thePencil.org Ar RaiYan: February 2010

Thursday, February 25, 2010

MCB n FC

Semalam gi blajar marble cheese brownies dan fruit cake
kat http://cekmekzue-zue.blogspot.com/2010/02/najah-from-perlis.html. Memang dah lama berhajat nak belajar. Tercapai juga. Kebetulan nakpi collect duit kat kedai Alor Setar (dengar macam best aje collect duit,haha. tipu...tak banyak mana pun ...). No kakzue, i didnt have any bakery shop yer. Homemade... dapur belakang umah aje. huhu

Thanks kakzue kerana sudi terima saya sebagai anak murid kakzue, orangnya soft spoken dan sangat baik. Mesti kakzue gelakkan saya yang terkial2 ni. hihi. Canteknyer dapur Kakzue, barang-barang kek tersusun kemas. Mula la saya berangan nak ada dapur cenggitu alahai ...
Lupa la pulak nak amek gambar dapur !

who's hand is this? haha
this photos from kakzue's blog

with sifu-kakzue, now i'm so fat ok!

my first mcb got this from kakzue's blog

my first fruit cake

Wednesday, February 24, 2010

brownmail...hehe

Dapat sms dari Nizah (http://ummuaisyah.multiply.com)
"Salam.my dear fren,there's somethng 4 u in ur postbox.just to express my appreciation for u fren"

aaa...sangat sweet.. dia tolong compile kan untuk saya tanpa dipinta. Boleh pasang dalam kereta. (Sebenarnya dah mintak Saif buatkan, tapi Saif sibuk minggu ni),oh Nizah, macam tau-tau aje saya sangat menggilai Maher Zain. hehe. Susah nak jumpa kawan yang susah payah buat surprise untuk kita cenggini,senyap-senyap tinggal barang dalam post box. Agaknya kalo dia lelaki, mungkin saya terjatuh cinta. Mujur nizah perempuan. hiks
Terima Kasih Nizah!! luv u!

Tuesday, February 23, 2010

Kejutan

Terkejut dan agak stress. Orang dapat kedai melompat kesukaan, saya terduduk kegabraan. huhu. Mungkin rezki Kauthar agaknya dapat kedai baru. Masa kedai buku tu ,time Kakak Ibah, lepas bersalinkan Tasneem, dapat kedai di Alor setar. Ni lepas bersalinkan Kauthar... dapat kedai di kompleks bazar Jejawi. Sewa yang paling murah antara kedai-kedai saya sebelumni. Kedai tingkat bawah plak tu. Sape nak tolak.

Tapi kena operasikan kedai yang berkaitan kek. Samada Bakery atau supply bahan-bahan kek. Semalam ada majlis penerimaan kunci dari MB Perlis. Saya orang pertama dipanggil untuk serahan kunci. Pertama kali bercakap dengan MB. hihi

Sungguh, otak saya sekarang berpusing-pusing. Adakalanya pening-pening lalat, adakalanya rasa cam stress aje. Stress tu bukan apa, kalo kau modal banyak... pasti kau tak akan rasa stress. huhu. Terima kasih MPK kerana memilih saya dan memberi kepercayaan pada saya as usahawan muda dan masih baru dalam bidang perniagaan ni.

Masyallah...Kenapa kau tidak sujud syukur???

Sunday, February 21, 2010

Cuti-cuti

Saif ke Jakarta (lagi) selama 5 hari. Jadinya saya +anak-anak ambil kesempatan bercuti ke Penang, umah mama. Masa cuti ni saya ambil kesempatan join kelas tart dan kek, nanti saya upload gambarnya. Sebab tak bawak camera, Saif dah kebas bawak gi Jakarta. Jadinya kena mintak gambar kat kawan-kawan la nanti.huhu

Pertama kali handle 3 orang anak tanpa Saif dan maid. Wow, paling penat jaga Tasneem. Sangatla manja alahai....pantang silap sikit, mula menganga (nangis dengan kuat). Lepas tu baby pun terjaga la juga dari tidurnya dek kerana kuatnya tangisan si kakak. Kak Ibah, cool aje. tapi sekali sekala ada gak la menjadi tukang menyakat si Tasneem yang kuat menganga tu. aduss...
Sian Kak Ibah,selalu kena marah ngan ummi (saya sangat menyesal). Nak ilangkan rasa bersalah, bawak jalan-jalan gi Jusco Perda, makan kenny rogers dan minum float A&W , si Alang belanja (nadia) sebelum gi interbiu UUM esoknya

Raiyan Nusaibah yang cool...
Tasneem Sofiyya yang sangat manja, aduss
Kauthar Hana yang siangnya suka tido, malam berjaga

Sepanjang saya cuti, ada beberapa call masuk bertanyakan tempahan kek. rasa cam bersalah aje coz tak dapat buat dan hampakan harapan orang. huhu. Kalo nak tau, blog kek satu-satunya blog yang saya letak contact number. Tu pun sebab takboleh pos kek tu, kena customer datang pick up kat umah.

Pernah ada satu majalah emel untuk interview biz tshirt labuh, tapi sampai sekarang saya tak reply. hehe. Sebab ape tah. hmm... bila tengok semula blog tshirt/buku/ quran tu, saya tak reveal pun nama sebenar, contact no dan lokasi. Teruk betoila. Macam jual pasaran gelap aje. Saya rasa cam tak penting tu semua. Sebab biz online kot. tapi kalo customer emel mintak contact number untuk dihubungi, saya akan bagi. Dun worry. Janji servis dan barang jualan tip top, alhamdulillah...
Tapi ada juga yang call tanya lokasi kedai, coz diorang dapat contact number dari sumayya/ hilyah yang list kan senarai agent mereka di majalah/ newspaper. laa... kau nih, citer pasal biz pulak, tadi tulis entry nak cerita pasal cuti-cuti. Hehe

By da way... satu percutian yang mencabar dan best la juga kerana dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Harini Saif balik, semua kerumun dok keliling Saif sambil membuka hadiah baba beli dari Jakarta.

Bestkan melihat keriangan anak-anak! Satu moment yang sukar dilupakan!

Sunday, February 14, 2010

For The Rest of My Life

Yes... finally... 'someone' dedicated to me this beautiful and wonderful song today. No, we're not celebrate Valentine's Day. This song is so...so meaningful. I hope he meant it. the chorus part is like a 'satu pengakuan dan ikrar' for me. Saya akan pegang janji ni, abang! hehe. You promised me :)

http://www.youtube.com/watch?v=Agd88vH3PuY&NR=1

For The Rest Of my Life- Maher Zain
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I'll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say


*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I'll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Friday, February 12, 2010

Rasa berbangga la juga..


Rasa berbangga la juga pabila melihatkan teman sekolah selaku peguambela bagi mengendalikan kes yang paling femes dan heboh sekarang ni? Kes apa? hahaha...
Anyway... Go Radzlan! Go!

p/s: saja tak amek gambar yang terpampang di dada-dada akhbar tu, glemer la hang radzlan... muka hang sesaja masuk paper sejak dua menjak ni. hihi

Tuesday, February 09, 2010

Hadiah berbalut plastik

Hadiah harijadi saya, diberinya sebungkus plastik macam gitu. 'terlebih' romantiknya alahai, balut plastik aje. haha. katanya, berbalut berbagai tu tak penting, yang penting isi di dalam. iyer lah abang oi!
Terima kasih hadiahkan electronic kitchen scale, saya sangat perlukannya.lepasni boleh timbang dengan accurate bahan-bahan kek. Berguna untuk bisnes kek saya. Terima kasih abang!
Saya sangat gembira mendapat hadiah harijadi dari orang jauh, adik ipar saya wan aisyah mengirimnya dari Ireland. macam tau-tau aje saya kehabisan minyak wangi. Terima kasih atas ingatan!

Friday, February 05, 2010

Dapat Majalah


Semalam dah dapat majalah ummi yang dilanggan dari Indonesia melalui seorang kawan Indonesia yang menetap di KL. Sekali dapat 3 skali. Bulan Disember, Januari, Februari (edisi khas)

Saya sukakan majalah Ummi ni salah satunya ia banyak iklan busana/ kaos yang muslimah yang saya rasa sangat bagus dan cantik rekaannya. bolehla saya jual baju tu kat sini. hehe. tapi harganya boleh tahan. takde la murah sangat pun. lebih kurang harga baju-baju di Malaysia juga. tapi telekung dari sana sangat cantek, nak pakai pun tak sampai hati. haha. buat hadiah hantaran boleh laa. telekung kanak-kanak sangat comel beserta sejadah yang comel juga. haritu saif ke bandung, ada beli untuk ibah n tasneem. boleh la cuba buat jual. aiseh, nak menjual aje kau nih!

ada banyak lagi majalah dari sana yang bagus2 lho. nanti saya tunjukkan.

Thursday, February 04, 2010

Tip Frosting/ Topping

Rujukan dari web http://alkiram.net

Haritu ada student yang bertanya, di sini saya copy dan paste kan serba sedikit tentang tips frosting

Carrot cake, sesuai hiasan dengan CREAM CHEESE. FRESH CREAM ni sesuai untuk hiasan fruit flan, blueberry, black forest, mousse, fresh fruit cake dan yang seangkatan dengannya.

kalau kek yang berat macam butter cake, coklat cake, carrot cake, kek pisang, tak sesuai guna FRESH CREAM.

kalau BUTTER CREAM pulak, tak sesuai digandingkan dengan black cherry, blueberry atau buah-buahan.

BUTTER CREAM yang biasa buat besday kek tu. biasa kek BUTTER CREAM murah. yang kecik boleh dapat dalam RM10.

FRESH CREAM guna untuk buat continental cake macam black forest, blueberry, kiwi, fruit flan dsb.

BUTTER CREAM sesuai untuk buat decoration kek yang berat atau yang ringan. tapi FRESH CREAM sesuai untuk kek yang ringan & gebu.

kalau guna BUTTER CREAM, tak boleh digandingkan dengan blueberry filling atau sebarang buah. tak sesuai langsung. tetapi sebaliknya kalau guna FRESH CREAM yang mana boleh dihias dengan kiwi, mango mousse, strawberry, peach dsb.

FRESH CREAM/WHIPPING CREAM

Sesuai untuk kek sponge. Hiasan menggunakan fresh cream adalah untuk continental cake. Combination yang sesuai, blueberry filling, mousse, hot fill (kiwi, chocolate, raspberry, mango, black cherry, pitted cherry, peach, pelbagai jenis buah-buahan, etc.). Contoh kek; Black Forest, Blueberry Cake, Mousse Cake, Cheese Cake, Fruit Flan, etc.

BUTTER CREAM

Sesuai untuk pelbagai jenis kek jenis rich atau sponge. Tidak sesuai langsung dikombinasikan dengan pelbagai jenis buah-buahan dan juga filling. Combination yang sesuai adalah chocolate & piping jelly. Contoh kek; Butter Cake & Sponge Cake.

CREAM CHEESE

Sesuai untuk topping Carrot Cake ,Chocolate Cake, Velvet cake, Any cupcake & Cheese Cake.

FRUIT FLAN

Gunakan fresh cream. Hiasan yang sesuai adalah buah-buahan jenis lembut seperti peach, kiwi, mango, grape, strawberry. Gandingan yang sesuai untuk hiasan dikeliling kek adalah hiasan coklat, croquant, cornflakes & kepingan badam bakar. Chocolate rice sama sekali tidak sesuai.

*Hasil Rujukan saya dari forum cari.com…mohon kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan dari posting di atas.

SEDIKIT PETUA .

“Untuk kek butter - Supersoft butter cake……kek tu tak perlu di belah , terus mendeco atasnya tanpa filling….. kek butter tidak naik tinggi ,cukup satu adunan sudah memenuhi acuan bulat bersaiz 9′.

Mengaising salah satu step yg paling susah berbanding hendak mendeco…..apatah lagi hedak melicinkan permukaan tepi dan diatas kek…..yg penting adalah aising perlu kena tebal supaya apabila merata, tidak terkena permukaan kek….nanti serdak kek bercampur dengan aising.Boleh juga ratakan bahagian tepi kek dulu then baru bahagian atas kek. Seeloknya pisau mengaising kek jangan diangkat angkat…..gerakkan di atas aising kiri kanan .. realitinya memang agak susah jugak…practise makes perfect….bila dah siap aising semua tu, celup pisau aising dlm air panas, lap airnya dan cepat2 sapu pisau tanpa terlalu menekan aising ke serata permukaan kek.,.satu kelebihan sbb bila kita melepa icing, icing tidak akan melekat pada pisau yg panas dan icing akan jadi lebih rata…..cuba dulu…tp utk teknik tu masa dah final touch up le…..InsyaAllah….tentu elok jadi nanti….

Spatula tidak menjadi hal samaada murah ataupun mahal….kalau yg sudah teror…guna pisau biasa pun boleh….yang penting semasa cara kita menyapu icing spatula jangan kerap diangkat….kena tolak kiri kanan sampai icing rata ikut petua, sebolehnya letak topping tu sebnyk2 di atas kek, then baru ratakan kiri kanan sampai habis….ingat mmg spatula x boleh angkat ikut suka…..sbb icing tu menarik serdak kek……..cuba lagi…..lama2 nanti biasa….

Yang menyebabkan cream berbintil2 adalah kerana memukul butter terlalu laju, putar butter/krimwell/shortening tu sampai gebu…tp hanya speed yg sederhana…..then masukkan gula icing sikit demi sikit…..sampai menjadi gebu/putih….. putar icing dalam speed yang sederhana tp biar lama tidak mengapa….cuma jangan terlaju ,nanti icing akan menjadi cair ” bubble ” dan permukaan icing tidak cantik dan tidak gebu ( smooth).

Wednesday, February 03, 2010

Jiwang laarr

Amboi berjiwang pulak harini..

Terima kasih atas lagu ini wahai abang.. hak hak hak

http://www.youtube.com/watch?v=aTxN0F33tCI&feature=related

Tajuk lagu: Duhai pendampingku si Ling Ling
Nyanyian: edcoustic (indonesia)

Duhai Pendampingku

Di hatimu tersimpan cinta yang suci
Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
Meski kau terbiasa hidup tanpa perih
Namun kau ikhlas hidup bersahaja
Namun bahagia

Reff :
Duhai pendampingku,
akhlakmu permata bagiku
Buat aku makin cinta
Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
Bahagia sampai ke surga

nah, abang... amek lagu ni
http://www.youtube.com/watch?v=1QZ-DFNj_YU


Lagu: Kau Aku
Nyanyian: Aizat

orang bagi nasyid, kita bagi lagu la pulak!

isk..bagi lagu aje ke? bagi la oreo cheesecake ka... sedapnya sebut cheesecake bila dalam pantang ni eh! huhu

Tuesday, February 02, 2010

Supplier...

Ini adalah gambar salah seorang supplier terbesar kami (terbesar tu maknanya, kami yang amek banyak baju kat dia, dia memang 'besar' dah pun). Pemilik Tshirtlabuh Ukhti dari Depok,Indonesia. Erita Zurahmi. Suaminya juga membantu perusahaan bisnes pakaian Ukhti dari segi marketing. Saya hanya agent kecik aje, yang berurusan dengan para karyawan beliau saja. Karyawan tu maknanya staf/ pekerja. kalo kita karyawan ape ek...orang yang menulis karya la kot.

Majalah ummi ni majalah kegemaran saya. saya sudah mula menyimpan beberapa koleksi semasa ke jakarta haritu. saif pergi ke bandung pun saya ada memesannya. Kata saif, majalah ni nanti dia dah langgan dengan ikhwah KL. Minggu depan dapatla ummi keluaran baru. Eh gambar kat bawah ni memang real jadi cover majalah ummi ya, bukan saja-saja kita dok letak magmypic.com tu. hiks

lantas saya tunjukkan gambar ini pada Saif...
saya: abang... tengok ni ibu erita ngan husband dia jadi cover ummi la
abang: macho husband dia ek!

la...itu pulak komennya.

Monday, February 01, 2010

sudah pandai


Semalam, maid saya sudah belajar membuat buttercake yang kami ambil resepi dari majalah.saya try2 resepi baru. rasa dah sedap, tapi tak berapa jadi. kena RnD sket lepasni. last week saya mengajarnya membuat choc moist cake. Menjadi. guna resepi biasa yang saya amek tempahan kek.dia sangat gembira dan nak buat lagi. ha amek kau! maid kau sudah pandai baking cake. hahaha

saja ajar dia, kot-kot time saya takda masa lepasni, boleh suruh dia turun padang baking kek. hehe. Lagipun saya dah tulis entry ni

http://raiyanz.blogspot.com/2009/12/tip-kejayaan-bisnes-jangan-buat-kerja.html

Buat masa ni saya akan ajar satu jenis kek dan biar dia expert untuk yang satu ni. atleast dia boleh tolong saya. takde le, tolong timbang tepung dan basuh bekas aje. Tolong baking skali. Suhu oven dah pandai. Masa kek masak pun dah pandai bajet. ok la tuu....

ini adalah subjek/ tester kami. semua benda dia sapu. sedap ker.. tak sedap ker... semua makan. lapaq memanjang.

maimunah tp versi kecik (citer munajah cinta, ntv9 tiap2 petang tu)

 
blog template by suckmylolly.com