thePencil.org Ar RaiYan: Kejutan

Tuesday, February 23, 2010

Kejutan

Terkejut dan agak stress. Orang dapat kedai melompat kesukaan, saya terduduk kegabraan. huhu. Mungkin rezki Kauthar agaknya dapat kedai baru. Masa kedai buku tu ,time Kakak Ibah, lepas bersalinkan Tasneem, dapat kedai di Alor setar. Ni lepas bersalinkan Kauthar... dapat kedai di kompleks bazar Jejawi. Sewa yang paling murah antara kedai-kedai saya sebelumni. Kedai tingkat bawah plak tu. Sape nak tolak.

Tapi kena operasikan kedai yang berkaitan kek. Samada Bakery atau supply bahan-bahan kek. Semalam ada majlis penerimaan kunci dari MB Perlis. Saya orang pertama dipanggil untuk serahan kunci. Pertama kali bercakap dengan MB. hihi

Sungguh, otak saya sekarang berpusing-pusing. Adakalanya pening-pening lalat, adakalanya rasa cam stress aje. Stress tu bukan apa, kalo kau modal banyak... pasti kau tak akan rasa stress. huhu. Terima kasih MPK kerana memilih saya dan memberi kepercayaan pada saya as usahawan muda dan masih baru dalam bidang perniagaan ni.

Masyallah...Kenapa kau tidak sujud syukur???

5 comments:

i_sofia said...

tahniah Najah.. semoga awak jadi businesswoman yg berjaya suatu hari nanti!!

SMM said...

tahniah kak najah! melangkah setapak lagi :) i'm proud of you. all the best with your new kedai!

Najah Farahin said...

mynie n sofia,
tq fren..
aduh..sangat menakutkan

drnehar said...

REZEKI Allah bagi kepada orang2 yg berhak menerima anugerah dariNYa.. Bersyukurlah walau ujian yang di depan mata masih tidak nampak akan duri-durinya yang tajam..
Namun, sekiranya kita telah berdoa, bersolat hajat dan bertawakkal denganNya, maka insyaAllah Rezeki yang diberi setimpal dengan ujianNya dan insyaAllah Allah akan membantu kita melaluinya... AMEEN!

(kat blog aku tak pandai la plak nak nulih2 ayat2 jiwang ni.. hehe)

--saiFz-- said...

drnehar,
thanks...really miss your entry /writing. skrg dah jd student... kena start balik menulis mcm dulu2 tau!!!

 
blog template by suckmylolly.com