thePencil.org Ar RaiYan: 2013

Wednesday, February 27, 2013

Langkah Bermula...


Alhamdulillah, selesai sudah menandatangai agreement sewa kedai no 13 Lot Perniagaan Seriab. Terima kasih Pak Ku menerima saya sebagai penyewa muda (katanya)
Dan di pihak kami....
Langkah bermula.... renovation bermula Mac ini selama sebulan (bergantung kepada kemampuan kewangan kami). Insyallah pembukaan Najah Bakery di awal April ini. Doakan
Moga Allah pelihara bisnes ini, dakwah ini, anak2 serta keluarga ini kerna hal ini sangat-sangat menuntut pengorbanan harta, masa dan tenaga sebelum ia kukuh bertapak.
Bagi kami, kewangan (modal) adalah sangat kritikal saat ini. Tapi kami YAKIN bahawa Allah PASTI bantu.
Di sudit hati rasa sangat2 bersyukur dan sedikit risau. Nak menangis rasanya kerana inilah saat2 genting yang perlu dilalui dan bermula saat ini juga, Aku perlu bersujud lebih lama di sejadahku...
Ya Allah, bantulah!!

Tuesday, January 01, 2013

Mahu Menulis Lagi....

Salam...
Hai! Selamat tahun baru 2013. Seperti azam tahun lepas, azam kalini mahu menulis lagi. haha. jangan menulis setahun sekali sudah. alahai...
Insyallah! kali ini betul dan tak tipu punya. mahu meneruskan catatan kembara bisnes untuk tatapan anak-anak. kesian anak2... umminya tulis setahun sekali. haish..
ok..ok.. kalini ummi berjanji ingin terus menulis untuk tatapan kalian yaaa
Apa azam tahun 2013 ini? Salah satunya ialah untuk terus menconteng blog bertuah inilah. Sudah pastinya azam kalini adalah untuk membuka Najah Bakery. Sebelum ini berpusat di rumah dan online saja. Tapi tahun ni insyallah berazam untuk membuka bakery. Moga Allah permudahkan. Moga Allah bantu dan tunjukkan jalan di atas usaha ini. Memang sangat teruja. Tapi bila melihat catatan modalnya, masyallah! begitu menakutkan...
Sekarang sedang menanti waiting list beberapa kedai yang di target. Moga Allah bukakan jalan.Ameen...

 
blog template by suckmylolly.com