thePencil.org Ar RaiYan: Update

Thursday, March 08, 2007

Update

Sudah lama dah update, sakit teliga. Akibatnya rehatla sekejap. sekejap aje. Lega sikit, buat la keje macam biasa. See! Allah tarik sekejap aje nikmat kesihatan, sakit kat telinga aje, habis seluruh anggota lain takleh bagi tumpuan pada kerja. Syukur, masih diberi nikmat sihat hingga ke harini. Dalam dok sakit2 sempat siapkan gelang utk diri sendiri, ni ha....

Ada sesapa nak tempah ke? boleh la saya tolong buatkan.Ader lagi.... sila lawati web http://gelangkristal.fotopages.com untuk pesanan/ tempahan. Harga? berpatutan :). Diskaun? boleh..boleh... saya fleksibel orangnya. Nak2 pada pengunjung blog ni :). Nak jadi agent? lagi boleh.hehe.
Harini buat penghantaran gelang kristal ke KL (maklong) dan Shah Alam (Huda). Tak sempat amik gambo. Nak mintak Huda tolong amikkan gambo gelang dia. Huda pandai sikit amik gambo berbanding saya.

Tahniah buat Baiti kerana dapat offer PHD kat UK. Berkat doa. Allah makbulkan yer Baiti. Doakan akak juga. Akak ni master pun tak buat lagi. Tapi berangan nak sampai PHD. Angan dulu. Orang kata, angan-angan kena tinggi melangit, setakat angan-angan sampai pucuk kelapa, tak kemana la. Nampaknya saya kena pasang angan-angan hingga langit ke 7 ke? :)

Saya sertakan tips Dr Irfan tajuk: ANGAN-ANGAN POSITIF

"A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!


P/s: Saya tergelak bila bayangkan saya 10 tahun dari sekarang. Amboi kuatnya berangan-angan. Aiseeh, Saya memang suka berangan :b

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com