thePencil.org Ar RaiYan: Peringatan demi peringatan, teguran demi teguran

Tuesday, March 29, 2005

Peringatan demi peringatan, teguran demi teguran

Gegaran berlaku lagi malam tadi. Jabatan Perkhidmatan kaji cuaca menasihatkan agar penduduk kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Langkawi diarah berpindah ke kawasan tinggi berikutan kemungkinan dilanda tsunami berikutan gempa bumi 8.5 pada skala Richter di pantai barat Sumatera malam tadi.

Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca dalam kenyataannya berkata, gegaran yang dikesan jam 12.09 malam tadi boleh menyebabkan tsunami seperti pada 26 Disember lalu berikutan gempa bumi berhampiran Banda Aceh berukuran 9 pada skala Richter.

Awal pagi tadi, jam 5.40 pagi, aku dikejutkan dengan deringan hanset ku. Terkejut yakmat, jantung berdegup. Coz selalunya panggilan di tengah malam atau di awal pagi selalu membawa perkhabaran yang mendukacitakan. Kematian atau kemalangan saudara mara contohnya. Panggilan dari rumah di Pulau Pinang. Dengan perlahan cuba menjawab, mama menelefon bertanyakan khabar kami di Perlis. "kakak, kat sana tak rasa gegar ke? Kami kat sini dok tengah risau ni, bergegar tengah malam tadi. Semua bangun dan takleh tido sampai ke pagi". Isk...aku kat sini tak rasa pape pulak. Lagipun semalam kol 10 aku dah tido. Penat sangat seharian semalam membuat macam-macam kerja.

Ini kali kedua keluarga aku di Pulau Pinang dapat merasakan gegaran akibat kejadian dulu di Acheh dan semalam di Sumatera. Mama suruh aku bangun solat dan berdoa. dalam keadaan itu aku terfikir, teguran dan peringatan Allah taala, datang lagi. Dek terlalu banyak maksiat melata. Saban hari, hatta pasca tsunami… kita sering didengari kejadian jenayah yang makin meningkat. Aku dah tak tahan lagi. Cukuplah dengan kemalangan demi kemalangan, pembunuhan demi pembunuhan, rogol demi rogol. Puncanya daripada manusia. Manusia kini sudah rosak. Akal diracuni. Jiwa dicemari, akidah dipesongkan.

Dan yang paling aku bimbang, teramat bimbang. Bagaimana kehidupan generasi aku (anak-anak ku) yang bakal mengharungi kehidupan mendatang? oh tuhan, selamatkanlah kehidupan mereka. Doa dan harapan teramat tinggi dipanjatkan. Hanya padaMu. Kami hanya mampu mendidik anugerahMu ini seupaya kami mengikut landasanMu. Tapi Kau yang menentukannya. Kau yang maha mengetahui.

Seperti kata Abu Hassan Morad dalam Anis April, "Apabila maksiat sudah merata di atas muka bumi ini, makhluk- makhluk Allah yang lain akan ‘bersuara’."

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com