Staf Kedai Alor Setar bercerita pada saya, ada seorang makcik ni, dengan wajah yang agak garang (tak senyum pun kat staf saya tu) terus masuk ke kedai dan bertanyakan, "ni mana tshirt yang harga rm35?"
Staf saya menjawab, "kak...rm35 takda la yang ada rm 28- mawaddah dan paling hampir rm38-broarts." Sambil staf saya mengambil tshirt broarts dan tunjukkan padanya
Makcik tu dengan serius menjawab (tak pandang sangat pun tshirt broarts yang staf saya tunjukkan tu) "awat mahal sangat kedai ni, saya beli kat tempat lain tshirt macam ni rm35 aja, hangpa jual mahal, hangpa tengok la... takde sapa pun nak masuk kedai hangpa lepas ni."
ternganga staf saya sebab ini kali pertama dia diserang sebegitu, sempat pula dia jawab, "yang kak tengok tu brand lain, yang ni brand broarts. yang akak tengok tu brand '......', memang ada dijual di kiosks kat depan tesco Mergong brand tu.
Dengan wajah yang masam mencuba, terus keluar dari kedai sambil membebel, "takda sapa nak masuk dah kedai hangpa dah"
Satu doa ke tu? iskk....
Staf saya terpinga-pinga, katanya "kalo takde sapa nak masuk kedai ni... minggu ni aje aku dah jual lebih 3K kat sini". Bila saya datang je, dia lantas ceritakan hal ni pada saya. Aah... bagi saya biasa je....pelanggan. Tapi bagi staff saya macam satu mimpi ngeri kena marah. hihi
Saya dah berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Sebab tu bagi saya, bisnes online lebih mudah. Sebab saya tak kenal dan tak tengok muka diorang pun walaupun dia tiap-tiap bulan membeli buku atau tshirt di kedai online saya. hehe. Senang bukan!
Tuesday, December 29, 2009
Tujuan Pelanggan
Labels:
bisnes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tokey buku, pelanggan macam2 kerenah ni kena deal profesional..kalau kita amek hati sangat2..alamatnya bungkus le bisnes sbb tak tahan kerenah depa. At least mengajar kita SENYUM sokmo!
ha..betoi2
kita besa dah.meniaga lama dah.mcm2 hal jumpa kan! cuma kena train staf2 kita jd profesional n senyum sokmo. hihi
what cant kill you, make you stronger!
rezeki dr Allah bkn dr mulut manusia...hang ingat yg tu ja Najah! :D
Post a Comment