thePencil.org Ar RaiYan: March 2007

Saturday, March 24, 2007

Kesian Anak Saya

Saja membelek2 gambar yang diambil semasa Minggu As Sunnah Kebangsaan bebaru ni, pekerja saya yang selalu saya upah untuk menjual buku telah dapat kerja baru. Jawatan Pembantu tadbir di Putrajaya. Tahniah, Masyitah. dan saya? kalut le yakmat, mana nak jaga gerai... mana sempat nak cari pekerja saat-saat genting begitu.huhu





Kesian anak saya, dalam keadaan kesibukan saya berjual (tengah ramai orang) saya tak sedar rupa-rupanya anak saya makan tepi jalan/laluan orang. dalam keadaan tak berlapik, makan atas lantai aje. Sedih saya tengok. Mesti masa orang lalu -lalang bertanya, "anak sapa la tu, kesian sungguh, makan sorang-sorang, mak ayah pi mana?". Nasib baik takde sape yang letak/ sedekah duit kat tepi anak saya tu. hehe.
Takpe lah Raiyan Nusaibah, kamu simpanla gambar ni bebaik... mana nak tau kot-kot 20 tahun lagi kamu/ kita menempa kejayaan, masa potret kejayaan nanti... kamu keluarkan gambar ni, dan bagitau semua yang kamu pernah hidup susah...makan tepi jalan sewaktu menemani ibu kamu berniaga :). cewah!





Bila mengantuk... tido aje dia di mana-mana, tanpa banyak soal... hiks.

p/s: Tahniah abang... dadihnya laris sepanjang minggu as sunnah. makin bersemangat suami saya tu! lepas ni kita target sehari 100 cawan ok tak? lepastu 200...lepas tu 300 dan seterusnya...

Monday, March 19, 2007

Buku Hari Ini


Tiap kali saya merasa sedikit kegusaran, saya seringkali membaca buku ini, menghayati bait- bait perkataan...menyelami penyampaian.... bagus sekali. Buku ini sudah lama diterbitkan dan mendapat jualan terlaris di Indonesia. Berkali- kali dicetak. seterusnya di terjemah di dalam bahasa Malaysia (di bawa ke Malaysia la). Semasa saya diperingkat awal jualan buku, buku ini antara yang terlaris pernah saya jual. Saya merekomenkan agar semua dapat memilikinya. Anda rasa bersyukur dengan anugerah diberikan Allah pada anda berbanding dengan anda menangisi satu atau sedikit kehilangan yang anda alami.Satu buku motivasi yang menggunakan pendekatan mengikut sukatan Islam. Dapatkan dan baca, saya yakin semangat hidup anda di atas dasar Islam akan semakin meingkat atau yang sedang lemah, anda akan dapat melihat sinar-sinar kehidupan yang hakiki…
Boleh dapatkannya dikedai-kedai buku, Popular/MPH pun ada. Dapatkan segera!

sinopsis buku ini dipetik dari e-kedai.net:

Pengarang : Dr. 'Aidh Bin Abdullah AlQarni
Penerbit : Al-Hidayah Publisher
Harga : RM49.00 (kulit keras) RM 35 (kulit nipis)
ISBN : 983-099-606-9

Buku ini merupakan hasil kajian bersungguh-sungguh dari penulis yang cuba menyelesaikan berbagai masalahdalam kehidupan manusia. Permasalahan yang imbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan,kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahlu hikmah dan tuntunan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberoa hasil karya ilmiah dari para ilmuwan Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya.
Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringka.Ringkasnya,buku ini akan mengatakan kepada anda: "Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih"

Sunday, March 18, 2007

Ilmu

Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas berkampungla saya di Masjid Alwi sempena Minggu As Sunnah Kebangsaan. Bukak booth di sana. Dapat tempat/ tapak berniaga yang begitu besar n agak murah.Seperti biasa menjual buku-buku n tshirt, siap boleh share lagi dengan Mck Marja yang menjual koleksi jubah dan makaroni bakarnya tu. Bayar sorang separuh. Sales...alhamdulillah. Boleh tersenyum walaupun keletihan :)siap ada anak-anak kampung sekitar masjid tu volunteer nak membantu jaga gerai.
Sepanjang minggu as sunnah, sepanjang penglibatan saya, kebetulan dah berjual di sana, dengar le sekali ceramah dan ikuti programnya. Bagus sekali kuliah-kuliah yang diberikan. Terutama mengenai kisah-kisah kebangkitan Islam oleh para sahabat,hak dan peranan wanita dalam Islam, mengenai Qur'an dan Sains, mengenai hadith Palsu, mengenai Palestine dan macam-macam lagi. Para penceramah yang hebat-hebat seperti ust Maszlee, Dr Azwira, Dr harlina, Peguam Kamar Ainiah, Dr Danial, Ust sofwan Badrie dan ramai lagi.
Terdetik di hati saya, alangkah ruginya orang-orang Perlis ni yang tak hadir walaupun satu kuliah sepanjang minggu tu. Penuh informasi. Walaupun diakui tak ramai yang boleh menerima dan menyukai Mufti kita yang baru ni. tetapi kuliah n program yang di buat untuk rakyat Perlis penuh informasi dan pelbagai pengetahuan terkandung di dalamnya. Banyak perkara yang saya dapat sepanjang berada di sana. Susah kita nak dapat di tempat-tempat lain dengan cara free sebegitu. Aduh, sudah hilangkah manusia yang dahagakan ilmu pengetahuan dan kuliah agama seperti itu. Kuliah yang disampaikan oleh penceramah2 ini bukan setakat bercakap aje, siap dengan handouts n slide presentation lagi tu. Amboi alasan hangpa taktau sebab tak cukup promosi konon, kalo Jom Heboh tu, tak yah promosi hangpa pulun pakat nak mai! No alasaanss
Andainya anda ni (aduhai rakyat Perlis) tidak menyukai atau 'enti' dengan mufti kita tu.... jangan terus-terusan menuduh ataupun 'hearsay' (dengar aje kata orang,terus hentam) tapi selidiklah dulu, fikirkan tentang positifnya, tentang usahanya untuk membimbing masyarakat disekitar anda. usaha-usaha bimbingan ini menuntut pengorbanan. Adakah anda sudah berkorban seperti dia? (saya terkejut pabila wartawan 'h' memberi komentar mengenai keperlian/sinis tentang tajuk " Minggu as sunnah tidak mendapat sambutan", anda sedar tak wahai tuan wartawan yang anda mencalarkan imej parti anda sendiri dengan kenyataan tu. Patutnya anda memuji kesedaran beliau dalam membimbing masyarakat negeri anda. Bukan menghentam dengan cara sebegitu. Program ini tidak ada kena mengenai dengan kes Islam Hadhari seperti anda bicarakan tu)

p/s: emosional sikit harini, hormon tak seimbang kot.hehe

Thursday, March 15, 2007

Kenapa? dengan jawapan al-Qur'an

KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - (Surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - (Al-Baqarah : 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tdk membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya. " - (Al-Baqarah : 286)

RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - (Al-Imran : 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " - (Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd org-org yg khusyuk" - (Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...— (At-Taubah : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - (At-Taubah : 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - (Yusuf : 12)

Monday, March 12, 2007

6 weird things bout me!

1. Petrol
saya suka bau petrol (tapi bukan tahap ketagih ye).Masa isi minyak. bahaya betul.

2. Sidai baju/jemur kain
Benda yang paling saya tak suka ialah jemur kain kat ampaian. huhu. tatau kenapa. alhamdulillah Allah kurniakan suami yang rajin jemur kain. tatau la kot dia tgk saya lambat sangat pi jemur kain, then dia pi buat. Perkara terakhir saya buat ialah jemur kain.hiks

3. Warna coklat/brown
Ni warna favourite saya, dari kasut, beg, baju, tshirt, tudung, gelang, hingga cermin mata....mesti ada tone warna ni. Saya rasa lebih dari 10 helai baju saya ada base warna coklat ni. hiks. Saya ada 3 jubah seluar warna yang sama. semalam beli lagi selai. suami saya dah kenal dah, apa aje baju warna coklat...pd mata saya mesti cantik.hiks.Lagi satu... satu suka sangat2 mkn coklat. Kadang2 semata-mata pergi supermarket hanya untuk beli a bar of chocolate! masa kecik2 dulu, saya pernah habiskan 1 tin milo sebab suka sangat makan benda2 yang berperisa coklat. Ingat tak skim susu coklat kat sekolah masa kecik2 dulu? saya beli 3 set sekaligus. Minum susu coklat sampai pening.kalo lori milo datang sekolah, takyah cerita laaa...hiksss

4. Rasa sikit Makanan Orang lain order
Kalo makan kat kedai... saya suka rasa sikit makanan orang lain order. Kalo orang tu order makanan tak sama dengan saya. Nasib laaaa....

5. bercakap
Saya suka bercakap sorang-sorang time bawak kereta. Masa ni la saya boleh praktis apa saja yang akan saya sampaikan. hiks.. .

6. Toilet rumah
Saya takleh menggunakan toilet lain kecuali toilet umah saya.


hmmm.... weird sangat ke saya? takla sangat.hiks... tapi sebabkan tag ini, rahsia saya terbongkar. Alamak....

Kalini saya nak tag:

1) Mardhiah12
2) Limaunipis
3) Aina_ana
4) Mynie
5) Aqih
6) Aminah

tak pe yer??? jangan marah kawan2... boleh kenal korang lebih dekat :)

TAGGED!

Kena tagged ngan Baiti...

Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!


terpikir ... benda pelik? apa menda pelik kat saya ha? sat nak pikiaq, haa... ada la satu dua yang pelik tu.

sat yaa... ada Minggu As sunnah Kebangsaan sekarang ni.Kami bukak Booth ( jual buku n tshirt labuh muslimah) 11- 16 Mac Mac di Masjid Alwi, Kangar. Jemput datang beramai-ramai.uissh... hangpa tatau ka... Negeri Perlis ni darus sunnah dah skarang nih :)

Saturday, March 10, 2007

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah di Dunia

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat se panja ng hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal se panja ng jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Fwd emel: islamcarahidupku@yahoogroups
p/s: terdengar-dengar sajak ni selalu kat IKM.fm

Thursday, March 08, 2007

Update

Sudah lama dah update, sakit teliga. Akibatnya rehatla sekejap. sekejap aje. Lega sikit, buat la keje macam biasa. See! Allah tarik sekejap aje nikmat kesihatan, sakit kat telinga aje, habis seluruh anggota lain takleh bagi tumpuan pada kerja. Syukur, masih diberi nikmat sihat hingga ke harini. Dalam dok sakit2 sempat siapkan gelang utk diri sendiri, ni ha....

Ada sesapa nak tempah ke? boleh la saya tolong buatkan.Ader lagi.... sila lawati web http://gelangkristal.fotopages.com untuk pesanan/ tempahan. Harga? berpatutan :). Diskaun? boleh..boleh... saya fleksibel orangnya. Nak2 pada pengunjung blog ni :). Nak jadi agent? lagi boleh.hehe.
Harini buat penghantaran gelang kristal ke KL (maklong) dan Shah Alam (Huda). Tak sempat amik gambo. Nak mintak Huda tolong amikkan gambo gelang dia. Huda pandai sikit amik gambo berbanding saya.

Tahniah buat Baiti kerana dapat offer PHD kat UK. Berkat doa. Allah makbulkan yer Baiti. Doakan akak juga. Akak ni master pun tak buat lagi. Tapi berangan nak sampai PHD. Angan dulu. Orang kata, angan-angan kena tinggi melangit, setakat angan-angan sampai pucuk kelapa, tak kemana la. Nampaknya saya kena pasang angan-angan hingga langit ke 7 ke? :)

Saya sertakan tips Dr Irfan tajuk: ANGAN-ANGAN POSITIF

"A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!


P/s: Saya tergelak bila bayangkan saya 10 tahun dari sekarang. Amboi kuatnya berangan-angan. Aiseeh, Saya memang suka berangan :b

 
blog template by suckmylolly.com