thePencil.org Ar RaiYan: Serangan di Gaza Kini

Wednesday, December 31, 2008

Serangan di Gaza Kini


Apa yang Kita Boleh Buat untuk Membantu Palestine

Assalamualaikum wmt.wbth

Palestin berdarah kembali buat sekian kalinya. Pembunuhan demi pembunuhan, kesengsaraan demi kesengsaraan yang melukakan hati dan mencabar kewibawaan dan jati diri kita sebagai seorang mukmin dan muslim yang berjuang. Qadhiyyah Palestin adalah qadhiyyah kemanusiaan, persaudaraan (brotherhood) dan isu muqaddasat (kesucian Al-Aqsa sebagai tanah haram yang Ke-3). Saya yakin jikalah kita ini diberi peluang pasti ramai yang akan ke Gazza memberi apa sahaja bantuan yang diperlukan, berjuang bersama saudara-saudara kita di sana, namun itu bukanlah satu-satunya keutamaan buat mereka di sana. Itulah petanda iman kita semua masih hidup dan menyala-nyala bagi meninggikan kalimahNya meskipun kita harus terkorban keranaNya.

Sahabat-sahabatku,
Peristiwa ini menuntut kita semua;_

(a) Bersatu sebagai satu umat Tauhid. Melupakan semua perbezaan furuk dan cabang
(b) Bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang sama
(c) Menyumbang apa sahaja wang ringgit, derma, doa serta sokongan moral

Pada pandangan saya buat masa ini yg amat diperlukan ialah sokongan kewangan bagi pembelian perubatan, makanan serta pakaian bagi melindungi pelarian yang hilang tempat tinggal. Alhamdulillah ubat-ubatan telahpun berjaya sampai melalui sempadan Rafah melalui sahabat kita di Bulan Sabit Mesir.

Anda juga boleh mengambil keluarga angkat dan anak yatim di Gazza hanya dengan bayaran sumbangan sekitar RM130-150 sebulan. Untuk pengetahuan anak-anak yatim ini adalah anak-anak para syuhada Palestin yang terkorban sewaktu berjuang di jalan Allah. Bayangkan betapa besar pahalanya jika kita dapat mengambil seorang anak yatim dan moga dengan sumbangan ini dia akan membesar menjadi seorang mujahid dan meneruskan jihad di sana hingga hari kiamat. Jika sebuah keluarga mengambil satu anak yatim bayangkan betapa besarnya sumbangan kita itu nanti!

Bagi NGO besar seperti JIM dll kenyataan bantahan mestilah terus dihantar ke Kedutaan US di mana sahaja, berjumpa Menteri Luar Negeri Malaysia, Membuat kenyataan keras dan pendirian di dalam semua media TV dan Radio agar semua rakyat Malaysia memahami isu Palestin dan menyokong penamatan sekatan terhadap Gaza.

Jika ingin melakukan demo biarlah jumlah peserta melebihi 20 ribu ke atas barulah mendapat liputan media antarabangsa dan menjadi suara yang kuat ke atas PBB dan Israel. Untuk itu JIM, NGO lain dan Parti Politik perlu digerakkan bagi mencapai sasaran ini. Bukan sekadar 500 orang sahaja.

Bagi saya yang telah melihat kehancuran dan kemusnahan peperangan di Lubnan pada hari ke 4 lepas perang Lubnan 34 hari tahun 2006 amat-amatlah dahsyat dan teramat bahaya.
Peluru berpandu yang diguna Israel boleh meranapkan bangunan 10 tingkat hingga ke dalam dasar bawah tanah dan "drone" yang bertindak sebagai mata-mata di angkasa boleh melihat semua yang di bawah dengan jelas. Israel menggunakan bom-bom berangkai yang boleh mencederakan dan membunuh kanak-kanak. Cerita P ramlee dengan 40 Pencuri yang memangkah rumah untuk dirompak begitulah juga yang diguna hari ini. Mereka memangkah menggunakan cat-cat khas yang memudah mereka memastikan koordinat bagi serangan peluru dari helikopter gunship dll. pastinya ada munafik di kalangan penduduk Palestin di Gaza yang memberi maklumat kepada musuh zionis hingga 300 lokasi kerajaan Hamas berjaya diletupkan hanya dalam tempoh 4 hari serangan.

Marilah kita gerakkan tabung-tabung di rumah kita, saudara mara dan sahabat handai agar sumbangan yang wajar dapat sama-sama kita salurkan kepada mana-mana pihak samaada JIM, NGO Islam lain ataupun kepada Aman Palestin sendiri.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak yang dapat kita sumbangankan menjadi satu amal soleh yang berat nilainya dan sebagai pemberat di hari mahsyar nanti. Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT menghancurkan musuh Nya dan musuh umat Islam, melemahkan barisan mereka dan memberi kemenangan pada hari yang dijanjikan. Amin Ya Rabbal Alamin

Samsul Maarif,
Pandangan Peribadi
Pengasas dan BOD Aman Palestin

1 comment:

HAPPYIRFA said...

salam najah..
semoga umat Islam di lindungi oleh Allah

 
blog template by suckmylolly.com