Semalam...selepas solat isya’ pada jam 10.30, aku merasakan diri ini didalam keadaan yang amat tenteram. Sehari dua ni rasa macam agak runsing dan kecewa. Seolah-olah aku seperti tidak dapat menerima hakikat pulak. Banyak juga vacancies yang aku apply, bila dipanggil interview, asyik tak dapat aje. Frustrated. Adakah aku yang tidak layak, atau aku yang terlalu memilih. Agaknya kekecewaan aku ini mengundang dosaku pada tuhan. Lantas Dia meletakkan aku dalam keadaan yang tidak tenteram, kurang bersemangat, menyerah kalah dan sewaktu dengannya supaya aku mengambil iktibar dan menyedari kesilapanku. Mungkin juga ini suatu teguran Allah taala padaku.
Ku cuba berpuasa setelah sekian lama tak mengamalkannya. Lagipun, puasa ganti bersalinkan Nusaibah di Ramadhan lalu masih lagi berbaki. Betul kata nabi, banyak hikmah berpuasa ni. Selain mendidik diri, tujuan puasa yang utama ialah menahan dan melawan nafsu . Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Nafsu yang ada di dalam diri adalah punca seluruh kejahatan dalam kehidupan. Jadi puasa adalah satu proses (mekanisme) khusus untuk membantu manusia bagi melawan nafsu yang secara semulajadinya sangat jahat.Dengan berpuasa, orang Islam hakikatnya sedang melawan hawa nafsu untuk mencapai rasa taqwa didalam diri. Kesimpulannya, nafsu inilah yang mendorong aku supaya menyerah kalah,kurang bersemangat dan kecewa. Lantas, aku menjadi manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki, segala pemberianNya.
Usai solat isya’, tiba-tiba mata tertumpu pada dua wajah insan kesayangan yang sedang nyenyak tidur. Nusaibah dan babanya, Nusaibah yang tertiarap tidur dengan bebas berguling- guling dikatilku membuatkan babanya terhimpit ke dinding. Hiks. Lucu juga. Dalam keadaan itu aku tersentak, betapa aku bersyukur pada yang maha Esa kerna mengurniakan sebuah kehidupan bahagia buatku. Punyai segalanya. Sederhana tapi sempurna. Punyai seorang anak penyejuk mata. Penghibur jiwa. Punyai seorang suami yang penyayang dan memahami. Oh ya, terima kasih abang kerana selalu menemaniku berpuasa. Suatu ketika dulu aku seringkali berdoa agar diberikan Allah suami seperti kriteria yang aku inginkan. Allah mengabulkan doaku. Allah sayang pada aku. Cuma aku yang tak berterima kasih padaNya. Ku mohon dikurniakan anak sihat dan comel, Dia berikan padaku.
Berdosanya aku merasakan kekecewaan teramat sangat hatta dengan ujian sekecil ini. Di mana kesabaran dan kesyukuranku? Setelah segala-galanya nikmat telah diberikan padaku. Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah..
Tuesday, February 22, 2005
Aku...
Labels:
cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment