thePencil.org Ar RaiYan

Wednesday, December 28, 2005

see yaa!!

Akan di update insyallah.

Saturday, August 06, 2005

Ahaa!!

- Dok buat ape tu?
+ Ni ha, dok sapu sawang kat blog nih! Lama tak update.hehe

hehe...adeke bila orang tanya kita dok wakpe, kite jawab cenggitu :). sejak notebook abang rosak, dah lama tak update blog. tambahan tersangatla banyak kerjanya. sibuk ape tah. macam-macam nak buat dan nak kena buat. ditambah lagi dengan keaftifan si budak Nusaibah ni. asal bukak komputer, terus cepat-cepat merangkak datang suruh angkat dia nak duk atas riba. hobinya suka tekan-tekan keyboard. susah betoi la. kena tunggu dia tido, baru leh menaip. kalo tak, dia aje la yang dok menaip masterpiece dia! :). Nak tengok Nusaibah ke? ade tu ha kat fotopages tu ha. sebelah kiri blog saye tu :)
Umur dia dah 10 bln. dah ada gigi 4 batang. 2 batang kat atas,2 batang kat bawah. Skang ni kalo hantar kat umah pengasuh, tanak balik. risau saye.dah pandai nak main dengan budak-budak lain.dah boleh tiru sket-sket gaya orang. cepat terpengaruh jugak budak ni.oleh itu berilah contoh yang baik-baik aje padanya ye.nak-nak pak sedara dia ni ha, Wan Muzaffar.jangan dok ajar anak sedara main game kat komputer tu yer :)


ok, till we meet again! see ya!!

Monday, May 30, 2005

Jutawan Senyap

Akhirnya... aku dapat mengkhatamkan buku Chefli ni. Mama pernah berguru dengannya semasa dia datang Penang tahun lepas.
Aku takleh lupa kata-kata ni, "Hidup di Malaysia Tetapi Tidak Kaya adalah Malang". errrkk !!!
Buku ini menyuruh kita berniaga (seperti dinyatakan hadis ngenai perniagaan tu). Menjadi usahawan berjaya. komited, rajin, tanpa putus asa. Seterusnya mengenali siapa jutawan senyap itu.
Mungkinkah diantara kita ini adalah jutawan atau bakal jutawan senyap?? :)
Ameen Ya Rabb.

Friday, May 27, 2005

Iklan oh Iklan

Salam..

Sekian lama tak update, banyak yang nak ditulis. tapi lupa semuanya. ramai yang bertanya bila nak update ni? hehe. Trimas buat sesiapa yang merindui. Bila dah ada peluang meng 'update' maka dengan sendirinya hilanglah segala ide-ide untuk menconteng kat sini. hihi

Iklan oh Iklan....
Iklanlah cara yang terbaik untuk memasarkan barang. yelah....takde iklan, cemana nak bagitau yang kita jual barang ek? kadang-kadang aku ni suka menilai kualiti sesuatu iklan. Especially kat TV laa.tapi nilai kat diri sendiri aje, merungut pun sendir-sendiri je. Lum sampai tahap membuat komplen kat unilever ker (macam iklan sunsilk yang sepit rambut tu. eeyuckss)
tapi sunsilk kalini, agak menarik jugak. bukan apa, suka-suka tengok ajer. Masa nak buat posting ni, pi lawat jap blog Aini, aik... dia pun komen iklan serupa. Kebetulan sama. :)
Selalunya tiap kali iklan di TV, takde selalu menarik perhatian. tapi iklan ni... macam teralih mata nak melihat kejap.Kuatnya kuasa dan pengaruh iklan...
dari segi negatif tu....bukan tatacara akhlak Islam tu. Memula pandang memandang, senyum, pastu bercakap, pastu berjumpa, pastu dating.... maka seterusnya dan seterusnya...
saya? sekadar menonton.... menghiburkan hati...

Klik untuk dengar Istimewa tapi ini untuk yang ada realplayer kot. hiks

Friday, May 20, 2005

Keinginan...

Haritu pergi pesta buku di Perlis. cari buku "Tunggu Teduh Dulu" karya Faisal Tehrani. Tapi stok dah habis :(. Awatlah hangpa bawak mai sikit sangat? hangpa ingat orang Perghlih ni tak minat membaca ka?

Frust takde kesempatan untuk ke Bookfair 05' di PWTC. Cuma abang yang pergi sebagai wakil.Awas bookfair 06'!! nantikan kemunculanku! haha. Andainya panjang umur...

Hmm....nak baca novel "Tunggu Teduh Dulu" .... harap-harap abang baca entry ni, kot2 la dia belikan hadiah buku ni masa besday aku nanti beh gak.hehe

Saturday, April 16, 2005

Rosak dan Rosak

Notebook aku, eh bukan notebook aku...notebook abang sebenarnyer telah koma buat seketika (hehe...saja ngaku notebook sendiri). Susah juga ya pabila menda-menda penting macamni rosak. hhmmm.... harap-harap tak rosak teruk :(

alhamdulillah... kesibukan semakin berkurangan. tataula akan datang. tapi rasanya makin sibuk dengan ujian bulanan kat sekolah semakin hampir. Khamis lalu, baru saja selesai hari sukan. leh tahan juga anak buah kumpulan aku. tak sia- sia aku jadi cikgu sukan rumah mereka. hiks

Nusaibah... makin aktif manusia cyborg itu. hehe. amat gemar makan wayar dan tekan-tekan notebook dan hanset. Sudah pandai memberontak jika tidak diberikan apa yang dia nak. leh kurus ummi.hiks

Friday, April 01, 2005

Situasi...apa kata mereka

Semasa dalam pantang.

+ laa...tak nampak macam bersalin pun.

+ aik...sihat walafiat. Tak nampak macam berpantang. Makan ubat apa?

+ mana satu mak baby nih?? (agaknya dia tak perasan mana satu yang bersalin sebab masatu ramai org pompuan kat umah).

aku.sengeh ajer le..

Sebelum interbiu. Sembang dengan beberapa calon temuduga lain.

+ awak asal mana? Area sini-sini gak ke?

- saya asal penang. Tapi kawin ngan orang sini. Dok sini la.

+ oh, dah kawin?? Ingatkan bujang macam saya. Kita sebaya kan?

- ha’ah. Dah ada anak pun.

+ ye ke? Ingatkan lum ada anak....

Masa Interbiu.

Penemuduga

+ Sila kenalkan diri anda.

Aku. Memperkenalkan diri.

+ la...dah ada anak? Nampak macam muda lagi

Kat dalam kelas tusyen

+ cikgu, bila cikgu nak kawin?

- cikgu dah kawin laaa

+ eh yeke? Ingatkan cikgu lum kawin

+ bila cikgu nak dapat baby?

- cikgu dah ada anak la.

+ haaa? Cikgu dah ade anak??? Tak nampak mcm ada anak laaa

Cewah aku.hehe

Kat ofis abang. Singgah kat ofis dia, ajak lunch.

+ Encik Saif, wife u tak nampak macam bersalin pun.

Abang jawab, "ssyhh..jangan bagitau kat dia. Satgi kembang setaman bila dia dengaq."

Kat sekolah tempat Salahuddin belajar.

Sambil dukung Nusaibah, terserempak dengan student ting 6.

+ eeei...comelnyer, adik ker?

- tak, anak...

+ haa? Laa..kiterorang ingat akak student mcm kiterorang. Ingat nak daftar masuk sini.

Jumpa kawan lama.

+ aku dengar ko dah kawin yer?

-haa laaa. Lama dah...dah ada anak pun

+ laa....ada anak? Ingatkan baru kawin. Tak nampak mcm ada anak pun.

Kat sekolah tadi.

-nak balik dah ke?

+ ha’ah. Nak pi amik anak pulak kat pengasuh.

- eh...dah ada anak?? Ingatkan baru aje kawin

Tapi........situasi ini pulaaaaakkk!!

Kelas fardhu ain tahun lepas masa sarat pregnantkan Nusaibah

+ cikgu, adik cikgu panggil. Dia tunggu kat luar.

Dalam hati aku, cis kuang asam punya anak murid, laki aku dia kata adik aku. Haha.

First time dalam idup aku, aku terasa aku tua.hehe.

Tuesday, March 29, 2005

Peringatan demi peringatan, teguran demi teguran

Gegaran berlaku lagi malam tadi. Jabatan Perkhidmatan kaji cuaca menasihatkan agar penduduk kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Langkawi diarah berpindah ke kawasan tinggi berikutan kemungkinan dilanda tsunami berikutan gempa bumi 8.5 pada skala Richter di pantai barat Sumatera malam tadi.

Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca dalam kenyataannya berkata, gegaran yang dikesan jam 12.09 malam tadi boleh menyebabkan tsunami seperti pada 26 Disember lalu berikutan gempa bumi berhampiran Banda Aceh berukuran 9 pada skala Richter.

Awal pagi tadi, jam 5.40 pagi, aku dikejutkan dengan deringan hanset ku. Terkejut yakmat, jantung berdegup. Coz selalunya panggilan di tengah malam atau di awal pagi selalu membawa perkhabaran yang mendukacitakan. Kematian atau kemalangan saudara mara contohnya. Panggilan dari rumah di Pulau Pinang. Dengan perlahan cuba menjawab, mama menelefon bertanyakan khabar kami di Perlis. "kakak, kat sana tak rasa gegar ke? Kami kat sini dok tengah risau ni, bergegar tengah malam tadi. Semua bangun dan takleh tido sampai ke pagi". Isk...aku kat sini tak rasa pape pulak. Lagipun semalam kol 10 aku dah tido. Penat sangat seharian semalam membuat macam-macam kerja.

Ini kali kedua keluarga aku di Pulau Pinang dapat merasakan gegaran akibat kejadian dulu di Acheh dan semalam di Sumatera. Mama suruh aku bangun solat dan berdoa. dalam keadaan itu aku terfikir, teguran dan peringatan Allah taala, datang lagi. Dek terlalu banyak maksiat melata. Saban hari, hatta pasca tsunami… kita sering didengari kejadian jenayah yang makin meningkat. Aku dah tak tahan lagi. Cukuplah dengan kemalangan demi kemalangan, pembunuhan demi pembunuhan, rogol demi rogol. Puncanya daripada manusia. Manusia kini sudah rosak. Akal diracuni. Jiwa dicemari, akidah dipesongkan.

Dan yang paling aku bimbang, teramat bimbang. Bagaimana kehidupan generasi aku (anak-anak ku) yang bakal mengharungi kehidupan mendatang? oh tuhan, selamatkanlah kehidupan mereka. Doa dan harapan teramat tinggi dipanjatkan. Hanya padaMu. Kami hanya mampu mendidik anugerahMu ini seupaya kami mengikut landasanMu. Tapi Kau yang menentukannya. Kau yang maha mengetahui.

Seperti kata Abu Hassan Morad dalam Anis April, "Apabila maksiat sudah merata di atas muka bumi ini, makhluk- makhluk Allah yang lain akan ‘bersuara’."

Sunday, March 27, 2005

Lirik lagu

emel dari : islamcarahidupku.yahoogroups.com

Terdapat pelbagai lagu yang diperdengarkan kepada kita hampir setiap hari. Adakah kita sangat tahu mengenai maksud lirik lagu-lagu itu. siapa yang faham dengan sesetengah maksud-maksud tersirat yang terdapat dalam sesebuah lagu.

Semua orang mesti tahu lagu 'where is the luv' nyanyian black eyed peas kan.tau tak dalam senikata dia ada satu rangkap yang bleh membawa kepada syirik tanpa disedari rangkapnya...

"father,father,father,help us send us guidence from above.. "

astaghfirullahala'zim..

ayat ni memohon bantuan daripada bukan Allah...bila kita mintak tolong daripada selain Allah, kita akan dikira sebagai syirik....kita tanak kawan-kawan seagama syirik tanpa disedari...any comments????
_____________________________

biarkan kedukaan itu berlalu bersama sang
bayu...
biarkan kesedihan itu hilang bersama
tangisan...
biarkan kehidupan terus mendapat nikmat
yang di anugerah Tuhan...
____________________________

dan yang terbaru ni, korang mesti suka. ikut jer dia nyanyi kalo terdengar lagunih..

tiada lafaz yang paling agung,
lafaz cintamu....

(Song from : Spider)

____________________________

dan ini yang paling biasa kita dengar:

Keranamu kami mendapat tuah,
keranamu kami hidup selesa,
keranamu rela kami berjuang... bla3

actually, banyak lagi lirik2 yang berunsurkan benda2 camni.. so, hati2lah bila dengar dan nyanyi sesuatu lagu.. tak salah nak berhibur..tapi, jangan sampai melalaikan dan memesongkan aqidah kita dah ler.. nauzubillahiminzalik..

____________________________

"Kedudukan yg paling agung hanyalah pada
Allah s.w.t, bkn pada makhluk, atau sesuatu
benda sekalipun..."

Friday, March 25, 2005

Guru Bahasa Inggeris

Aku ditawarkan mengajar subjek Bahasa Inggeris bagi tahun 5 & 6 serta Sains (in english) bagi tahun 1 & 2 di salah sebuah sekolah Agama Rakyat di Perlis ini.
tawaran ini memang bagus sementara aku nak dapat keje betul-betul, baik aku jadi cikgu, yer tak? tapi banyak perkara yang aku kena fikirkan seperti gaji yang diterima takde la lumayan sangat. Hal ni takpe, aku dah bersedia. Cuma satu aje, aku tak sampai hati nak berpisah jasad dengan Nusaibah walaupun sekejap. uhuhuhu....

Tapi....mampukah aku menjadi seorang guru Bahasa Ingggeris yang baik?? pelajar UPSR plak tuh!! errkk

 
blog template by suckmylolly.com