Saif ke Jakarta (lagi) selama 5 hari. Jadinya saya +anak-anak ambil kesempatan bercuti ke Penang, umah mama. Masa cuti ni saya ambil kesempatan join kelas tart dan kek, nanti saya upload gambarnya. Sebab tak bawak camera, Saif dah kebas bawak gi Jakarta. Jadinya kena mintak gambar kat kawan-kawan la nanti.huhu
Pertama kali handle 3 orang anak tanpa Saif dan maid. Wow, paling penat jaga Tasneem. Sangatla manja alahai....pantang silap sikit, mula menganga (nangis dengan kuat). Lepas tu baby pun terjaga la juga dari tidurnya dek kerana kuatnya tangisan si kakak. Kak Ibah, cool aje. tapi sekali sekala ada gak la menjadi tukang menyakat si Tasneem yang kuat menganga tu. aduss...
Sian Kak Ibah,selalu kena marah ngan ummi (saya sangat menyesal). Nak ilangkan rasa bersalah, bawak jalan-jalan gi Jusco Perda, makan kenny rogers dan minum float A&W , si Alang belanja (nadia) sebelum gi interbiu UUM esoknya
Pernah ada satu majalah emel untuk interview biz tshirt labuh, tapi sampai sekarang saya tak reply. hehe. Sebab ape tah. hmm... bila tengok semula blog tshirt/buku/ quran tu, saya tak reveal pun nama sebenar, contact no dan lokasi. Teruk betoila. Macam jual pasaran gelap aje. Saya rasa cam tak penting tu semua. Sebab biz online kot. tapi kalo customer emel mintak contact number untuk dihubungi, saya akan bagi. Dun worry. Janji servis dan barang jualan tip top, alhamdulillah...
Tapi ada juga yang call tanya lokasi kedai, coz diorang dapat contact number dari sumayya/ hilyah yang list kan senarai agent mereka di majalah/ newspaper. laa... kau nih, citer pasal biz pulak, tadi tulis entry nak cerita pasal cuti-cuti. Hehe
By da way... satu percutian yang mencabar dan best la juga kerana dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Harini Saif balik, semua kerumun dok keliling Saif sambil membuka hadiah baba beli dari Jakarta.
Bestkan melihat keriangan anak-anak! Satu moment yang sukar dilupakan!
No comments:
Post a Comment