thePencil.org Ar RaiYan: October 2003

Monday, October 27, 2003

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…..



Moga aku menanti ramadhan kalini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran sepertimana aku menantikan kepulangan kekasihku yang bakal pulang kepangkuanku setelah berpergian jauh dan berpisah setahun yang lalu....(ehem….tu kata-kata ustazah Maznah masa tazkirah kat umah Mck Ni haritu)

Walhamdulillah….serasanya ramadhan kalini lebih bermakna dengan kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup ini. First time bertadarus berdua dengan seorang lelaki (sebelumni bertadarus dengan geng pompuan-pompuan ajer ket kampus), berbuka n berterawih bersama. Alhamdulillah…alhamdulillah….alhamdulillah…

And...thanks to those yang bagi sms ucapan-ucapan di malam menjelang ramadhan-abang, maya, siti ramlah, manurul, kak roha, kak sya, maklong, and ramai lagi (sori....tak ingat coz kena delete....msg fullbox). Tak lupa jua kepada yang menghantar melalui emel. Jazakumullahukhairankhatheera…
Thanks missapple…coz slalu antor msg bergambar ket eden ket sini…eheh…

Ramadhan Al-Mubarak!!
Bersama mendidik diri menjadi insan rabbani di bulan tarbawi ini. Moga bertambah kekuatan juga amalan dan saling mendoakan

Friday, October 24, 2003

Selamat Hari Lahir Mama….

Mama….
kaklong, suami, ayah n adik-adik ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-46 buat mama kesayangan kami. Segala pengorbanan mama tak ternilai buat kami untuk membalasnya. Tanpa mama…siapalah kami. Mama permata di hati kami, suri kesayangan ayahanda. Tukang masak yang handal…isteri yang setia,guru informal yang hebat,agak lucu adakalanya, dan… seorang yang kuat serba serbi. kaklong pun tak sekuat mama dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Doakanlah diri ini agar sekuat dan setabah mama. Hanya Allah yang dapat membalas segala kasih sayang, jasa dan pengorbanan yang mama berikan….



SELAMAT HARI LAHIR

Mama…
Matahari berbisik padaku
Mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku
Jawabnya...
Kerana dia hanya menerangi dunia ini pada kesiangan saja
Tapi mama menerangi hidup anak-anak
Sepanjang masa, menembusi ruang kehidupan ini sepanjang zaman
Mama…
Pepohon yang merendang berbisik padaku
mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku..
Jawabnya...
Kerana dia hanya meredupkan kehangatan
Insan yang berteduh dibawah pepohonnya
Tapi mama meredupkan kehangatan
Hidup yang penuh pancaroba
Meredakan kekusutan hati dan akal anak-anak yang mama kasihi
Mama…
Emas dan batu permata berbisik padaku
Mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku
Kerana ia hanya lambang kekayaan
lambang kemewahan
tapi mama adalah lambang kasih
lambang sayang
lambang cinta
lambang kemuliaan
lambang pengorbanan sejati anak-anak mu
Mama…
Manis gula dan masinnya garam berbisik padaku...
Mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku
Jawabnya...
Kerana dia hanya menambah nikmat sesuap makanan dan lazat secangkir minuman
Tapi mama mampu menawarkan bisa kedukaan dan penderitaan
melazatkan keriangan dan menambah kecintaan
kepada kehidupan anak-anak yang mama kasihi
setiap masa dan ketika… sampai bila-bila
Mama...
Angin yang bertiup berbisik padaku
Mama lebih mulia darinya!!!
Kerana apa? tanyaku
Jawabnya...
Kerna dia tidak mampu sepanjang masa bertiup perlahan bagi menenangkan keadaan
kerana ada waktunya ia menjadi badai dan taufan merobek kesejahteraan
dan kebahagiaan insan
Tapi mama sepanjang masa meleraikan kekusutan
menenangkan jiwa anak-anakmu
sesepoi bahasa bayu, menyemai rasa cinta
dan sayang sejati anak-anakmu
Mama...
mulianya dirimu....
Membenarkan kata-kata
syurga itu di telapak kaki ibu...

Friday, October 17, 2003

Salam di pagi Jumaat...

“Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam…maka dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi ‘

Tiba-tiba ajer aku teringat wording ni bila terbangun subuh tadi. Sejak dua menjak ni... sudah lama rasanya aku merilekkan diri tanpa melakukan apa-apa agenda hi impak pun. Semakin janggal rasanya. Oh tuhan....jangan ditempatkan aku di kalangan orang yang rugi,orang-orang yang tidak komited berdakwah di jalanMu. Nauzubillah !

Waktu-waktu yang ada ini cuba kumanfaatkan dengan pelbagai bacaan. Last-last.. bila dah jemu membaca bahan ilmiah....novel juga yang aku capai... isk..isk..
Semalam....seupaya juga ku merebut pahala sya’aban.... mungkinkah ini sya’aban yang terakhir buatku ? wallahua’lam….
Selepas iftar n berjemaah maghrib bersama mertua dan adik-adik....terus merebahkan diri ket katil. Isk....awat cam tak larat ajer ni. Padahal tak buat pape pun siang tadi. Terdengar alunan suara roomateku membaca Quran.Surah kahfi. Alamak ! aku lum baca lagi malam jumaat nih.Tau dah...japgi kuar le soklan cepu emas yang bakal diutarakan oleh teman sebilikku...Yang dah baca qur’an ker ? hehe...belum lagi. Orang nak baca le nih...

Teringat pulak petang tadi posmen antor poskad siap diplaster lagi. Aik ! sape pulak dah ni. Tengok tulisan macam kenal ajer. Laa...roomate aku yang hantaq rupanya. Ceh ! dok sebilik pun nak pos surat lagi ka ? eheh. Best gak dpt surat. Antor le lagi yer...

mmm...nak buat ape yer di pagi jumaat yang cerah ni. Jap lagi rasanya nak turun pi library kat bilik bawah aje la. Baca buku and telaah apa yang patut sementara nak tolong bibik masak tengahari. Khadijah ada kat umah, UM cuti. Takde le sunyi sangat.

Tadi jenguk ket bilik dia kat atas tu, dok ngemas katanya. Bila bukak sliding door kat atastu, waaah… cantiknyer sawah terbentang luas. Indah dengan pagi yang cerah,burung-burung berkicau,pokok- pokok padi yang menghijau. Nampak pakcik-makcik dok menanam padi. Oh ya, rumah mertuaku ni kiri,kanan, belakang ada bendang. Banglo pink di tengah sawah-bak kata mamaku sebelumni sewaktu aku nak berpindah ke perlis hampir dua bulan yang lalu.

Skang musim menanam. Terfikir jugak aku, kuat jugak pakcik makcik ni yer… bekerja waktu panas-panas gini. Isk aku ni…. Buat keje menaip soklan exam ummi pun tak siap-siap lagi. Malas betoi laa…sabaq ajelah! Tu bukan suh pi wat bendang lagi tu...hiks. agaknye kalo disuruh aku buat bendang...alamatnyer tak siap-siaplah petak sawah aku.

Thursday, October 16, 2003

Ukhuwwah Fillah....

Petang semalam...dok sorang-sorang sambil baca buku ket library (eheh....sempat pi library kangar woo...tumpang abang on da way dia nak gi opis) teringat pulak kat sahabat-sahabat seperjuangan. Apa ler yg deme dok buat sekarang ni. rindu sangat.....
Balik ajer umah teringat ada sekeping gambar yang (sempat di scan) rasa best sangat tiap kali aku tatap wajah deme ni. Sambil-sambil tu...dok bukak-bukak album semata-mata nak lepaskan rindu menatap wajah kekawan lama. Ramai rupanya sahabat-sahabat ku ini. Seantero dunia layaknya..hihih.nak scan semua, leh tak muat nih ! hiks
terasa manisnya ukhuwah ini....bila dua jiwa mencintai Ilahi,bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah
really luv u all.....hugs n kisses, keep in touch! ....moga Allah merahmati kalian ....ameeen....

Saturday, October 04, 2003

TA'ARUF….

Huaaargghh ngantuknyer lepas subuh ni….baru balik dari prog khatibah kat Tadika Huda Kangar. Smalam tido sana dengan makcik-makcik n rakan-rakan seusrah. Abang lak takde kat umah-ada muqayyam dgn geng-geng usrahnyer ke Penang 3 hari.Mmm.... ni kira my second prog sejak dok kat sini not including usrah every week. Best..best…
Terasa kuatnya ikatan ukhuwwah makcik-makcik and sahabat-sahabat seperjuangan kat bumi Perlis ni. They’re very concern, even jumlah yang sedikit…tu yang rapat agaknyer tu!

Petang semalam lepas asar makcik Zinirah (maksu missapple) call and ajak pi prog. Kiter pun siap-siap and tunggu dia datang amik kat depan umah (siap mai amik lagi! Hehe… EL! Semalam kiter tido n qiam dengan maksu awak…hiks!) mesti missapple jeles tu…hihihi

Lepas maghrib Niza ajak gi beli makanan….gi beli ket tomyam area…lepas beli tu …tengok2 balik…laaa…banyak pulak makanan ni kan niza! Dah ler sedap2… patutnyer waktu prog-proq gini kiter dulu masa ket kampus kena training makan ikan goreng jer tau! Tergelak-gelak niza….”mewah kita ni kan! Tapi masih lagi susah nak mensyukuri nikmatNya, tatkala umat islam di Palestine….” Niza bersuara setakat itu…

Bila dah sampai ket tadika, terus join makcik-makcik bertaaruf. Hiks..aku ni kalo bab-bab taaruf ni mesti memalu alah gitu.Hehe. Bila kena time kiter, fuhh…banyak juga soklan cepu mas yang kuar…lawak…siap tanya lagi zaman kecik-kecik dulu, biasa lah… kawin dengan classmate…ada-ada ajelah soklan nyer. At last, mck Nor kata… isk..muka Najah ni ada iras-iras Saif laaa! Pulaaaak…..hahaha (cemana abang? Jawab…jawaab…hehe). Ish..ape la deme nampak yang serupanyer…masa nak amik wudhu’ tu... aku tengok balik muka aku ni ket cermin…mmm…tak serupa pun ! agaknye kat mata ni kot! Haha…

Lepas isya’ start prog…dengar Risalah Ta’lim (Hassan al Banna) yang disampaikan oleh suami kak Zila. Issk…aku ni…kalo perut kenyang sangat..mula la mata kelat-kelat ngantuk. Teruk betoi setan ni bergayut kat mata! Selesai jer kol 11.30 mlm, terus mata ni terlelap sampai la mck Zinirah kejutkan qiam kol 4.30 pg….

Balik rumah tu….cek emel…terharu sungguh baca emel mck Endok yang Maya hantar tu (thanks Maya!). Patutlah…last week ummi ada citer pasa emel tu. Rupanya ia sebuah emel yang menyentuh naluri si pembacanya. Bila baca harini….menitik juga air mata ni. Nasib baik baca sorang-sorang.hehe…

 
blog template by suckmylolly.com