thePencil.org Ar RaiYan: Ma'al Hijrah

Thursday, February 10, 2005

Ma'al Hijrah

Adalah menjadi kebiasaan, semua tahu bahawa 1 January adalah tahun baru bagi seluruh rakyat di pelusuk dunia. Menyambut dengan gilang-gemilang, bersorak-sorakan, percikan bunga api penuh meriah, anak-anak muda berpeleseran berpasang-pasangan,konsert sana sini (cuma kalini ajer dislowkan dek kerna takut dan menghormati mangsa tsunami…mmm tau pun takut tapi sedikit sangat yang sedar dengan teguran Allah taala itu).

Tapi apabila ditanya tahun ni berapa hijrah ek? Jangan terkejut pabila ramai yang termanggu-manggu memikirkan bilangan tahun hijrah ini. Bahkan ada yang terlupa malah lebih teruk ada yang tak tahu langsung!

Apalah salahnya kenang semula penghijrahan ar-rasul serta sahabat-sahabatnya, tentang jerih payahnya merentasi padang pasir yang membahang, dikala malam yang dingin kesejukan. Terhendap-hendap dengan ketakutan dek musuh dibelakang. Kekurangan segala-galanya. Mereka tak punya apa, harta, sanak saudara. Tetapi mereka percaya…pada janji rasulNya.

Salam Maal Hijrah 1426…
Semoga Allah memberkati setiap amalan kita. Insyallah.

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com