thePencil.org Ar RaiYan: Cerita cerita cuti sekolah

Thursday, December 04, 2008

Cerita cerita cuti sekolah

Cuti sekolah... bersama anak-anak. Sambil-sambil baked. Seronok rupanya baking ni. Satu terapi. Rasa puas dapat siapkan kek or cupcakes n cuba resepi baru. tak percaya? cubalah.hiks. tapi saya rasa bagi yang berminat. Kalo tak minat, nanti tension pula :) sebab kadang-kadang kita cuba, resepi tu tak menjadi.
Adik Tasneem pula demam bebaru ni. aduh. sian. melepek aje dia. Risau juga kami. Selsemanya, badan yang panas pula. Pastu nak dukung aje. huhu. Mujur ada orang-orang kat umah ni mengganti dukung. Meragam juga Tasneem kalo demam. Allahu yashfiha...


ni tengok tv melepek aje....

pastu melepek tido pulak haa...


Kakak Ibah...masa mula2 cuti, saya ajarla membaca sehari dua, pastu adik tasneem tak sihat, terus terhenti hingga sekarang. aduhai anakku... susahnya ummi ni nak komited ya.

Ahad ikut suami ke Alor Setar, dia siapkan kerja akaunnya.Cadang nak beli almari,so bawak kereta besar sikit. Sementara tunggu saif siapkan keja kat petronas tu, saya berpeluang round Alor Setar sesorang dengan unser ayah yang sudah 3 minggu rasanya ayah tak bawak kereta tu. Dah siap semua kerja, time nak balik aje...ternampak anak ular dok elok aje kat tepi pintu tu. Saif terkejut, tak sempat cari kayu, anak ular tu dah lari.tatau samada masih dalam unser atau pun dah keluar. Kecut perut tahap dewa dah. masing-masing tanak masuk dalam kereta. tapi paksakan diri juga. Mujur berdua aje, anak-anak tak ikut. time balik, macam-amacm doa yg kami baca. takut terserempak dengan anak ular time bawak kereta, leh masuk gaung woo dek terkejut n lost control. huhu. Allah maha pelindung. Cemana ular leh ada ye dalam kereta lak nih? Umah kami kan di tengah bendang, kawasan umah kami menjadi laluannya. Kadang-kadang umah kami menjadi persinggahannya. Pernah anak ular parking kat tempat kakak ibah simpan mainan dia. Mujur kakak ibah nampak dulu semasa mengutip barang mainan. Tu belum lagi kisah lucu biawak masuk dalam boot depan (tempat enjin) kereta ayah lagi.hiks.hoho....saya fobia nak bawak unser tu lepasni.
Teringat pesanan ummi,jadikan mathurat sebagai amalan harian doa untuk pelindung diri.Tawakkal pada Allah.

oh ya, ada tshirt breastfeed baru, yang citrus breastfeed ritu habis dijual la. Alhamdulillah. Sebagai tambahan keluar lagi kaler lain.Tak breastfeed pun leh pakai la. Ada sesapa nak order, emel or sms saya ya. Tapi lepas raya haji baru leh dapat yer. Jamu-jamu mata lah dulu. Saiz S,M,L,XL,XXL,XXXL. Brand Sumayya.


2 comments:

SMM said...

salam kak najah,
kesiannya tengok ibah demam melepek je.. semoga cepat sembuh..
yay - cantik kaler baju ni, saya nak beli yg kaler hijau moss tu, saiz M muat rasanya.. email me amount and account no k?

Irfa said...

salam najah..
SELAMAT HARI RAYA QURBAN..

 
blog template by suckmylolly.com