Kita perlu ada kesedaran dalam hal-hal dan sikap seperti ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim. Rasanya tahap kesedaran rakyat Malaysia masih lagi berada di tahap yang tidak membanggakan berbanding di negara maju lain
Lokasi: Pasaraya Hafifah (dalam tu ada kedai saya Iqra' Books)
Sikap: bila beli barang, tak simpan balik troli, biarkan saja di tempat parking kereta sehingga orang lain nak parking, kena turun kereta, ubah troli dulu, pastu baru boleh parking.
Dah tu pula. sampah dalam keretanya dibuang pula ke dalam troli tersebut. aiyaarkk...
saya pernah tengok Dr Wahab, yang sudah lama menetap di luar negara, seorang pemilik bakery kat bawah kedai saya menolak troli2 pelanggan untuk disimpan di tempat troli sambil menyatakan, "this is Malaysian!"
Sangka baik saya:
1. mungkin orang tu sakit perut kot, sehingga tak sempat nak pergi simpan troli kat tempat troli.
2. mungkin mata orang tu nampak troli tu sebagai tong sampah, atau tertera "sila buang sampah disini", dia sorang je nampak, orang lain tak nampak pun ianya sebagai tong sampah. terer..
Lokasi: Giant Alor Setar
Sikap: tengok la parking cemana, 2 petak sekali dia sapu. Sampai orang lain takleh nak parking. Dah la masatu parking penuh.
Sangka baik saya:
1. Dia ni baru belajar parking kot... baru lulus lesen agaknya.
2.Kereta dia besar sangat kot, takut orang lain parking kat sebelah dia, nanti tercalar kereta dia. Bagus, sayang kereta.
Thursday, October 29, 2009
Kesedaran
Labels:
cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
setuju! saya pun tak puas hati tengok orang tak hantar balik troli tempat dia. kang bila supermarket tu suruh bubuh duit syiling sebagai 'deposit', semua orang pun susah sama, satu hal nak cari coins..
Post a Comment