thePencil.org Ar RaiYan: December 2006

Saturday, December 30, 2006

Ubah Mentaliti Graduan Menganggur

Bos saya interview seorang graduan KUIM semalam, dia call kami dan mintak nak kerja sebagai guru tadika dan pengurus tadika bagi menggantikan saya. Apabila dia balik dari interview, dia beritahu mak mertuanya yang dia taknak la keje tadika ni. Tak padan dengan degree yang dia ada.
hehe... padahal kami pun memang decide taknak terima sebab memang rasa dia tak sesuai dengan jawatan yang bakal kami beri. Kerja pengurus bukan suatu kerja yang mudah. :)

Saya hairan, mengapa graduan sanggup menganggur kerana dengan sikap atau masih ada lagi mentaliti taknak kerja jika tidak setaraf dengan kelayakan mereka. Nak suruh meniaga pun malu.Takkan nak harap kerajaan bagi kerja kat korang. Sampai bila nak maju.hehe
___________________________________________________________________________________

Oleh SHAIFUL BAHRI SAIDIN

TIADA satu pun negara di dunia termasuk negara maju boleh menjanjikan 100 peratus peluang pekerjaan kepada graduan lepasan institut pengajian tinggi (IPT). Malah di negara jiran yang paling hampir, Indonesia, kerajaannya lebih menggalakkan graduan lepasan beratus universitinya mencari pekerjaan sendiri atau menceburi bidang perniagaan. Sehinggakan dana khas perniagaan untuk graduan yang disalurkan kepada bank-bank tempatan mereka habis peruntukannya dalam sekelip mata sahaja.
Di negara kita graduan masih berharapkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Puncanya kerana graduan IPT kita terlalu dimanjakan dan kebanyakannya telah dirasuk faktor kebendaan seawal usia semasa dalam pengajian lagi.
Sudahlah pengajian mereka sentiasa dititikberatkan oleh kerajaan dengan lambakan kemudahan, bantuan dan sokongan. Inikan pula selepas tamat pengajian, pun masih berharap kerajaan membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Malah ada golongan yang dengan sewenang-wenangnya menyalahkan kerajaan apabila berlaku lambakan graduan menganggur di pasaran. Apakah kita hidup di Malaysia ini asyik hendak berharapkan kepada kerajaan dalam segala segi?
Akibat terlalu ditatang bagai minyak yang penuh, graduan masa kini tidak mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi. Semangat juang untuk hidup bergelar graduan dianggap terlalu tinggi dan eksklusif. Mentaliti sakit sebeginilah yang telah merosakkan nilai graduan IPT di pasaran kerja tempatan.
Apakah tujuan sebenar mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading? Apakah mereka sudah mengabaikan tuntutan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna dan berfikiran terpelajar mesti berakhir dengan bekerja dengan bergaji besar? Apakah dengan segulung diploma dan ijazah itu bermakna mereka secara automatiknya menjadi warga “permata” kepada negara?
Saya yakin ramai graduan IPT tahun 1970-an dan 80-an bersetuju dengan pendapat saya bahawa kita dahulu lebih terbuka dengan sikap boleh berdikari dan tidak terlalu memilih kerja dan gaji yang ditawarkan. Malah semasa kegawatan ekonomi pada pertengahan tahun 1980-an, saya sendiri dan rakan-rakan yang lain tidak mengeluh kerana bekerja di bidang yang berlainan dengan apa yang diperoleh dan tidak merungut apabila dibayar dengan gaji yang kecil.
Ketika itu Skim Khas Siswazah (SKS) diperkenalkan oleh beberapa agensi kerajaan dan pihak swasta. Saya sendiri ditawarkan jawatan pegawai SKS tetapi bertangga gaji kerani. Ada rakan saya berkelulusan jurutera elektrik ditawarkan sebagai eksekutif di kilang syarikat milik kerajaan (GLC) tetapi tugasnya ialah sebagai line leader.
Malah ramai rakan-rakan saya berniaga kecil-kecilan seperti membuka warung burger dan menjual baju terpakai bundle di kampung masing-masing. Malah pengilang dan pengeluar burger terkenal di negara masa kini berjaya dalam perniagaannya hasil menjual burger selepas tamat pengajian walaupun mempunyai ijazah farmasi.
Ketika itu berlaku kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Dengan ketahanan diri dan boleh berdikari di samping telah merasa susah senang untuk hidup semasa di IPT, kami boleh menghabiskan pengajian tepat pada waktunya tanpa extend semester. Tanpa biasiswa dan pinjaman pelajaran, kami masih boleh belajar bersungguh-sungguh dengan persekitaran dan peralatan yang serba kekurangan.
Apakah graduan sekarang sanggup menempuh gelodak kerjaya sebegini dengan dibayar upah rendah berbanding dengan kelulusan yang diperoleh?
Sanggupkah mereka menerima kenyataan realiti kehidupan bahawa setinggi mana pun kelulusan belum tentu menjamin pendapatan yang setimpal?
Kebanyakan graduan lepasan IPT sekarang hanya boleh berbangga dengan sekeping diploma atau ijazah, tetapi masih mundur ilmu. Pengajian yang mereka peroleh dari IPT seolah-olah tidak berguna langsung. Mentaliti mereka ialah apabila tamat sahaja pengajian, mereka bermimpikan gaji yang lumayan dan kesenangan dan kemewahan yang bakal mereka kecapi.
Ini semuanya berpunca daripada sikap boros dan mementingkan kebendaan semasa masih bergelar siswazah lagi. “Kemewahan” semasa di IPT sebenarnya telah “membunuh” diri mereka sendiri. Dengan biasiswa dan pinjaman pelajaran yang kebanyakannya telah disalahgunakan, menyebabkan mereka apabila keluar dari IPT menjangkakan hidup bermewah semasa belajar dapat diteruskan semasa di alam pekerjaan.
Oleh itu mereka masih bergantung harap kepada kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Ini kerana mereka sudah ‘banyak lemak’ semasa masih bergelar mahasiswa lagi.
Ramai graduan menganggur takut untuk memasuki pasaran kerja swasta kerana mereka tahu kelemahan diri mereka sendiri. Kelemahan utama ialah sangat lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Sudah terlambat sebenarnya untuk memperbaiki diri kerana peluang yang ada untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di IPT tidak dimanfaat sepenuhnya.
Malah ada mahasiswa yang menyindir rakan-rakan yang berbahasa Inggeris dan menjawab soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris kerana kononnya tidak patriotik. Sekarang ini mereka perlu menjawab kepada diri sendiri yang masih tidak ‘berkelayakan’ untuk bekerja setaraf dengan kelulusan mereka.
Graduan sekarang juga takut untuk berniaga sendiri kerana malu dan segan. Malah ada yang beranggapan bukan taraf mereka untuk berniaga. Ada siswazah lulusan pertanian masih berharap untuk makan gaji sedangkan keupayaan dan kapasiti mereka sudah cukup untuk menjadi petani moden dengan pinjaman bank yang tersedia untuk dipohon.
Inilah sikap bodoh sombong graduan sekarang. Mereka masih tidak mahu mengakui hakikat bahawa mereka bukannya hebat sangat dengan segulung diploma dan ijazah. Tanpa pengalaman bekerja janganlah bermimpi yang indah untuk mendapatkan ganjaran gaji yang lumayan.
Graduan perlulah mengukur baju di badan sendiri dan mengakui hakikat setakat mana sebenarnya kebolehan mereka. Tanpa kemahiran dan pengetahuan selain dari apa yang dipelajari, jangan harap mereka dengan mudah boleh diterima bekerja sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.
Saingan hebat masa kini di pasaran buruh sudah tentunya mendatangkan masalah besar kepada graduan menganggur terutamanya graduan Melayu. Mereka tidak serius dalam menyediakan diri mereka memasuki alam pekerjaan. Malah sikap malas untuk menilai diri sendiri dan menambah baik prestasi diri mengakibatkan mereka menemui kegagalan setiap kali temu duga.
Zaman penuh pancaroba dan perlumbaan untuk berjaya dalam hidup sebenarnya tiada tempat untuk graduan yang malas. Sepatutnya semasa ada masa terluang sementara mendapat pekerjaan, mereka harus melengkapkan ‘resume’ mereka dengan selengkap yang mungkin, banyakkan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dan cuba berinteraksi dengan sesiapa sahaja. Tujuannya untuk mendapatkan keyakinan diri dan tidak takut untuk menghadapi temu duga.
Sikap primitif dan lapuk bahawa selepas sahaja tamat pengajian IPT, graduan akan bekerja dengan gaji empat angka, sepatutnya sudah lama dihakiskan dalam pemikiran masyarakat kita. Juga sesiapa yang bergelar graduan akan cerah masa depannya, perlu ditepis sama sekali.
Mungkin telah tiba masanya graduan menganggur di negara kita bekerja dengan jawatan yang rendah dan gaji yang kecil dahulu dengan tujuan untuk menimba pengalaman. Tidak ada salah dan dosanya jika graduan pemasaran bekerja sebagai jurujual, graduan kejuruteraan awam bekerja sebagai penyelia tapak, graduan perubatan bekerja sebagai pembantu klinik dan graduan akauntan bekerja sebagai kerani akaun.
Paling elok graduan menganggur berpadu tenaga bersama-sama rakan satu pengajian mereka untuk menubuhkan syarikat dan menjalankan perniagaan. Modal tidak menjadi masalah sebenarnya kerana banyak bank dan agensi kerajaan seperti Mara, Tekun, PUNB dan SME Bank yang boleh membantu mereka jika mereka berusaha dan teliti untuk memajukan diri dan masa depan mereka.
Graduan jangan memikirkan lagak dan standard mereka untuk ‘demand’ tenaga kerja mereka kerana anda sebenarnya masih mentah dalam mengenal erti hidup bekerjaya. Carilah pengalaman sebanyak mana yang mungkin dan di mana sahaja sekalipun.

Thursday, December 28, 2006

Muqayam Akhawat

Alhamdulillah... saya rasa terlalu bersyukur kerana dipilih Allah menjadi peserta muqayam ini. di anjurkan oleh Wanita Jim Perlis pada 23-25 Disember. Tarikh itu merupakan tarikh yang amat mencabar untuk menghadiri mana-mana program. Sebabnya tarikh tu hari cuti umum, dengan kenduri kendaranya,walimah sahabat pulak tu. Kena Kuatkan diri untuk tetap teguh menghadiri muqayam tersebut. Bukannya dekat2 sini, tapi nun di Bukit Wang, Kedah. jauh dalam hutan nuu :).
Saya tatau pun aturcara, cuma dapat arahan dengan diberikan tarikh dan tempat aje. memang zero. saya membayangkan dalam hati mungkin kena masuk hutan atau tinggal di tempat usang yang serba kekurangan (air terutamanya) atau ke tempat yang biasa- biasa saja (kurang kemudahan seperti di rumah). Rupanya Muqayam ini dihadiri oleh sahabat dari Kedah dan Pulau Pinang juga.

Setibanya sampai... seronok menatap banglo yang akan kami diami.oo.. tinggal di banglo 3 tingkat rupanya kami ni. Jangan terkejut, dalam hutan sebegitu ada banglo woo. Pemiliknya Tuan Hj Sufi, saya kira seorang alim yang punyai perniagaan yang agak besar. Punyai travel n tour company. Agak berada orangnya.

Setibanya di sana, setelah selesai pendaftaran, barulah saya dapat lihat aturcaranya.Tema muqayam kalini "Menuju Jalan Pulang". dan slot2 semuanya berkaitan dengan MATI.
Ceramah pertama memang menyentuh hati dan sanubari saya. Disampaikan oleh ust Imran (UIA).Menceritakan tentang fasa kehidupan manusia serta pengertian al maut dari al qur'an dan hadith. Slot ini banyak menceritakan tentang bagaimana orang beriman menghadapi sakaratulmaut dan bagaimana pula orang tidak beriman menghadapi sakaratulmaut. banyak memberi info kepada saya. paling menarik perhatian saya apabila ust Imran memberitahu bahawa orang yang beriman jika mati secara mengejut (bukan kerana menderita sakit) adalah satu rahmat dari Allah untuk dirinya. Teringat pula arwah ayah saya yang meninggal dalam keadaan kami semua terkejut. Tak pernah sakit apa sebelumni, tiba-tiba meninggal. Moga Allah memberi rahmat buat ayah saya.
Slot seterusnya diwaktu tengahari menceritakan berkenaan misteri sakaratulmaut serta bekalan menghadapi kematian. Memang slot ini membuatkan saya rasa kecut perut dek kerana teringatkan amalan saya yang tunggang langgang lagi ni. Belum istiqamah dalam banyak benda. kejap buat, kejap tak buat (amalan sunat). Saya dapat membayangkan bila-bila saja saya akan pergi menemui Ilahi. Sekarang pun boleh. Ust Imran juga menceritakan betapa sakitnya mati, satu penderitaan yang dialami oleh ruh sewaktu meninggalkan jasad. Kita semua tidak tahu bagaimana pengakhiran kita. Moga kita kembali kepada Allah sebagai seorang yang beriman dan diraikan ruh kita apabila diangkat ke langit. Buku yang dicadangkan adalah Ensiklopedia Kematian (saya lupa penulisnya)

Slot malam disampaikan oleh Dr Azizah yang merupakan isteri Ust Imran, yang menceritakan tentang Al- Maut Fisabilillah Asma Amanina. Mengenai rindunya para pejuang untuk menjadi syuhada'. Kisah para ikhwan yang berlumba-lumba untuk syahid.Kisah di Ihkwan di Indonesia yang hebat dengan amalannya. Kisah ikhwan palestine yang berlumba-lumba mendaftar nama sebagai pejuang berani mati. Kisah para sahabat yang merindui mati sewaktu perang di zaman Rasulullah. Buku yang dicadangkan adalah Manajemen Kematian karangan Khozin Abu Faqih dan ensiklopedia peperangan Rasulullah karangan Syaikh Mahmud Shahir. Saya sudah memiliki, tapi saya belum membacanya lagi.
Keesokan harinya kami dihujani ujian di dalam game treasure hunt, saya kira game ini meningkatkan semangat ukhuwwah dalam diri pada sahabat-sahabat muqayyam saya. Selepas permainan ini, saya rasa semakin kasih akan sahabat-sahabat saya ini :)
Pada sebelah tengaharinya slot Dr Azizah juga yang merupakan rentetan slot malam tadi mengenai kerinduan para syahadah di kalangan sahabat. Sungguh kagum pabila mendengar betapa hebatnya para sahabat dalam berlumba- lumba untuk syahid. Saya rasa terlalu jauh dibandingkan dengan saya. saya berazam untuk terus berusaha sebaik mungkin.
sessi muhasabah paling menyayat hati. Saya merasa kagum pada kehebatan sahabat-sahabat muqayam saya.Timbul rasa keazaman di hati saya untuk mempertingkatkan lagi amalan apabila pulang ke rumah nanti.
Alhamdulillah, saya dapat kawan baru (akhawat Kedah n Pulau Pinang) yang sebelum ini kenal nama aje.Dr Salmi, K Shopiah, Ustzh Normah,Dr hashimah,K lela dan ramai lagi. Terima kasih buat mck-mck Perlis selaku urusetia yang bertungkus lumus menjayakan prog muqayam yang serba membina ini. Moga Allah merahmati segala usaha kalian.

Wednesday, December 20, 2006

After maghrib...

Abang tak sempat ke masjid, so kami solat berjemaah bersama. Nusaibah pun macam selalu la, kalut cari telekung dia. Solat maghrib peberet dia. Lepas solat, saja rakamkan kenangan....

Tuesday, December 19, 2006

ahaa..

Alhamdulillah bisnes internet saya semakin cerah. Harap- harap akan terus cerah sampai bila-bila. Ini membuatkan saya semakin teruja :) . Pada permulaan dulu saya cuma pos barang RM150- RM600 aje. Jumaat lepas saya telah menghantar barang sebanyak RM 1.2k pada pelanggan di KL n Melaka. Harini saya mengambil tempahan/order sebanyak RM 2k. Terima kasih buat Dr Irfan, saya banyak membaca dan mengikuti tips2 beliau.Buat abang... terima kasih kerana banyak mengajar buat programming n buat akaun especially. U're my best guru that i ever have :).

Tuesday, December 12, 2006

Motivasi diri

Kerja-kerja amal....pulangan berbagai bentuk

by Dr Irfan Khairi

Hukum alam, lagi banyak anda memberi, lebih banyak anda menerima. Lakukan kerja amal dan kebajikan untuk perniagaan anda oleh kerana ia akan membuka pintu rezeki anda dengan lebih luas. Ianya tidak pernah gagal!

Salah satu matlamat saya adalah untuk mendirikan satu yayasan sendiri (seperti saya pernah sebut dalam akhbar Mingguan Malaysia Nov. 2005). Insyaallah akan menjadi kenyataan! Buat masa ini, saya membantu Yayasan Ilham Budi dengan aktiviti-aktiviti menjana pendapatan melalui Internet.

Menurut buku The Millionaires Next Door tulisan Dr Stanley, salah satu daripada 5 kriteria teratas mereka yang bergelar jutawan (survey jutawan-jutawan USA) adalah, mereka adalah kuat beragama dan beramal. Jadi, tidak kira agama, beramal akan memberi pulangan balik kepada anda dalam berbagai bentuk.

Tak perlu melihat survey jauh-jauh… di sini pun ada :) Saya amat kagum dengan Tan Sri Syed Mokhtar yang merupakan billionaire beriman dengan usaha-usahanya dalam Yayasan Al-Bukhari. Satu bukti jelas bahawa lagi banyak anda beramal, lagi banyak anda menerima!

__________________________________________________________

p/s: oleh itu....perbanyakkanlah melakukan kerja-kerja amal :)

Monday, December 11, 2006

Lama tak update

Alhamdulillah... harini punya kesempatan. Walaupun ada kelas tusyen pagi tadi. sebelah petang ok sikit.Memang sibuk banget seminggu du

PPN/PPWN (23- 24 Nov)

sibuk sejak Perhimpunan Perwakilan Nasional dulu dimana kami sefamili berkampung di KL selama 3 hari. Bukan setakat ummi, ayah, abang & saya aje menjadi perwakilan, bahkan pi bukak gerai lagi sana. Tu yang kalut gak tu, nasib baik ada adik2 bertiga tu, leh la tunggu gerai . Pelanggan boleh tahan :). Seronok dapat jumpa rakan-rakan lama.
Seronok mendengar ucapan dasar Ketua wanita n Presiden kalini. Lebih mantap. Apatah lagi ucapa KW di tujukan buat golongan muda, pewaris dakwah. Boleh dengar ucapan KW di Wanitajimsanasini
terima kasih buat adik-adikku yang sanggup berpanas dan berhujan menjaga gerai, abang bagi upah gelang kristal mahal ek? hehe. Idea kak Najah le tuh...



KERETA

Alhamdulillah akhirnya saya dapat hadiahkan mama kereta kancil baru.Warna silver. Cadangnya nak hadiahkan masa harijadi mama hari raya haritu. Tapi kereta lambat sampai n few things lum settle. Jadinya minggu lepas dapat hadiahkan, saya rasmi kejap aje bawak pi Alor Setar untuk bagi pada mama. Mama yang rasmi bukakkan plastiknya. hehe.
mama kata, "kalo rindu kat kakak, leh la belek kancil ni selalu". hehe.Oh ya, tak sempat nak ambil gambar kereta baru, lupa bawak balik camera ritu.
Lepasni leh keja kuat lagi sebab nak sponsor bayar kancil tiap2 bulan. Moga ia memberi satu motivasi pada saya. Selepas ayah takda, saya dan adik-adik memang berusaha selagi termampu untuk menggembirakan mama kami. Kesian mama. Bersungguh dia buat kerja. Ganti tempat ayah. Ya Allah, sejahterakanlah ayah dan mama saya. Tempatkanlah mereka di dalam syurgaMu ya Allah.

Tamrin & Muqayyam 06' (TAMU 06')

Alhamdulillah Wanita JIM Perlis baru sahaja selesai mengajurkan Program Tamrin & Mukhayyam 2006 (TAMU 06’) bagi anak-anak berumur antara 9-12 tahun pada 8-10 Disember. TAMU merupakan program tahunan dan kemuncak kepada aktiviti aulad dan banat di Perlis yang di adakan setiap tahun. TAMU 06’ kali ini membawa tema ‘Kami Mujahid Kecil’ dan disertai oleh 64 orang peserta.yang mana 51 orang dari jumlah peserta adalah anak-anak dari luar Perlis (Perak. P.Pinang dan Kedah). Kira-kira 40 orang anak-anak yang tiba dengan keretapi di bawa ke lokasi iaitu Masjid Al-Ehsan, Beseri menaiki bas JIM negeri Perlis.

Diantara aktiviti yang sangat diminati oleh anak-anak ialah ‘Khazinatul asrar race’ dan ‘Water survival skill’ Aktiviti khazinatul asrar race menguji ketangkasan fizikal dan mental anak-anak mujahid kecil yang terpaksa menyelesaikan tugasan sambil menjelajah sekeliling kampung disekitar lokasi program manakala water survival di jalankan di sungai jerneh kira-kira 20 KM dari lokasi program. Sepanjang program anak-anak peserta sentiasa di minta melaungkan lagu ikrar dengan penuh semangat yang mana diantara rangkap lirik lagu ikrar tersebut ;

Kamilah anak pewaris dakwah

Kamilah anak soleh-solehah

Kamilah PENEGAK KALIMAH ALLAH

Doakan, insyaAllah

Semoga ikrar mereka ini benar-benar menjadi kenyataan.

pulang saja dari prog TAMU memang amatlah meletihkan. Kalo masa tengah berprogram tak rasa letih, bila dah tamat aje. mula la sakit2 badan, ngantuk dan sebagainya.
Sudah lama tak merasai tidur yang secukupnya sejak sebelum program lagi. Susah juga kerja SU ni yer :). Tapi seronok berpasangan dengan Mck Noraini. Thanks makcik!
Tamat saja program hari Ahad jam 4.00 ptg, terus ajak abang pi makan. Kami berdua belum lunch rupanya. Ada ke nasi lagi ni? kita order panas-panas lah. Jom pi kedai kat stesen keratapi tu, cadang abang.
Saat-saat lapar ni, terasa makanan yang di order lambat sangat nak sampai. Sampi aje mee hailam, terus saya bedal tanpa lihat kiri kanan. hehe. Lapar + letih. sampai udang 3 ekor tu pun abang yang tolong kupas kan.hiks. Tq dear.
anyway... program kalini best sangat, dapat ramai adik angkat.haha.

 
blog template by suckmylolly.com