saya begitu teruja melihat aliran wang tunai saya sendiri tanpa diganggu oleh orang lain. Saya dapat peluang membantu keluarga seperti orang lain. Itu yang paling saya bersyukur. Mak saya tak bersedih lagi melihat saya tak dapat kerja mcm anak kawan-kawan dia yang lain, dia pun sedar rupanya ada hikmah disebalik saya tak dapat kerja mcm kawan-kawan saya tu.

Hebat perancangan Allah ta'ala!!

Tuesday, May 22, 2007

Kisah Seorang Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, cuma separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi-Nya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin.

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan bungkusan bakal tempenya dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe. Amin.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan itu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu! Sementara itu hari pun semakin meninggi, sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimana pun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergiannya ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. Ya Allah, aku percaya Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin.

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya kerana inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, bahawa Allah pasti akan menolongnya. Walau pun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

Maaf ya, saya ingin bertanya. Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi. Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya, Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun berasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita itu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin hendak makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi mesti membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...

Pengajaran di sebalik kisah ini:

Pertama
Kita sering memaksa kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih Mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga

Tiada yang mustahil bagi Allah.

Keempat
Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga solat lima waktu sehari semalam, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

Petikan asal : http://matno84.blogspot.com/2007/05/kisah-seorang-penjual-tempe.html

Sunday, May 20, 2007

Rindu...

Sudah hampir 6 minggu saya berehat di rumah. Tak dapat melakukan beberapa kegiatan harian seperti sebelum ini. Tangan masih bersimen. Bosan? perghh... bosan giler :)

Tapi bila direnung semula, inilah satu kesedaran amat berharga dari yang maha Esa. Menyedarkan saya, betapa berharganya pemberian Allah terhadap anggota kita walaupun sebesar jari kelingking. setiapnya mempunyai fungsi tersendiri.andainya saya ni,jika hilang sebelah tangan, sudah tentu saya tak dapat buat banyak/semua rutin dalam hidup saya. Sungguh menginsafkan.

Petang semalam, tatkala mengikut suami ke ofis di Bangunan Mara Kangar, saya turun ke surau untuk solat Asar. Sejak tangan patah dan bersimen ni,terkial-kial juga.... dari amik wudhu', bentang sejadah, pakai telekung dan solat. Ada sorang makcik asyik perhatikan saya sejak awal. Datang pada saya, tolong bentangkan sejadah dan ambilkan telekung. Tak habis-habis makcik tu cakap, 'kesiannya adikni'. haha. agaknya terharu tengok orang OKU macam saya nak pakai telekung n solat. hmmm... rimas saya sebenarnya orang dok cakap kesian-kesian ni :), saya ok la mck.... cuma tangah bersimen ajer....
neway... terima kasih mck kerna membantu....

Saya rindu sebenarnya nak buat kerja-kerja sebelumni. Rindu nak ke majlis ilmu seperti selalu.Rindu nak buat kek batik semula. Rindu nak ikat gelang kristal semula (buat masa ni kalo ada tempahan, minta kawan yang tolong ikatkan, thanks kak Pidah). Rindu nak buat cookies dan tart gulung pesanan pelanggan. huhu. dan yang paling saya rindu ialah... nak bawak kereta.hehe

Dalam dok sakit-sakit ni pun sales t-shirt, gelang dan buku berjalan seperti biasa. Bahkan banyak tempahan pula especially tshirts n gelang :) alhamdulillah. Semuanya perancangan Allah taala. Jangan merungut atas apa yang berlaku. teringat pula pesanan Pengarah Urusan Hafifah Frozen (jutawan/usahawan berjaya Perlis), semasa saya mengkuti kursus perniagaan dulu, pesannya supaya jangan sesekali menyesali dan merungut atas setiap musibah, kerana setiap yang berlaku... pasti ada hikmah di sebaliknya. Semua pahala tu. Kalo merungut. Maknanya kita marahkan siapa? nauzubillah...

Mujurlah dalam cadangan tuntutan ke atas pihak bas tu nanti (lepas dengar lawyer tu brief haritu) akan dibuat tuntutan gantirugi. Bagi kes saya ni ,dituntut atas patah tangan dan misscariage, dan juga tuntutan hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja sepanjang sakit ni disebabkan saya bekerja sendiri (hehe,dlm dok sakit2 ni pun duit masuk macam biasa). Harap-harap la menang kes tu nanti. Tapi buat masa ni belum decide tuntutan lagi. Biar semua reda sket, sembuh semua dulu. Lagipun menda ni amik masa, bukan sehari dua. mungkin sampai lebih setahun, baru la dapat.Lega jugak amik takaful/insuran awal-awal. Kawan-kawan yang belum amik takaful tu, saya nasihatkan amikla sekarang. Malang tak berbau. Bahkan agent takaful saya tu suruh saya mintak MC banyak2 kat doktor supaya dapat claim lebih lagi.hehe

Lepas sembuh nanti, saya wish nak buat banyak benda. amboi, senarai panjang berjela dalam buku tu ha :).Semua yang tak sempat nak buat sebelum ni. Moga Allah tunaikan segalanya ....

p/s: Saya masih ada baki MC 5 weeks...aduh!! berakhir 19 jun...

 
blog template by suckmylolly.com