Tengahari tu Kak Ibah jatuh. Terlentang dari kerusi komputer. Kepala terhantuk ke lantai (tiles) bedebum! bunyi yang sungguh kuat. Terkejut saya. Kak Ibah menangis, kejap aje. Lepas sapu minyak gamat, terus tertido kat bilik bawah.
Lepas sejam dia bangun semula sambil menangis pening kepala dan sambung semula tido kat bilik atas.Kemudian bangun lagi dan menangis lagi tanpa henti. Katanya sakit kepala lagi dan nak muntah. Takut juga saya. Abang minta bersiap-siap ke klinik. Pastu kakak Ibah muntah. Kemi decide nak buat CT Scan (perrghh...macam doktor pula kami).Kami jadi panik dan terus ke Kedah Medical Centre (KMC).
Sepanjang perjalanan doa tanpa henti agar Kakak Ibah takde pape. 30 minit perjalanan, terus tiba di KMC dan banyak betul kereta, takde parking. Kereta park tepi2 jalan je. Takpe...kita try aje masuk cari parking. Alhamdulillah seperti dirancang aje, Allah mudahkan. Ada satu tempat kosong betul-betul depan pintu masuk. Parking VIP mungkin. Sampai aje terus ke kaunter. Receptionist tanya samada nak jumpa doktor biasa atau doktor pakar, laju je saya jawab doktor pakar. datang dari jauh Perlis nun...alang-alang baik jumpa pakar terus. Kami diminta naik ke tingkat 2 (bahagian Pakar Kanak-kanak). Sampai je tingkat 2, nurse menyoal beberapa soalan, dan bagitau apa yang berlaku dan beberapa simptom (pening dan muntah akibat terjatuh). Diorang minta ke tingkat 3, refer surgeon. Berdegup laju jantung saya. kita ke pakar bedah la pulak. Macam serius je ni. Memang bedebuk bedebak jantung saya.
Sampai tingkat 3, kami dipilih nak pilih pakar yang mana? ada 2 nama dicadangkan. Sorang chinese, sorang Muslim. Terus pilih muslim surgeon, Dr Muhammad. Walaupun pertama kali ke KMC, memang tak kenal mana-mana doktor pun.
Dalam masa 10 min, jumpa Dr Muhammad. dia mintak buat CT Scan. Kami dibawa ke tingkat bawah, bilik CT Scan. Abang n Kakak Ibah je dibenarkan masuk. Saya n Adik Tasneem tunggu di luar dengan penuh debaran. Inilah kali pertama anak saya mengalami situasi yang mencemaskan.
15 mint kemudian, Kakak Ibah n baba keluar dari bilik tersebut. "canggih betoi CT Scan tu, macam kat TV tu (citer E.R n G.A) pastu kami semua kena pakai uniform". Abang bersuara dan turut jakun :). Kakak Ibah bgtau, "umi nak tau tak... Ibah baring kat katil boleh bergerak, pastu Ibah lalu kat gelung bulat, ada lampu-lampu" .Tu CT Scan la kot,saya pun tatau rupa cemana, yang saya pernah tengok dalam citer grey anatomy tu la kot.
Kami masuk semula ke bilik Dr Muhammad selepas 10 minit kemudian report CT Scan tiba, selepas dengar beberapa penerangan tentang brain n kepala, kami menarik nafas lega Kakak Ibah takde pape. Cuma sedikit gegaran semasa jatuh tadi menyebabkan Kakak Ibah pening2 dan muntah. Tiada kesan darah atau retakan pada laporan Ct Scan. Alhamdulillah, semuanya ok. Syukur...syukur ya Allah
Terima kasih buat Akh Khalil, our prudential agent yang begitu efektif , terus saja tiba sebaik saja kami call untuk prosedur claim insuran. Alhamdulillah, kos ditanggung oleh insuran prudental. Paham-paham ajelah, kos CT Scan di private hospital + rundingan surgeon hampir rm400 juga bilnya. Allah mudahkan urusan. Alhamdulillah...
Sambil menanti ubat di farmasi, Kakak Ibah mengadu lapar. Makcik di sebelah mendengar, lantas memberi roti coklat kat Kakak Ibah. Terharu saya.
Mujur juga kami buat persediaan awal,melanggan insuran prudential untuk anak-anak sejak mereka lahir. Benda-benda yang tak disangka begini la sering terjadi. Kita memang menitikberatkan keselamatan diluar, tapi kemalangan di rumah seringkali berlaku di luar jangka juga kan! Kejadian ini banyak memberi pengajaran buat saya....
"Ya Allah... ampunkanlah dosa hambaMu, terlalu jarang menyatakan syukur..."
Kakak Ibah selepas jumpa doktor. menanti kami solat asar kat surau KMC sambil membawa result CT Scan, ubat, dan air kotak milo nya
Wednesday, December 24, 2008
Cemas
Labels:
anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam najah..
sib baik xapa2.sbb kalau jatuh pastu muntah kategori bahaya.
alhamdulillah sbb dah scan xde apa2.emm..saya xde beli insuran pun utk anak2..rasa ruginya sbb dah byak tahun yg kami rugi.
Alah sedihnyerrr... akak tau camne perasaan bile tgk anak kite tak biase dr biase (betul ke ayat ni? Thee..) Tapi alhamdulillah lah dia dpt ibubapa yang sangat perihatin dan dia pun xde apa2. Harap cepat recover ye! Najah tayah risau2 lagi!
Post a Comment