thePencil.org Ar RaiYan: 2007

Sunday, December 23, 2007

Saif's Family Look-alike Meter

MyHeritage: Celebrity Collage - Blank family tree

YEAY!! KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA SAYA. HEHE

p/s: sekadar suka-suka...

Friday, December 21, 2007

Salam Aidiladha...

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Salam aidiladha buat semua. Selamat berkorban membersihkan jiwa. Terlalu ramai berbuat majlis qurban di Malaysia...tumbang lembu kambing beratus ekor.
Kenangi saudara-saudara seIslam kita di luar sana samada di Kemboja, Mindanao, Acheh,Palestine dan beberapa negara lain. Lebih bagus kalo kita berbuat korban di sana kan!

Tapi best juga di sini, melihat masyarakat bekerjasama melapah lembu. Merebus tulang-tulang dibuat sup di surau dan masjid.Di rumah pula makan beramai-ramai bersama sanak saudara yang balik berhari raya.Merapatkan ukhuwwah...bertukar-tukar cerita. Bertukar resepi dan petua.

Raya kalini agak sibuk sikit dengan persiapan kawin sepupu di rumah tuk di Alor Setar. Semua berkumpul di sana. Macam nak pecah rumah bising anak-anak buah bermain. Anak saya tak kurang hebatnya. Mak-mak sibuk memotong bawang dan bahan-bahan untuk kenduri Sabtu ni. Anak-anak dara sibuk menghias hantaran, bilik, pelamin, bunga telur dan sebagainya.

Saya? saya kiranya masuk kategori makcik-makcik le kot :), tolong menolong di dapur. Tak kuasa dah nak menghias bilik, hantaran2 pengantin seperti muda-muda dulu. Sponsor sikit bunga telur ade la :). Lebih selesa bersama makcik-makcik yang tak kurang hebatnya mereka memasak. Dok dapur boleh merasa makanan! hehe. tu yang best tu! Tuk siap bertanya, "kakak rasa nak makan apa?,nanti kami buatkan". wah..ini sudah bagus! hehe

Apa-apa pun,moga majlis berjalan lancar dan diberkati hendaknya! Harini akan ke rumah tuk lagi membantu apa yang patut. Buat Syida dan suami, Selamat Pengantin Baru! Selamat melangkah ke alam baru!

Wednesday, December 05, 2007

Sekian lama

Sekian lama tak muncul di alam maya. Akhirnya muncul juga. Setelah dihujani beberapa sms dari rakan-rakan bertanyakan khabar. kenapa tak update blog? itu soalan pertama. yang Dr Azwan syak saya accident lagi ke? isk... nauzubillah doktor oi...

Sejak notebook dimasuki virus.tambahan pulak komputer bawah pula rosak. set up semula, satu kerja yang paling dibenci walaupun bukan saya yang buat semua tu.suami saya yang install semua. Tapi melibatkan file2 saya. tak suka! tak suka! (mcm iklan cat nippon tu). akhirnya bila notebook dah ok, streamyx pula masalah. tak dapat wayarless. dah kena bawak turun bawah. kat bawah tau2 ajela...kena amik giliran memandangkan adik-adik ni cuti sekolah, kena share ler. last2, saya takde mood nak update blog. Dari ada idea, terus ilang idea.hehe.

tambahan pula kerja diluar tak kurang hebatnya yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Program2 JIM cuti sekolahnya, kerja2 SU nya. nak2 lagi kerja-kerja bisnesnya. oh ye sebelum terlupa, tshirt sudah sampai stok baru. untuk pesanan, sila sms or emel yer! mula tahun depan, mungkin aggresif sket. Sapa kuasai marketing, dia la yang dapat. Kena kerja keras juga ni.

Saya memang teruja dengan aktiviti bisnes En Bakhtiar dan Dr Azwan dengan penghantaran roti ke sekolah2. Hehe. So far, saya dah ada link dengan beberapa sekolah kat Perlis ni disebabkan produk kek batik. Boleh luaskan lagi prospek nih. Doakan saya berjaya seperti mereka. Amin.

Alhamdulillah projek tart dan cookies raya haritu mendapat sambutan hangat. Ramai pelanggan mahu menempah lagi untuk raya haji ni. Tapi terpaksa menolak disebabkan kesihatan yang kurang memuaskan.huhu. Saya perlu berehat untuk sebulan dua ni daripada masak memasak ;)

Senarai pekerja untuk ditemuduga sudah ada dalam tangan. Cemana yer nak buat interbiu? tak reti la... hahaha

Wednesday, October 10, 2007

Salam Aidilfitri

Lama tak update...tetiba update untuk ucapkan selamat hari raya pula.adus...

Alhamdulillah... harini last penghantaran kuih-kuih raya tempahan kawan-kawan. Tak update sebab kalut banget buat kuih. sampai pening2...
Buat 2 jenis aje...lum terer lagi macam Dr Azwan kita. Insyallah...mana tahu raya tahun depan terer macam doktor tu. yer tak doc?

sempat snap gambo tart nenas


aik..mana pulak saya letak gambo cookies nih? aiyaa...
Tahun ni tumpu pada 2 jenis kuih aje. Then cut off awal sebab penat giler walaupun amik sorang adik ni untuk membantu. huhu. Tahun depan dok pikir lagi samada nak buat ker idak.hehe. Raya haji pun orang dah tanya. isk...raya puasa pun belum lagi kak oi!

Mintak maaf pada sesapa yang menempah gelang inai. Saya tak sempat siapkan tempahan dan tutup tempahan awal. huhu.
Jemputlah beraya ke rumah. Tahun ni giliran beraya di Perlis.Raya kedua shoot to Penang.Yeay!!
Lepas raya ni cadang nak rehat lelama sikit kat Penang. Beraya-raya di rumah sedara mara,kawan-kawan sekolah/kampus.

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari kami:

Wan Saifuddin Wan Muda
Najah Farahin Ahmad Faisal
Wan Raiyan Nusaibah Wan Saifuddin

p/s: Selamat berangkat Angkasawan Negara-Dr Muszaphar!! Selamat melihat dan menafsir keindahan ciptaan Allah swt,dapat berfikir dengan keajaiban Ilahi....moga bertambah Iman dan Amal.

Monday, September 24, 2007

Press Statement

Salam

Berikut adalah kenyataan media sediakan hari sabtu lepas.


KENYATAAN MEDIA
WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
22 September 2007

TRAGEDI MENIMPA NURIN – SATU TAZKIRAH RAMADHAN

Wanita JIM merakamkan perasaan sedih yang teramat sangat di atas berita pembunuhan kejam anak perempuan comel yang tidak berdosa, Nurin Jazlin setelah hampir empat minggu kehilangannya dihebohkan di akhbar tempatan. Ucapan takziah ditujukan khas kepada ibu dan bapa Allahyarhamah serta keluarganya yang tentu sekali begitu terkesan oleh insiden malang yang menimpa Nurin. Sesungguhnya, nama Nurin akan bersemadi selama-lamanya dalam hati setiap rakyat Malaysia yang turut sama berkabung di atas pemergiannya.

Wanita JIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan sadis yang dilakukan oleh pembunuh yang sudah hilang perasaan perikemanusiaannya. Insiden tragis ini ternyata mencemarkan kesucian bulan Ramadhan yang mulia dan suci ini, di mana kebanyakan umat Islam sedang berusaha mempertingkatkan dan membersihkan diri dari dosa dan noda. Kisah sedih Nurin kini menjadi satu lagi peristiwa hitam keganasan seksual terhadap kanak-kanak dan wanita yang berlaku di tanahair tercinta ini. Tragedi ini mengingatkan kita semua kepada peristiwa yang menimpa Allahyarhamah adik Nurul Huda dan ramai lagi mangsa keganasan seksual sebelum ini. Namun ternyata, segala tindakan, akta dan hukuman yang dijalankan selama ini masih tidak mampu menghalang manusia pemangsa yang kejam dan tidak berhati perut ini dari terus mencari mangsanya. Siapakah pula mangsa seterusnya? Persoalan ini akan mencetuskan satu suasana gerun dan ketakutan yang semakin menyelubungi masyarakat hari ini.

Seperti juga biasa, tragedi ini akan mencetuskan dan membangkitkan perasaan marah yang meruap-ruap di kalangan orang ramai. Cadangan demi cadangan dianjurkan, tindakan dan hukuman diperketatkan. Tidak kurang juga yang cuba meletakkan kesilapan dan kesalahan di atas bahu pihak tertentu seperti ibu bapa dan pihak berkuasa. Seringkali pula, reaksi spontan sebegitu perlahan-lahan hilang dan pudar ditelan masa. Tidak mungkin kita akan dapat membasmi jenayah seksual ini dengan tindakan `hangat-hangat tahi ayam', sebaliknya amat perlu kita membuat muhasabah diri dan refleksi yang jujur bagi mencari punca dan penyebab utama jenayah seperti ini berlaku.

Wanita JIM sudah seringkali menekankan, fenomena peningkatan keganasan seksual di kalangan masyarakat berkait rapat dengan longgarnya ikatan spiritualiti dan lunturnya pegangan akidah individu. Tanpa adanya perasaan takut kepada kemurkaan Tuhan dan rasa harap kepada keredhaan-Nya, jiwa manusia dengan mudah diperdayakan oleh nafsu syahwatnya. Apabila syahwatnya mengganas dan menjadi raja, individu tersebut tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu yang di luar dari jangkaan kebiasaan kita. Integriti dan amanah tidak lagi menjadi identiti diri. Perkara pokok mengenai keteguhan iman dan takwa inilah yang perlu ditanamkan setiap masa dan ketika dalam diri individu terutamanya generasi muda.

Wanita JIM meminta ibu bapa memuhasabah diri secara jujur dan telus, menilai semula sejauhmanakah konsep akidah dan kepercayaan ini berakar umbi dalam jiwa anak-anak mereka. Disamping mencadangkan agar ibu bapa sentiasa lebih peka dengan aspek keselamatan anak-anak di luar rumah, sepertimana yang sering diperkatakan, Wanita JIM benar-benar menyarankan agar kesemua ibu bapa memastikan anak-anak mereka dididik dengan acuan nilai dan moral yang tinggi, berpaksikan kepercayaan agama yang dianuti. Fahaman materialistik dan gaya hidup hedonistik yang begitu berleluasa di kalangan keluarga moden hari ini, mestilah digantikan dengan cara hidup sederhana yang menekankan tentang integriti, amanah dan keseimbangan.

Jika para ibu bapa di Malaysia masih leka dan terus menerus melakukan kesilapan membesarkan dan mendidik anak-anak mereka, jangan terkejut sekiranya kita sebenarnya sedang membesarkan satu generasi penjenayah yang berhati kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bukankah sudah tiba masanya setiap seorang dari kita melakukan refleksi tersebut?

Pihak berwajib disarankan memberikan fokus yang serius dalam usaha menanamkan nilai agama dan kerohanian yang tinggi kepada ahli-ahli masyarakat. Keseimbangan hidup mengejar dunia dan akhirat akan mencetuskan manusia yang kompetatif dan berdaya-saing tinggi. Dalam masa yang sama, Wanita JIM menuntut agar segala unsur-unsur yang terbukti merosak jati diri generasi muda dan dewasa ditangani dengan tegas, berkesan dan berhemah.

PASTIKAN KEMATIAN NURIN TIDAK SIA-SIA. JADIKAN IA SATU TITIK MULA UNTUK MASYARAKAT KEMBALI KEPADA ASAS AKIDAH YANG MANTAP DAN KUKUH.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
012-3243134

Saturday, September 22, 2007

Takziah Buat Keluarga Adik Nurin

Takziah buat keluarga adik Nurin.In Memory of Nurin Jazlin diabadikan. Sekali lagi membaca blognya,tidak tergambar perasaan...pada mulanya yang mengharap...kecewa,sedih,pilu,marah... bercampur aduk.

Sudah sakit jiwakah masyarakat harini?

Terbayang wajah Nusaibah yang semakin hari semakin petah bertanya itu ini, asyik berlari dan melompat-lompat di dalam rumah, ketawa-ketawa, menyanyi riang. Tidak dapat dibayangkan....
Oh tuhan, saya semakin takut untuk menempatkan anak saya di dalam masyarakat yang semakin tenat ini!!

Thursday, September 20, 2007

Happy Birthday Sayang..19 sept..

Hari ini... ya hari ini, hari yang merupakan detik-detik bermulanya saya menjadi seorang ibu. Itu 3 tahun yang lalu. Bersalin dengan epidural mueheheh. Dengan abang yang terketar-ketar memotong tali pusat anaknya setelah diberi peluang oleh Dr Amimah. Itulah dia, Wan Raiyan Nusaibah yang ketika di dalam rumah, tidak reti berjalan, selalu berlari-lari dan memekik-mekik. Hampir bingit telinga orang dalam rumah.

Saya tidak sempat menyiapkan kek hari lahirnya. Lantas berkejar ke Sayyidah Bakery untuk membeli kek serta berkejar pula ke Pasaraya Hafifah untuk membeli snek, air kotak dan makanan lain untuk dibungkus dan dibawa ke nurserinya.

Kami membawanya untuk diberi peluang memilih kek kegemarannya. Apa yang dipilihnya? sejenis kek hantaran pertunangan! aiyaark !!
katanya...kalini dia mahukan kek berbentuk love dan berwarna pink.



Saya: "dia jiwang macam abanglah!"
abang: "ehem...tengokla sapa baba nyer"




Dengan Iman, bespren. Dulu hari-hari cerita pasal Iman. Sekarang tidak lagi. Bergaduh kot! hehe



Selamat hari Lahir Nusaibah! Ummi namakan kamu Nusaibah sempena nama sahabat nabi, Nusaibah binti Kaab yang sanggup mempertahankan nabi semasa di Ghazwah Uhud, yang menikam askar-askar kuffar dengan menggunakan pancang khemah sahaja. Pada masa itulah nabi berdoa agar Nusaibah dan keluarga ditempat bersama-sama beliau di dalam syurga. Moga kau berani seperti itu, anakku!
Maruah Islam kini tercemar, kembalikanlah kegemilangannya, pertahankan maruah ini, akidah ini.
Ummi dan kawan-kawan berusaha seupaya mungkin melakukan pengislahan.Ummi bersama mereka mendokong wawasan JIM supaya pada tahun 2020 ini negara kita mencapai ke arah syariat Islam sepenuhnya. Masih ada 13 tahun lagi, anakku. 13 tahun inilah ummi akan letakkan kamu dalam masyarakat yang ummi harap sangat ia sudah pulih kembali dan syariat Islam akan terlaksana. Itu usaha,harapan dan doa ummi,anakku.Moga kau membesar di dalam suasana sebegini.Amin.

UMMI SAYANG KAMU!!

Tuesday, September 18, 2007

There...

Sudah lama tak update. Saya baru pulang dari Muzakarah Nasional di Masjid KLCC. Baru dilantik jawatankuasa baru 07-09, terus pi muzakarah. Patutnya SU sessi lepas yang perlu buat laporan RJ1 strategik planning yang lepas. Tapi kenapa entah, ajk baru pula kena bentang. Kena tembak laaa....aiseh...tak aci la
Anyway... dakwah perlu diteruskan!!

oh ya stok tshirt labuh muslimah sudah sampai. Stok kalini banyak pula. tapi coklat dan maroon dah abis. Ada stok:
1. hitam hijau
2. hijau hitam
3. merah hitam
4. skyblue
5. blueblack
6. oren hitam (ada sikit je lagi)
7. hitam oren

PROMOSI HARI RAYA: RM 25 sahaja (sehelai)


Kot ada sesapa nak beli buat balik kampung di hari raya ini. silakanlah!!

p/s: Salam ramadhan buat semua. maaf pak latip, tak dpt jumpa sebab datang dengan group. Terus balik haritu juga.

Saturday, September 01, 2007

31 ogos 2003...

Abang,
saya tidak tahu bagaimana harus dinyatakan betapa saya bahagia meniti hari-hari ini bersama abang. Empat tahun sudah melayari bahtera perkahwinan. Andainya saya tahu betapa bahagianya hidup saya pabila berkahwin, sudah tentu sebelum grad lagi saya dah kawin.hehe. (Tapi masa tu abang belum masuk meminang lagi)


Saya mengenali suami sejak sekolah rendah lagi. Tapi saya betul-betul tidak menyangka yang dia adalah suami saya sekarangni.hehe. (ini menjawab pertanyaan mynie sebenarnya).Mynie tanya sebelumni memang kenal ke? akak kenal nama aje mynie, tatau anak sapa, adik beradik berapa.Cuma tau dok perlis aje (takkanla tatau kawan-kawan sekelas dok kat mana kan!)Maklumla sekolah agama kan mynie.hehe.

Masuk sekolah menengah, satu kelas dengannya. Masa dulu perwatakannya kurang menyerlah. Budak baik, agak pandai juga. Tapi kadang-kadang suka tidur dalam kelas sewaktu petang.haha. Pernah dibaling pemadam papan putih oleh muallim syukri waktu kelas tafsir/seerah. Ingat tak abang? haha.... terdetik dlm hati saya.ish budakni... dalam kelas pun leh tido.teruk betul.takleh buat laki. See? sekarang sapa suami sapa? haha.

Agaknya itu membuatkan saya kurang nampak dan tak amik tahu sangat perihal pelajar lelaki dalam kelas. Apatah lagi suami saya tu. Dia takde dalam kelas pun saya tak amik tahu.Apa yang saya tahu, hanyalah gaduh dengan mereka jika mereka tak buat duty sapu sampah dalam kelas kami setiap pagi.hehe.

Oh tuhan, bila sampai kad jemputan kawin ke sekolah kami, Semua guru2 terkejut. Saya sendiri pun tidak menyangka jodoh saya dengannya. Kawan-kawan saya (perempuan) yang satu kelas dengan kami berebut nak datang ke majlis kenuri saya. Sanggup naik bas ekspress beramai-ramai. hehe. tu untungnya kawen awal, sebab kawan-kawan lain semuanya masih bujang, mereka lum ada komitmen lain.Semua nak jadi penanggah waktu kenuri. Nak tolong make up kan, nak tolong kemas bilik, nak jadi camerawoman,nak tolong macam-macam lagi.Terima kasih akhawat batch 2!

Saya benar2 terharu dan bersyukur, hebatnya perancangan Allah Taala... Dia mengaturkannya tersusun kemas. Masa dan perjalanan proses kawin ini terlalu pantas. Senang sangat, mak dengan mak masing2 call dan bincang by phone aje. Bertunang, lepas 3 bulan then kawen. Indah betoi jika dikenang sejarah perkahwinan :), seakan-akan mimpi. Bermula episod pencintaan selepas kawin. Sehingga sekarang, jika bercerita hal sekolah,kisah guru, hal kawan-kawan,kes denda,kes supernatural, rahsia2 asrama, sampai sekarang masih tergelak2. Tak jemu2 mengulang cerita.

Tergelak saya, teringat kembali sewaktu kawan-kawan kampus seringkali bertanya saya apa ciri2 suami idaman saya. Agaknya masatu saya dilihat seperti ustazah, bertudung labuh, high taste (kononnya pada mata kawan-kawan serumah saya yang saya ni memilih,suka kutuk boipren kawan2 serumah.hehe). Saya siap senaraikan list yang panjang begini: 1.dia mestilah ikhwah. 2-dia mestilah masuk usrah.
3-Kuat agamanya. 4-Baik akhlaknya. 5-Tegas mempertahankan maruah. 5-Amanah 6-Tidak boros.7-Tidak liar matanya.8-Terbatas pergaulan.
9-Rakan pergaulannya.Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. 10-Bertanggungjawab. 11-Tenang wajahnya.
saya siap perli lagi kawan-kawan serumah, "ha..kalo korang dapat jumpa orang macamni, bgtau aku! Takdenye kat UMS ni, kalo ada pun, mesti orang lain dah kebas.hehe"

Ya, dialah orang yang saya cari... walaupun pada masa saya listkan pada kawan-kawan serumah saya tu, saya sedang meminati seseorang yang sebegitu, tapi perancangan Allah lebih hebat dan Dia memberikan 'seseorang yang melebihi' dari apa yang saya impikan. Sujud Syukur...
Inilah orangnya... orang yang saya letakkan cinta sepenuhnya.My best 'sleeping partner' saya samada dalam bisnes atau pun real life.hiks

Mulanya saya tidak menjangka dia punyai minat yang sama. haha. Betapa Maha Adilnya Allah pada saya.....

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4 Abang!




terima kasih atas lagu "Permaisuriku-Hijjaz"

Thursday, August 23, 2007

Fast to Fund

Mohon perpanjangkan buat sesiapa yang ingin menyumbang...


Wednesday, August 22, 2007

Iklan 15 saat...

Saya tertarik dengan iklan ini. Saya rasa...alangkah indahnya jika negara saya ini diberi peluang ke udara(iklan) untuk berkempen sebegini. Tolong la.. 15 saat pun jadikla. Keluar sekejap aje di kaca TV.

Thursday, August 16, 2007

Update!!

Hmm...sudah lebih seminggu tak update rasanya. Takda kesempatan berlama-lama di depan notebook. Alhamdulillah sepanjang seminggu ni banyak aktiviti-aktiviti besar yang sudah selesai. wah...wah... blog ini sudah jadi semacam dairi melaporkan itu ini. Saya menulis sebagai catatan kenang-kenangan, mungkin ia dibaca oleh anak cucu bila saya dah takde nanti.hehe. Atleast, neneknya pernah berbuat sesuatu kan!

Prog Remaja "Cinta: Antara Realiti dan Fantasi"
Lega prog ni sudah berakhir pada 10 Ogos lalu. Dihadiri seramai 130 orang wakil pelajar sekolah-sekolah menengah.Tak tidur saya membantu apa yang perlu untuk menyempurnakan program ini. Terima kasih buat semua. Tak terakam banyaknya yang terlibat dalam program ini. Kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri telah banyak membuka ruang untuk kami bersama masyarakat. Seupaya menyelamatkan para remaja yang semakin jauh ke dalam dunia fantasi mereka. Alhamdulillah ,kelihatan semua memberi feedback yang positif, ada yang berjanji akan mengubah diri ke arah lebih baik. Amin... moga impian mereka termakbul.

Slot dari penceramah yang berbicara soal kes dan kesan zina pada diri,saya tengok dan dengar cerita pun dah rasa cuak. Risaunya saya nak meletakkan anak dara saya dalam masyarakat sebegini.


Bersama Dr Maimunah, begitu menarik sekali

Kunjungan Anfal n Famili
Terima kasih kerana singgah ke rumah kami. Kagum saya dengan keluarga ini, datang berziarah /makan kenuri sahabat mereka dengan menaiki bas ekpres 5 beranak. Mak, ayah and anak kecil diorang dari umur 5 thn, 3 thn dan 9 bulan.Maafla tak dapat layanan sebaiknya. Sibuk pula dengan urusan jual beli di Uitm. Anfal n Famili, jangan serik nak datang Perlis lagi ye! Anak saya menangis nak ikut diorang naik bas malam tu!
Siapa mereka ini? mereka adalah Tokeh BotherhoodArts! dimana saya selaku agent mereka di utara.hehe


Rakan sebaya, Ulya dan Nusaibah sedang menghayati nikmatnya menghisap botol susu.hehe

Daurah IPT bersama Dr Hafidzi
Saya suka mendengar ceramah dr Hafidzi,kalo ikutkan hati... tanak berenti. Nak aje mintak dia bagi ceramah 5 jam! hehe. Pasal kemerdekaan. Macam-macam rahsia sejarah merdeka yang saya dapat tahu harini.Kisah sedih nenek moyang kita menuntut kemerdekaan, memperjuangkan hidup mereka semata-mata karana mahu Islam ini sampai kepada kita. Kisah sejarah Melaka, Kisah jahatnya Vasco Da Gama, Kisah sedih Tok Janggut, Kisah Aceh-Belanda.Saya cadangkan jika ada kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Dr hafidzi di serata KL, tumpangla dengar. Menarik. Jika dalam kuliah jemputan, beliau banyak berbicara tentang isu Palestine.Beliau pakar dalam bidang tumbuhan (UPM) tapi amat meminati sejarah. sudah 10 tahun mengkaji sejarah. Saya yang boring tentang sejarah, kembali teruja apabila mendengar kuliahnya. ingin tahu lagi dan ingin tahu lagi...
Dr Hafidzi seorang pesakit buah pinggang, hadiri dialisis 3 kali seminggu.... sepanjang dialisis, dia mengambil kesempatan untuk membaca/menaip/menulis walaupun dalam keadaan yang meletihkan.Saya amat mengkagumi beliau.


Aduh pada hari itu juga membuat keputusan untuk menghantar adik ipar di KLIA yang pulang ke Ireland. Ke KL lagi. Tapi kalini tak berlama-lama, sebab bawak Nusaibah.hehe. Dalam tak berlama tu sempat juga ke Jalan TAR borong tudung dan buku,dan yang best sekali saya dapat ke CKE, Cheras membeli oven dan mixer.hehe. Oven dan mixer dah beli ni ha. Dok diam aje kat tepi sudut tu. Saya tak buat ape-ape pun lagi. ish...
dan harini.... saya mula packing dan membuat beberapa urusan penghantaran sejak pagi tadi since tshirt dah sampai, sampai pun ada yang masih belum complete. Terbakar sungguh saya pada kilang tu. Rasa nak bakar aje.hehe. Apa punya janji da. bikin malu saya pada customer.Pening...pening...
Mujur ada novel ini,

Saya sudah menggilai karya Kang Abik. Saya akan memiliki kesemua karyanya :), sebab saya tokeh buku.haha. Novel ini belum lagi diterjemah, masih dalam Bahasa Indonesia. Harganya pun mahal, hard cover. Sikit masa lagi akan diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia dan harganya separuh dari yang asal seperti "Ayat-ayat Cinta", "Ketika Cinta Bertasbih" dan "Pudarnya Pesona Cleopatra". Publisher Ar Risalah yang menerbitkan di Malaysia ni. Membaca novelnya, saya rasa macam tanak tamatkan.Sanggup tinggal kerja lain.hehe. Bahaya ni!

p/s: ohya,saya dapat bertemu blogger HappyIrfa masa di KLIA haritu. Irfa bekerja di sana. Terima kasih kerana sudi bertemu dengan saya walaupun dalam masa bekerja dan sibuk :)

Thursday, August 02, 2007

Sibuk...

Aduh... sehari dua ni saya rasakan amat sibuk dan sedikit stress. Kerja makin bertambah. Banyak database customer masih belum update. Tambahan pula stok tshirt dijangka sampai agak lewat dari tarikhnya. 10 Ogos dijanjikan oleh supplier. Tensen juga. Sebab customer sudah beratur menempah. Terasa malu pula kat diorang.huhu.

Pengeluaran kek batik dan dadih yang sudah tertangguh sekian lama akibat tokehnyer accident, kini akan bermula semula. Tapi MC saya tamat 14 ogos ni :). Aduh, pekerja saya sudah masuk matrik. Kini saya sedang mencari pekerja baru. Esok akan interbiu/jumpa sorang adik ni. Dia mohon kerja sementara sebelum dia mendapat kerja tetap. Bulan puasa cuti sebab tak buat le kek batik n dadihnyer.Keje sementara pun ok, sebelum saya nak susun semula struktur kerja selepas raya nanti. Harap-harap adikni sesuai.

Hmm... saya rasa saya kena cari rumah sewa la untuk buat bengkel/dapur ni. Kat umah sewa tu nanti boleh buat kek batik, dadih , kuih raya dan segala macam benda kat situ. Tak perlu ganggu kawasan dapur sekarang. Lagipun itu umah mak mertua saya. Agak susahla sikit jika ada orang lain/pekerja di dapur.

Betapa saya perlukan pembantu. Saya sudah tidak sempat lagi nak uruskan semua seorang diri. Mengadap gelang aje, tinggal semua yang lelain tu.hehe. Tu belum masuk

1)Survey/tanya sekolah2 utk supply buku (esp produk AnaMuslim)
2)Promosi t-shirt labuh.
3)Cari bahan/maklumat untuk letak di website baru (Luk, tolong luk!!)
4)Jumpa pengarah pusat sumber negeri yang saya janji akan supply buku pada mereka.
5)Collect semua tarikh lahir orang-orang penting.Esp orang2 Perlis
6)Beli stok tudung utk jualan raya
7)Plan jualan biskut raya (belum beli mesin falcon lagi)

Banyaknya kerja saya tertangguh. Bab-bab berkaitan dengan sekolah tu saya rasa nak start awal tahun depan aje. Tahun ni macam tak mampu aje. Pengurusan masih lagi berterabur....

Fotostat? saya sudah tidak sentuh lagi.Memang dari awal2 lagi dah. Suami buat semua tu. Kesian suami saya, sudah beberapa kali entend tesisnya. Mujur ada part time staf yang mahu bekerja jaga booth setiapkali kami buat jualan di luar. Ohya, harini dan esok kami membuka booth buku di Lobby Bangunan Persekutuan, Kangar. Silalah datang! Bukan apa, kena pulun buat sales memandangkan ada lagi stok buku lebihan pesta buku haritu. Kalo tak keluar buat sales, alamatnya terbenamlah duit untung kat buku-buku tuh.huhu

Saya memohon maaf buat beberapa orang adik (setakatni 3 orang) yang meminta saya menerangkan kos untuk membuka sebuah kedai buku. Ada yang mintak saya jadi mentor mereka! aiyark... saya bukan orangnye adik-adikku sayang. Saya masih bertatih, jalan pun asyik terjatuh lagi. Kedai buku pun belum masuk lagi kat Kangar tu. Masih buka kedai sebelah umah.

Kerja NGO... Prog Remaja: Antara Cinta dan Fantasi bakal diadakan 10 ogos ini di Library Kangar. Buatkan saya rasa bersalah sebab belum siapkan pamplet prog lagi. Mesti lepasni depa serik nak lantik saya jadi SU lagi.hehe. Terima kasih pengarah program yang banyak membantu/mengambil alih tugas saya.

Buat pelanggan-pelanggan maya yang membeli gelang dan tshirt, terima kasih kerana mempercayai saya. Saya cuba buatkan yang terbaik semampu boleh. Terima kasih juga kerana menyokong dan mendoakan saya.

Thursday, July 26, 2007

Pilihan..

Amboi-amboi...blog ni sudah jadi blog gelang pula.Haha...
atas permintaan, pelanggan minta saya letakkan beberapa gambar gelang untuk pilihan. Ini ada saya letakkan antara gelang yang saya buat...


Inai 001 :warna smoked topaz+light colorado


Inai 002: warna amethyst+ rose


Inai 003: warna Light Siam+ shadow


Inai 004: tatau kaler ape ini.hehe.tapi cantik banget.


Inai 005: warna topaz+jonquil


Inai 006: warna olivine+lime


Inai 007: warna Jet+black diamond

Warna lain, kejap yer... baru nak amik gambar.

p/s: kak nurazzah, dah dpt sms akak. nanti bg ukuran. Paklatip,saya dah dpt msg.berkenan yang mana satu agaknye tu.hehe

Berakhir Promosi...

Alhamdulillah...hampir sebulan mempromosikan 'Gelang Inai' ini, mendapat tempahan tak kurang hebatnya. Stay up pula sekali dengan suami yang pulun siapkan tempahan potostat lecturer2 uitm. Bayangkan selama beberapa hari tido jam 4 pagi. huhu.
Dapat feedback dari beberapa orang pelanggan by sms and call tentang gelang inai ni. Salah satunya daripada blog Eija:

"Terima kasih pada Ar Raiyan atas gelang inai yang dah diterima pagi ini. Alhamdulillah, hasilnya amat memuaskan walaupun businesswoman ni busy , baru abis hari usahawan di Perlis. Dengan harga RM 48 satu, rasanya amat berbaloi sebab seninya unik. Sebenarnya harga sebenar RM 45, tapi special request untuk saiz yang lebih besar, kena tambah sikitla. Kagum dengan si businesswoman ni kerana hasil tangannya amat kreatif."

Bila orang tanya, best sangat ke meniaga gelangni? buat letih aje. Untung takde le banyak mana sangat. Sebab kita beli loose, than buat and jual. Bagi diskaun banyak pula. Sebenarnya, inilah kepuasan saya. Pabila membaca testimonial pelanggan, saya rasa satu kepuasan dengan hasil yang dibuat sendiri, dan dipakai oleh pelanggan dengan gembiranya.

Promosi Gelang Inai dengan RM45 sudah hampir ke penghujungnya iaitu pada 31 Julai nanti. Lepas tu akan jadi RM50 dengan penghantaran percuma seluruh Malaysia,naik sikit aje dari harga promosi :). Ia masih lagi berbaloi. Payah nak buat woo :)

Tapi sesiapa ingin order dalam tempoh seminggu ni, masih lagi dengan harga promosi iaitu RM 45 + free postage! Cepat2! Sebelum terlambat. Dengarnya Luna ngah nak order tu.hehe

Semalam adalah kali pertama bagi saya membuat tempahan untuk pelanggan termuda dan terkecil. Selama ni buat untuk orang dewasa saja. kalini kawan saya Chieda menempah Bunga Tanjung Kecil dengan tema pink+purple beserta Gelang Inai untuk anaknya baby Aeryn yang berumur 8 bulan. Comel aje tangannye. Akhirnya saya menghadiahkan gelang tu pada anaknya :), suka betul maknya. hehe


baby aeryn yang comel. bila agaknya aunty nak jumpa kamu ya??


Gelang Inai untuk baby Aeryn Delia


Mamanya mahukan tema pink+purple untuk dipakai kenuri makcik aeryn nanti. sori chieda, tak sempat nak amik gambo bunga tanjung awak, nanti tolong amikkan gambo ye.

Buat Mama Chieda n Baby Aeryn Delia, Selamat Melaram!! :)





Ini order fathiah dari Bangi, dia mahukan kombinasi grey+black untuknya dan gold+coklat untuk adiknya. Puas saya mencari warna yang sesuai. Harap-harap fathiah suka. harini parcel tu mungkin sampai padanya. dah sampai nanti, sms yer fathiah!
Tempahan yang lain-lain, saya tak sempat nak amik gambar.kejar dateline.hehe

p/s: sesapa yang nak buat tempahan, emel saya ye salju79@yahoo.com atau sms saya: 012-5735856. Sila beritahu warna (kombinasi warna yang anda mahu) dan ukuran tangan anda

Wednesday, July 25, 2007

You Light Up My Life...

Selamat Hari Lahir ke-28 abang...
Inilah insan disebalik kejayaan saya. Bisnes partner yang paling saya percayai. Sorry Hadiah ni terlambat bagi sebab kita sibuk dengan bookfair ritu. Sekarang baru ada kesempatan. Moga abang sentiasa sukses dan dirahmatiNya. Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan baba yang best!! I love you, Abang. With all of my heart.
Fuh,lega dapat baked coklat cake kegemaran abang :). will do anything for you!

p/s: pinjam lagu Baiti :)

Saturday, July 21, 2007

Why Do We Read Al-Quran Even Though We Don't Understand

From a forwarded e-mail.

Here is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quraan. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur’an just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You’ll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don’t want a bucket of water; I want a basket of water.You’re just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it’s useless!"

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. "Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Wednesday, July 18, 2007

Showcase Usahawan Perlis 2007

Alhamdulillah, berakhir sudah showcase yang tepape ini.hehe.Memenatkan. Tapi best. dapat kenal ramai usahawan yang pelbagai ragam rupanya.
sebanyak 103 booth menyertai untuk mempromosikan produk mereka. Booth teknik penanaman cili menarik perhatian saya. Dengan ada tanah suku ekar kat sebelah umahtu, kami mendaftarkan sebagai calon tani. eh hang ni! jadi usahawan tani pulak ka?

Kami diberi sebuah booth untuk mempromosikan produk kami. So kami ketengahkan tshirt labuh. Ini adalah kali pertama syarikat kami menyertai Showcase Usahawan anjuran MARA dan beberapa badan kerajaan lain. Ini kali pertama juga lah t-shirt labuh masuk ke dalam salah satu promosi usahawan tahun ini.Alhamdulillah, atleast diberi peluang juga menyampaikan mesej aurat dengan edaran flyers.

Hari pertama tshirt labuh digantungkan di dinding, ramai yang pandang pelik. "Eh, besarnya tshirt korang"."macam baju tidur la". "Booth korang kurang menarik la,tshirt sikitla". Lagi pedas bila sorang pak haji booth depan komplen, "ni buat tshirt terang-terang ni mana boleh muslimah berpakaian terang-terang sangat, dalam Islamkan ada cara pemakaian, takleh terang-terang". Amboi pak haji, butik pengantin sebelah kita tu siap lace jarang n ketat lagi, tanak pi tegur pulak (saya kata dalam hati je la).Bila orang dok kata-kata, memang 'terasa' juga. Tapi kena kuatkan semangat sebab sape suruh gatal nak jadi usahawan kan? hehe

Ramai juga yang memuji. Bagus produk korang. Satu solution bagi yang berpakaian sopan untuk terus aktif bersukan. Akan datang beli mesin embroidery. Kiteroang sokong korang, kata kawan-kawan sebaya saya. Rupanya orang muda-muda senang nak berbincang dan lebih open. Ni tidak, nampak negatif aje. Saya harap segala komen ni akan membina dan menambah kemajuan produk kami di masa akan datang.

Mungkin komen-komen/kritikan ini membuatkan saya lebih bersedia dengan jawapan bernas apabila diajukan dengan pelbagai soalan. Itu hikmahnyer kan!! lagipun saya akui, saya masih lagi mencari-cari kain yang lebih kualiti untuk tshirt labuh ini.Peringkat permulaan ini, perlahan-lahan la dulu. Insyallah, kita akan sentiasa perbaiki kualitinya. Lagipun saya suka jadi trader/agent (untuk tshirt Brotherhood, akan datang Hilyah) tshirt labuh yang sedia ada sebab saya memang tak reti dan tak sempat bab2 design ni. Saya lebih tumpukan pada sales buku buat masa ni. Misi nak masuk sekolah-sekolah terpaksa ditunaikan.



Saya tak berapa involve sepenuh masa dengan showcase ini sebab dapat booth free. kalo booth mahal macam pesta buku ritu memang tokeh turun padang, pulun buat sales. promosi kaw- kaw punya la.hehe. so showcase ni saya tak berapa kerja keras cuma buat promosi aje (sebab suami sibuk ngan tempahan potostat yang beribu pages). Edar flyers. Mujur ada anak sorang mck ni sanggup jaga gerai saya dengan upah rm15 sehari. Thanks adik Hajar!

Hmm... ini kali pertama saya bersua muka dengan MB, apela abang ni...amik gambar Dato Seri Dr Shahidan Kassim dapat dari belakang aje! jadik la dari takde langsung. kelu lidah saya bila diajukan pelbagai soalan.huhu. Ketaq pun ada jugakla. Tapi dia mintak business card saya :) (saya tidak berapa suka berurusan dengan mereka2 ini.ssyhhh. sebab diorang ni kalo nak satu benda, nak on da spot! takleh kata takda)



Hari ini, hari ketiga... yang paling best! saya dapat jumpa n dengar talk Dr Irfan khairi!! taraaaaaaa!!


P/s: Terima kasih MARA Perlis!!

Tuesday, July 17, 2007

Berakhir Pesta Buku Perlis 2007

Alhamdulillah berakhir sudah penantian. Selama seminggu berkampung di sana. Datang pagi baliknya malam. Penat, balik aje terus flat. Satu pengalaman yang bermakna buat diri saya. Kali pertama menyertai, kali pertama berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan tak kira usia.



Terima kasih buat Pusat Sumber Negeri Perlis kerana memberi ruang lebih untuk booth kami. Lega dapat booth tepi sekali di hadapan pentas. Memang strategik menyebabkan produk Ana Muslim yang setiap jenisnya sebanyak seratus buah berupa komik, keychain, badges dan buku Azimat Peperiksaan laris sejak hari ketiga pesta buku. Macam tak percaya produk-produk ini diserbu oleh budak-budak sekolah. Naik pening saya :). Sampai ada orang komplen, "awat amik sikit sangat produkni?". Mana kami nak tau laku sampai macamni.huhu.Alhamdulillah, kini dilantik menjadi agent produk AnaMuslim di negeri Perlis dan diminta oleh guru-guru sekolah supaya produk AnaMuslim dibawa masuk ke sekolah-sekolah negeri Perlis. Adus... bertambah lagi satu keja le lepasni :). Saya dari dulu lagi memang sukakan sekolah. Sebab sekolah ni lubuk. Bawakla jual ape pun habis.hiks. ssyhhh.... (kiteorang jual kaler pensel, sticker and pensel tiktik pun abis disapu mereka.haha)



Bertuahnya kami kerana turut menjadi agent Saba Islamic Media di Perlis. Buku Harun Yahya memang mendapat sambutan. Banyak buku Harun Yahya licin! Buku "Kaum-Kaum Yang Pupus" hari ketiga dah habis.Hingga hari terakhir pelanggan masih mencari-cari buku-buku Harun Yahya dan memesan. Saya punyai angan-angan untuk membuka sebuah franchise kedai buku "Saba Islamic Media" di utara, sebab sekarangni kedai Saba cuma ada di kl sahaja. Sedangkan para peminat buku Saba, terpaksa turun ke kl atau memesan di kl jika ingin mendapatkan buku-buku Saba. Tapi masalahnya, untuk buka cawangan Saba ni, kos francais nyer mahal sangat!! huhu. Andainya ada modal turun dari langit....

Kelakar juga bila diperkenalkan lokasi kedai kami di Arau, ramai yang terkejut melihat tokeh kedai yang begitu muda (muda ke? anak Wan Muda ye lah) ada rupa macam budak-budak sikit. "Aik, muda-muda lagi dah bukak kedai buku?".Tapi boleh trick, bila pelanggan mintak diskaun yang teramat la tak masuk akal, saya leh jawab.... "ala cik.. tokeh takde, susah nak bagi diskaun banyak-banyak. maaf ye cik". Bukan nak tipu, memang tokeh takde pun masa tu (suami saya). Kenapa le takde anugerah pemilik booth termuda ek? hiks.Perasan!
Selain itu, kami juga turut mengambil kesempatan menjual t-shirt labuh kepada para pengunjung pesta buku.hehe. Siap lelong tudung lagik!

Walau ape pun, satu pengalaman yang manis dapat berkenalan dengan semua tokeh-tokeh buku. Senang nak deal nanti. Dapat berkenalan dengan staf-staf pusat sumber dan diminta membawa katalog untuk supply buku-buku pada mereka. I really hope it!





amboi-amboi anak tokeh ni. amik kesempatan membaca...

p/s: Pak Latip... novel bapak ramai peminat rupanya. Ada beberapa buah aje tinggal.Saya pun belum sempat baca lagi. aiyarrk. jual aje pandai.

Friday, July 06, 2007

Another Design!!

Setelah hampir 3 hari saya cuba membuat gelang inai ini sendiri, akhirnya berjaya juga. Aduh, ini masa paling lama untuk belajar buat gelang. Takde sape nak ajarkan , supplier kristal tu tak reti... dia pun upah orang buatkan. Cadangnya supaya saya tengok sample, then try n error. pening juga mula-mula. At last, jadikla gelang seperti ini. Supplier tu kata, jika saya dah pandai buat, dia akan kontrak dengan saya upah buatkan kristal inai ini untuk dia. hissh.... tak sempat la nak amik2 upah buat masa ni sibuk yakmat. hehe. Kalau customer saya punya order, saya layan ler...


Bila dah dapat teknik, seronok pulak, buat lagi dua kaler. Ada yang berminat? RM 45 aje...free postage! available warna purple+dark purple, coklat+dark coklat, hijau+kuning, merah+putih, hitam+putih


Di bawah ini adalah order dari Rozi Adi from Brunei. Belum buat penghantaran lagi. Harini baru nak buat. Dia order inai black+grey, kristal jurai n kristal bucu empat (saya tatau nama-gelang gelang ni sebenarnye,pakai kod number aje)



Untuk gambar seterusnya, sila lawati web saya ini Gelang Kristal



p/s: Semalam pula saya menerima kejutan satu panggil telefon dari seorang datin dari Shah Alam. Terer juga ye datin surfing web kristal. Datin zaman kini aktif sekali :). Meminta saya mengajarkan kursus ikat gelang untuknya dan kawan-kawannya. Aduh, mengajar datin-datin ke? saya belum pernah mengajar lagi. Saya taktau bayaran untuk kursus untuk ikatan gelangni dan apa yang perlu di ajar ye?? haha

Monday, July 02, 2007

Perlis Bookfair 2007

Berdebar rasanya, tarikh semakin hampir. 9 hingga 15 July. Bukan apa, berdebar sebab kali pertama syarikat kami menyewa booth yang mahal. huhu. Kena target sales pun tinggi, dan...kali pertama dalam sejarah syarikat kami dapat booth dan join pesta buku. Masa lalu kat kangar semalam, nampak dah naik banner, tapi agak lambat. tatau le ape strategi pihak penganjur. Bila di tanya, kelewatan banner/iklan... diberitahu bahawa orang Perlis ni kalo bagi iklan awal-awal, nanti suka lupa. Kena bagi iklan last minit baru mereka ingat. oo...lagu tu ka?? aiyarkk..

Ini adalah flyers kami yang akan mula diedarkan start minggu ini :


lagi 2-3 hari sebelum pesta buku bermula, saya cadang nak sms kepada semua rakan-rakan dan customer kami, ada simpan sikit-sikit database customer, atleast ada no hp diorang. Mmm.... lagi nak promote cemana lagi ek? bagi cadangan yer...

p/s: Terima kasih pada Pusat Sumber Negeri Perlis selaku penganjur Perlis Bookfair 2007 yang telah memberi peluang kepada kami.

p/s: kawan-kawan, doakan...doakan...

Sunday, July 01, 2007

Tagged For Charity

saya kena tagged! memang selalu kena tagged pun. Tapi pernah sekali aje buat. Bukan apa, tak sempat nak dok berfikir berlama-lama di depan notebook. Asal aje ngadap notebook, ada aje keja lain nak diselesaikan. Tapi kalini rasa terpanggil setelah Kak Nurazzah memilih saya untuk di 'tag' kan. Terima kasih kerana memberi peluang saya berbakti pada charity tersebut.

ok let's start....

Tagging originally started by Idham's blog .

He is planning on a noble effort, which I feel I must support him. Next 26tAugust would be his birthday, and on that day, he would like to compile and bind the 100 bloggers’ memes, for which every meme, he will contribute RM127 to
this orphanage.. Anyone who wishes to support his effort can do so. No need to wait to be tagged.Remember, we need 100 memes by end of July. (Idham will host the kenduri etc on 11th August at the Darul Izzah orphanage)

Once this tag is done, please leave a comment in his blog to inform him that you have done the tag.

This is the rule:
If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many persons as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage".Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.

The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences........
*These can be copied and pasted to your entry*

Here it is:

The meme is about completing 17 out of the following twenty seven sentences........

1. A person is only as good as ..following all sunnah ar rasul saw

2. Friendship is always ..... precious one!

3. To love is to........be happy with (ni tajuk buku la.hehe)

4. Money makes me.......feel this world is mine! hehe (terasa dunia ini ana yang punya)

5. I miss ........my arwah ayah. really! makes me cry again....

6. My way of saying I care is by ........make dua for them (being succes and happy always)

7. I try to spread love and happiness by.....write entries on my blog, sms, emel, call (ok je jwpn ni?)

8. Pick the flowers when...saya jarang/tak pernah petik bunga la

9. To love someone is to.....apreciate and accept what he is

10. Beauty is.......a precious gift form Allah

11. When I was thirteen, what I remember the most was....at SMIH, Klang (masa mula-mula daftar, nangis sebab nak berpisah ngan mak.hehe)

12. When I was twenty one, I remember.....my housemate made surprise party to celebrate my 21st birthday. (kiteorang main baling-baling tepung and air, sampai warden kolej datang mengamuk.hehe. sweet moment,even kena marah)

13. I am most happy when ........my people around me, happy!

14. Nothing makes me happier than ......seeing Nusaibah's laugh!

15. If I can change one thing, I will change.... my 'kancil' jadi 'harrier'.muahahaha. Actually i will change the situation of the Malaysia's election must be 'telus'.

16. If smiles were....can earn money.....then I.....will smile laaa sokmo! but smile is sadaqah rite? (pahala tuh)

17. Wouldn't it be nice if we could......having islamic surrondings (bi'ah soleh) all the world

18. If you want to ...be success.. then you have to ...struggle...work hard...work hard... go for it! (pergh semangat!)

19. Money is not everything but.......good health is everything. (weh, money is not everything ke? i need money woo...hehe)

20. The most touching moments I have experienced is.....giving birth to Nusaibah. For the first time her eyes staring at me.

21. I smile when....remembering the moment on our first time met, after akad nikah.hehe

22. When I am happy, I....sujud syukur...

23. If only I don't have to ..do my work ... then I'll stick to my hobby, reading n surfing

24. The best thing I did yesterday was....helping Nusaibah to recite her al fatihah n a few duas

25. If I ever write a book, I will give it this title,"Food For children" (berangan memangler best)

26. One thing I must do before I die is....dakwah, lakukanlah pengislahan seupayaku...

27. Doing this meme, I feel like ....contributed in this charity even my contribution is so...so...so small.huhu


And now, I am tagging my dear blogger friends: Hope you will have some time, for original meme, please refer back to:
"Idham's - tagged for charity" .

1. Mardhiah12 (memula nak tag, mesti teringat kat aini.hehe)

2. Mynie (leh ye mynie, sorry...masa mynie tag akak ritu, akak sibuk sangat.aduh.ampun daku)

3. Luna (hang anytime boleh aje kan,sempoi.hehe)

4. Ummibatrisya (kak ummi, lama tak kaco akak.hehe)

5. Lukluk (my dear sis)

6. My Hubby (abg is so..so busy rite now, tp nak kaco juga.hehe)

7. kak farah fun muffin (kaco dia, dok sibuk ngan muffin dia.hehe)

8. Dr Azwan (bolehka Dr??)

Keep the ball rolling!!


Friday, June 29, 2007

Sambutan Tshirt

Alhamdulillah, sambutan tshirt labuh agak memberansangkan. Tiap-tiap hari ada aje buat urusan penghantaran. customer walk in ke kedai pun boleh tahan juga. Banyak stok dah habis. terutama saiz yang biasa orang pakai. M, L, XL.Saya sedang menanti untuk 2nd batch punya dari kilang. Agak lambat juga siapnya. jammed dengan tshirt untuk sambutan hari kebangsaan kata mereka. so terlambat sedikit.

Terima kasih pada pelanggan maya yang memberi sepenuh kepercayaan memesan tshirt melalui emel dan sms pada saya. Kadang-kadang, tak sempat saya nak jawab emel, duit dah masuk siap dalam akaun saya. uish!

di attachkan sekali lagi dengan available stoknya.



AVAILABLE TSHIRT

Tshirt blueblack: XXXL & XXXXL
Tshirt Skyblue : L, XL, XXL, XXXL
Tshirt Merah hitam: L, XL, XXL, XXXL
Tshirt hitam hijau: L, XL, XXL, XXXL
Tshirt hitam oren: XXXL only
Tshirt maroon: L, XL, XXL, XXXL
Tshirt coklat : sold out!
tshirt hijau hitam: L, XXL

Stok baru untuk bagi saiz yang habis insyallah pada awal bulan julai.Terima kasih buat semua para pelanggan dan pembaca blog yang setia.

We can't spell S" "CCESS without "U" !!

Thursday, June 28, 2007

KL...

Kuala Lumpur? Itulah tempat terakhir dalam kepala saya jika diminta untuk memilih tempat bermastautin. Sesaknya dengan kereta di jalanraya, udara tak best,pening tengok flat tinggi bertingkat2,manusia ramai yakmat,bersesak-sesak.

Tapikan, saya suka datang KL :), jika diberi peluang untuk berbelanja, tempat pertama dalam kepala saya adalah KL. hehe. Jika suruh menetap, itulah tempat terakhir rasanya. Tanak dok KL, tapi suka ke KL.isk,apala.hehe. Menghabiskan weekend di KL berdua-duaan. Indah juga ya! :)

Tujuan asal ke sana adalah untuk membeli stok buku untuk jualan Pesta Buku Perlis nanti. End up, buku-buku semua dihantar naik bas sebab tak muat kereta. Alhamdulillah, kami dapat bertemu empat mata dengan para supplier buku. 3 hari di sana,puas hati.

Sepanjang suami membeli buku pada hari Sabtu, saya mengambil kesempatan untuk mengikuti kursus cupcake and buttercream dengan Cheffarid-Bakeri Ria Academy , tapi chef Farid tak ajar la, anak buah dia, chef Ramli yang ajarkan. Sempat juga saya mengenali rupa chef farid tu :)



Chef Ramli dengan machonyer menghias kek.hehe


Inilah kek sulung saya. Comot rupanya. guess wat,inilah pertama kali dalam hidup saya menghias kek.Betapa kerasnya tangan saya.huhu.



dan juga diajar menghias cupcakes.Saya tak kreatif la. kalo Kak Farah-Funmuffin dan Kak P-nut tengok, mesti depa gelakkan saya. Bab-bab hias ni, failed!

aahh...cukup ini hari pertama. Letih betul. Balik hotel,tido terus.

Hari kedua,harini yang paling best. Saya pula nak bershopping.Ke mana lagi, Jalan TAR la. Diorang tengah lelong barang-barang banjir. Aduh, sesaknya nak memilih kain pun susah. At last, beli juga kain untuk mak,tok n adik-adik sebagai hadiah sebab tolong jagakan Nusaibah dalam 3 hari ni.

Tujuan utama adalah nak beli tudung untuk bawak balik jual kat kawan-kawan di Perlis. oits,oits... ini bukan tudung banjir tau...

Saya masuk satu kedai tudung, pekerja kat situ macam nak tak nak aje layan saya. Dalam masa yang sama ada pelanggan yang masuk kedai tu juga. berpakaian cantik, ala-ala mak datin gitu. sedangkan saya, hanya berselipar dan bertshirt. pelanggan sebelah saya ni nak beli sehelai tudung. sedangkan saya nak memborong 100 helai tudung. Macam tak dilayan aje saya ni. agaknya nampak saya macam lekeh sangat kot.hehe.

Atlast saya ke kedai sebelah. Nah! abis stok tudung kedai tu saya borong! pekerjanya yang baik hati, senang berurusan. Siap bertukar-tukar bisnes kad, pesannya call dia dulu sebelum datang, dia akan inform stok tudung dan jenis terbaru jika ada.



Seronoknya harini, hari menghabiskan duit.hiks. Sempat membeli pakaian Nusaibah, kain,kasut,jubah jeans(bila balik perlis,adik ipar berkenan pula,saya jual padanya). Orang yang paling banyak bersabar ialah suami saya yang sporting



Sambil menanti saya memilih tudung.Ini laki sapa la dok tengah-tengah jalan nih!

Lepastu terus ke Pustaka Fajar Ilmu Baru & Pustaka Indonesia dan lepak di sana sampai kedai tu tutup.hehe.Puas telek buku sampai pening.
Sebelah malamnya, nak survey rak buku la. Jom kita pi IKEA nak? Joom.....





Harga ok jugakla. Takla mahal sangat. Ni kalo nak beli kena bawak lori nih.



Saya suka meja ni. Sesuai juga kalo saya letakkan di kedai buku nanti. Meja untuk deal contract ngan customer.huk eleh.
Isk, orang KL mesti dah biasa ek. Kami yang datang IKEA ni macam jakun aje. Macam nak beli semua. Seronok tengok barang.Kat Perlis manade la wei. Siap berangan, kalo ada rumah sendiri, nak letak itu...letak ini. Nama berangan,memang la best. kan!

Then, hari Isnin...last jumpa supplier. Kami walk in ke pejabat yang jual barangan Ana Muslim. Cantik cover2 buku,lukisan n printing mereka. Berkualiti. Bila dah face to face, baru senang nak deal. Alhamdulillah... mereka dengan senang hati memberi consignment barang-barang mereka di Pesta Buku Perlis nanti.

Hmm... ini kali pertama bersantai-santai di KL, selalunya kalo dtg KL sebab ada tugas, tak sempat nak ke mana-mana. Dalam perjalanan pulang, sempat lagi bermalam di Bukit Merah Lake Town, kat rumah yang ayah beli tu. thanks.

Rindu banget pada Nusaibah, 4 hari berpisah. Tapi riang aje sepanjang ketiadan kami,suka sangat bermain ngan pak n mak sedaranya.Seronok dapat peluk Nusaibah semula :)

p/s: Sape tau lagi kat mana kedai rak buku murah-murah?

 
blog template by suckmylolly.com