thePencil.org Ar RaiYan: November 2003

Monday, November 24, 2003

Wanita Solehah-Bidadari Mencemburui Kesolehannya....

Perhiasan yang menjadi dambaan..

"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada
syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha
Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini.
Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:

"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya"
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"

Sunday, November 23, 2003

Baju Raya....

Sabtu-21/11

Alhamdulillah….tugas mengambil adik-adik pun dah selesai. Skang ni nak buat apa yer di KL? Mmm…cadangnya haritu nak beli baju raya kat sini. Ape lagi…marilah adik-adik sekelian. Temankan akak awakni membeli belah.hehe. buat pertama kali berjalan-jalan di jalan TAR sempena musim hari raya bersama suami tercinta serta adik-adik ipar yang sentiasa ceria ni. Masyaallah…ramainya orang. Sesak nafas dilautan manusia. Agaknya cemana di padang mahsyar nanti yer??

Sudah merata kedai kami pusing. Masih tidak berjumpa baju raya yang aku berkenan. Kesian melihat si Aisyah ni yang sudah penat berjalan. Akhirnya terjumpa juga baju yang berkenan di Semua House. Hiks…bila tengok ajer Semua House ni, teringat pula aku bersama Faizah dan Asma pergi cari baju kawin beberapa bulan yang lalu. Faizah n Asma’… ingat lagi tak kenangan kita ket KL haritu? Rindunyerrrr….

Bila dah jumpa baju yang berkenan…tatau pulak nak pilih yang mana satu. Isk Najah ni…nak kena nih!!! Kerana aku sorang…orang lain pun turut susah sama.hihi. At last… abang yang pilihkan. Thanks…taste kita sama laaa….hiks. Sabar aje abang mengikut kerenah Najah yer…..hehe

Lepas baju raya….tudung raya pulak daahh…. Kalini, kami bertiga sibuk memilih tudung masing-masing. Last-last…kami pakat-pakat nak pakai tudung sama pattern la raya nanti! Haha….

Kesian betoi abang….tensen tengok kami bertiga dok memilih tudung pulak. “Susah and lama betoi orang pompuan ni nak beli barang. Amik aje laaaahh….” Katanya. Kiter orang gelakkan ajer. Dia pun sibuk aje pilihkan skali untuk kami. Bukan ape…abangnye jugak yang bayar nanti. Hehe.

Dalam kesibukan tu sempat juga aku terkenangkan insan-insan lain yang kurang berkemampuan. Entah ada atau tidak baju raya untuk mereka. Entahkan beraya entahkan tidak. Sedangkan aku sibuk-sibuk membeli itu ini, tapi, masih ada lagi mereka yang kurang bernasib baik. Aduh.. sungguh menginsafkan……

Hampir pukul 6.00 petang barulah kami bertolak ke Perlis semula. Kalini berbuka di R&R Sg Buluh pula. Pekena sate kajang. Perrghh….sudah lama aku tak makan sate Hj Shamuri ni. Kalini tercapai juga hasratku. Perjalanan diteruskan. Setelah bertukar-tukar driver. Kami sampai dengan selamat- alhamdulillah tepat pukul 3.30 pagi di Perlis. Risau ayah, tak tido menantikan kepulangan anak-anaknya….

Friday, November 21, 2003

Trip to KL....

Harini ayah minta kami ke KL amik adinda-adinda kami, Aisyah n Khadijah. Selesai berkemas lepas asar tu, tunggu abang balik. Lewat jam 6.20 petang kami berangkat dari rumah. Singgah berbuka kat Restoran Cendol Pulut (lupa nama spesifik restoran dia) yang terletak di Changlun, Kedah. Agak glemer juga kedai ni. Bak kata orang…kalo lalu sini tak singgah ‘pekena’ condol pulut dia, kira tak sah ler…

Lepas maghrib, kami mereruskan perjalanan. Till kol 9.30 pm, exit tol Jawi. Singgah di umah pakcik Razak untuk serahkan dokumen yang dikirim oleh makcik Zinirah. Kesian makcik Zinirah, dilanda accident beberapa hari lalu di Jawi. Agak teruk juga kereta wajanya. Alhamdulillah makcik Ni and anak-anaknya takde pape.

Sampai saja kat umah pakcik Razak tu, kelakar n kagum rasanya melihatkan pakcik Razak bertungkus lumus berseorangan memasak juadah buat kami berdua. Katanya…isteri n anak-anaknya keluar bershopping. Tinggallah dia sesorang. Pandai rupanya pakcik razak memasak. Juadah ape yer bang?? Hehe…..tersenyum sendirian rasanya tiap kali nak makan daging burger bersalut telur lepasni. Hehe…

Lebih kurang 45 min kemudian…kami meneruskan perjalanan ke destinasi. Mm… perjalanan yang dikatakan agak bersantai ini memakan masa agak lama juga coz driver kita tu mengantuk benar. Merata berenti rehat. At last berenti ket hentian Bkt Gantang…disitulah kami bantai tido. Dalam kereta pun jadiklah…..

Sedar-sedar sudah sampai waktu sahur rupanya. Singgah bersahur di Tapah. Akhirnya sampailah ke Lembah Beringin ambil cik Aisyah kiter ni dan teruskan perjalanan ke UM nak amik Cik Khadijah pula :)

Wednesday, November 19, 2003

Semalam...

Semalam….entah kenapa hati ini terasa begitu syahdu,pilu dan rungsing sekali. Mahu saja aku menitiskan air mata. Namun…apa sebabnya??Mungkin juga diri ini sudah tidak tertanggung beratnya dosa-dosa yang dilakukan.

Lepas berbuka…serasanya air mata ini seakan-akan mahu dihambur keluar. Seingatku….rupanya diri ini sudah lama tidak menitiskan air mata. Keras sungguh hati ini ya Allah….

Bila saja masuk ke bilik, mahu saja aku menghamburkan titisan air ini. Namun… tersekat juga pabila terserempak dengan teman sebilikku. Terdiam.Tatau nak cakap apa. Mungkin dek kerana aku terdiam sebentar tadi. Dia mula bertanya, “nape ni? cam sedih ajer”….(masyaallah…. Ini yang dikatakan soulmate kot….cepatnya dia concern. Dalam aku dok sembunyi tu! Hiks). “Takde pape” ( tu jawapan aku…memang aku pun tatau ape puncanya).” Mmm…mesti ada tak kena ket memana ni….kalo tak..takkan senyap ajer ni” telahan dia lagi. Dia seolah-olah mengerti perasaanku,sedikit ketenangan pabila berada didalam pelukannya.

Terima kasih abang……..
Dirinya banyak memberi kekuatan pada diri ini dalam mengharungi hidup ini. Bersama-sama kita mengejar pahala berganda pada akhir-akhir bulan yang penuh barakah ini.
Rahmati dan berkatilah rumahtangga kami ini ya Allah…..


Raiyan: laaa....apehal la pulak posting kalini jiwang la pulak nihh....isk...dah tulih baru nampak!

Sunday, November 16, 2003

Jejak Kasih di bulan Ramadhan....

Harini balik ke Perlis semula. Bertolak awal pagi. Abang kelas kol 11.30. sampai UUM kol 10.45. nasib baik ada notebook. Leh online sementara tunggu orangtu abi s kelas. Alhamdulillah….gembira dapat bertemu juga dengan teman seperjuangan-Kak Yati yang sama-sama mengajar di Hira’ Shah Alam dulu. Dah lama aku mencari dirinya di UUM ni. Allah mendengar isi hati ini. Dia temukan kami dibulan yang penuh barakah ini sewaktu aku selesai sahaja solat zohor di surau fakulti. Bercerita panjang juga dengan akak sorangtu. Kesian juga Kak Yati, katanya risau betul dengan thesisnya. Takper Kak Yati. Mudah-muadahan Allah permudahkan urusan Kak Yati. Satu sem aje lagi kan! Semoga terus cemerlang.

Petang- iftar bersama keluarga ikhwah/aat JIM negeri Perlis. Best..reramai berbuka dari sekecik-kecik sampaila sebesar-besar. Rasanya famili kami yang lain sket kot dari yang lain, coz family lain datang bawak anak-anak. Tapi famili kami datang bawak anak-anak + menantu. Heheh. Alhamdulillah…majlis selesai kol 10.30 mlm sesudah berkemas dan berterawih bersama-sama makcik-makcik n anak-anak. Pakcik-pakcik solat ket masjid. Kalini ramai sungguh yang menanyakan soalan bonus padaku “dah pregnant ker?” hehe.. sengih ajer la jawapan terbaik kot. Belum lagi laaaa…..
Moga soalan-soalan bonus tadi merupakan doa-doa mereka buat kami. Amiiiinnn….

Saturday, November 15, 2003

Balik Penang....

Pagi ni cadangnya nak balik Penang. Rindu dengan nasi ayam mama. Tepat kol 8.30 abang dah bersiap ke ofis. Katanya sampai kol 10 pagi ajer ket ofis. Lepastu dia balik umah n terus kami bertolak ke Penang. Hampir kol 9.30 pagi selesai aku packing barang. Terus ajer bukak notebook n ape lagi…online ler. Asyik sungguh membaca emel. Sampai terlupa nak mandi. Tup-tup jam dah kol 10. abis le kali ni kalo abang balik, aku lum siap lagi. Hehe….dah agak dah…

Bertolak dari Perlis jam 10.45 pg, singgah Alor Setar jap. Tengahari baru terus ke Penang. Merata singgah. Sampai kat Penang, pergi PC Fair kat PISA. Best tengok computer canggih manggih itu. Setakat tengok aje la kami ni. Hiks. Singgah pulak makro. Biasala..ummi kami ni kalo kami balik Penang ajer, mesti ada benda yang menarik perhatiannya kat Makro. Adalah barang yang dia suruh beli ni. Kalini besar punya barang. Apetah nama dia. Lupa pula. Cam container plastic 4 tingkat tu. Memula dok pikir-pikir juga ngan abang. Eh! Muatka masuk dalam kancil ni. Aaah…pasrah ajelah…kalo tak muat, kita lelong murah-murah barangni ket car park makro tu.hihi. at last….alhamdulillah….elok-elok ajer muat.

Sebelum sampai umah tu….singgah pula pasar ramadhan…amboi…banyak betoi juadah. Sudah serik…sebelum-sebelumni kalo membeli belah ikutkan nafsu ni, mesti tak abis makan kuih masa berbuka nanti. Membazir gitu aje. At last….diri ini yang dihambat rasa serba salahnyer kat kuih-kuih tu. So….beli sikit ajer. Akhirnya…dapat juga beli kerabu mangga yang dah lama dok kempunan nak makan tu.

Sampai juga kami ke destinasi terakhir…sampai ajer umah, bukak tudung saji tu..terus nak jerit. Waaa….nasi ayam!! Yes! Yes! Saaayang juga mama kat kami ni. Baru jer cakap haritu kat mama yang kaklongnyer ni dah lama tak makan nasi ayam. Maklumla… bulan-bulan posa ni, kedai nasi ayam mama kan tutup sebulan.

Finally…dapat juga berbuka posa dengan keluarga tercinta…..bersama nasi ayam kegemaranku ini….hiks. mmm… ape nak buat dengan kerabu mangga yang aku beli ni? Makan bersama dengan nasi ayam ajelah. Hiks

Wednesday, November 12, 2003

Sehari Bersama Anak-Anak (part II)...

Mmm….harini merupakan hari kedua aku bergelar guru sementara HLCC. Ape yer nak sambung semalam? Haa….selepas subjek hafazan, aku ditugaskan bersama guru HLCC yang lain agar mengajar anak-anak yang kiut miut ini untuk mengambil wudhu’- membuat praktikal wudhu’ serta solat. Yang kelakarnye kebanyakan mereka sudah pandai mengambil wudhu’ tapi sorang pun taktau n tak hafal niat. Hihih…

Selepas praktikal wudhu’ n solat dibuat, aku mengajarkan mereka doa-doa harian, dimana aku sendiri pun terkadang lupa akan doa-doa harian ni coz jarang mengamalkannya. Isk…terasa malu mula pada diri sendiri. Coz kecik-kecik dulu pun belajar kat sekolah, tapi bila besar-besar….tak amalkannya pula. Timbul juga kesedaran dalam diri muallimah ini (akuler) untuk mempraktikkan semula doa-doa harian yang jarang kuamalkan.

Kebanyakan murid-muridku sudah tahu hampir keseluruhan doa yang bakal diajarkan seperti doa makan, nak tidur, bangun tidur, keluar rumah, naik kenderaan, masuk tandas, keluar tandas. Dan….bila ditanya: “sape tahu doa tengok cermin?” semua terkulat-kulat tak tahu….hihih. At last….aku pun bagi homework kat deme suruh hafal doa tengok cermin kat umah. Samada pi cari buku doa-doa kat umah, tanya mak or ayah. Esok aku tanya laa….sape tak dapat….adela ubat. Hehehe

Sessi akhir ialah ngenai seerah. Welemek….ini yang lomah eden nak bercerita ket budak-budakni. Tapi apekan daya, cuba-cuba jugaklah bercerita. Leh gak wat sebagai praktis untuk diceritakan ket bakal anak-anak nanti. Hiks. Harini bercerita kisah Nabi Soleh a.s. amboi-amboi…ternganga juga deme yer…lepastu pot-pet pot-pet dok menyambung cerita aku. Baguih gaks….ini dinamakan kumonikasi dua hala. At least takde la aku sorang jer yang bercakap. Hehe

Sessi akhir ialah.. subjek math-cepat sifir. Subjek ni diajarkan khas oleh guru math juga. So … time ni aku dapat ler rest sket. Coz cikgu math tu lak yang take over. Cumanya aku memantau deme ni main puzzle or tengok video ajer. Sessi yang terakhir adalah solat zuhr berjemaah. Kelas tamat pada pukul 2 petang. Disambung pula kelas sessi petang oleh murid-murid yang mengambil mata pelajaran Englih dan Math.

Balik aje dari HLCC, terus merebahkan diri ket katil. Aduh…penat jugak ek mengajar budak-budak ni. Coz kena jadi cam budak-budak sama.hihi. teringat-ingat suara mereka menghafal surah (ala….suara cam bebudak kecik tu). Balik petang tu abang terus nyakat aku, dia dok tiru gaya suara budak-budak macam ket HLCC tadi. Tergelak aku. Rupanya ada sorang ‘budak tua’ tersesat ket bilik aku ni. hehe

Alhamdulillah….aku berharap sangat agar anak-anak yang suci murni ini dapat mengamalkan segala-galanya apa yang mereka pelajari di sini. Serta dapat membentuk generasi al-qur’an pewaris di masa hadapan. Moga amalan dan penghayatan mereka ini dapat menjadi bekalku di kubur nanti. Mohon agar di ikhlaskan niatku sebelum memulakan pelajaran seharian. Kerana…. Apa yang disampaikan melalui hati, akan turun dan terus melekat pada hati jua…
Moga Allah menambahkan ganjaran pahala kita di bulan yang penuh barakah ini. Amin..

Tuesday, November 11, 2003

Sehari Bersama Anak-Anak....

Harini merupakan hari pertama aku mula menjadi guru sementara di Huda Learning Care Centre (HLCC). Kat HLCC ni aku mengajar anak-anak sekolah rendah yang mendaftarkan diri mengambil kursus bersepadu Fardhu Ain cuti sekolah. So, aku Cuma mengajar mereka dalam masa ramadhan ini sehinggalah di penghujung cuti sekolah mereka. Aku Cuma mengajar pada sessi pagi bersama guru-guru HLCC sementara kawanku nizah pula mengajar English dan Math di waktu petang.

Kursus ini bertujuan agar murid-murid yang kecik-kecik ni dapat mengetahui serba sedikit ilmu fardhu ain dan serta dapat menguasai hafazan juzu’ amma. Di samping itu juga mereka dapat memantapkan lagi mata pelajaran English dan Matematik terutamanya mengenai kaedah dan formula cepat sifir. Murid-murid di kelas aku terdiri daripada darjah 1 hinggalah darjah 3. Sebanyak 3 kelas di HLCC ini. Seramai 28 orang murid

Ketaq lutut juga pada mulanya masa mula-mula nak mengajar semalam. Coz tak biasa nak handle bebudak kecik cam gini. Alhamdulillah… berkat doa, semuanya baik-baik belaka. Cuma nakal sket-sket tu adalah….tak nama budak kecik ler kalo tak nakal. Kan!

Sessi bermula pukul 8.30 pagi dengan bacaan al ma’thurat dijadikan sebagai matapelajaran pertama di sini. Alhamdulillah kebanyakan murid-murid di dalam kelas aku ni sudah biasa membaca ma’thurat. Mungkin kebanyakan mereka yang sudah biasa ini adalah di kalangan anak-anak ikhwah/aat Perlis. Jadi tiada masalah kalau disuruh membaca dan menghafal ma’thurat.

Ada juga murid-murid yang tidak tahu membaca langsung atau pun masih di peringkat ejaan ( iqra’). Susah sikitlah …tapi mereka berusaha juga untuk cuba mengikut bacaan al-ma’thurat seperti rakan-rakan mereka yang lain. Doaku agar mereka ini sedikit sebanyak dapat membaca serta menghafal setelah berkali-kali mendengar alunan al-ma’thurat yang setiap hari diulangkan kepada mereka.

Sessi kedua ialah hafazan juzu’ amma. Sekali lagi anak-anak ikhwah/at ini meng’conquer’ mata pelajaran ini. Banyak betul mereka menghafal. Seingatku mereka ni baru aje darjah 1 & 2, tapi sudah menguasai hampir keseluruhan juzu’ amma. Sekali lagi memudahkan tugasku yang hanya membetulkan tajwid mereka serta menyemak hafazan mereka.

Tetapi ada juga murid-murid yang belum pandai membaca ayat-ayat al-qur’an lagi. Mencabar juga aku nak mengajar mereka. Satu persatu. Huruf demi huruf, baris demi baris, ayat demi ayat. Oh tuhan…bulan-bulan puasa gini….hampir kering tekak aku dibuatnya…hiks

Bersambung....penat ler taip....esok-esok plakss :)

Monday, November 10, 2003

ISLAM DAN SAINS :
JACQUES YVES COSTEAU- Memeluk Islam Selepas Bertemu Fenomena Ganjil di Dalam Laut


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” –al Furqan, ayat:53-

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton siri ‘Discovery’ pasti kenal JACQUES YVES COSTEAU, iaitu seorang ahli kelautan (oceanographer) dan penyelam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam bawah laut di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia bertemu dengan beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur atau tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau lapisan yang membatasi kedua-duanya.

Fenomena ganjil itu membuatkan Costeau mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin ditengah-tengah lautan. Ia mulai terfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khayalan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun masih belum dapat jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang professor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena gajil itu. Profesor itu teringat pada ayat al-Qur’an tentang bertemunya dua lautan (surah ar-Rahman, ayat:19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez. Ayat itu bermaksud: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembusi”

Kemudian dibacakan surah al-Furqan, ayat: 53 (spt diatas). Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, dimana terjadi pertemuan antara air masin dan air laut.

Namun tafsir itu juga tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surah ar-Rahman ayat:22 yang bermaksud: “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan”. Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Costeau mendengar ayat-ayat al-Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.

Al-Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke-7, suatu zaman ketika belum ditemukan peralatan menyelam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di dasar lautan.

Benar-benar satu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam itu akhirnya terbukti pada abad ke-20. Costeau berkata bahawa al-qur’an merupakan sebuah kitab suci yang berisi firman Allah s.w.t, yang seluruh kandungannya mutlak dan benar. Dengan seketika dia memeluk Islam. Itulah kebesaran Allah….Costeau telah mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan hari ini.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Apabila seorang bertanya, “apakah caranya untuk menjadikan hati ini bersih kembali?”. Rasulullah bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca al-Qur’an”. Ternyata kemajuan teknologi hari ini semakin membuka tabir kebenaran yang terkandung di dalam al-Qur’an.

Petikan dari: majalah i,Nov 2003

Friday, November 07, 2003

"AR RAIYAN"

Thanks missapple for da cool card.....



Raiyan,
Assalamualaikum. Ramadhan el Mubarak buat sahabat2ku, Naj & Pak Din. Semuga Ramadhan kali ni lebih bermakna disamping orang dicintai. Semuga antuma sentiasa diberkati dan diredhaiNya. InsyaAllah. :) take care. Will always luv you Naj. Pak Din, jaga Naj baik2. :)
missapple. 26-Oct-2003


Thursday, November 06, 2003

Dream….impian…mimpi…hmmm….

Rasa cepat ajer masa berlalu meninggalkan hari-hari di bulan yang penuh barakah ini. Kadangkala aku mengimpikan berbuka puasa di rantau orang ( selain di Malaysia ) . kat Kuwait ker…Turki ker…London ker…India ker…Palestine ker ( ada jugak orang berimpian macam ni ek ).

Bukannya aku sudah jemu berbuka puasa di Malaysia, tapi seringkali terdengar cerita suka-duka kawan-kawan yang berpuasa, berbuka, berterawih dan beraya di perantauan. Bila agaknyer aku akan dapat peluang sebegini ek? Ingin juga kupenuhi impianku selama ini. Insha Allah….maybe next time, or next year… or next century….hehe

Seronok dengar cerita dari aseel muntalaq ngenai kemeriahan menyambut ramadhan di Kuwait. Seolah-olah aku ingin terbang ke sana sekarang juga bagi menyaksikan sendiri kemeriahan ramadhan di sana.

Katanya… di Malaysia, tidak ada kemeriahan masyarakat yang berlumba-lumba membuat amal kebajikan. Dok kalut nak sambut raya adalah! Tapi di negara-negara seperti itu, setiap kali menjelang ramadhan, berlumba-lumba manusia menginfaqkan harta mereka ke pusat-pusat kebajikan serta berlumba-lumba mengerjakan amal soleh. Begitu meriah sekali. Oh, alangkah indahnya….

Walau apa pun….syukur ku panjatkan kerna diri ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan berjalan bebas dibumi milikNya, mengecapi kebahagiaan dan ketenangan, serta merasai nikmat pemberianNya.
Tapi….. mengapa aku masih lagi lalai dengan perintahNya??

Raiyan: haritu pernah termimpi jadi ‘suicide bomber’. Baru nak tekan button bomb, tetiba terkejut n terjaga dari tidur. Berpeluh-peluh juga,ingatkan dah terkorban,rupanya cuma bermimpi. Semalam pulak termimpi yang ‘roomate’ ditangkap n kena ISA. Hingga dapat merasakan situasi yang begitu tertekan sekali. Tegang, keliru, marah n sedih. Langsung terjaga. Isk...napela mimpi aneh sejak akhir-akhir ni ek ? ape tafsirannye nih...

Wednesday, November 05, 2003

GOOD LUCK!!

Buat adinda tersayang….. Wan Aishah dan Wan Aminah yang sedang menempuh cabaran peperiksaan harini ini dan beberapa hari yang mendatang diucapkan selamat maju jaya. Semoga tenang menempuhinya.
Maaf lambat post pada blog ni. Tapi awal dulu dah diucapkan secara verbal. Kan aminah??
Aminah ni sedang berperang dengan exam SPM nyer. Aishah pulak sedang berperang dengan exam semesternya. Takper aishah, raya ni cuti panjang kan!! Nak nak si aminah tu….kemain panjang cutinyer lepas ni...heheh


Tuesday, November 04, 2003

Air Makhluk yang hidup…..

Dahulu, menjadi kebiasaan orang meletakkan air ditengah-tengah bulatan ketika membaca al-Qur’an,terutamanya surah Yasin pada malam Jumaat. Kemudian air itu diminum beramai-ramai sambil masing-masing berdoa.

Kini, para pelajar akan menduduki peperiksaan besar, barulah majlis-majlis seumpama itu diadakan semula. Selebihnya air hanya menghilangkan dahaga,mandi, membasuh dan kegunaan-kegunaan lain yang serupa.

Suatu masa dahulu, terdapat sebuah syarikat pengedaran air suling yang bermottokan ‘air hidup’ ketika memesarkan produknya. Air ini dikatakan sudah melalui proses pengionan, maka lebih berkesan untuk mengekalkan kesihatan mahupun penyembuhan.

Pada ketika itu, keyakinan orang ramai terhadap produk berkenaan tidak ke mana. Sesetengah orang mengatakan air semuanya sama. Jika sama, mengapa agama melarang minum air berjemur di bawah panas terik matahari dan tersimpan dalam bekas besi. Mengapa air zam-zam menjadi begitu mulia? Mengapa para pengamal perubatan tradisional menjadikan air salah satu bahan pengubatan yang utama ? Mengapa air mineral sekarang ini diyakini sebagai lebih baik daripada air suling biasa ?

Suatu pagi, dalam internet terpapar suatu kisah yang cukup menarik dan menggemparkan. Pada pagi Sabtu (21 sept 2002) saya telah berkesempatan menghadiri kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmood. Ada satu cerita menarik yang saya kira bagus untuk kita kongsi bersama.

Ustaz itu menceritakan bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar di Hotel Istana yang disampaikan oleh seorang rakyat Jepun yang menunjukkan hasil kajiannya mengenai air. Contoh-contoh air diambil dari sungai,laut dan merata-rata tempat. Dikaji molekul-molekul air itu dengan menggunakan mikroskop serta projektor maka dipancarkan keputusannya di layar putih. Maka keluarlah bermacam-macam rupa bentuk susunan molekul air tersebut.

Ada yang menakutkan dan ada yang menggerunkan. Apabila diambil air zam-zam, maka keluarlah cahaya yang bersinar dengan susunan molekul yang tersusun lagi cantik.

Kemudian disuruh pula dibacakan ayat-ayat suci al-Qur’an dan zikir-zikir pada air biasa. Apabila diuji, air tersebut juga bercahaya. Untuk menguatkan lagi bukti maka diambil air biasa dan dimaki hamun dengan perkataan yang buruk, maka keputusannya, gambaran yang menakutkan.

Subhanallah.....
Air kosong yang kita minum dan guna setiap hari-hari pun tahu betapa agungnya ayat-ayat Allah. Bagaimana kita yang setiap saat dan detik ini menghirup dan menukmati rahmat Allah. Tidak terfikirkah kita?

Peristiwa ini cukup memotivasikan, cukup merangsang pemikiran kita tentang kejadian-kejadian lain di sekitar kita. Kita pernah diberitahu, pokok-pokok turut berzikir, burung udara dan ikan di laut juga berzikir kepada Allah. Sukar untuk kita menerimanya tanpa sebarang bukti sebab kita lihat burung begitu saja, ikan begitu saja.
Dengan penemuan ini apakah anggapan kita masih sama?

Oleh: Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
Dewan Agama dan Falsafah,Jan 2003

 
blog template by suckmylolly.com