thePencil.org Ar RaiYan: mama
Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Tuesday, November 03, 2009

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir buat mama tersayang, Pn Mahyon Hashim. Seorang ibu tunggal yang sangat tabah, kuat semangat dan pandai memasak. Kek ni ditempah khas dari seorang kawan yang tinggal berhampiran dengan umah mama, seorang graduan yang meninggalkan kerjaya asal, dan membuat duit melalui kelas kek dan mengambil tempahan. http://inasalybakery.blogspot.com/ yang buat kek secara marathon dan kelamkabut, sebab saya nak last minit. hehe. sori Lina! Mujur saya mintak yang paling simple. Asalkan Lina sanggup terima order saya. Hasilnya... rupanya ini dinamakan paling simple, siap berbunga-bunga tulip! perrgh...

Mama, kakak bangga jadi anak mama! mintak maaf sebab tak dapat bake cake untuk mama sebab pregnant kalini tak larat sesangat dan agak sibuk. Huhu. Next time, insyallah!

Monday, May 12, 2008

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day buat mama dan mak mertua saya. Mereka ini antara ibu-ibu yang terbaik pernah saya jumpa. Moga saya sehebat mereka. Moga Allah merahmati mereka.

Pepagi tu teringat kat mak saya di Penang. Mesti mak dok sibuk dengan nasi lemaknya. Saya tak malu mengakui mak saya seorang penjual nasi lemak lauk pauk. Mak saya tak bersekolah tinggi. Sekadar lulusan darjah 6. Dulu-dulu belajar buat nasi lemak dengan Chef Li mak saya nih :). Penulis buku jutawan senyap tu.

Alhamdulillah boleh dikatakan penjual nasi lemak yang berjaya. Sejak arwah ayah meninggal 2 tahun lalu, mak saya mulakan perniagaan nasi lemak 6 bulan selepastu.Dulunya 10 kg, sekarang 15kg setiap hari. Bangun seawal jam 3 pagi, keluar menjual jam 7 pagi hingga 10 pagi. Lepas jam 10, mak perlu rehat hingga malam. Alhamdulillah.Licin nasi lemaknya setiap hari. Pendapatannya melebihi gaji saya :)

Ramai pelanggan minta supaya ditambah pengeluaran nasi dan lauk-pauknya. Tapi setakat 15kg saja yang mak saya mampu buat. Bukan sudah comfort zone, tapi mak saya punya diabetes yang agak serius hingga mengganggu penglihatannya. Umur semakin meningkat. kesihatan perlu dijaga. Tiada pembantu pula.

Kadang-kadang saya kesiankan dia kerana terpaksa bangun awal, tanpa pembantu. Hanya tok yang meneman. Padahal umur mak saya ni tak perlu bekerja, cukup hanya menerima sewa bulanan kedai, kereta saya bayarkan, sekolah adik-adik...saya bantu sikit2, bil2 elektrik dan air sepupu saya yang bayarkan kerana dia menyewa tempat proses ayam arwah ayah dulu. Tapi saya tahu, mak saya sengaja menyibukkan dirinya sebab dia tanak selalu terkenangkan arwah ayah saya. Lagipun ada sedikit hutang-hutang lama yang belum diselesaikan dan perlu mak selesaikan pada saudara mara katanya.

Sempena hari ibu ni, saya sebenarnya tatau nak bagi adiah apa kat mak. Tapi mak saya kata, "isk,takyah la... kakak adiahkan kereta untuk mama meniaga ni sudah cukup untuk mama kenang sampai bila2". terharu saya. Padahal pengorbanan mak pada kami adik beradik tak terbalas banyaknya.

Saya rasa semangat meniaganya turun pada saya. Adik-adik lain tak minat. Mereka sudah ada cita-cita masing2. Adik kedua, bekerja makan gaji. Adik ketiga saya di UKM, sudah memilih untuk mengajar dan menyambung sarjananya. Adik-adik seterusnya pun begitu rasanya.

Cumanya...kepandaian memasak mak aje yang takda dalam diri saya. Menyedihkan.

p/s: thanks abang, treated me a nice dinner last nite :)

Wednesday, January 23, 2008

Ibu..

got forward emel... things to ponder.

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang pa lin g risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang pa lin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang pa lin g risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu …... aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

"Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku . Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.



Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak
sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu

Alfatihah,Alfatihah ,Alfatihah.

Thursday, January 18, 2007

Dugaan...

Mak saya di kampung beritahu yang kedai kami hilang habis barang-barang besi di curi oleh penyangak/ penagih dadah. Periuk nasi besar, kuali, laci besi meja pun hilang, hatta tong gas pun di angkutnya. Sebelum ni, arwah ayah yang angkat dan simpan semua dalam bilik kat umah setiap kali lepas berniaga. Tapi sejak ayah meninggal, mak saya memang tak larat angkat semua sekali.kes ini berleluasa sekarang di kampung kami. Bulan lepas kedai runcit seberang jalan di samun. Semua yang buat tu, anak melayu kampung tu jugak. Apa nak jadi nih....
Kesian mak saya. Bagaimana dia nak berniaga, barang-barang peralatan habis dicuri. Bukan senang nak beli semula semua peralatan tu. Memerlukan kos yang banyak. sedih sekali. oh tuhan, patutkah saya mendoakan kehancuran bagi pencuri- pencuri yang tak berguna tu? Saya sudah hilang sabar dalam hal ini.Mengambil hak kami seumpama merampas harta anak yatim, hilang semua barang-barang peralatan, kerana dari hasil jualan itulah mak saya menyara adik-adik saya yang masih bersekolah.
Kalini mereka terlepas, tapi di akhirat nanti kami menuntut apa yang kamu lakukan terhadap keluarga kami di hadapan Allah taala. Ya, janji saya. tunggulah! saya merasa tercabar jika hal ini melibatkan kesusahan keluarga saya.
Bercampur baur perasaan saya sekarang. Marah, sedih, teraniaya dan sebagainya. Saya membuka buku La tahzan kini....

Ya Allah, gentikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai menyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa- jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaran, dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan,kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakal, hanya kepadaMu. kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong

-Dr 'Aidh Al- Qarni-
Buku La Tahzan

Saturday, September 16, 2006

Ayah dalam Kenangan

Sudah lama saya mencari kekuatan ini. Alhamdulillah punyai secebis kekuatan atas doa semua agar saya dan keluarga redha dan tabah menghadapinya.
Tanggal 6 September 2006, jam 10.20 malam, ayah tercinta telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Ayah pergi di malam hari lahirnya yang ke 59.Ayah pergi secara mengejut, sehingga kini... saya dah ahli keluarga merasakan seperti mimpi bahawa ayah tiada lagi dalam hidup kami. Ayah mengalami sesak nafas (mungkin ini disebabkan serangan jantung) selama beberapa minit dan akhirnya menghembus nafas terakhir di pangkuan mama. Selain mama, sesiapa pun tak sempat menghadap ayah di saat- saat terakhir. Adik yang sedang buat homework kat bilik pun tak sempat. Apatah lagi saya berada di Perlis, adik kedua berada di Johor, adik ketiga di ukm.
Sedih....tiada apa yang paling menyedihkan selain kehilangan yang dikasihi. Saya amat rapat dengan ayah. Masih terbayang- bayang saat- saat bersama ayah, makan dengan ayah, main dengan ayah, bergelak ketawa dengan ayah, konvokesyen dgn kehadiran ayah. Bila ayah dah takda, memang terasa hidup begitu sunyi dan susah. Terutama buat mama. menjalani hidup tanpa teman disisi, teman sebilik, teman berceloteh,teman suka dan duka.
Kini baru saya terasa betapa beratnya tanggungjawab sebagai anak sulung. Padahal sebelum ni saya tak terasa sangat disebabkan segela keputusan keluarga semua di tangan ayah. Ayah... sungguh pantas ayah meninggalkan kami. Kami sentiasa mendoakan ayah. Moga ayah berada di saf mukminin.
Ayah,
Mudah dan tenang sekali ayah pergi. Cuma kakak terkilan, kakak tak sempat ke Mekah dengan ayah. Kita pernah rancang satu ketika dulu. Tapi Allah sebaik- baik perancang. Kakak dah tulis kad harijadi pada ayah malam tu, cadangnya kakak nak kejutkan ayah dengan call dan sms, then nak bagi Nusaibah ucapkan birthday pada tok ayahnya. Rupanya ayah yang kejutkan kakak dengan pemergian ayah. Tak sempat kakak nak bagi kad harijadi pada ayah.Tak sempat kakak nak ucapkan "Happy Birthday" pada ayah jam 12 malam , Jam 10.20 malam ayah dah takda.Kakak sedih sangat.Kakak nangis sampai mata kakak sakit n terkena jangkitan kuman. Kakak tahu, tak boleh terlalu menangis, perlu redha dengan pemergian ayah, tapi kakak terlalu sedih pada waktu tu. Moga Allah ampunkan kakak. Kakak redha dengan pemergian ayah.
Ayah, minggu depan dah nak puasa, lepas tu raya. Selalunya ayahlah orang yang paling gembira bila menjelang ramadhan, orang pertama ke masjid, berbuka dengan menu best,bila hari raya mama mesti masakkan rendang kegemaran ayah. pastu ayah suruh mama masakkan laksa kegemaran kakak. Kakak taktau cemana kakak, mama n adik-adik nak hadapi ramadhan n syawal ni tanpa ayah.Tenanglah ayah di sana. Kakak, mama dan adik-adik sentiasa merindui ayah tiap ketika. Moga kita bertemu di syurga Allah.

Al - Faatihah buat ayah Ahmad Faisal b Hj Said

Ayah (7 september 1947 - 6 September 2006 )

rindu ayah,
-Kakak anak yatim-

Thursday, January 19, 2006

Malaikatmu...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan kedunia...Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
" Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Dipetik dari emel Karisma-net
-----------------------------------------------------------------

Aku: huhu...harini aku rindu kat mama... baru teringat,lama tak call.

Friday, October 24, 2003

Selamat Hari Lahir Mama….

Mama….
kaklong, suami, ayah n adik-adik ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-46 buat mama kesayangan kami. Segala pengorbanan mama tak ternilai buat kami untuk membalasnya. Tanpa mama…siapalah kami. Mama permata di hati kami, suri kesayangan ayahanda. Tukang masak yang handal…isteri yang setia,guru informal yang hebat,agak lucu adakalanya, dan… seorang yang kuat serba serbi. kaklong pun tak sekuat mama dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Doakanlah diri ini agar sekuat dan setabah mama. Hanya Allah yang dapat membalas segala kasih sayang, jasa dan pengorbanan yang mama berikan….



SELAMAT HARI LAHIR

Mama…
Matahari berbisik padaku
Mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku
Jawabnya...
Kerana dia hanya menerangi dunia ini pada kesiangan saja
Tapi mama menerangi hidup anak-anak
Sepanjang masa, menembusi ruang kehidupan ini sepanjang zaman
Mama…
Pepohon yang merendang berbisik padaku
mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku..
Jawabnya...
Kerana dia hanya meredupkan kehangatan
Insan yang berteduh dibawah pepohonnya
Tapi mama meredupkan kehangatan
Hidup yang penuh pancaroba
Meredakan kekusutan hati dan akal anak-anak yang mama kasihi
Mama…
Emas dan batu permata berbisik padaku
Mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku
Kerana ia hanya lambang kekayaan
lambang kemewahan
tapi mama adalah lambang kasih
lambang sayang
lambang cinta
lambang kemuliaan
lambang pengorbanan sejati anak-anak mu
Mama…
Manis gula dan masinnya garam berbisik padaku...
Mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku
Jawabnya...
Kerana dia hanya menambah nikmat sesuap makanan dan lazat secangkir minuman
Tapi mama mampu menawarkan bisa kedukaan dan penderitaan
melazatkan keriangan dan menambah kecintaan
kepada kehidupan anak-anak yang mama kasihi
setiap masa dan ketika… sampai bila-bila
Mama...
Angin yang bertiup berbisik padaku
Mama lebih mulia darinya!!!
Kerana apa? tanyaku
Jawabnya...
Kerna dia tidak mampu sepanjang masa bertiup perlahan bagi menenangkan keadaan
kerana ada waktunya ia menjadi badai dan taufan merobek kesejahteraan
dan kebahagiaan insan
Tapi mama sepanjang masa meleraikan kekusutan
menenangkan jiwa anak-anakmu
sesepoi bahasa bayu, menyemai rasa cinta
dan sayang sejati anak-anakmu
Mama...
mulianya dirimu....
Membenarkan kata-kata
syurga itu di telapak kaki ibu...

 
blog template by suckmylolly.com