thePencil.org Ar RaiYan

Tuesday, November 04, 2003

Air Makhluk yang hidup…..

Dahulu, menjadi kebiasaan orang meletakkan air ditengah-tengah bulatan ketika membaca al-Qur’an,terutamanya surah Yasin pada malam Jumaat. Kemudian air itu diminum beramai-ramai sambil masing-masing berdoa.

Kini, para pelajar akan menduduki peperiksaan besar, barulah majlis-majlis seumpama itu diadakan semula. Selebihnya air hanya menghilangkan dahaga,mandi, membasuh dan kegunaan-kegunaan lain yang serupa.

Suatu masa dahulu, terdapat sebuah syarikat pengedaran air suling yang bermottokan ‘air hidup’ ketika memesarkan produknya. Air ini dikatakan sudah melalui proses pengionan, maka lebih berkesan untuk mengekalkan kesihatan mahupun penyembuhan.

Pada ketika itu, keyakinan orang ramai terhadap produk berkenaan tidak ke mana. Sesetengah orang mengatakan air semuanya sama. Jika sama, mengapa agama melarang minum air berjemur di bawah panas terik matahari dan tersimpan dalam bekas besi. Mengapa air zam-zam menjadi begitu mulia? Mengapa para pengamal perubatan tradisional menjadikan air salah satu bahan pengubatan yang utama ? Mengapa air mineral sekarang ini diyakini sebagai lebih baik daripada air suling biasa ?

Suatu pagi, dalam internet terpapar suatu kisah yang cukup menarik dan menggemparkan. Pada pagi Sabtu (21 sept 2002) saya telah berkesempatan menghadiri kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmood. Ada satu cerita menarik yang saya kira bagus untuk kita kongsi bersama.

Ustaz itu menceritakan bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar di Hotel Istana yang disampaikan oleh seorang rakyat Jepun yang menunjukkan hasil kajiannya mengenai air. Contoh-contoh air diambil dari sungai,laut dan merata-rata tempat. Dikaji molekul-molekul air itu dengan menggunakan mikroskop serta projektor maka dipancarkan keputusannya di layar putih. Maka keluarlah bermacam-macam rupa bentuk susunan molekul air tersebut.

Ada yang menakutkan dan ada yang menggerunkan. Apabila diambil air zam-zam, maka keluarlah cahaya yang bersinar dengan susunan molekul yang tersusun lagi cantik.

Kemudian disuruh pula dibacakan ayat-ayat suci al-Qur’an dan zikir-zikir pada air biasa. Apabila diuji, air tersebut juga bercahaya. Untuk menguatkan lagi bukti maka diambil air biasa dan dimaki hamun dengan perkataan yang buruk, maka keputusannya, gambaran yang menakutkan.

Subhanallah.....
Air kosong yang kita minum dan guna setiap hari-hari pun tahu betapa agungnya ayat-ayat Allah. Bagaimana kita yang setiap saat dan detik ini menghirup dan menukmati rahmat Allah. Tidak terfikirkah kita?

Peristiwa ini cukup memotivasikan, cukup merangsang pemikiran kita tentang kejadian-kejadian lain di sekitar kita. Kita pernah diberitahu, pokok-pokok turut berzikir, burung udara dan ikan di laut juga berzikir kepada Allah. Sukar untuk kita menerimanya tanpa sebarang bukti sebab kita lihat burung begitu saja, ikan begitu saja.
Dengan penemuan ini apakah anggapan kita masih sama?

Oleh: Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
Dewan Agama dan Falsafah,Jan 2003

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com