thePencil.org Ar RaiYan: Terima Kasih

Tuesday, February 27, 2007

Terima Kasih

Buat kawan-kawan (real n cyber)
terima kasih kerana menyokong dan mendoakan saya. Ramai yang menyangka, wow... banyaknya buat sales (jualan buku). Kalo jualan di kedai, takda la banyak mana, yang banyak sebab kami kena buat inisiatif jualan di luar. Contohnya setiap hujung bulan, kami buka booth di jabatan kerajaan. Then, kalo ada ekspo memana di Perlis terutama di Uitm, masa tu la kami kalut-kalut dok pi bukak booth/gerai buku. Kalo harap tunggu di kedai... memang tak dapat gaji le kami tiap-tiap bulan sebab kurang sales :). Harapkan potostat aje.
Teringat pengalaman saya masa mula-mula jadi penjual buku dulu. Saya memang pemalu, nak promote/ rekemen lebih-lebih kat orang.... jangan harap. Jual buku, saya diam aje terpaku kat gerai jualan tu. kelakar ye. then kalo kena jaga gerai, mesti lari n buat2 bz...sudahnya, suami yang jaga.hehe.
Tapi sekarang tak lagi. Saya jadi lebih peramah dan bertanggungjawab (mungkin :)kot!), sebab ini produk saya,perniagaan saya. Menjadi usahawan/berniaga ni, seperti keluar berperang. Perlu sentiasa menyusun strategi dan sentiasa bersedia. perrghh ayat! hehe.
Harini mula buat pembayaran dan sign agreement tentang kemasukan kedai di Plaza Mara. Tapi belum dapat CF lagi. Plan nak masuk dalam bulan Jun, insyallah. Tu pun kena tunggu Pasaraya Hafifah (bersebelahan) buat renovation dulu. Dah siap semua, baru masuk. Kena buat loan Mara sebab tak cukup modal nak bukak kedai buku yang kedua ni. Mara bersedia nak bagi loan. Tapi diri sendiri yang rasa macam tak best. alahai...berhutang ni buat saya rasa berserabut.tapi nak buat cemana. terpaksa la buat loan. Guna modal sendiri, buat beli rak buku pun belum tentu lepas :).
Semalam pergi kursus GMP n HACCP oleh Sirim untuk usahawan yang membuat produk makanan. Kebetulan saya baru start buat bisnes kek batik secara kecilan, jadi saya pun turut serta menjadi peserta. Ramai di antara peserta terdiri daripada usahawan veteren (makcik n pakcik). Saya rasa saya antara termuda la gamaknye :). Diorang ni berpuluh tahun mengusahakan produk makanan. Memang pakar2 belaka. Sembang ngan makcik sebelah saya, katanya beliau dah 13 tahun buat bahulu. Beli mesin ,renovate kilang semua dengan duit sendiri. Takde pinjam2. Perrghhh. Ke Mekah pun dengan hasil jualan bahulu! Masyallah!
Kelakar, bila time ceramah bab HACCP, makcik-pakcik macam boring aje, tak faham. Kata diorang susahnya! boleh bungkus la kami kalo nak ikut syarat HACCP. Memang susah nak dpt HACCP. perlu renovation beratus ribu n mungkin jutaan, tapi kalo dapat.... satu dunia iktiraf. Produk kita pun boleh masuk international market. Leh jadi jutawan :)
Saya? topik HACCP la yang buatkan saya kena repeat paper masa tahun dua kat university dulu.hehe. So, kira expert juga la. lepas grad terus jadi HACCP Coordinator dengan company BES** suatu ketika dulu. Sebab HACCP jugalah saya berenti keje.hehe,tensen giler dapat bos mat salleh.Tapi at least adala sikit pengalaman. Fuh, bila di suruh saya masuk semula line HACCP, mampus saya taknak :)!!
Tapi, andainya/ ditaqdirkan saya membuka industri kecil membuat kek batik (mana tau kan..amin,amin ya rab!!). Saya kena la implement!! Tapi setakat kecik2 ni, kekalkan kebersihan sudah bagus....

nak share kat sini, untuk diri saya juga. amik petua kejayaan dari Dr Irfan:

Soalan: Apakah elemen yang menetukan kejayaan Dr??

1. Passion… minat yang amat sangat
2. Skill… boleh ditimba dan dipelajari dengan ilmu
3. Hard work… persistence & berdisiplin


Skill, hard work...hard work... saya kurang yang itu, mungkin!

p/s: Buat Mynie (Aini, yer... Mynie ni x-tkc,best student) kat PTS ada buat mcm latihan/ akedemi penulis. Mynie cadang nak buat buku kanak-kanak kan? leh la tanya-tanya pada fauzul Naim, http://www.akademipenulis.com/ akak pun minat juga nak jadi penulis ni. Penulis buku kanak-kanak pun best tau!

9 comments:

SMM said...

kak najah, saya baru discover web unika pts semalam, mmg teruja melayarinya! sampaikan merundum produktiviti di pejabat :( astagfirullah.. tak patut betul saya.. tak boleh buat lagi ;p harus cari waktu sendiri..

Anonymous said...

uisshh.... bahaya tuh :)
minggu ni balik ke nibong tebal ke?

kakLuna said...

rezeki berniaga ni bukan setakat selepas tolak kos dari jualan, tetapi di jalan permulaannya lagi Allah dha bagi ganjaran..iaitu minat utk berniaga dan menambah ilmu...bukan semua orang dapat kenikmatan itu tau...

insyaAllah pembawaan nama Najah itu amat berkesan dgn orangnya.

saya sbg kawan 'real but at cyber', tumpang gembira dan mendoakan kejayaan Najah.

Anonymous said...

dasar hati saya menyatakan saya amat bertuah dapat teman seperti Luna. Syukur pd Allah.Walaupun tak pernah jumpa 'real' tapi rasa mcm dah lama jumpa kan! :)

aNIe said...

Semoga raiyan akan berjaya dlam apa jua yang raiyan lakukan...insyaallah...

SMM said...

kak najah, kalau ikut jadual mmg patutnya saya di nibong tebal minggu ni tp tertahan pulak di pejabat sbb kerja banyak... :( akhir bulan mac pula insyaAllah..

Ummi said...

salam,

bila lah ummi boleh ikut jejak langkah raiyan. actually ummi mmg nak sangat berhenti keje dengan org dan keje sendiri. skrg ni beside keje full time ummi buat home tuition dan mengajar kat tuition centre. kalau tuition ummi dapat sambutan agaknya boleh le ummi ikut langkah raiyan.

tapi penat nye Allah je yg tahu. tapi bila fikir untungnya semangat sangat. ummi doakan kita sama2 berjaya dalam bidang yg kita ceburi. Amin. bila ummi ke sg petanu kalau ada peluang boleh le melawat kedai buku raiyan. kami satu keluarga mmg suka membaca. :)

Ummi said...

salam,

bila lah ummi boleh ikut jejak langkah raiyan. actually ummi mmg nak sangat berhenti keje dengan org dan keje sendiri. skrg ni beside keje full time ummi buat home tuition dan mengajar kat tuition centre. kalau tuition ummi dapat sambutan agaknya boleh le ummi ikut langkah raiyan.

tapi penat nye Allah je yg tahu. tapi bila fikir untungnya semangat sangat. ummi doakan kita sama2 berjaya dalam bidang yg kita ceburi. Amin. bila ummi ke sg petanu kalau ada peluang boleh le melawat kedai buku raiyan. kami satu keluarga mmg suka membaca. :)

Anonymous said...

Kak Lady: thanks kak lady, kerana sudi singgah blog saya. salam perkenalan :)

ummi: terernye buat home tuition. Dengan keje lecturer lagi, sempat ye kak!
saya dulu ada juga buat sikit2, tapi tuition utk anak2 yang baru nak belajar membaca. pakej "bacalah anakku n Read Easy" tu. then tahun ni tak amik dah budak sebab tak sempat nak grab semua.
bln 6 ni baru bukak kedai buku di Kangar tu, skrg ni buat kat Arau. tak banyak sangat buku nye kak, sebab share ngan potostat skali. Tapi kalo akak dtg belah sini. Jangan lupa singgah tau!!
leh bwk pi Padang Besar :)

 
blog template by suckmylolly.com