thePencil.org Ar RaiYan: Menuntut Persamaan Gender

Thursday, March 24, 2005

Menuntut Persamaan Gender

Lagi-lagi dunia islam kini dikejutkan gara-gara seorang professor yang menuntut hak persamaan gender. Mengapa wanita tak boleh itu, mengapa lelaki boleh, ini tak boleh, itu tak boleh dan sebagainya. Sedangkan masih banyak lagi perkara isu-isu dunia yang perlu umat Islam fikirkan dan selesaikan. Isu-isu pelestine, Iraq, masih tergantung begitu. Isu keruntuhan moral masyarakat, jenayah, murtad, pembunuhan, pemerkosaan dan banyak lagi. Isu gender pula yang ahli-ahli ‘sisters In Islam’ ini fikirkan. Aper la golongan umat ini!!

Sudah jelas dalam al quran : "Ar rijaalu qawwaamuuna alan nisak" (lelaki adalah pemimpin bagi wanita). Isu hak GENDER ini ataupun persamaan hak khusus untuk golongan wanita mula dipertikaikan. Sesungguhnya peruntukan terhadap hak wanita dalam Islam tidak pernah menjadi isu. Malah Islam sentiasa menjamin hak wanita. Islam bukanlah seperti zaman jahiliyyah yang menanam anak perempuan hidup-hidup dek kerana malu menjadi ibu ayah kepada si perempuan. Apabila datangnya kegemilangan ajaran yang dibawa oleh Nabi Allah, Islam terus memartabatkan wanita. Manusia pertama memeluk Islam, wanita. Manusia pertama syahid dalam sejarah Islam, wanita. Wanita yang melahirkan anaknya dan menyusukan anaknya dikiaskan Allah seolah-olah mendapat pahala pergi berperang. Banyak lagi kesenangan wanita yang Allah berikan ganjaran yang sama dengan lelaki. Hak bagaimana lagi yang mereka mahukan. Masih mahu menentang ayat-ayat Allah kah mereka ini? Sudah terang –terangan di dalam al-qur’an.

Profesor Aminah Wadud, sudah mula menunjukkan belangnya apabila mempertikaikan hal solat Jumaat, lantas menjadi imam serta khatib bagi 100 orang pengikutnya dengan keadaan solat jumaat yang bercampur, tidak menutup aurat dan bermacam-macam kepincangan yang dilakukannya. Hal ini teramat memilukan ummat Islam di seluruh dunia. Dan ia merupakan kunci kemenangan bagi dunia barat yang sememangnya bercita-cita untuk menjatuhkan Islam. Bahkan aksi Aminah ini disokong kuat oleh Astora Jabat. Salah seorang penderhaka agama zaman mutakhir ini. Apa sudah terjadi dengan dunia ini.

Benarlah kata nabi, diakhir zaman ini terlalu banyak fitnah berlaku ke atas agama. Pertahankanlah maruah agama kita. Jangan biarkan ia dipijak. Janji Allah, Islam pasti tertegak suatu hari nanti. Kalau bukan kita yang bawa, orang lain akan bawa. Rugilah kita jika bukan dalam golongan pembawa itu. Ingatlah bahawa musuh ada di mana-mana. Kadang-kadang ummat Islam sendiri yang menjadi musuh utama kepada agama sendiri...
_____________________________

p/s : sorry...dah lama menulis, tapi tak sempat nak post kat blog.takde kesempatan.

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com