thePencil.org Ar RaiYan

Saturday, December 24, 2011

mau travel lagi...

salam,
sudah lama tak menulis. terhenti dengan kesibukan melampau. orang lain pun sibuk juga. no alasaansss. azam tahun 2012, nak kembali menulis blog secara konsisten. aiseh....
insyallah minggu ni cadangnya nak ke Guangzhou. saja survey barang kot ada yang berkenan di hati. memang ada.hehe. Moga Allah permudahkan urusan sebab lepas pi seminar memborong guangzhou, kami decided to gamble saja ke sana berdua. kena doa banyak-banyak, moga setiap urusan dipermudahkan. moga bertemu dengan orang-orang yang baik-baik saja.
saya ada juga listkan beberapa barang untuk saya survey. harap-harap tu dapat jumpa la. amin.


weddingcake punya order ada satu set lagi belum siapkan. so malam ni kena pulun la tak tido nak setelkan semua. huhu.esok lepas deliver kek, barulah prepare utk ke guangzhou. lepas habis kerja-kerja kek, saya ada masa 2 hari untuk study- laluan metro, baca peta, kenal pasti nilai wang, kenal pasti plaza mana yang nak pergi, contact person of shipping, halal food, making decision, supplier. waaaah...boleh berasap ni
moga-moga saya dipertemukan dengan supplier yang saya cari. amin...amin...
harini saya baca buku ini... bagus info nyaaa. ada la sikit gambaran dan tip2 serta cara memborong di sana...tapi belum khatam lagi. baru sampai mukasurat tengah

Saturday, November 26, 2011

pembantu...

korang pernah rasa tak..apabila datang satu tahap, korang rasa puas dah. jemu dan tamau buat kerja tu. saya alaminya kini. entah apa lahai saya ni. dulu semangat buat kek itu ini, tapi bila order terlalu banyak. datang satu tahap, jadi macam nak stop rehat kejap. ayoo....apehal ni. jangan stop, rezeki sedang melimpah ni. come on najah!
kawan-kawan kata maybe sebab saya penat...workload... tu la kau, carila pembantu. sekarang pun ada sorang bibik yang membantu, tolong-tolong buat kek n tart serta basuh-basuh bekas. lega la sikit. tapi deco, uli fondant...masih lagi saya..huhu. umur makin tua ni, tak dapat nak stay up jauh-jauh malam. perlu tido yang cukup dan supplement yang cukup...
hmmm...sudah tiba masanya saya perlukan pembantu yang benar-benar cekap. sape nak jadi pembantu saya?? boleh la bayar gaji lumayan. hihi... disamping saya ajar dia buat macam-macam nanti. amboi untung dia leh bukak bisnes sendiri satgi.heee
sekarang ni tengah set plan untuk 2012, ada few menda nak upgrade and insyallah will go for it. cadang nak cari sorang pembantu untuk kerja dengan saya. moga Allah pertemukan nanti insyallah...pembantu yang benar2 sesuai dengan pencarian saya...ameen...
sekrang ni saya ada pembantu kecik yang sangaaatt cekap ...cik kauthar hana yang apabila tak suruh pun dia nak buat jugak-jugak...adoilaaa

Monday, November 14, 2011

updated...

assalamualaikum,
dah lama betul tak update blog ni. ape khabar blog. hihi. hmmm.... saya pun tatau apa yang saya sibukkan. oh ya, saya sedang sibuk cari duit utk top up rumah. alhamdulillah sudah 60% siap mungkin.. lambatkan? ye laa.... cari dana sendiri, memang la lambat siap. ada duit... kerja jalan, takda duit... diam kejap. tapi sungguh menyeksakan dalam masa yang sama, sangatla mengujakan... dalam hati dok tanya, bila la nak siap....bila la nak siap... alahai...
andainya duit turun bedebuk dari langit harini.......
oh ya, bebaru proposal yang saya hantar pd satu jabatan dah lulus, untuk projek 10k. alhamdulillah, sebab kebetulan jabatan ni nak perabis bajet kot. masyallah, rasa nak lompat suka. nak sujud syukur time tuuu la jugak. tapi belum dapat buat lagi, penghujung disember insyallah dpt laksanakan projek tu. boleh la buat beli tiles untuk rumah baru. alhamdulillah...
harini isnin, free sikit takda order. tapi esok ada... kena buat red velvet n carrotcake. so harini agendanya untuk survey sikit-sikit perihal barang-barang rumah seperti kat mana contact number cabinet, katmana nak cari tiles n pergio, lampu, almari dan few design yang kena siapkan n setelkan.
terus terang, saya tak pandai semua ini. tapi terpaksa demi rumah yang dibina sekali saja seumur hidup. dengan kes bajet yang kecik2 nih...tak berapa nak cukup ni. buat asas2 ja la dulu...huhu
doakan!
ni dah siapkan biz baru, pinkayu/ brooch... ni bisnes anak2 ja, bisnes kakak ibah. tapi sian dia... pi jual kat sekolah. barang laku, duit jualan takda. katanya kawan-kawan mtk hutang, ada sorang aje bayar hutang pinkayu dia. dia kata malu nak mintak. hehe. anak bertuaahh sungguh. takpa nak, ni praktis meniaga....
ini dia, taraaaaaa http://pinkayucomel.blogspot.com/ untuk makcik2 yang ak jadi agent tuuu sila-silakan laahh

Sunday, September 25, 2011

cerita hati...

"pada awan biru... ku melakar kata-kata...
pada lagit cerah... kupanah semua cerita
dengarlah mentari...
suara hati ku menyanyi
berterbangan jiwa... merentasi pelangi...

saya suka lagu ni, cerita hati- hafiz hamidon . ya, hati berbunga ceria pabila bisnes baru dah hampir siap 70 %. semalam saif hadiahkan dot.com pula. terima kasih ya. yaa ini dia najahgifts.com

dan insyallah.... we go more to hamper/ corporate gifts. saya nampak peluang cerah dalam bidang ini. saya mahu sehebat dia, Astana Jentayu- malaysia's no 1 corporate gifts
tapi takda saya sampai no 1 di malaysia. no 1 dekat-dekat perlis ni pun jadik la. insyallah our first task is during aidiladha feast dan birthday hamper untuk staf jabatan kerajaan.insyallah will go out with iklan n promotion soon... promo promo. sesapa ada sedara area utara, ni tangkap cepat untuk kami hantarkan hamper pada yang tersayang.
sekarang sedang memikirkan produk untuk hamper/corporate gifts lain dari yang lain untuk aidiladha ini. ada cadangan? sila kemukakan yaaaa
ada pelbagai group of hamper yang akan diiklankan mengikut bajet pelanggan
rm50, rm100,rm150,rm200 and request bajet... hmmm...
mungkin dalam tu ada
-buku2- amek kat iqrabooks
-raya cookies- ada supplier
-kek lapis- jumpa supplier
-madu/jem/
apa lagi yaaaaa. will update soon sebab masih listkan kat buku kecik ni ha...

saya suka design ni
ini dari http://www.hannicollection.com, yang mendapat tender supply untuk istana negara untuk aidilfitri tahun ini. wow! tapi bukanla hamper kat atas tu. yang istana punya lagi grand, kalo dapat gambar nanti, saya postkan yaaa
apa yang perlu buat sekarang ialah nak kena cari dan survey bekas-bekas dan stok barang untuk bisnes ini. doakan saya ya. kalo pembaca dapat tau kat mana, bekas-bekas mengkuang or rotan or kayu yang murah, boleh bagitau yer. barang dari china memang murah.
saya nak try cari beg kain pun cantek juga. bila difikirkan, macam-macam menda boleh jadikan hamper.hmmm antara kreatif atau tidak aje. doalah banyak-banyak moga Allah limpahkan rezeki idea untuk saya memikirkannya . moga Allah permudahkan urusan ini ya Allah....ameen

Thursday, September 22, 2011

dah lama tak menulis....

ya, sangat sibuk. sibuk dengan program, anak-anak dan cakes order especially. sebab tu lama tak menulis. banyak sebenarnya nak menulis, tapi hilang macam tu saja. nak tulis, terus lupa. adus...
jam sekarang menunjukkan pukul 4.16 pagi. saya baru siapkan figurine untuk cake, tema golf theme untuk Ir Zainuddin, bos company... alamak, lupa nama company. sorry ya. tempahan oleh stafnya sempena harijadinya esok. bestnya ada company besaq kan. hihi. tanggungjawab pun besaq... cita-cita besaq dan jiwa besaq...
hmmm... jiwa besar...dalam kepala ni macam-macam nak buat. tapi tak terbuat. kena ada yang membantu. hmm... upah pembantu kot nyer ya. saya ni cerewet sket. susah nak cari yang betul-betul sesuai dengan jiwa. dah pernah cari pembantu untuk bantu-bantu buat kek. last2 saya yang buat semua. sebab bila ajar, tak jadi macam yang kita nak.. susah juga. suruh basuh bekas pun tak bersih, last2 bibik yang kena basuh semula. bibik nak kena tengok si kauthar dengan tasneem ni haa. so kena cari yang fast learner and buat kerja cepat macam saya le kot. tak juga, saya pun lembab buat kerja. ikut mood. tamie rajin cepatla. time malas, slow la production.
ini blog saya, suka hati saya nak menulis. hihi. eh, tetiba jaaa. nak diluahkan kemana lagi kalo tak ke blog kita kan. takkan nak luahkan di blog orang. biar nusaibah baca yang umminya macam ni merapu menulis.
oh ya, saya ada set up new biz, sekarang tengah nak siapkan website. sedang research cari bahan mentah, supplier dan sebagainya. minggu depan nak kena join kelas belajar buat biz baru ni. tapi kata orang, biz baru saya ni kalo dok kat KL ok la boleh la dapat rezki jerung. alaaaa....mana-mana pun takpa kot. kita try market di utara pula. saya dah survey belah utara takda lagi, bukan takda... tapi tak meluas lagi. biz apa lahai tu, nanti dah siap website, saya war warkan pada dunia. adoila. cakap berdegang-degang, tapi biznya kecik tet ajer. buat bisnes dari rumah, besaq mana la sangat.
untung bisnes tu, saya nak beli ini

eeeehh, itu hanya angan- angan mat jenin saja. hahaha

Monday, September 05, 2011

cerita raya...

alhamdulillah, nasih bernafas dan berpeluang menghirup udara di bumi Perlis. harini masuk kerja semula. rasa sekejap jer lebaran sudah berlalu, rasa baru jer semalam riuh rendah beraya ke sana sini, salam-salam, peluk-peluk dengan saudara mara yang lama tak jumpa, tup-tup harini sunyi balik, masuk kerja semula. kita pun meneruskan rutin hidup kita seperti biasa semula. kerja...kerja...moga ianya menjadi satu amal ibadah buat kita.

maka semangat dan azam ramadhan yang telah kita buat bebaru ni usah dibiarkan setakat itu saja, teruskanlah hingga ke akhir hayat. ingat tu. pesanan untuk diri saya sebenarnya.

yah, bermula masuk ke dapur ditemani Tasneem yang membaca Iqra' sambil meniarap di dapur kerja saya. sambil baking kek, sambil jadi ustazah. order pertama lepas raya ni ialah Red Velvet Cupcakes kegemaran Tengku Puteri sebanyak 25 biji. siap akhirnya walaupun terlambat sikit hantar kat Pejabat Istana. Maaf ya Ku....


Sunday, September 04, 2011

salam aidilfitri

Salam...
rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. sepanjang 5 hari beraya sakan. berjalan ke rumah sedara mara dan sahabat handai. harini pulang ke perlis semula. alhamdulillah.
esok dah mula start kerja, order segala macam kek sedang menanti. kena masuk gear 5 terus sebab dah cuti lama. duit pun nak abis. hehe
ni dok mengira duit raya anak-anak bertiga ni, boleh tahan collection depa. esok nak bank in ke akaun masing-masing. terima kasih buat pakcik makcik yang sudi memberi duit raya kat anak-anak saya.
salam aidilfitri dari saif, najah, raiyan, tasneem dan kauthar. maaf zahir batin


Friday, August 26, 2011

rezeki

benarlah ramadhan itu rezeki, sebab tu ramai peniaga menjadi kaya pada musim ramadhan. pada mulanya saya sudah membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tempahan sepanjang ramadhan cuma membantu kawan menjual biskut raya, hanya mengambil order saja dari customer. walaupun ada yang memujuk supaya saya membuat tempahan kek dan kuih tetap saya tolak....
tapi hampir menjelang raya ni saya dapat satu projek baru dimana saya tak terfikir pun nak kena buat dan boleh buat apabila diminta oleh pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) untuk membuat 6 packs corporate gifts untuk MB dan VIP. pada mulanya saya memang menolak sebab rasa diri tak kreatif dan tak pernah terfikir nak buat, tapi setelah dipujuk, saya terima juga akhirnya yang merupakan satu bisnes baru dalam hidup saya. yaa... sesungguhnya Allah memberikan rezeki tanpa disangka- sangka.
alhamdulillah...

selepas saya post gambar corporate gifts tersebut di FB, terus ada seorang customer dari KL, menempah corporate gifts yang sama sebanyak 5 pax dan minta hantarkan ke pejabat agama negeri perlis (MAIPs). saya teruja. alhamdulillah. rezeki dan bonus raya saya anggap ini semua. syukur.

lantas saya terfikir, tahun depan why not saya venture bisnes baru ni? prepare awal-awal dan hantar quotation ke semua jabatan.

yaa.... kepala saya keluar lampu. ape kata saya buat corporate gifts ni sepanjang tahun untuk jabatan dan personal? bukan pada musim raya saja. boleh guna books? toiletteries? cupcakes? hmmmmm.....




Sunday, August 21, 2011

Kisah karpet yang kotor

saya selalu geram bila tengok anak-anak suka lompat-lompat atas katil dan main gunting dan gunting kertas-kertas jadik kepingan kecil, kalau kaler buku, abis sepah kaler pensil kena kutip selalu, main mainan sepah sana sini sampai sakit kaki terpijak mainan, tuang bedak atas lantai abis putih n licin lantai. rupanya saya tak terpikir bahawa itu tandanya, saya ada anak dan anak-anak itu masih berada dekat dengan saya. mereka masih ada dan selamat di rumah. ya allah.... bersyukur mereka masih bersama saya... 

----------------------------------------------------
Sebuah kisah benar..Ada seorang suri rumah tangga yang memiliki 4 orang anak laki-laki. Semua urusan perbelanjaan, cucian, makan, kebersihan dan kekemasan rumah dapat ditanganinya dengan baik. Rumah nampak selalu rapi, bersih dan teratur ; suami serta anak-anaknya sangat menghargai usaha dan pengabdiannya itu.
Cuma ada satu masalah, ibu yg pembersih ini sangat tidak suka kalau karpet di rumahnya kotor. Ia akan mudah meledak dan marah berkepanjangan hanya gara-gara melihat jejak kotor di atas karpet, dan suasana tidak enak akan berlangsung seharian. Padahal, dengan 4 orang anak laki-laki di rumah, hal ini mudah sekali terjadi dan sangat2 menyiksanya Atas saranan keluarganya, ia pergi menemui seorang psikolog bernama Virginia Satir, dan menceritakan masalahnya. Setelah mendengarkan cerita ibu ini dengan penuh perhatian, Virginia Satir tersenyum dan berkata kepada sang ibu : "Ibu , harap tutup mata ibu dan bayangkan apa yang akan saya katakan" Ibu itu kemudian menutup matanya. "Bayangkan rumah ibu yang rapi dan karpet ibu yang bersih mengembang, tak ternoda, tanpa kotoran, tanpa jejak kaki, bagaimana perasaan ibu?" Sambil tetap menutup mata, senyum ibu itu merekah, mukanya yg murung berubah cerah. Ia nampak senang dengan bayangan yang dilihatnya.

Virginia Satir melanjutkan; "Itu artinya tidak ada seorangpun di rumah ibu.Tak ada suami, tak ada anak-anak, tak terdengar gurau senda dan tawa ceria mereka. Rumah ibu sepi dan kosong tanpa orang-orang yang ibu yang
kasihi". Seketika muka ibu itu berubah keruh, senyumnya langsung menghilang, nafasnya mengandung isak. Perasaannya terguncang. Pikirannya langsung cemas membayangkan apa yang tengah terjadi pada suami dan anak-anaknya.

"Sekarang lihat kembali karpet itu, ibu melihat jejak sepatu dan kotoran disana, artinya suami dan anak-anak ibu ada di rumah, orang-orang yang ibu cintai ada bersama ibu dan kehadiran mereka menghangatkan hati ibu". Ibu itu mulai tersenyum kembali, ia merasa nyaman dengan visualisasi tsb. "Sekarang bukalah mata ibu" Ibu itu membuka matanya "Bagaimana, apakah karpet kotor masih menjadi masalah buat ibu?"

Ibu itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Aku tahu maksud anda" ujar sang ibu, "Jika kita melihat dengan sudut yang tepat, maka hal yang tampak negatif dapat dilihat secara positif".

Sejak saat itu, sang ibu tak pernah lagi mengeluh soal karpetnya yang kotor, karena setiap melihat jejak sepatu disana, ia tahu, keluarga yg dikasihinya ada di rumah.

Kisah di atas adalah kisah benar, Virginia Satir adalah seorang psikolog terkenal yang mengilhami Richard Binder & John Adler untuk menciptakan NLP (Neurolinguistic Programming) . Teknik yang dipakainya di atas disebut Reframing, yaitu bagaimana kita 'membingkai ulang' sudut pandang kita, sehingga sesuatu yg tadinya negatif dapat menjadi positif, salah satu caranya dengan mengubah sudut pandangnya. Terlampir beberapa contoh pengubahan sudut pandang : Saya BERSYUKUR;

1.Untuk istri yang mengatakan malam ini kita hanya makan mie instan, karena itu artinya IA BERSAMAKU bukan dengan orang lain.

2.Untuk suami yang hanya duduk malas di sofa menonton TV, karena itu artinya IA berada DI RUMAH dan bukan di bar, kafe, atau di tempat mesum.


3.Untuk anak-anak yang ribut mengeluh tentang banyak hal, karena itu artinya mereka DI RUMAH dan tidak jadi anak jalanan.

4.Untuk Tagihan Pajak yang cukup besar, karena itu artinya SAYA BEKERJA dan DIGAJI TINGGI.


5.Untuk sampah dan kotoran bekas pesta yang harus saya bersihkan, karena itu artinya keluarga kami dikelilingi BANYAK TEMAN.

6.Untuk pakaian yang mulai kesempitan, karena itu artinya saya CUKUP MAKAN.

7.Untuk rasa lelah, capai dan penat di penghujung hari, karena itu artinya saya masih MAMPU bekerja keras.

8.Untuk semua kritik yang saya dengar tentang pemerintah, karena itu artinya masih ada KEBEBASAN BERPENDAPAT.


9.Untuk bunyi alarm keras jam 5 pagi yg membangunkan saya, karena itu artinya saya masih bisa terbangun, masih HIDUP.


10.Untuk setiap permasalahan hidup yang saya hadapi, karena itu artinya Tuhan sedang membentuk dan menempa saya untuk menjadi lebih baik lagi.
Terimakasih telah membaca, sila share jika ini bermanfaat.
Salam perjuangan!!

Saturday, August 20, 2011

Fasa Terakhir...

salam,
kita sudah menghampiri fasa terakhir ramadhan. anda sedar tak? saya baru sedar. bukan tak sedar diri. tapi rasa macam kejap sesangat. dalam kesibukan aktiviti ramadhan, tup-tup sudah hampir ke penghujungnya. sekarang ni sedang berlangsungnya program 3R di Masjid Titi Tok Bandar, Kangar. saya tak terlibat sepenuhnya, cuma datang tolong hidang juadah berbuka untuk anak-anak remaja. sempat bertreawih di sana semalam, sangat best masjid tu. kak ibah n tasneem suka sangatla sebab masjid tu aircond. bersih ajer, pastu tak crowded sebab masjid nun jauh dalam kampung. Saif terlibat dan berkampung di sana hingga ahad ini. tapi kalo dia nak berkampung di masjid (iktikaf) hingga hujung ramadan ni pun saya lagi setuju. hihi.
yeah... kalini dia kata nak beriktikaf direct 10  hari di masjid. alhamdulillah, dalam hati yeay! sebab saya pun target nak speed untuk 10 hari ni. moga Allah perkenankan... amin..

alhamdulillah, program Tadarus dan Iftar Tunas Taqwa telah selesai. target 60 orang peserta, tapi lebih kurang 50 peserta. ok sangat tu. tambah ajk dan famili serta fasi ada kot 80 orang berbuka di surau Sek Ren Islam bebaru ni. meriaahh. best betoi. ni syok kalo join program anak-anak. fun.

cer cari dimanakah nusaibah? dan dimanakah ummi dia? hiks

 
blog template by suckmylolly.com