thePencil.org Ar RaiYan: Tip Kejayaan Bisnes: Jangan Buat Kerja yang Kita Pandai

Sunday, December 27, 2009

Tip Kejayaan Bisnes: Jangan Buat Kerja yang Kita Pandai

Banyak peniaga kecil terus menerus kekal dengan bisnesnya yang kecil. Salah satu puncanya adalah disebabkan si peniaga terus menerus membuat kerja-kerja yang dia sangat pakar membuatnya.

Sewaktu mula-mula kita membuka bisnes, memang betul kita terpaksa buat sendiri produk yang menjadi item utama bisnes kita.

Sebagai contoh, kita membuka gerai mee udang sebab memang resepi mee udang buatan kita itu sedap, lebih sedap daripada mee udang orang lain. Justeru kitalah yang memasak sendiri mee udang itu.

Bertahun-tahun kita tidak mahu mengajar pekerja kita memasaknya, sebab kita takut kalau orang lain yang memasaknya, rasanya berubah.

Kita mahu mengekalkan kualiti air tangan kita sebab sudah sekian lama terbukti menjadi kesukaan pelanggan kita. Kalau orang lain yang memasak, kita khuatir rasanya tidak serupa dengan air tangan kita, jadi ada risiko pelanggan tidak puas hati, lalu lari.

Dalam bisnes, kita tidak boleh terus menerus membuat kerja-kerja yang kita pandai. Kalau kita terus memasak mee udang sendiri, nanti sampai bila-bila bisnes kita tidak dapat membesar.

Dalam bisnes, kita mesti ajar orang lain membuat kerja-kerja yang kita pandai. Biar mereka yang buat kerja-kerja itu. Dengan cara itu barulah kita dapat membuat kerja-kerja lain yang lebih penting, seperti bagaimana mahu membesarkan lagi bisnes mee udang kita.

Tetapi banyak peniaga gerai dan restoran tidak mahu mengajar pekerjanya resipi rahsianya sebab mereka takut nanti pekerjanya berhenti kerja lalu membuka bisnesnya sendiri dan mencuri pelanggannya.

Akibatnya, sampai tua dia terus membuat kerja-kerja yang dia pandai, bukan membuat kerja-kerja yang sangat penting dalam bisnes, seperti bagaimana hendak mengembangkan lagi bisnes yang ada, membuka cawangan baru, ataupun melabur dalam bisnes-bisnes lain yang berkaitan....

Nota: Artikel ini terbit pertama kali dalam blog http://puanainonmohd.blogspot.com
---------------------------------------------
hmm..saya tertarik dengan artikel ini kerana keadaan ini seringkali berlaku di sekeliling kita. Akibatnya kita yang rugi dan bisnes kita tidak berkembang. Hmm... nampaknya saya kena ajar Aminah (adik ipar saya yang sedang mencari kerja sekarangni) atau Neni (maid) segala kemahiran membuat coklat. hihi. Pastu buat kek pula ya korang.Haha. hmm... tatau la diorang ni minat ker tak.

3 comments:

عين said...

salam...betul, sy prnh dgr psl benda ni...=)
akk ade resepi kek blueberry yg mudah dibuat x..sy nk wat tp kdg2 bhn yg dprlukn sy xphm la

Najah Farahin said...

salam,
kek blueberry guna sponge cake coklat as based dia jer
pastu putar fresh krim. cuba tgk cara2 buat kat blog http://tiffibiru.blogspot.com

Najah Farahin said...

ops silap address
http://tiffinbiru.blogspot.com

 
blog template by suckmylolly.com