thePencil.org Ar RaiYan: buku
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Friday, February 05, 2010

Dapat Majalah


Semalam dah dapat majalah ummi yang dilanggan dari Indonesia melalui seorang kawan Indonesia yang menetap di KL. Sekali dapat 3 skali. Bulan Disember, Januari, Februari (edisi khas)

Saya sukakan majalah Ummi ni salah satunya ia banyak iklan busana/ kaos yang muslimah yang saya rasa sangat bagus dan cantik rekaannya. bolehla saya jual baju tu kat sini. hehe. tapi harganya boleh tahan. takde la murah sangat pun. lebih kurang harga baju-baju di Malaysia juga. tapi telekung dari sana sangat cantek, nak pakai pun tak sampai hati. haha. buat hadiah hantaran boleh laa. telekung kanak-kanak sangat comel beserta sejadah yang comel juga. haritu saif ke bandung, ada beli untuk ibah n tasneem. boleh la cuba buat jual. aiseh, nak menjual aje kau nih!

ada banyak lagi majalah dari sana yang bagus2 lho. nanti saya tunjukkan.

Sunday, August 24, 2008

Buku Less 30% Bulan Ini



Tajuk: Formula Menjadi Usahawan Berjaya
Penulis: Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori, Fazilah Ibrahim
Tarikh Terbit: 29 April 2005
Terbitan: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM 14.00
Selepas diskaun: RM 9.80
Bilangan yang tinggal: 7 buah

p/s: Ini bukan buku rosak yer. Ini buku baru yang masih berbalut plastik.


Alhamdulillah sejak buat lelong buku ekspo ritu dalam blog, buku tersebut sudah semakin surut di rak lelong. Semalam sorang pakcik datang memborong ke semua buku Saba Islamic Media. Kini buku-buku terbitan Saba untuk di lelong sudah abis. Cuma tinggal satu buah aje buku Saba, Jangan Beralasan Anda Jahil

Nanti saya update buku-buku lelong ekspo yang masih tinggal. Buat Elzahra, buku lelong Satu Rasa Dua Hati sudah abis, yang baru punya ada la.

Sunday, August 17, 2008

Cerita Buku Lelong

Harini terpaksa menjaga kedai. Staf hadiri kenuri saudaranya. Saya menjaga dari jam 11 pagi hingga 5 petang, Kak Lina (my staf) datang sambung jam 4 petang hingga ke malam.

Sudah lama tak jaga kedai, jadi terlupa tajuk-tajuk buku. Banyak buku baru tiba melalui courier.Masih ada yang belum disusun. Tunggu kak Lina key in data dulu untuk bar code system. Ramai juga customer walk in... maybe Sabtu rini, cuti. Ada yang saya kenal dan ada yang muka baru. Pastinya mereka menyangka saya ni pembantu kedai. Hehe. Senang sikit, kalo tokeh jaga kedai... customer suka mintak diskaun kaw-kaw punya. uhuk

Sejak saya melelong buku di blog, ada juga yang email n sms menempah. Kelakarnya ada yang datang sendiri beli di kedai,customer tu datang kat kaunter, "mana rak buku lelong tu?" saya pun tunjukkan tempatnya.Bila dia datang kaunter nak bayar, saya tanya, "mana tau ada buku lelong?". Dia kata, "saya baca blog awak". hahaha. tergelak saya. Malu pun ada. Cover... cover...

p/s: adus... website jualan saya belum siap-siap lagi. tertangguh lama. gi mana nih!

Thursday, August 14, 2008

List untuk Hani

Maaf Hani, kalo tak dapat emel tadi... harap-harap hani baca blog akak.

salam,
sori lambat reply... seminggu bercuti, gi kl...gi penang..gi kedah...baru lik.hehe
ok...semua ada lagi...ni akak listkan harga after disc 30% ya

1.Masjid itu hidupku rm 13.93

2.Hari2 dalam hidupku rm10.25

3.Misteri solat suboh rm7.00

4.Soal jawab bakal ibu rm 14.00

5.Ahmadeenejad singa baru Islam rm 11.90

6.Satu rasa 2 hati rm15.75

7.Anak kita pintar cerdas rm12.60


total: rm85.43 + postage rm8 = rm 93.40


boleh bank in ke akaun maybank, 159012715015 NAJAH FARAHIN AHMAD FAISAL


mohon emelkan alamat utk pos ya!!

jazakillah

-kaknajah-

p/s: buat EL ZAHRA, buku 1 rasa 2 hati masih ada. kindly emel me!!

Thursday, July 31, 2008

LELONG 30% LESS (PART THREE)


TAJUK: HARI-HARI DALAM HIDUPKU
PUB: PUSTAKA SALAM
PENULIS: ZAINAB AL GHAZALI
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM14.50
AFTER DISC: RM10.25



TAJUK: MASJID ITU HIDUPKU
PUB: TELAGA BIRU
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM19.90
AFTER DISC: RM13.93



TAJUK: KAUM-KAUM YANG PUPUS
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM22.00
AFTER DISC: RM15.40





TAJUK: THE STATUS OF WOMAN IN ISLAM
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: DR JAMAL A BADAWI
BILANGAN: 7 BUAH
HARGA ASAL: RM3.00
AFTER DISC: RM2.10



TAJUK: ISLAM YANG MUDAH
PUB: PTS
PENULIS: ALIAS OTHMAN & DR ANISAH
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM27.00
AFTER DISC: RM18.90

Wednesday, July 30, 2008

LELONG 30% LESS!! (PART TWO)

TAJUK: SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI
PUB: PTS
PENULIS: MOHD TAMSIR ALI & HALIMAH MOHD ARSAT
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM16.00
AFTER DISC: RM11.20



TAJUK: 12 LANGKAH MEMBENTUK MANUSIA CERDAS
PUB: PTS
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM27.00
AFTER DISC: RM18.90



TAJUK: CAKAR HARIMAU
PUB: TELAGA BIRU
PENULIS: SITI NOR BAHIYAH
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM19.90
AFTER DISC: RM13.93

TAJUK: AMALAN IBU MENGANDUNG
PUB: TELAGA BIRU
PENULIS: SITI NOR BAHIYAH
BILANGAN: 6 BUAH
HARGA ASAL: RM19.90
AFTER DISC: RM13.93



TAJUK: KUANTUM DOA
PUB: PTS
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM20.00
AFTER DISC: RM14.00



TAJUK: MISTERI SOLAT SUBUH
PUB: PUSTAKA INDONESIA
BILANGAN: 4 BUAH
HARGA ASAL: RM10.00
AFTER DISC: RM7.00



TAJUK: DETIK KELAHIRAN SI PERMATA HATI
PUB: PTS
PENULIS: MAZNEERA
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM20.00
AFTER DISC: RM14.00



TAJUK: ANAK KITA MEMANG PINTAR CERDAS
PUB: PTS
PENULIS: HASSAN ALI
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM18.00
AFTER DISC: RM12.60



TAJUK: SOAL JAWAB BAKAL IBU
PUB: PTS
PENULIS: DR ARIZA MOHAMED
BILANGAN: 3 BUAH
HARGA ASAL: RM20.00
AFTER DISC: RM14.00



p/s: baca buku 'misteri solat subuh' membuatkan hati saya rasa insaf, terdapat kisah sejarah tentang peperangan n sebagainya.

Monday, July 28, 2008

LELONG!! 30% LESS (PART ONE)

Salam...
Saya nak lelong 30% buku-buku di bawah ini akibat terkena hujan sewaktu ekspo usahawan haritu. Kerugian disebabkan kedai mereka yang bocor tu tidak ditanggung oleh mereka kerana bencana alam (hujan lebat). Akibatnya kami mengalami kerugian hampir 2K. Jadinya daripada terus rugi, buat la lelong buku-buku ni supaya dapatla cover sikit-sikit.

Buku-bukunya masih elok, cuma agak terjejas sebelah tepi-tepi. Ada yang masih berbalut plastik. Gambar-gambar dibawah ini adalah gambaran buku yang sejujurnya :), tiada super impose, tiada editing.hehe

Ada 20 tajuk buku dimana saya akan upload beberapa post.

TAJUK: JANGAN BERALASAN ANDA JAHIL
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM21.50
AFTER DISC: RM15.05


pandangan depan

pandangan sisi

TAJUK: KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM22.95
AFTER DISC: RM16.00





TAJUK: KEINDAHAN DI LANGIT
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM16.50
AFTER DISC: RM11.55



TAJUK: MARI BELAJAR TENTANG ISLAM
PUB: SABA ISLAMIC MEDIA
PENULIS: HARUN YAHYA
BILANGAN: 1 BUAH
HARGA ASAL: RM26.00
AFTER DISC: RM18.20


DEPAN

TEPI

TAJUK: AHMADENEJAD SINGA BARU DUNIA ISLAM
PUB: PTS
PENULIS:
BILANGAN: 5 BUAH
HARGA ASAL: RM17.00
AFTER DISC: RM11.90




TAJUK: SATU RASA DUA HATI
PUB: GALERI ILMU
PENULIS: PAHROL JUOI
BILANGAN: 2 BUAH
HARGA ASAL: RM22.50
AFTER DISC: RM15.75



Wednesday, April 30, 2008

Perlis Bookfair 2008

Adus...
saya belum sempat upload gambarnya. Tapi sungguh memenatkan. Bermula dari 23 April hingga 1 Mei. Membuatkan saya keletihan teramat. Rasanya saya peserta booth yang sarat pregnant. hiks. Lelain muda belia belaka.
Bila lama berdiri rasa cam nak tercabut kaki. Last2, saya jadi tukang tulis resit je. Mujur ada Qis yang banyak membantu. Asalnya niat nak tolong suami, tapi suami pula kena tolong saya :).Kedai Iqra' Books di Plaza Mara pun buka juga. Syukur ada staf yang boleh diharap. Tapi si Syahirah ni budak lepasan SPM, tak lama lagi masuk IPT... berenti la dia.huhu. sedihnya...

Saya sudah jarang/tidak ke kedai dah. Penat menapak tangga Plaza Mara tu. Syahirah le informer saya. Packing t-shirt, jual, amek order... semua harapkan dia. Alhamdulillah... pelanggan semakin mencari-cari tshirt labuh rupanya. Tambahan pula time gaji, memang sales banyak. Kedai pun kena buka awal n tutup lewat sedikit.

Thanks abang kerana bagi space utk jualan tshirt, walaupun bulat mata dia...hampir setiap hari catatan sales tshirt melebihi/atasi buku.hehe. Suami sudah mula bersuara "ehem, lepasni tokeh tshirt kena bayar sewa jugak ye... sponsor celcom broadband ka". uhuk!!

Harini Brand Sumayya come out with new design... ini dia!


Brand:Sumayya
Design:Pink Stripe
saiz: XS,S,M,L,XL,XXL,XXXL
Prize:RM40


Brand:Sumayya
Design:Blue Stripe
saiz: XS,S,M,L,XL,XXL,XXXL
Prize:RM40

klik untuk image lebih besar. Saya suka warnanya. Lepas bersalin nak pakai yang blue tu la.Suami kata macam nyamuk. hey! Ini style le bang. haha

Thursday, April 17, 2008

Hadiah dari KLIBF

Suami hadiahkan "Lili buat Najah" siap bertandatangan dari penulisnya Nazurah Aishah. Penulis membuatkan takungan airmata saya ni pecah sejak mukasurat tengah hinggalah endingnya. huhuhu.

Terima kasih abang atas pemberian novel ni.Walaupun Najah ini dalam novelnya seorang lelaki :)


gambar cover atas ni amek kat nazurah-nazurah.blogspot.com


ini signature Nazurah Aishah. Suami la mintak tandatangankan untuk wife nye yang sedang sarat kat umah.hehe

p/s: Best novel ni!!

Tuesday, July 17, 2007

Berakhir Pesta Buku Perlis 2007

Alhamdulillah berakhir sudah penantian. Selama seminggu berkampung di sana. Datang pagi baliknya malam. Penat, balik aje terus flat. Satu pengalaman yang bermakna buat diri saya. Kali pertama menyertai, kali pertama berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan tak kira usia.



Terima kasih buat Pusat Sumber Negeri Perlis kerana memberi ruang lebih untuk booth kami. Lega dapat booth tepi sekali di hadapan pentas. Memang strategik menyebabkan produk Ana Muslim yang setiap jenisnya sebanyak seratus buah berupa komik, keychain, badges dan buku Azimat Peperiksaan laris sejak hari ketiga pesta buku. Macam tak percaya produk-produk ini diserbu oleh budak-budak sekolah. Naik pening saya :). Sampai ada orang komplen, "awat amik sikit sangat produkni?". Mana kami nak tau laku sampai macamni.huhu.Alhamdulillah, kini dilantik menjadi agent produk AnaMuslim di negeri Perlis dan diminta oleh guru-guru sekolah supaya produk AnaMuslim dibawa masuk ke sekolah-sekolah negeri Perlis. Adus... bertambah lagi satu keja le lepasni :). Saya dari dulu lagi memang sukakan sekolah. Sebab sekolah ni lubuk. Bawakla jual ape pun habis.hiks. ssyhhh.... (kiteorang jual kaler pensel, sticker and pensel tiktik pun abis disapu mereka.haha)



Bertuahnya kami kerana turut menjadi agent Saba Islamic Media di Perlis. Buku Harun Yahya memang mendapat sambutan. Banyak buku Harun Yahya licin! Buku "Kaum-Kaum Yang Pupus" hari ketiga dah habis.Hingga hari terakhir pelanggan masih mencari-cari buku-buku Harun Yahya dan memesan. Saya punyai angan-angan untuk membuka sebuah franchise kedai buku "Saba Islamic Media" di utara, sebab sekarangni kedai Saba cuma ada di kl sahaja. Sedangkan para peminat buku Saba, terpaksa turun ke kl atau memesan di kl jika ingin mendapatkan buku-buku Saba. Tapi masalahnya, untuk buka cawangan Saba ni, kos francais nyer mahal sangat!! huhu. Andainya ada modal turun dari langit....

Kelakar juga bila diperkenalkan lokasi kedai kami di Arau, ramai yang terkejut melihat tokeh kedai yang begitu muda (muda ke? anak Wan Muda ye lah) ada rupa macam budak-budak sikit. "Aik, muda-muda lagi dah bukak kedai buku?".Tapi boleh trick, bila pelanggan mintak diskaun yang teramat la tak masuk akal, saya leh jawab.... "ala cik.. tokeh takde, susah nak bagi diskaun banyak-banyak. maaf ye cik". Bukan nak tipu, memang tokeh takde pun masa tu (suami saya). Kenapa le takde anugerah pemilik booth termuda ek? hiks.Perasan!
Selain itu, kami juga turut mengambil kesempatan menjual t-shirt labuh kepada para pengunjung pesta buku.hehe. Siap lelong tudung lagik!

Walau ape pun, satu pengalaman yang manis dapat berkenalan dengan semua tokeh-tokeh buku. Senang nak deal nanti. Dapat berkenalan dengan staf-staf pusat sumber dan diminta membawa katalog untuk supply buku-buku pada mereka. I really hope it!





amboi-amboi anak tokeh ni. amik kesempatan membaca...

p/s: Pak Latip... novel bapak ramai peminat rupanya. Ada beberapa buah aje tinggal.Saya pun belum sempat baca lagi. aiyarrk. jual aje pandai.

Monday, July 02, 2007

Perlis Bookfair 2007

Berdebar rasanya, tarikh semakin hampir. 9 hingga 15 July. Bukan apa, berdebar sebab kali pertama syarikat kami menyewa booth yang mahal. huhu. Kena target sales pun tinggi, dan...kali pertama dalam sejarah syarikat kami dapat booth dan join pesta buku. Masa lalu kat kangar semalam, nampak dah naik banner, tapi agak lambat. tatau le ape strategi pihak penganjur. Bila di tanya, kelewatan banner/iklan... diberitahu bahawa orang Perlis ni kalo bagi iklan awal-awal, nanti suka lupa. Kena bagi iklan last minit baru mereka ingat. oo...lagu tu ka?? aiyarkk..

Ini adalah flyers kami yang akan mula diedarkan start minggu ini :


lagi 2-3 hari sebelum pesta buku bermula, saya cadang nak sms kepada semua rakan-rakan dan customer kami, ada simpan sikit-sikit database customer, atleast ada no hp diorang. Mmm.... lagi nak promote cemana lagi ek? bagi cadangan yer...

p/s: Terima kasih pada Pusat Sumber Negeri Perlis selaku penganjur Perlis Bookfair 2007 yang telah memberi peluang kepada kami.

p/s: kawan-kawan, doakan...doakan...

Monday, March 19, 2007

Buku Hari Ini


Tiap kali saya merasa sedikit kegusaran, saya seringkali membaca buku ini, menghayati bait- bait perkataan...menyelami penyampaian.... bagus sekali. Buku ini sudah lama diterbitkan dan mendapat jualan terlaris di Indonesia. Berkali- kali dicetak. seterusnya di terjemah di dalam bahasa Malaysia (di bawa ke Malaysia la). Semasa saya diperingkat awal jualan buku, buku ini antara yang terlaris pernah saya jual. Saya merekomenkan agar semua dapat memilikinya. Anda rasa bersyukur dengan anugerah diberikan Allah pada anda berbanding dengan anda menangisi satu atau sedikit kehilangan yang anda alami.Satu buku motivasi yang menggunakan pendekatan mengikut sukatan Islam. Dapatkan dan baca, saya yakin semangat hidup anda di atas dasar Islam akan semakin meingkat atau yang sedang lemah, anda akan dapat melihat sinar-sinar kehidupan yang hakiki…
Boleh dapatkannya dikedai-kedai buku, Popular/MPH pun ada. Dapatkan segera!

sinopsis buku ini dipetik dari e-kedai.net:

Pengarang : Dr. 'Aidh Bin Abdullah AlQarni
Penerbit : Al-Hidayah Publisher
Harga : RM49.00 (kulit keras) RM 35 (kulit nipis)
ISBN : 983-099-606-9

Buku ini merupakan hasil kajian bersungguh-sungguh dari penulis yang cuba menyelesaikan berbagai masalahdalam kehidupan manusia. Permasalahan yang imbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan,kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahlu hikmah dan tuntunan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberoa hasil karya ilmiah dari para ilmuwan Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya.
Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringka.Ringkasnya,buku ini akan mengatakan kepada anda: "Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih"

Thursday, January 25, 2007

Ayat-Ayat Cinta


Usai sudah saya membaca sebuah novel cinta Islami. Ayat- Ayat Cinta. Dibeli sebulan yang lalu namun sengaja saya membaca di malam hari ulangtahun saya :). Bergenang air mata sekali sekala pabila membaca novel ini. Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib.Inilah kisah cinta sebetulnya yang harus dilaksanakan. Cinta yang dizahirkan penuh barakah. Cinta setelah dihalalkan apa yang sebelum ini di haramkan. Anak-anak muda! bacalah buku ini, contohilah kisah mereka. Andainya ada orang seperti Fahri, sudah saya ambil jadi menantu :)

Thanks abang for da special gift. Saya kira itu adalah hadiah besday emergency dalam hidup saya :), suami cukup sibuk dengan pembentangan proposal tesisnya sehingga dia capai aje hadiah yang ada di kedai. A box of ferrero rocher. Abang kata, bila beli coklat ni, teringat hadiah hantaran masa kawen dulu :)

Ulang tahun kalini, hati saya berdebar-debar pada malam hari ulang tahun. Saya terlalu teringatkan arwah ayah saya. Arwah ayah saya meninggal pada malam hari ulangtahunnya. Saya kira... saya pun seperti itu juga. hati saya berdebar- debar. Sempat lagi kah saya menatap matahari esok? hanya itu yang bermain di fikiran. Sungguh, saya tidak pernah merasakan perasan sebegini sebelum ini. saya sungguh takut.Ampunkanlah dosa saya ya Allah. saya selalu lalai dengan hal keduniaan. Allah masih memberi peluang pada saya untuk meneruskan kehidupan yang entah sampai bila. Mungkin sehingga tahun depan? bulan depan? atau... minggu depan? sedih, tiada lagi sms dari ayah diwaktu pagi mengucapkan ulang tahun saya....Saya terlalu merindui ayah... oh tuhan...

Terima kasih rakan-rakan usrah yang menggembirakan. Sedikit sebanyak menenangkan perasaan ini. Ulangtahun Januari ada 2 lagi rakan yang sama bulan dengan saya. Masyitah n Mck Zinira. So kind masyi masakkan juadah spagetti bolognise. My favourite food. Kalo jumpa spagetti, saya tak makan menda lain dah :)

Monday, May 30, 2005

Jutawan Senyap

Akhirnya... aku dapat mengkhatamkan buku Chefli ni. Mama pernah berguru dengannya semasa dia datang Penang tahun lepas.
Aku takleh lupa kata-kata ni, "Hidup di Malaysia Tetapi Tidak Kaya adalah Malang". errrkk !!!
Buku ini menyuruh kita berniaga (seperti dinyatakan hadis ngenai perniagaan tu). Menjadi usahawan berjaya. komited, rajin, tanpa putus asa. Seterusnya mengenali siapa jutawan senyap itu.
Mungkinkah diantara kita ini adalah jutawan atau bakal jutawan senyap?? :)
Ameen Ya Rabb.

Friday, May 20, 2005

Keinginan...

Haritu pergi pesta buku di Perlis. cari buku "Tunggu Teduh Dulu" karya Faisal Tehrani. Tapi stok dah habis :(. Awatlah hangpa bawak mai sikit sangat? hangpa ingat orang Perghlih ni tak minat membaca ka?

Frust takde kesempatan untuk ke Bookfair 05' di PWTC. Cuma abang yang pergi sebagai wakil.Awas bookfair 06'!! nantikan kemunculanku! haha. Andainya panjang umur...

Hmm....nak baca novel "Tunggu Teduh Dulu" .... harap-harap abang baca entry ni, kot2 la dia belikan hadiah buku ni masa besday aku nanti beh gak.hehe

Wednesday, March 02, 2005

Buku...

Tepat kol 1.08 pagi, selesai sudah aku membaca sebuah novel yang amat menarik bagiku. Biasalah, kalo abang bawak balik buku, akulah orang pertama yang mengkhatamkannya. Kalo tak,kena berebut ngan dia. Tapi oleh kerana dia terpaksa membaca buku untuk presentation sabtu ni, maka aku le yang dapat baca dulu. Hehe. Kadang-kadang rasa bangga ngan abang ni, walaupun tak sempat kami ke kedai buku, tapi bila ada buku baru yang keluar kat library Kangar, dia selalu jadi orang pertama meminjam. No wonderla, ofis dia dekat ngat dengan library. Dia dah ‘booked’ buku-buku baru sejak tengah display kat cermin depan lagi. Bila keluar ajer untuk dipinjam, terus sambar la :). Masa mengandungkan Nusaibah dulu, selalu gak aku lepak kat library. Sampai kakak kaunter n pak guard kat library pun kenal aku. Jalan kaki ajer dari ofis abang. Bila ada Nusaibah ni, terhad sikitla nak ke sana. Cuma pergi pinjam buku aje. Kalo baby leh bawak masuk library, dah lama dah aku usung Nusaibah tu. Hehe

Buku 1511 H (kombat) tulisan Faisal Tehrani kali ini merupakan buku pemenang hadiah sastera kategori novel remaja 2003. Terbitan tahun 2004. Karya-karya Faisal Tehrani memang menarik perhatian ku sejak aku mula membaca novel Cinta hari-hari rusuhan, perempuan politikus, tunggu teduh dulu….telah banyak menarik minatku pada penulis ini. Dalam buku kalini bayangan Faisal Tehrani pada keadaan dunia tahun 2087 Masehi atau 1511 Hijrah begitu menarik sekali.

Mengisahkan seorang fata bernama Muhammad Ameen, hafiz dari Nusantara telah dipanggil untuk mempertahankan Kota Mekah dari serangan Amerika. Mereka dikenali sebagai manusia cyborg dilatih oleh Jeneral Nusaybah (kebetulan sama macam nama anak aku pulak hehe) untuk mempertahankan Kota Mekah dan Kota Madinah serta menakluk White House. Apa kesudahannya? Bacalah buku ini... Hehe.

Melalui buku ini banyak pengajaran yang aku dapat dan aku boleh simpulkan bahawa:

- betapa penting dan teramat pentingnya umat Islam mempelajari dan mendalami teknologi selari dengan teknologi barat kerana siapa yang menguasai teknologi pasti akan dapat menguasai dunia.

- Cuba lihat tentera AS contohnya, apabila mereka diarahkan oleh ketua mereka untuk menawan sesuatu kawasan, mereka hanya mengikut arahan, mereka sendiri pun tak tahu sebabnya dan tak mahu ke sana. Jadi, semangat juang tidak ada. Lihatlah sendiri penahanan Iraq dulu. Tapi bagi orang Muslimin, di Palestin contohnya mereka berjuang kerana semangat yang berkobar, mempertahankan akidah, tanahair daripada dirampas. Sebab tulah ada pejuang berani mati. Sanggup mati mempertahankan agama. Suicide bomber inilah yang memang menggerunkan tentera kuffar.

- Kemenangan sesuatu pertempuran adalah atas semangat juang yang tinggi. Walaupun kecanggihan teknologi yang membantu 50% dari kemenangan. Tapi kekuatan rohani beserta ketaqwaan yang tinggi merupakan punca kemenangan. Teringat aku akan kisah kemenangan Muhammad al Fateh menawan Turki. Salah satu faktor kemenangan mereka ialah tentera-tentera Muhammad al Fateh selalu bangun solat malam. Serta kemenangan mujahideen afghanistan mengalahkan tentera Rusia, dengan menembak dari bawah saja tanpa kelengkapan perang serta jet-jet pejuang yang canggih.

Apa aku cakap pasal perang-perang ni? Dah baca buku perang... kena citer pasal perang laaa :). Lagipun, nabi kata...sape takde tanamkan semangat untuk berjuang, tidak membantu orang yang pergi berjuang, maka rugilah dia sepanjang hidupnya. Maaf, tak berapa ingat.Versenya lebih kurang macam tulah. Sebenarnya, tiada siapa pun yang sukakan peperangan. Biarlah Islam masuk dan berkembang dengan cara tiada pertumpahan darah. Itu adalah yang terbaik. Kerana islam itu adalah aslama, salima, salmi, sulami. Tapi jika terpaksa...adakah kita semua terasa terpanggil?

 
blog template by suckmylolly.com