Mengerikan jika diingat semula...keadaan unser dilanggar dari belakang dengan bas ekspress
ayah baru sedar dibantu oleh Su Mah,adik bongsu ayah
Nusaibah selamat, cuma sedikit luka di dagu.Syukur Ya Allah...
Syukur saya panjatkan pada Ilahi. Semua selamat, walaupun ada yang patah riuk (saya dan ummi). Dugaan dan setiap berlaku ada hikmahnya. Paling saya terharu dan syukur teramat, Nusaibah. Saya tak boleh bayangkan andainya Nusaibah cedera seperti saya alami sekarang.
Terima kasih buat pakcik makcik JIM Penang yang byk membantu selama kami sekeluarga berkampung di hospital. Mama dan adik-adik yang byk membantu.Sedara mara yang tak lupa menghulurkan bantuan dan ziarah. Terima kasih buat doctors dan nurses hospital Seberang Jaya, Hospital Kepala Batas dan Hospital Pulau Pinang yang memberikan komitmen dan layanan yang baik sepanjang 4 hari kami berada di sana. Semasa discaj haritu, saya tak sempat nak thanks to all nurses n doctors yang merawat saya.
empat hari di hospital memberikan satu pengalaman berharga buat saya. Saya dapat ramai kawan. Melihatkan kejadian dan para pesakit di hospital banyak menginsafkan saya.Ramai yang mengalami kecederaan dan sakit lebih teruk dari saya. Oh ye, saya dapat bertemu Luna- rakan blog yang tak pernah berjumpa sebelum ni :), thanks Luna. seronok berborak ngan awak!
Sekarang saya di rumah. dengan keadaan tangan yang bersimen. Patah di bahagian lengan. Serta dalam keadaan berpantang- misscariage. Jadi OKU. Semua keperluan, suami yang bantu. Dari mandi, berpakaian, buat air, serve makan,jaga Nusaibah, kerja rumah dan lain-lain. Ada hikmahnya accident ini,dapat mengeratkan ikatan suami isteri. Abang sentiasa di sebelah sejak dari hospital hinggalah di rumah. Memang saya tak boleh melakukan seorang diri,perlu bantuan. Alhamdulillah ada adik-adik ipar Aminah n Khadijah yang byk meringankan kerja umah-memasak.Tiap2 hari rumah kami penuh dengan kenalan termasuk students ayah dan ummi yang datang ziarah. Terima kasih buat kawan-kawan yang seringkali call, hantar sms dan emel bertanyakan khabar dan sentiasa mendoakan saya dan keluarga agar cepat sembuh.
Moga saya cepat sembuh dan dapat kembali bertugas dan menjalani kehidupan seperti sebelum ini. Moga kejadian ini akan memberikan saya satu keinsafan dan motivasi untuk terus bekerja dan berkhidmat serta melipatgandakan usaha selagi hayat masih ada.
Wednesday, May 02, 2007
Kereta...
Labels:
cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Simpati pada Raiyan sefamili. Tapi, Syukur Alhamdulillah semua selamat. Terkejut juga baca. Walaubagaimana pun salam pada Kak wan, dan En Wan Muda. Rupanya raiyan menantu dia orang ye. Katakan Zalila dari UK (dulu UiTM Arau) kirim salam. Mudahan cepat sembuh. InsyaAllah.
oo..hehe.kecik dunia ni yer.ok,nanti saya sampaikan pesanan akak zalila. thanks atas doa
akak, ngerinya tgk keadaan kereta tu..Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk hidup. patah riuk tangan kaki, baru sedikit nikmat, Allah tarik sementara je, insya Allah.tapi betulla, Allah jaga betul budak-budak..tengok nusayba mcm tak sakit jer, siap boleh senyum.
tu la.Ramai yg terkejut,suatu keajaiban,nusaibah takde pape..Kuasa Allah...syukur sesangat.
hmm.rasanya bab2 ujian, hikmah ni kita dah abis sembang ari tu ye dak..
apapun masa skrg utk bersyukur dan bergembira dengan apa yg kita masih ada..
yang sudah pergi itu, biarkanlah berlalu, supaya kita sedar hakikat bahwa smua yang kita ada adalah milikNya..
seronok jugak jumpa Najah... :)
ha'ah,saya masih ingat kata2 n pesanan luna :)
Post a Comment