thePencil.org Ar RaiYan: Ilmu

Sunday, March 18, 2007

Ilmu

Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas berkampungla saya di Masjid Alwi sempena Minggu As Sunnah Kebangsaan. Bukak booth di sana. Dapat tempat/ tapak berniaga yang begitu besar n agak murah.Seperti biasa menjual buku-buku n tshirt, siap boleh share lagi dengan Mck Marja yang menjual koleksi jubah dan makaroni bakarnya tu. Bayar sorang separuh. Sales...alhamdulillah. Boleh tersenyum walaupun keletihan :)siap ada anak-anak kampung sekitar masjid tu volunteer nak membantu jaga gerai.
Sepanjang minggu as sunnah, sepanjang penglibatan saya, kebetulan dah berjual di sana, dengar le sekali ceramah dan ikuti programnya. Bagus sekali kuliah-kuliah yang diberikan. Terutama mengenai kisah-kisah kebangkitan Islam oleh para sahabat,hak dan peranan wanita dalam Islam, mengenai Qur'an dan Sains, mengenai hadith Palsu, mengenai Palestine dan macam-macam lagi. Para penceramah yang hebat-hebat seperti ust Maszlee, Dr Azwira, Dr harlina, Peguam Kamar Ainiah, Dr Danial, Ust sofwan Badrie dan ramai lagi.
Terdetik di hati saya, alangkah ruginya orang-orang Perlis ni yang tak hadir walaupun satu kuliah sepanjang minggu tu. Penuh informasi. Walaupun diakui tak ramai yang boleh menerima dan menyukai Mufti kita yang baru ni. tetapi kuliah n program yang di buat untuk rakyat Perlis penuh informasi dan pelbagai pengetahuan terkandung di dalamnya. Banyak perkara yang saya dapat sepanjang berada di sana. Susah kita nak dapat di tempat-tempat lain dengan cara free sebegitu. Aduh, sudah hilangkah manusia yang dahagakan ilmu pengetahuan dan kuliah agama seperti itu. Kuliah yang disampaikan oleh penceramah2 ini bukan setakat bercakap aje, siap dengan handouts n slide presentation lagi tu. Amboi alasan hangpa taktau sebab tak cukup promosi konon, kalo Jom Heboh tu, tak yah promosi hangpa pulun pakat nak mai! No alasaanss
Andainya anda ni (aduhai rakyat Perlis) tidak menyukai atau 'enti' dengan mufti kita tu.... jangan terus-terusan menuduh ataupun 'hearsay' (dengar aje kata orang,terus hentam) tapi selidiklah dulu, fikirkan tentang positifnya, tentang usahanya untuk membimbing masyarakat disekitar anda. usaha-usaha bimbingan ini menuntut pengorbanan. Adakah anda sudah berkorban seperti dia? (saya terkejut pabila wartawan 'h' memberi komentar mengenai keperlian/sinis tentang tajuk " Minggu as sunnah tidak mendapat sambutan", anda sedar tak wahai tuan wartawan yang anda mencalarkan imej parti anda sendiri dengan kenyataan tu. Patutnya anda memuji kesedaran beliau dalam membimbing masyarakat negeri anda. Bukan menghentam dengan cara sebegitu. Program ini tidak ada kena mengenai dengan kes Islam Hadhari seperti anda bicarakan tu)

p/s: emosional sikit harini, hormon tak seimbang kot.hehe

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com