thePencil.org Ar RaiYan: September 2003

Saturday, September 27, 2003

Serupa kerr ? ahakss...
salam....dah lama tak cek mel. Banyak jugak.Seronok baca mel akhawat batch 2 dengan persiapan nak menziarah mama Yan yang tengah sarat pregnant tu. rindu jugak kiter nak jumpa awak yan. tapi keadan tak mengizinkan. kiter dok jauh ler Yan. Kalo kiter dok dekat ngan umah awak...agaknyer hari-hari kiter gi lepak kat umah awak.heheh.takpe, nanti bila baby dah kuar nanti....kiter pi ziarah awak ek! time tu maybe skali ngan kenuri naimah kot! :)
Bebaru ni pi dengar kuliah isra' mikraj ket tadika Huda. Pi berdua dengan ummi. Sampai kat sana...jumpa makcik-makcik (kawan-kawan usrah ummi) sempat jugakla berkenalan-mck Su,kak Tim,mck rose,mck karimah and ramai lagi. Tergelak juga pabila mck-mck cakap pada ummi, "kak wan....menantu kak wan serupa la macam muka kak wan" ahakss.... tergelak dengar. Bukan sekali dua ada orang komen macam tu....dah banyak kali dah. Sejak tunang lagi makcik-makcik kawan mama yang cakap. Bila time kenuri....pakcik-pakcik lak bagi komen yang sama. serupa kee??? hikss...
Oh ummi.....tapi najah lum lagi sehebat ummi....yang sentiasa sibuk dengan tugas-tugas as tenaga pengajar uitm dan kerja-kerja dakwah. Doakanla agar diri ini terus istiqamah....
Semalam masa teman abang study kat library uum, sempat jumpa ngan Balkis- junior masa kat Hira dulu.Best gak bercerita kisah kecik-kecik...dok asrama...makan sama-sama,cuci toilet,prep,basuh baju,lawan netball,kena denda,outing reramai,usrah sama-sama...alangkah indahnya masa kecik-kecik dulu. Bila teringat zaman kecik-kecik dulu....teringat pulak kat asma-teman sebilik masa kat hostel-Asma....hang dah beli hanset baru ke? sejak hanset hang hilang....susah aku nak sms hang...hikss...gambo mana?bila mau pos maaa....
pssst...buat abang-best of luck for da exam today! bittaufiq wan najah...hehe

Thursday, September 25, 2003

hhmm.....
Harini bangun terlewat sket. asalnyer bangun awal...tah cemana tertido. isk! gara-gara menemankan abang study semalam. hiks, kena study skali nampak gayanyer nih. Kalo tak...kesian pulak tengok dia terkulat-kulat baca buku sorang-sorang sampai ke pagi. Sekali tengok, kepala dia dah atas meja (tido ler tuu). hmm....lambat pulak nak abis exam yer abang? hiks...
hhmm....kadang-kadang tu terimbas kembali kenangan masa kawin bebaru ni (baru apanyer...sebulan dah) kalo nak citer balik missapple kasik detail punya citer. heheh..thanks missapple...u're my bespren foreva n eva...
Kalo sebelum ni...rasa mcm diawang-awangan ajer... mcm tak caya tetiba dah kawin. rasa cepat sangat proses ni berlaku.Masa memula salam tu, dok terkonpius lagi, eh takpe ker salam ni?dahleh salam ek?alamak,malu la pulak aku ni.hehe. Tapi skang...alhamdulillah dah berpijak dibumi yang nyata....memikul tanggungjawab seorang isteri...terasa sangat kepentingan n kehadiran suami disisi menemani. Moga kebahagiaan dan ketenangan hingga ke syurga :)
Janna....pinjam sajakni jap yer....nak ingatkan diri sendiri ni...asyik lupa ajer..isk..iskk
Khas buat sahabat-sahabat seperjuangan....tolong ingatkan saye yer...

Tolong ingatkan aku

Assalamu'alaikum sahabatku
nak mintak tolong sikit boleh tak?

tolong ingatkan aku
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

tolong ingatkan aku
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan aku
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan aku
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

tolong ingatkan aku
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

tolong ingatkan aku
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan aku
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan aku
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

tolong ingatkan aku
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

tolong ye ingatkan aku...
terima kasih, wassalam.

-janna`-
2/9/2002 5.51 am
klang

Monday, September 22, 2003

Salam.... sekadar berkongsi salah satu daripada penulisan terkini akak naqibah saye-kak roha. kak roha, tulis le lagi kat paper tu...ayah suh kita kumpul artikel akak tau! time kasih atas adiah kawin special dari akak haritu...

Wadah Wanita Islam: Berprasangka baik terhadap wanita lambat berkahwin
Berita Harian-Rabu,17 Sept 2003
Oleh Roha Hassan


BERKAHWIN lambat atau tidak berkahwin langsung bukan lagi perkara baru dalam masyarakat kita. Perkara itu kerap dibincangkan dari semasa ke semasa kerana timbul keresahan di kalangan sesetengah pihak mengapa keadaan sebegini berlaku.

Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menunjukkan pa-da 1981 sehingga 1990, 43.2 peratus golongan muda iaitu 20 hingga 34 tahun belum berkahwin.

Pada 1991 sehingga 2000 pula, 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin dengan 68.5 peratus daripadanya adalah wanita.

Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita.

Pada 1991, lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun). Pada tahun 2000 pula, lelaki (28.6 tahun) dan wanita (25 tahun).

Fenomena berkahwin lambat ini memberi tekanan yang lebih besar terhadap wanita berbanding lelaki. Ini disebabkan sikap sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan insan lain.

Ada pelbagai kes dan peristiwa yang membabitkan wanita bujang ini, termasuk dengan janji manis untuk mencarikan pasangan atau berjanji untuk berkahwin yang akhirnya berakhir dengan tragedi penipuan, penderaan, perkosaan dan sebagainya.

Sikap sesetengah orang dan masyarakat yang melabelkan wanita yang lanjut usia, tetapi masih bujang dengan ungkapan andartu (anak dara tua) dan andalusia (anak dara lanjut usia), di samping cemuhan lain, turut membebankan minda dan jiwa mereka.

Mengaitkan golongan ini dengan maksiat secara membuta tuli juga adalah tindakan yang tidak rasional.

Namun, masih ramai yang prihatin dengan nasib golongan ini.

Mereka termasuk kepemimpinan negara, badan bukan kerajaan (NGO), tokoh agama dan masyarakat turut menyuarakan kebimbangan terhadap kadar wanita membujang yang semakin meningkat. Pelbagai cadangan diberikan termasuk menubuhkan agensi mencari jodoh dan poligami.

Yang pasti antara kebimbangan yang diutarakan ialah golongan ini terjebak dengan pelbagai gejala maksiat, ditipu atau diperdaya dan menghadapi tekanan jiwa.

Di antara faktor yang disebut oleh sesetengah pihak terhadap fenomena wanita hari ini yang lambat berumah tangga ialah revolusi pendidikan, peluang pekerjaan kepada wanita yang terbuka luas, memikul tanggungjawab keluarga untuk menyara ahli keluarga dan kriteria yang terlalu ideal terhadap calon suami.

Faktor lain ialah tiada desakan berkahwin oleh keluarga, kepuasan dalam kerjaya yang menganggap perkahwinan satu kongkongan dan terpengaruh dengan kisah keruntuhan dan penderaan dalam rumah tangga.

Sikap ramai lelaki yang curang dan suka berfoya-foya, kegagalan bercinta, kurang yakin dengan lelaki yang dikatakan kurang berkualiti dan tidak dilamar turut menyebabkan wanita ini lambat atau tidak berkahwin.

Dalam hal ini renungi firman Allah maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isterimu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang...” – (Surah ar-Rum, ayat 21).

Sabda Rasulullah, maksudnya: “Wahai sekalian pemuda (pemudi)! Sesiapa di kalangan kamu hari ini sudah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana yang demikian itu mampu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan...” – (Hadis riwayat Mottafaq’ Alaih).

Ayat al-Quran dan hadis di atas dalil yang menunjukkan kepentingan dan hikmah di sebalik perkahwinan. Bagaimanapun, sebagai insan kita juga tidak dapat menafikan ketentuan Allah terhadap kehidupan setiap manusia.

Manusia sama sekali tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku dalam hidupnya walaupun sesaat. Semuanya dalam pengetahuan dan urusan Allah. Manusia disuruh berusaha dan ketentuan adalah di atas kehendak Allah. Kita diperintahkan Allah untuk berusaha sedaya upaya dan barulah bertawakal kepada-Nya.

Daripada kita menuduh atau membuat andaian sendiri terhadap fenomena lambat berkahwin ini atau memandang serong terhadap golongan wanita itu adalah lebih baik sekiranya:

- Ada satu badan, unit atau individu yang bersesuaian, sama ada dari jabatan kerajaan atau NGO mengkaji dan membuat analisis yang lebih tepat dan bersepadu terhadap faktor yang memungkinkan berlakunya fenomena ini. Seterusnya, mencadangkan langkah berkesan untuk mengurangkan fenomena ini.

- Masyarakat dapat memainkan peranan positif dengan menjauhkan pandangan serong dan bersangka baik terhadap golongan wanita yang lambat berkahwin. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan, selain membujang.

Sebagai manusia kita tidak boleh menafikan ada insan yang ditakdirkan berkahwin pada usia muda, lewat atau langsung tidak sempat berkahwin kerana dipanggil pulang awal menghadap Allah.

- Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung akan hikmah dan kebaikan dalam perkahwinan. Seterusnya pada usia yang sesuai, contohnya, apabila anak gadis memasuki usia awal 20-an, ibu bapa harus berusaha menjodohkan anak perempuan masing-masing.

Sabda Nabi maksudnya: “Kanak-kanak itu disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh daripada kelahirannya dan diberi dengan nama yang baik-baik, dan dihindarkan dia daripada perkara yang memudaratkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pendidikan akhlak, apabila sampai umurnya sembilan tahun hendaklah diasingkan tempat tidurnya. Apabila dia meningkat ke umur 13 tahun hendaklah dipukul bilamana dia meninggalkan solat dan puasa, dan apabila sampai umurnya 16 tahun, eloklah bapanya mengahwinkannya.” – (Hadis riwayat ibnu Hibban; lihat buku karangan Abdullah Nasih ‘Ulwan bertajuk Tarbiyyatul Aulad jilid 1).

- Wanita sendiri harus mempelajari dan memahami hikmah atau kemuliaan di sebalik perkahwinan. Antara kelebihan itu ialah:

Menjauhkan diri daripada zina, maksiat dan fitnah. Sabda Rasulullah, maksudnya: “Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Kalau tidak engkau perbuat (demikian) akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Ada banyak kelebihan dan pahala menjadi seorang isteri. Sabda Nabi maksudnya : “Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” – (Hadis riwayat Ahmad).

Zuriat penyambung perjuangan – perkahwinan adalah satu ibadat yang darinya akan menghasilkan zuriat penyambung perjuangan dan warisan.

Dapat meningkatkan kematangan, di samping meringankan bebanan. Ia juga membantu dari sudut fizikal, minda dan jiwa pasangan suami dan isteri.

Bagi wanita bujang yang berusaha tetapi masih belum ditemukan jodoh disarankan supaya:

- Bersangka baik terhadap Allah dan melihat masa bujang sebagai masa lapang yang dianugerahkan oleh Ilahi.

- Bersabar dengan ketetapan Ilahi dengan mengkaji segala kebaikan di sebaliknya.

- Membanyakkan zikir dan menambahkan ibadat. Zikir dan ibadat dapat mengukuhkan iman.

- Memelihara diri daripada maksiat dengan mengisi masa lapang dengan kegiatan bermanfaat. Contohnya, menghadiri kuliah agama, menjadi ahli mana-mana persatuan yang berdaftar dan menawarkan kegiatan kemasyarakatan atau nahi mungkar.

- Memahami ciri jodoh seperti yang digariskan agama. Tidak terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang terlalu ideal untuk calon suami.

- PENULIS adalah pegawai latihan dan sumber manusia dan boleh dihubungi di wanitajim0@yahoo.com

Wednesday, September 17, 2003

WALIMAHKU....
mari kita dengarkan kisah 'walimahku' yang ditulis dari missapple untuk kami. saje kiter paste dari blog dia. very nice story....hiks...

K k. Nak citer banyak bende. Haruman Syurgawi!!! Memang seronok sangat pergi kenduri! Siapa tak seronok?? :) Tanya semua yang pergi pun, semua mesti cakap seronok! Sweet couple from our class masa kat Hira'. SUBHANALLAH!

JUMAAT, 5/9/03, 8 Rejab 1424H
L bertolak dari Melaka pukul 9:30pm. Dijangka sampai pukul 5am di Butterworth. Asma', Anis, Naimah & Adilah (adik Bash) sepatutnya sampai 3am, tapi, diorang punya bas delay. From Shah Alam, 9:30pm, tapi, singgah Klang, depa kena turun bas and tukar bas. Tunggu bas pukul 12am baru bertolak. Menguji keimanan kesabaran tu korang!!! Lek lek... hehe. Yang L pulak, duduk atas bas, melantak tido pun, still, asyik dapat sms. hehe. Lawak betul! Semua kawan2 L ni concern dengan L sebab L dari Melaka sorang2. Memang terasa best sangat lah! Pukul 3:20am kalau tak salah, Kak Da tepon kata depa dah sampai. So, depa tanya nak suruh depa tunggu L ke tak? Kak Da, Laila, Hafsa (adik Kak Da) & Nuha another trip from Klang. Since dah janji dengan Asma', insyaAllah takde masalah kalau depa nak pi hotel tido. So, finally reached Butterworth and waited for the 4 ladies. Met them and 5 of us went to the hotel together by 2 taxis.

(Dalam bas, L baru dapat tau yang ada 2 grup yang berlainan nak pi Penang ni. Satu grup: Asma', Anis, Naimah & Adilah. 1 grup lagi: Kak Da, Laila, Hafsa & Nuha. Ada lagi 1 grup: L sorang. hehehe. Grup yang dah sampai : Faizah, Ruq, Yatie & Bash. Ada lagi, Kak Syaa, Kak Aiza, Nurin dengan Izan tak duduk hotel. Tapi, pi jugak lah Najah punya wedding. L boleh terfikir dan rasa semacam. Bergenang air mata bile terpikir yang sahabat2 sanggup korban pergi kenduri sahabat. :) Dari pelbagai pelusuk Malaysia ni, semuanya datang kenduri Najah semata2. SUBHANALLAH! Ikatan Ukhuwwah yang memang spesel ni!!! ;) )

SABTU, 6/9/03, 9 Rejab 1424H
Sampai hotel, Faizah, Ruq, Bash & Yatie dah menunggu kat situ. Depa sampai Jumaat pagi. 4 orang ni pergi awal lah sebab depa siap awal. Then, the others naik taxis pergi sama2. Jumpa dengan pengantin masa tu belom siap. Bash, mak andam siapkan Najah. Terer ah Bash! Boleh ah kasi sesiapa book hang lenkali. hehe. Najah pakai baju Arab warna light purple. Very nice and grand! Sementara Bash, Yatie dan Faizah make up kan Najah, the others lipat tisu2. Makcik2 kat situ semua cakap Ramainya!!! hehe. Seronok tengok kitorang. Apa taknya, semua tekun lipat tisu sampai tak borak. Eh pelik jugak?? Kalau tak mesti gamat rumah tu. hehe. Izan dengan Nurin datang tak lama lepas tu. Depa mai sekejap sebab depa ada wedding lagi plaks lepas tu. Haaa... best tak reramai jumpa kat umah Najah??? :)

Bila tetamu dah datang, kami semua keluar and serve the food, dan siapkan meja. Sama2 lah semua orang buat. Seronok gaks. Kitorang jadi tuan rumah la kira. Nak tergelak, bila sambut some of the tetamu, dia tanya... "Mak mana?" whooopsss... sejak bila plak kita jadi adik beradik Najah? hehe. Ok la. Kami akhawat Batch 2 dan adik2 ALUMNI, Hafsa, Nuha, Adilah, Kak Syaa & Kak Aiza yang nampak sibuk hari tu. Ikhwah, sibuk nasyid je... ehem ehem. Ada lah sorang akh dari batch 2 mai, Pullah. Punya lah lama tak jumpa! Dah macam bapak orang! hehe. Nasib baik dia ingat L. Nour El Huda kan? Adik Momad?? hehe. Yang lelain, dia tak ingat. Rasa best tu! kihkihkih.

Pukul 2.00pm, Pak Din...pengantin laki tiba dengan HENSEMnya, pakai baju melayu light purple!bersampin bertanjak! Hensem weih!! Jangan memain!! Jumpa Najah, pakai baju Arab, SEMUA HOUSE punya baju. (Baiti... kan L dah kata, dapat lah Baiti tengok baju pengantin dari situ lagi!!! hehe) Ada persembahan silat dari adik2 kecik comel. Pastu ikhwah nasyid. Then, sesi ambil gambar. L masuk la amik gambar sebab jadi camerawoman sementara. Then sesi pengantin makan/bersantap. Kitorang semua time ni lah, ambik peluang ambik gambo dengan pengantin. Semua beratur belakang kerusi. Sederet! hehe. Semua orang tengok je... Yelah, pelayan2 tetamu semua duk beratur kat belakang pengantin. Naik saham apa? hehe.

Finally, L kena ikut mak Pak Din balik Perlis. Jadi part of rombongan lelaki plaks. So, after ambik gambo sket2 dengan depa, terus lah ke Perlis. Dalam kereta, makcik Wan, mak Pak Din plan macam2 untuk kenduri kat rumah depa laks. Haa.... Ada accident masa kitorang ke Perlis tu. Masa tu dah nak dekat sampai dah rumah Pak Din, kat traffic light, red light masa tu. Ada motor bawak laju, jatuh betul2 sebelah Unser Pak Din. Berdebar2 kitorang dalam kereta. 2 orang membonceng. One fell and luka sikit. Another one, the motor fell on him. He managed to get himself up and rasanya luka tak teruk la. The men cakap, kitorang boleh pi sebab motor tu langgar kereta kat sebelah kitorang. ALHAMDULILLAH! Nasib baik takde apa2. Dah lah nak kenduri ni. :) Syukur lah takde apa2.

Sampai rumah Pak Din, Muksu Ni ada kat sana tunggu anak sedara dia ni. Rumah Pak Din ni, ramai kawan2 Makcik Wan yang datang tolong2. Makcik2 JIM. Sahabat2 datang menolong... Kalau bukan sahabat, siapa lagi kan? ;) So, salam2 dengan makcik2 kat situ, jumpa dengan Makcik/Muallimah Mahanum. Muallimah yang mengajar kitorang masa darjah 1 kat Shah Alam dulu. Sekolah Hira' was a bungalow house masa tu before we all moved to Sekolah Hira' in Batu Belah. Anak muallimah ada 7 orang and the first one 15 years old boy. Fuuuhh! Rasa tua masa tu. hehe. Ingat kita ni baru lepas SPM. Anak muallimah dah 15 tahun. Tua nye saya! hehe.

Makcik Wan hidang nasi dagang. Mak ayah Pak Din orang Terengganu rupanya. Settled in Perlis. :) Depa duk cakap pelat Terengganu, bukan pelat Perlis. hehe. Finally, balik rumah Muksu Ni.....

AHAD, 7/9/03, 10 Rejab 1424H
Kami pi rumah Pak Din pukul 11am. L busykan diri sebab takde kawan. So, tolong2 lah makcik2 siapkan lauk, potong pisang. Isi2 lauk bila dah abis. Setiap keje ada orang yang in charge. Semuanya makcik2 & pakcik2 JIM la. Komen L, very systematic. :) Buat 2 meetings dengarnya! hehe. AlhamdulilLah. Ada hikmah pi Perlis dan Penang. Memang banyak yang L belajar dan insyaAllah jadikan pengalaman yang amat berharga dalam hidup L.

Pengantin, Pak Din dengan Najah sampai pukul 1:45pm dengan ada lah 5-6 buah kereta mengiringi depa. :) Depa pakai baju light blue. Aduhai... sweet sangat. hehe. Nanti lah, siap gambar kami paste kat sini. Sesi makan2, bersuap2, L sempat jadi fotografer sat. Akhawat Batch 2 ramainya dah balik malam semalam atau pun pagi Ahad. So, tinggal L, Yatie dengan Bash. So, kami bertiga naik bilik pengantin dan amik2 gambar. Dekat rumah Najah, tak terambil gambar. Tapi, kat rumah Pak Din ni, sempat ambik gambar depa posing2. :) (syyyy...nanti Pak Din marah!)

They solat after bergambar then we all 3 makan sama2. :) Wish the others to join us, tapi semua dah balik. Finally balik. Tinggalkan Najah dengan suaminya, Pak Din/Saif. :) Sorry lah Pak Din, kalau ada apa2 salah semua. Nampak Pak Din duk geram dengan kitorang 3, tapi, bila lagi nak memain dengan hangpa dua? hehe. Sorry for everything. I can see that Pak Din memang sayang Najah and same with Najah. This is my personal opinion...that you are a sweet couple. ;) May Alah shower both of you with His Rahmah waBarakah. InsyaAllah abadan abada...

THE END

Best tak citer L? hehe. Ntah apa2, tapi, ni lah pengalaman yang L nak bukukan dalam missapple's CORNER ni. Semuga memori indah ni menjadi kenangan kita bersama selamanya... :) InsyaAllah. ALUMNI HIRA'.. Hafsa, Kak Syaa, Nuha, Nurin, Kak Aiza & Akhawat Batch 2: Faizah, Ruq, Yatie, Bash, Asma', Anis, Naimah, Izan, Kak Da, Laila, L & Najah... BATCH 2 HAPPY GO LUCKY! Ukhuwwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah. :)


amacam? nak citer detail lagi ker? dah cukup detail kawan baik ku ini bercerita.... hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik antunna yang bertungkus lumus pada hari bahagia ku ini. Alhamdulillah...berkat doa semua... aku bahagia. syukur pada Allah. Sujud syukur padaMu ya Allah...wa astagfirullah....

Wednesday, September 03, 2003

Title bertukar...
alhamdulillah....kini aku sudah bertukar title...hiks...ahad lalu...mencatat sejarah,mencium tangan suami tercinta buat pertama kalinya. tatau nak citer apa...maybe tak sempat and sibuk ngan persiapan kawin sabtu ni. ni ada cerita dari faizah yang datang masa majlis akad nikah...bersama kita dengarkan...hiks...

Faizah bercerita....

sabtu pagi hari tu aku bertolak ke penang dgn asma'..ayu pi sorang (sian dia)..perjalanan kami byk ranjau dan duri...hehehe siap ada org gila mintak kuih pau asma' lagi tu masa kitorang tunggu najah..sabau jelah aku..
lepas najah amik kitorang..terus pi carik hotel utk kita2 tidur nanti...TRAVEL LODGE..dekat je ngan stesen bas.depan dataran merdeka ...tapi agak jauh ngan BM..mudah sikit nak pi amik pagi2 buta nanti (minta jasa baik kak sya menginfakkan kereta).book 2 bilik yg baru direnovate rm88 semalam..tv seme ada..bunyi macam best..karang dah tengok tv sama2 lupalak nak pi rumah najah..rasanya separuh kene naik teksi..sbb kete kak sya je yg ada..dan kita kalau boleh taknak kaco najah and family..deme sure sebuk ..takpe gilir2la kan..pastu pi kedai pilih mahkota yg sesuai..dan pi cc kejap nak post email jemputan dan website wan najah yg kak sya buat kan tu..kalut betui kami
sbb kena pi amik ayu pulak kat stesen..nasib baik tak kene kacau ngan org gila..hehe..nanti korang tunggu kat stesen bawah jambatan tau..bersih dan selamat sikit..
ermm...majlis pernikahan najah kira agak grand la jugak..hantaran kellasssss gitu..tempah kat org yg mmg terrer lah....kitorang countdown merdeka kat rumah najah..1st time aku countdown..bagi muka kat dr M ;)
..kiranya hantaran najah ni kelass boleh masuk majalah la..cantik betul dulang dia..majlis ni jugak ada bagi2 souvenir kat tetamu..ada potpuri dan gula2..simple tapi cantik! maklong (el kenal kut ; ) ) yg buat.
rumah najah memang cantik dah..dengan langsir2 dan lampu2..pokoknya memang aku rasa mcm grandla..
......rupa pengantin..kene tgk gamba sendirilah..mmg cantik dan ayu sungguh ..pakdin pun bukan main semat lagi..senyum sampai ke telinga bila nampak kitorang yg nak menyebuk ni..bila nampak najah mana boleh sampai senyum telinga..kene control...aku jadi camerawoman..ayu dan asma' temankan najah...
eh aku tak tahu la nak citer apa lagi..korang tanya aku jawab lah...sbb rasanya dah tercerita yg tak main point..
nanti aku sambung pasal hantaran pulak..to be continue..dah jadi cam cerpen dah ni..


anyway....time kasih buat faizah di atas citer yang best ini. time kasih juga kerana ayu,asma n faizah sudi menemai najah semasa majlis nikah haritu. kenangan bersama pasti tak dapat najah lupakan....

 
blog template by suckmylolly.com