Lama tak update...tetiba update untuk ucapkan selamat hari raya pula.adus...
Alhamdulillah... harini last penghantaran kuih-kuih raya tempahan kawan-kawan. Tak update sebab kalut banget buat kuih. sampai pening2...
Buat 2 jenis aje...lum terer lagi macam Dr Azwan kita. Insyallah...mana tahu raya tahun depan terer macam doktor tu. yer tak doc?
sempat snap gambo tart nenas
aik..mana pulak saya letak gambo cookies nih? aiyaa...
Tahun ni tumpu pada 2 jenis kuih aje. Then cut off awal sebab penat giler walaupun amik sorang adik ni untuk membantu. huhu. Tahun depan dok pikir lagi samada nak buat ker idak.hehe. Raya haji pun orang dah tanya. isk...raya puasa pun belum lagi kak oi!
Mintak maaf pada sesapa yang menempah gelang inai. Saya tak sempat siapkan tempahan dan tutup tempahan awal. huhu.
Jemputlah beraya ke rumah. Tahun ni giliran beraya di Perlis.Raya kedua shoot to Penang.Yeay!!
Lepas raya ni cadang nak rehat lelama sikit kat Penang. Beraya-raya di rumah sedara mara,kawan-kawan sekolah/kampus.
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari kami:
Wan Saifuddin Wan Muda
Najah Farahin Ahmad Faisal
Wan Raiyan Nusaibah Wan Saifuddin
p/s: Selamat berangkat Angkasawan Negara-Dr Muszaphar!! Selamat melihat dan menafsir keindahan ciptaan Allah swt,dapat berfikir dengan keajaiban Ilahi....moga bertambah Iman dan Amal.
Wednesday, October 10, 2007
Salam Aidilfitri
Monday, September 24, 2007
Press Statement
Salam
Berikut adalah kenyataan media sediakan hari sabtu lepas.
KENYATAAN MEDIA
WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
22 September 2007
TRAGEDI MENIMPA NURIN – SATU TAZKIRAH RAMADHAN
Wanita JIM merakamkan perasaan sedih yang teramat sangat di atas berita pembunuhan kejam anak perempuan comel yang tidak berdosa, Nurin Jazlin setelah hampir empat minggu kehilangannya dihebohkan di akhbar tempatan. Ucapan takziah ditujukan khas kepada ibu dan bapa Allahyarhamah serta keluarganya yang tentu sekali begitu terkesan oleh insiden malang yang menimpa Nurin. Sesungguhnya, nama Nurin akan bersemadi selama-lamanya dalam hati setiap rakyat Malaysia yang turut sama berkabung di atas pemergiannya.
Wanita JIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan sadis yang dilakukan oleh pembunuh yang sudah hilang perasaan perikemanusiaannya. Insiden tragis ini ternyata mencemarkan kesucian bulan Ramadhan yang mulia dan suci ini, di mana kebanyakan umat Islam sedang berusaha mempertingkatkan dan membersihkan diri dari dosa dan noda. Kisah sedih Nurin kini menjadi satu lagi peristiwa hitam keganasan seksual terhadap kanak-kanak dan wanita yang berlaku di tanahair tercinta ini. Tragedi ini mengingatkan kita semua kepada peristiwa yang menimpa Allahyarhamah adik Nurul Huda dan ramai lagi mangsa keganasan seksual sebelum ini. Namun ternyata, segala tindakan, akta dan hukuman yang dijalankan selama ini masih tidak mampu menghalang manusia pemangsa yang kejam dan tidak berhati perut ini dari terus mencari mangsanya. Siapakah pula mangsa seterusnya? Persoalan ini akan mencetuskan satu suasana gerun dan ketakutan yang semakin menyelubungi masyarakat hari ini.
Seperti juga biasa, tragedi ini akan mencetuskan dan membangkitkan perasaan marah yang meruap-ruap di kalangan orang ramai. Cadangan demi cadangan dianjurkan, tindakan dan hukuman diperketatkan. Tidak kurang juga yang cuba meletakkan kesilapan dan kesalahan di atas bahu pihak tertentu seperti ibu bapa dan pihak berkuasa. Seringkali pula, reaksi spontan sebegitu perlahan-lahan hilang dan pudar ditelan masa. Tidak mungkin kita akan dapat membasmi jenayah seksual ini dengan tindakan `hangat-hangat tahi ayam', sebaliknya amat perlu kita membuat muhasabah diri dan refleksi yang jujur bagi mencari punca dan penyebab utama jenayah seperti ini berlaku.
Wanita JIM sudah seringkali menekankan, fenomena peningkatan keganasan seksual di kalangan masyarakat berkait rapat dengan longgarnya ikatan spiritualiti dan lunturnya pegangan akidah individu. Tanpa adanya perasaan takut kepada kemurkaan Tuhan dan rasa harap kepada keredhaan-Nya, jiwa manusia dengan mudah diperdayakan oleh nafsu syahwatnya. Apabila syahwatnya mengganas dan menjadi raja, individu tersebut tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu yang di luar dari jangkaan kebiasaan kita. Integriti dan amanah tidak lagi menjadi identiti diri. Perkara pokok mengenai keteguhan iman dan takwa inilah yang perlu ditanamkan setiap masa dan ketika dalam diri individu terutamanya generasi muda.
Wanita JIM meminta ibu bapa memuhasabah diri secara jujur dan telus, menilai semula sejauhmanakah konsep akidah dan kepercayaan ini berakar umbi dalam jiwa anak-anak mereka. Disamping mencadangkan agar ibu bapa sentiasa lebih peka dengan aspek keselamatan anak-anak di luar rumah, sepertimana yang sering diperkatakan, Wanita JIM benar-benar menyarankan agar kesemua ibu bapa memastikan anak-anak mereka dididik dengan acuan nilai dan moral yang tinggi, berpaksikan kepercayaan agama yang dianuti. Fahaman materialistik dan gaya hidup hedonistik yang begitu berleluasa di kalangan keluarga moden hari ini, mestilah digantikan dengan cara hidup sederhana yang menekankan tentang integriti, amanah dan keseimbangan.
Jika para ibu bapa di Malaysia masih leka dan terus menerus melakukan kesilapan membesarkan dan mendidik anak-anak mereka, jangan terkejut sekiranya kita sebenarnya sedang membesarkan satu generasi penjenayah yang berhati kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bukankah sudah tiba masanya setiap seorang dari kita melakukan refleksi tersebut?
Pihak berwajib disarankan memberikan fokus yang serius dalam usaha menanamkan nilai agama dan kerohanian yang tinggi kepada ahli-ahli masyarakat. Keseimbangan hidup mengejar dunia dan akhirat akan mencetuskan manusia yang kompetatif dan berdaya-saing tinggi. Dalam masa yang sama, Wanita JIM menuntut agar segala unsur-unsur yang terbukti merosak jati diri generasi muda dan dewasa ditangani dengan tegas, berkesan dan berhemah.
PASTIKAN KEMATIAN NURIN TIDAK SIA-SIA. JADIKAN IA SATU TITIK MULA UNTUK MASYARAKAT KEMBALI KEPADA ASAS AKIDAH YANG MANTAP DAN KUKUH.
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
012-3243134
Saturday, September 22, 2007
Takziah Buat Keluarga Adik Nurin
Takziah buat keluarga adik Nurin.In Memory of Nurin Jazlin diabadikan. Sekali lagi membaca blognya,tidak tergambar perasaan...pada mulanya yang mengharap...kecewa,sedih,pilu,marah... bercampur aduk.
Sudah sakit jiwakah masyarakat harini?
Terbayang wajah Nusaibah yang semakin hari semakin petah bertanya itu ini, asyik berlari dan melompat-lompat di dalam rumah, ketawa-ketawa, menyanyi riang. Tidak dapat dibayangkan....
Oh tuhan, saya semakin takut untuk menempatkan anak saya di dalam masyarakat yang semakin tenat ini!!
Thursday, September 20, 2007
Happy Birthday Sayang..19 sept..
Hari ini... ya hari ini, hari yang merupakan detik-detik bermulanya saya menjadi seorang ibu. Itu 3 tahun yang lalu. Bersalin dengan epidural mueheheh. Dengan abang yang terketar-ketar memotong tali pusat anaknya setelah diberi peluang oleh Dr Amimah. Itulah dia, Wan Raiyan Nusaibah yang ketika di dalam rumah, tidak reti berjalan, selalu berlari-lari dan memekik-mekik. Hampir bingit telinga orang dalam rumah.
Saya tidak sempat menyiapkan kek hari lahirnya. Lantas berkejar ke Sayyidah Bakery untuk membeli kek serta berkejar pula ke Pasaraya Hafifah untuk membeli snek, air kotak dan makanan lain untuk dibungkus dan dibawa ke nurserinya.
Kami membawanya untuk diberi peluang memilih kek kegemarannya. Apa yang dipilihnya? sejenis kek hantaran pertunangan! aiyaark !!
katanya...kalini dia mahukan kek berbentuk love dan berwarna pink.
Saya: "dia jiwang macam abanglah!"
abang: "ehem...tengokla sapa baba nyer"
Dengan Iman, bespren. Dulu hari-hari cerita pasal Iman. Sekarang tidak lagi. Bergaduh kot! hehe
Selamat hari Lahir Nusaibah! Ummi namakan kamu Nusaibah sempena nama sahabat nabi, Nusaibah binti Kaab yang sanggup mempertahankan nabi semasa di Ghazwah Uhud, yang menikam askar-askar kuffar dengan menggunakan pancang khemah sahaja. Pada masa itulah nabi berdoa agar Nusaibah dan keluarga ditempat bersama-sama beliau di dalam syurga. Moga kau berani seperti itu, anakku!
Maruah Islam kini tercemar, kembalikanlah kegemilangannya, pertahankan maruah ini, akidah ini.
Ummi dan kawan-kawan berusaha seupaya mungkin melakukan pengislahan.Ummi bersama mereka mendokong wawasan JIM supaya pada tahun 2020 ini negara kita mencapai ke arah syariat Islam sepenuhnya. Masih ada 13 tahun lagi, anakku. 13 tahun inilah ummi akan letakkan kamu dalam masyarakat yang ummi harap sangat ia sudah pulih kembali dan syariat Islam akan terlaksana. Itu usaha,harapan dan doa ummi,anakku.Moga kau membesar di dalam suasana sebegini.Amin.
UMMI SAYANG KAMU!!
Tuesday, September 18, 2007
There...
Sudah lama tak update. Saya baru pulang dari Muzakarah Nasional di Masjid KLCC. Baru dilantik jawatankuasa baru 07-09, terus pi muzakarah. Patutnya SU sessi lepas yang perlu buat laporan RJ1 strategik planning yang lepas. Tapi kenapa entah, ajk baru pula kena bentang. Kena tembak laaa....aiseh...tak aci la
Anyway... dakwah perlu diteruskan!!
oh ya stok tshirt labuh muslimah sudah sampai. Stok kalini banyak pula. tapi coklat dan maroon dah abis. Ada stok:
1. hitam hijau
2. hijau hitam
3. merah hitam
4. skyblue
5. blueblack
6. oren hitam (ada sikit je lagi)
7. hitam oren
PROMOSI HARI RAYA: RM 25 sahaja (sehelai)
Kot ada sesapa nak beli buat balik kampung di hari raya ini. silakanlah!!
p/s: Salam ramadhan buat semua. maaf pak latip, tak dpt jumpa sebab datang dengan group. Terus balik haritu juga.
Saturday, September 01, 2007
31 ogos 2003...
Abang,
saya tidak tahu bagaimana harus dinyatakan betapa saya bahagia meniti hari-hari ini bersama abang. Empat tahun sudah melayari bahtera perkahwinan. Andainya saya tahu betapa bahagianya hidup saya pabila berkahwin, sudah tentu sebelum grad lagi saya dah kawin.hehe. (Tapi masa tu abang belum masuk meminang lagi)
Saya mengenali suami sejak sekolah rendah lagi. Tapi saya betul-betul tidak menyangka yang dia adalah suami saya sekarangni.hehe. (ini menjawab pertanyaan mynie sebenarnya).Mynie tanya sebelumni memang kenal ke? akak kenal nama aje mynie, tatau anak sapa, adik beradik berapa.Cuma tau dok perlis aje (takkanla tatau kawan-kawan sekelas dok kat mana kan!)Maklumla sekolah agama kan mynie.hehe.
Masuk sekolah menengah, satu kelas dengannya. Masa dulu perwatakannya kurang menyerlah. Budak baik, agak pandai juga. Tapi kadang-kadang suka tidur dalam kelas sewaktu petang.haha. Pernah dibaling pemadam papan putih oleh muallim syukri waktu kelas tafsir/seerah. Ingat tak abang? haha.... terdetik dlm hati saya.ish budakni... dalam kelas pun leh tido.teruk betul.takleh buat laki. See? sekarang sapa suami sapa? haha.
Agaknya itu membuatkan saya kurang nampak dan tak amik tahu sangat perihal pelajar lelaki dalam kelas. Apatah lagi suami saya tu. Dia takde dalam kelas pun saya tak amik tahu.Apa yang saya tahu, hanyalah gaduh dengan mereka jika mereka tak buat duty sapu sampah dalam kelas kami setiap pagi.hehe.
Oh tuhan, bila sampai kad jemputan kawin ke sekolah kami, Semua guru2 terkejut. Saya sendiri pun tidak menyangka jodoh saya dengannya. Kawan-kawan saya (perempuan) yang satu kelas dengan kami berebut nak datang ke majlis kenuri saya. Sanggup naik bas ekspress beramai-ramai. hehe. tu untungnya kawen awal, sebab kawan-kawan lain semuanya masih bujang, mereka lum ada komitmen lain.Semua nak jadi penanggah waktu kenuri. Nak tolong make up kan, nak tolong kemas bilik, nak jadi camerawoman,nak tolong macam-macam lagi.Terima kasih akhawat batch 2!
Saya benar2 terharu dan bersyukur, hebatnya perancangan Allah Taala... Dia mengaturkannya tersusun kemas. Masa dan perjalanan proses kawin ini terlalu pantas. Senang sangat, mak dengan mak masing2 call dan bincang by phone aje. Bertunang, lepas 3 bulan then kawen. Indah betoi jika dikenang sejarah perkahwinan :), seakan-akan mimpi. Bermula episod pencintaan selepas kawin. Sehingga sekarang, jika bercerita hal sekolah,kisah guru, hal kawan-kawan,kes denda,kes supernatural, rahsia2 asrama, sampai sekarang masih tergelak2. Tak jemu2 mengulang cerita.
Tergelak saya, teringat kembali sewaktu kawan-kawan kampus seringkali bertanya saya apa ciri2 suami idaman saya. Agaknya masatu saya dilihat seperti ustazah, bertudung labuh, high taste (kononnya pada mata kawan-kawan serumah saya yang saya ni memilih,suka kutuk boipren kawan2 serumah.hehe). Saya siap senaraikan list yang panjang begini: 1.dia mestilah ikhwah. 2-dia mestilah masuk usrah.
3-Kuat agamanya. 4-Baik akhlaknya. 5-Tegas mempertahankan maruah. 5-Amanah 6-Tidak boros.7-Tidak liar matanya.8-Terbatas pergaulan.
9-Rakan pergaulannya.Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. 10-Bertanggungjawab. 11-Tenang wajahnya.
saya siap perli lagi kawan-kawan serumah, "ha..kalo korang dapat jumpa orang macamni, bgtau aku! Takdenye kat UMS ni, kalo ada pun, mesti orang lain dah kebas.hehe"
Ya, dialah orang yang saya cari... walaupun pada masa saya listkan pada kawan-kawan serumah saya tu, saya sedang meminati seseorang yang sebegitu, tapi perancangan Allah lebih hebat dan Dia memberikan 'seseorang yang melebihi' dari apa yang saya impikan. Sujud Syukur...
Inilah orangnya... orang yang saya letakkan cinta sepenuhnya.My best 'sleeping partner' saya samada dalam bisnes atau pun real life.hiks
Mulanya saya tidak menjangka dia punyai minat yang sama. haha. Betapa Maha Adilnya Allah pada saya.....
Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4 Abang!

terima kasih atas lagu "Permaisuriku-Hijjaz"
Thursday, August 23, 2007
Wednesday, August 22, 2007
Iklan 15 saat...
Saya tertarik dengan iklan ini. Saya rasa...alangkah indahnya jika negara saya ini diberi peluang ke udara(iklan) untuk berkempen sebegini. Tolong la.. 15 saat pun jadikla. Keluar sekejap aje di kaca TV.
Thursday, August 16, 2007
Update!!
Hmm...sudah lebih seminggu tak update rasanya. Takda kesempatan berlama-lama di depan notebook. Alhamdulillah sepanjang seminggu ni banyak aktiviti-aktiviti besar yang sudah selesai. wah...wah... blog ini sudah jadi semacam dairi melaporkan itu ini. Saya menulis sebagai catatan kenang-kenangan, mungkin ia dibaca oleh anak cucu bila saya dah takde nanti.hehe. Atleast, neneknya pernah berbuat sesuatu kan!
Prog Remaja "Cinta: Antara Realiti dan Fantasi"
Lega prog ni sudah berakhir pada 10 Ogos lalu. Dihadiri seramai 130 orang wakil pelajar sekolah-sekolah menengah.Tak tidur saya membantu apa yang perlu untuk menyempurnakan program ini. Terima kasih buat semua. Tak terakam banyaknya yang terlibat dalam program ini. Kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri telah banyak membuka ruang untuk kami bersama masyarakat. Seupaya menyelamatkan para remaja yang semakin jauh ke dalam dunia fantasi mereka. Alhamdulillah ,kelihatan semua memberi feedback yang positif, ada yang berjanji akan mengubah diri ke arah lebih baik. Amin... moga impian mereka termakbul.
Slot dari penceramah yang berbicara soal kes dan kesan zina pada diri,saya tengok dan dengar cerita pun dah rasa cuak. Risaunya saya nak meletakkan anak dara saya dalam masyarakat sebegini.
Bersama Dr Maimunah, begitu menarik sekali
Kunjungan Anfal n Famili
Terima kasih kerana singgah ke rumah kami. Kagum saya dengan keluarga ini, datang berziarah /makan kenuri sahabat mereka dengan menaiki bas ekpres 5 beranak. Mak, ayah and anak kecil diorang dari umur 5 thn, 3 thn dan 9 bulan.Maafla tak dapat layanan sebaiknya. Sibuk pula dengan urusan jual beli di Uitm. Anfal n Famili, jangan serik nak datang Perlis lagi ye! Anak saya menangis nak ikut diorang naik bas malam tu!
Siapa mereka ini? mereka adalah Tokeh BotherhoodArts! dimana saya selaku agent mereka di utara.hehe
Rakan sebaya, Ulya dan Nusaibah sedang menghayati nikmatnya menghisap botol susu.hehe
Daurah IPT bersama Dr Hafidzi
Saya suka mendengar ceramah dr Hafidzi,kalo ikutkan hati... tanak berenti. Nak aje mintak dia bagi ceramah 5 jam! hehe. Pasal kemerdekaan. Macam-macam rahsia sejarah merdeka yang saya dapat tahu harini.Kisah sedih nenek moyang kita menuntut kemerdekaan, memperjuangkan hidup mereka semata-mata karana mahu Islam ini sampai kepada kita. Kisah sejarah Melaka, Kisah jahatnya Vasco Da Gama, Kisah sedih Tok Janggut, Kisah Aceh-Belanda.Saya cadangkan jika ada kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Dr hafidzi di serata KL, tumpangla dengar. Menarik. Jika dalam kuliah jemputan, beliau banyak berbicara tentang isu Palestine.Beliau pakar dalam bidang tumbuhan (UPM) tapi amat meminati sejarah. sudah 10 tahun mengkaji sejarah. Saya yang boring tentang sejarah, kembali teruja apabila mendengar kuliahnya. ingin tahu lagi dan ingin tahu lagi...
Dr Hafidzi seorang pesakit buah pinggang, hadiri dialisis 3 kali seminggu.... sepanjang dialisis, dia mengambil kesempatan untuk membaca/menaip/menulis walaupun dalam keadaan yang meletihkan.Saya amat mengkagumi beliau.
Aduh pada hari itu juga membuat keputusan untuk menghantar adik ipar di KLIA yang pulang ke Ireland. Ke KL lagi. Tapi kalini tak berlama-lama, sebab bawak Nusaibah.hehe. Dalam tak berlama tu sempat juga ke Jalan TAR borong tudung dan buku,dan yang best sekali saya dapat ke CKE, Cheras membeli oven dan mixer.hehe. Oven dan mixer dah beli ni ha. Dok diam aje kat tepi sudut tu. Saya tak buat ape-ape pun lagi. ish...
dan harini.... saya mula packing dan membuat beberapa urusan penghantaran sejak pagi tadi since tshirt dah sampai, sampai pun ada yang masih belum complete. Terbakar sungguh saya pada kilang tu. Rasa nak bakar aje.hehe. Apa punya janji da. bikin malu saya pada customer.Pening...pening...
Mujur ada novel ini,
Saya sudah menggilai karya Kang Abik. Saya akan memiliki kesemua karyanya :), sebab saya tokeh buku.haha. Novel ini belum lagi diterjemah, masih dalam Bahasa Indonesia. Harganya pun mahal, hard cover. Sikit masa lagi akan diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia dan harganya separuh dari yang asal seperti "Ayat-ayat Cinta", "Ketika Cinta Bertasbih" dan "Pudarnya Pesona Cleopatra". Publisher Ar Risalah yang menerbitkan di Malaysia ni. Membaca novelnya, saya rasa macam tanak tamatkan.Sanggup tinggal kerja lain.hehe. Bahaya ni!
p/s: ohya,saya dapat bertemu blogger HappyIrfa masa di KLIA haritu. Irfa bekerja di sana. Terima kasih kerana sudi bertemu dengan saya walaupun dalam masa bekerja dan sibuk :)
Thursday, August 02, 2007
Sibuk...
Aduh... sehari dua ni saya rasakan amat sibuk dan sedikit stress. Kerja makin bertambah. Banyak database customer masih belum update. Tambahan pula stok tshirt dijangka sampai agak lewat dari tarikhnya. 10 Ogos dijanjikan oleh supplier. Tensen juga. Sebab customer sudah beratur menempah. Terasa malu pula kat diorang.huhu.
Pengeluaran kek batik dan dadih yang sudah tertangguh sekian lama akibat tokehnyer accident, kini akan bermula semula. Tapi MC saya tamat 14 ogos ni :). Aduh, pekerja saya sudah masuk matrik. Kini saya sedang mencari pekerja baru. Esok akan interbiu/jumpa sorang adik ni. Dia mohon kerja sementara sebelum dia mendapat kerja tetap. Bulan puasa cuti sebab tak buat le kek batik n dadihnyer.Keje sementara pun ok, sebelum saya nak susun semula struktur kerja selepas raya nanti. Harap-harap adikni sesuai.
Hmm... saya rasa saya kena cari rumah sewa la untuk buat bengkel/dapur ni. Kat umah sewa tu nanti boleh buat kek batik, dadih , kuih raya dan segala macam benda kat situ. Tak perlu ganggu kawasan dapur sekarang. Lagipun itu umah mak mertua saya. Agak susahla sikit jika ada orang lain/pekerja di dapur.
Betapa saya perlukan pembantu. Saya sudah tidak sempat lagi nak uruskan semua seorang diri. Mengadap gelang aje, tinggal semua yang lelain tu.hehe. Tu belum masuk
1)Survey/tanya sekolah2 utk supply buku (esp produk AnaMuslim)
2)Promosi t-shirt labuh.
3)Cari bahan/maklumat untuk letak di website baru (Luk, tolong luk!!)
4)Jumpa pengarah pusat sumber negeri yang saya janji akan supply buku pada mereka.
5)Collect semua tarikh lahir orang-orang penting.Esp orang2 Perlis
6)Beli stok tudung utk jualan raya
7)Plan jualan biskut raya (belum beli mesin falcon lagi)
Banyaknya kerja saya tertangguh. Bab-bab berkaitan dengan sekolah tu saya rasa nak start awal tahun depan aje. Tahun ni macam tak mampu aje. Pengurusan masih lagi berterabur....
Fotostat? saya sudah tidak sentuh lagi.Memang dari awal2 lagi dah. Suami buat semua tu. Kesian suami saya, sudah beberapa kali entend tesisnya. Mujur ada part time staf yang mahu bekerja jaga booth setiapkali kami buat jualan di luar. Ohya, harini dan esok kami membuka booth buku di Lobby Bangunan Persekutuan, Kangar. Silalah datang! Bukan apa, kena pulun buat sales memandangkan ada lagi stok buku lebihan pesta buku haritu. Kalo tak keluar buat sales, alamatnya terbenamlah duit untung kat buku-buku tuh.huhu
Saya memohon maaf buat beberapa orang adik (setakatni 3 orang) yang meminta saya menerangkan kos untuk membuka sebuah kedai buku. Ada yang mintak saya jadi mentor mereka! aiyark... saya bukan orangnye adik-adikku sayang. Saya masih bertatih, jalan pun asyik terjatuh lagi. Kedai buku pun belum masuk lagi kat Kangar tu. Masih buka kedai sebelah umah.
Kerja NGO... Prog Remaja: Antara Cinta dan Fantasi bakal diadakan 10 ogos ini di Library Kangar. Buatkan saya rasa bersalah sebab belum siapkan pamplet prog lagi. Mesti lepasni depa serik nak lantik saya jadi SU lagi.hehe. Terima kasih pengarah program yang banyak membantu/mengambil alih tugas saya.
Buat pelanggan-pelanggan maya yang membeli gelang dan tshirt, terima kasih kerana mempercayai saya. Saya cuba buatkan yang terbaik semampu boleh. Terima kasih juga kerana menyokong dan mendoakan saya.


