thePencil.org Ar RaiYan: The Courier

Thursday, February 24, 2005

The Courier

Aku tertarik dengan entry MBA berkaitan dengan sistem pos Malaysia yang menyatakan bahawa Pos Malaysia mengalami kerugian RM4 juta setahun kerana harga setem pos cuma 30 sen sahaja berbanding dengan negara jiran yang lebih mahal. Untuk mengelakkan kerugian berterusan, mereka akan naikkan harga setem bagi surat perdagangan dan surat persendirian akan diwajibkan menggunakan sampul khas dengan harga yang sama, jika tidak akan dikenakan setem 45 sen berbanding 30 sen sekarang.

Bagaimana pula dengan servis Pos Malaysia?

Ini ler masalah kami sekeluarga alami (tatau le rumah orang kawasan kami ni bagaimana, coz lum servey tanya depa lagi pasal hal ni) pasal sistem pos Malaysia ni. Posmen kat sini seolah-olah mengumpul surat kami. Seminggu sekali baru nak di pos ke peti surat rumah kami. Kadang-kadang sampai lebih 20 pucuk surat sesekali dapat. Bila check tarikh, ada yang dah lama, ada yang baru, bercampur aduk. Masalah ini kian serius pabila, ayah seringkali lewat membayar bil, dan membalas surat-surat penting kerana seringkali mendapat surat yang lewat dari tarikh yang sepatutnya sampai. Bila ada surat penting atau pos ekspres, dapat pula kad dari pejabat pos suruh datang ambil. Dengan alasan, kami tiada di rumah semasa surat ini dihantar. Aku ini tercongok kat umah dengan bibik, takde pun pos ekspres sampai. Atau sikap posmen yang malas nak hantar kot. Tatau lah. Akhirnya, ayah buat aduan kepada Pos Malaysia di Kangar dengan menunjukkan bukti tarikh-tarikh surat yang lewat sampai kepada kami.

Aku pernah dua kali lewat dapat kad jemputan kahwin, padahal kenuri kawan aku dah berlalu 2 hari lepas kad diterima. Semalam, pos malaysia menghantar kembali surat resume aku kerana bayaran setem tidak mencukupi. Tapi, surat pulangan aku dapat ini sudah terlalu lama di pejabat pos agaknya. Baru posmen pos semula ke rumah aku. Akibatnya, tarikh iklan jawatan yang aku apply tu sudah ditutup. Salah siapa yer...

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com