thePencil.org Ar RaiYan: February 2007

Tuesday, February 27, 2007

Terima Kasih

Buat kawan-kawan (real n cyber)
terima kasih kerana menyokong dan mendoakan saya. Ramai yang menyangka, wow... banyaknya buat sales (jualan buku). Kalo jualan di kedai, takda la banyak mana, yang banyak sebab kami kena buat inisiatif jualan di luar. Contohnya setiap hujung bulan, kami buka booth di jabatan kerajaan. Then, kalo ada ekspo memana di Perlis terutama di Uitm, masa tu la kami kalut-kalut dok pi bukak booth/gerai buku. Kalo harap tunggu di kedai... memang tak dapat gaji le kami tiap-tiap bulan sebab kurang sales :). Harapkan potostat aje.
Teringat pengalaman saya masa mula-mula jadi penjual buku dulu. Saya memang pemalu, nak promote/ rekemen lebih-lebih kat orang.... jangan harap. Jual buku, saya diam aje terpaku kat gerai jualan tu. kelakar ye. then kalo kena jaga gerai, mesti lari n buat2 bz...sudahnya, suami yang jaga.hehe.
Tapi sekarang tak lagi. Saya jadi lebih peramah dan bertanggungjawab (mungkin :)kot!), sebab ini produk saya,perniagaan saya. Menjadi usahawan/berniaga ni, seperti keluar berperang. Perlu sentiasa menyusun strategi dan sentiasa bersedia. perrghh ayat! hehe.
Harini mula buat pembayaran dan sign agreement tentang kemasukan kedai di Plaza Mara. Tapi belum dapat CF lagi. Plan nak masuk dalam bulan Jun, insyallah. Tu pun kena tunggu Pasaraya Hafifah (bersebelahan) buat renovation dulu. Dah siap semua, baru masuk. Kena buat loan Mara sebab tak cukup modal nak bukak kedai buku yang kedua ni. Mara bersedia nak bagi loan. Tapi diri sendiri yang rasa macam tak best. alahai...berhutang ni buat saya rasa berserabut.tapi nak buat cemana. terpaksa la buat loan. Guna modal sendiri, buat beli rak buku pun belum tentu lepas :).
Semalam pergi kursus GMP n HACCP oleh Sirim untuk usahawan yang membuat produk makanan. Kebetulan saya baru start buat bisnes kek batik secara kecilan, jadi saya pun turut serta menjadi peserta. Ramai di antara peserta terdiri daripada usahawan veteren (makcik n pakcik). Saya rasa saya antara termuda la gamaknye :). Diorang ni berpuluh tahun mengusahakan produk makanan. Memang pakar2 belaka. Sembang ngan makcik sebelah saya, katanya beliau dah 13 tahun buat bahulu. Beli mesin ,renovate kilang semua dengan duit sendiri. Takde pinjam2. Perrghhh. Ke Mekah pun dengan hasil jualan bahulu! Masyallah!
Kelakar, bila time ceramah bab HACCP, makcik-pakcik macam boring aje, tak faham. Kata diorang susahnya! boleh bungkus la kami kalo nak ikut syarat HACCP. Memang susah nak dpt HACCP. perlu renovation beratus ribu n mungkin jutaan, tapi kalo dapat.... satu dunia iktiraf. Produk kita pun boleh masuk international market. Leh jadi jutawan :)
Saya? topik HACCP la yang buatkan saya kena repeat paper masa tahun dua kat university dulu.hehe. So, kira expert juga la. lepas grad terus jadi HACCP Coordinator dengan company BES** suatu ketika dulu. Sebab HACCP jugalah saya berenti keje.hehe,tensen giler dapat bos mat salleh.Tapi at least adala sikit pengalaman. Fuh, bila di suruh saya masuk semula line HACCP, mampus saya taknak :)!!
Tapi, andainya/ ditaqdirkan saya membuka industri kecil membuat kek batik (mana tau kan..amin,amin ya rab!!). Saya kena la implement!! Tapi setakat kecik2 ni, kekalkan kebersihan sudah bagus....

nak share kat sini, untuk diri saya juga. amik petua kejayaan dari Dr Irfan:

Soalan: Apakah elemen yang menetukan kejayaan Dr??

1. Passion… minat yang amat sangat
2. Skill… boleh ditimba dan dipelajari dengan ilmu
3. Hard work… persistence & berdisiplin


Skill, hard work...hard work... saya kurang yang itu, mungkin!

p/s: Buat Mynie (Aini, yer... Mynie ni x-tkc,best student) kat PTS ada buat mcm latihan/ akedemi penulis. Mynie cadang nak buat buku kanak-kanak kan? leh la tanya-tanya pada fauzul Naim, http://www.akademipenulis.com/ akak pun minat juga nak jadi penulis ni. Penulis buku kanak-kanak pun best tau!

Monday, February 26, 2007

Berhutang...

Minggu lepas adik saya merungut yang dia belum dapat duit PTPTN lagi.Kawan-kawan lain dah kaya, dia aje yang tersangkut kerana terlewat menghantar permohonan mungkin. Memohon saya untuk menghulurkan bantuan padanya. Kebetulan bulan lepas saya beri dia beberapa set gelang kristal untuk dia jual kepada kawan-kawannya di UKM. Alhamdulillah laku. Hasil jualan tersebut dia gunakan untuk membeli buku dan perbelanjaan lain. Sudahnya segala modal + komisen dia sapu semua :). Nak pinjam dulu katanya. Dapat duit PTPTN, dia bayar balik.
Semalam suami juga mengeluh untuk memulakan pembayaran balik hutang PTPTN semasa dia belajar dulu. Nak cari bank yang tak charge fees banyak sangat bila buat payment. Kalo charge juga, terpaksalah bayar banyak sekali gus supaya tak rugi bila setiap kali bayar, kena charge. Adik ipar saya pun dengarnya akan bayar sekaligus. Pinjam duit ayah n suami dia, mungkin.
Beruntunglah sesiapa yang dapat biasiswa/ tajaan masa belajar dulu. Ada beberapa kawan yang saya kenali memang excellent dalam keputusan SPM mereka.
Saya pula.... alangkah leganya pabila pihak MARA melupuskan pembayaran balik pinjaman MARA semasa saya belajar dulu sebanyak 23 ribu.Banyak tu. Harga sebiji kancil rasanya. Saya rasa begitu ringan sekali, beban terangkat di bahu. Andainya tidak, sudah tentu saya seperti mereka ini yang terpaksa menanggung hutang dan membayar semula pinjaman mereka dan susah hati dek hutang keliling pinggang :). Terima kasih pihak MARA. Syukur padaMu Ya Allah!! Kau permudahkan hidup hambaMu ini.

p/s: mmm.... saya rasa mcm dah post la entry ni sebelum ni.hiks

Saturday, February 24, 2007

Iklan! Iklan!

T-shirt Labuh Muslimah. Pakaian yang direka khas untuk muslimah untuk pemakaian harian samada bersukan/beriadah atau boleh dijadikan pakaian harian ke mana-mana.
Jenis kain 100% cotton, menyerap peluh. Kain tidak mengecut atau membesar apabila di basuh, tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Harga sehelai RM 34 (tidak termasuk postage) pembelian 10 helai dan ke atas akan mendapat diskaun 10%. Berminat? Hubungi saya di emel: salju79@yahoo.com or sms saya 012-5735856, atau datang terus ke kedai saya. Belilah untuk yang tersayang!

Ukuran Saiz:
Ukurlilit dada (inci):

M: 40”
L: 42”
XL: 44”
XXL: 46”
XXXL: 48”

Labuh: 35”











p/s: kwn2, korang tgk blog saya kat pc korang ok tak? kena tarik cursor ke? atau pun sidebar di sebelah kanan ni (yg ada link n chatbox) dok kat bwh skali? tlg bgtau ye. sebab kat notebook saya ni nampak ok aje.

Friday, February 23, 2007

Cuti bersama Tuk

Kalini lama saya bercuti.Balik penang, jaga Tuk. Tuk saya (nenek Nusaibah) kemalangan. Dilanggar lari oleh mat rempit. Kesian tuk, sampai patah tangan kena langgar. Laju betul motor budaktu, mat rempit la katakan.hampeh betoi. Ikutkan hati, ingin saya tembak aja kepalanya. Tuk saya bukan lintas jalan pun, jalan tepi sebelah jalan. Baru pulang dari kenduri jiran di hujung kampung.Dilanggar dari belakang.
Kami membawa tuk pulang ke Penang selepas mendapat rawatan hospital. Tuk saya tanak tinggal lama-lama di hospital. Lagipun, pakar tulang bercuti.... cuti raya cina. Lepas raya bercadang untuk membawa tuk ke hospital semula. Kata Tuk,Tuk mahu berubat cara kampung aja. Moga tuk cepat sembuh.
Kami semua naik angin, menyumpah-nyumpah si mat rempit. Tapi Tuk diam aje, merungut pun tidak.Moga Allah beri hidayah pada si mat rempit yang langgar Tuk tempohari. Moga Allah menjaga dan menyejukkan hati saya yang terbakar ini.
__________________________________________________________________________________

hmm.... ape yer saya nak berkongsi harini, tadi pi lawat blog Dr Irfan... ada sesuatu yang berguna utk peringatan saya

TIP BERSAMA DR IRFAN KHAIRI:

Kata Confucius (bukan konfius), “A man who chases two rabbits catches none”

Fokus kepada kerja yang anda ingin lakukan atau matlamat yang ingin anda capai. Sering saya mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea...berpuluh-puluh idea perniagaan. Kesemuanya membuat dirinya teruja/excited.

Tetapi, masalahnya adalah tidak fokus! Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan tersebut terlaksana.

Kadang-kala saya juga terjerat dalam keadaan ini. terlalu banyak idea untuk diimplementasikan, sehingga satu pun tak menjadi diimplimentasikan oleh kerana tidak memberi fokus.

Jadi, benar apa kata Confucius. Kalau kejar dua arnab, nanti satu pun tak dapat! peringatan untuk saya sendiri juga

Sunday, February 18, 2007

Raiyan

Pesanan dari Wan Raiyan Nusaibah untuk makciknya, Wan Aisyah di Ireland dengan pesanan, "Mck Aisyah, ni Aibah pakai baju yang Mck Aisyah bagi, tq mck aisyah".

p/s: Aisyah, guess wat....she can shout your name clearly. "Aisyah"



Pose istimewa untuk tetamu kedai potostat :)

Friday, February 16, 2007

Kek Batik Butter

Berkenaan kek batik butter saya kini, penerimaan melebihi pengeluaran jadinya. Saya semakin tidak sempat membuat semuanya. terkejar-kejar pula. Dalam minggu ini, saya sibuk dengan kursus Mara, jadi saya mengupah kawan-kawan adik (lepasan SPM) untuk bekerja sementara saya berkursus. Alhamdulillah, ok sedikit.Tapi mereka hanya mahu bekerja selama seminggu saja, sekadar menggantikan saya yang sedang berkursus. Nampaknya saya perlu mencari pekerja baru yang betul-betul berminat. aduh, siapa la saya nak cari ek? Sempat lagi kot buat masa ni.
Raya Cina ni cuti 4 hari. Seronoknya cuti:). Kebetulan ipt dan sekolah cuti, so tiada permintaan kek batik di koperasi.
hmm... saya ingatkan kerja sendiri lebih rileks dan santai, rupa-rupanya lagi sibuk! agaknya macam saya ni,orang yang baru nak mula. Merangkak-rangkak terkejar ke sana sini. Sorang buat 4-5 kerja pulak.
Tshirt labuh, macam tak percaya salesnya. Kedai saya diserbu cikgu-cikgu sekolah. Minggu ni, minggu sukan rupanya. Saya memang tak sempat nak buat round ke sekolah-sekolah. Inshallah,tahun depan saya akan lebih bersedia. Buat stok seawal mungkin. Supaya orang mencari takde le kalut sangat macam tahun ni. huhu. Bukan setakat tshirt kosong saya aje,bahkan tshirt brotherhood pun laris.hiks. Experience is not da best teacher, but its only teacher. Pengalaman adalah guru kita.

Berakhir kursus

Harini merupakan hari terakhir Kursus Asas Perniagaan yang dianjurkan oleh Mara Negeri Perlis yang diadakan selama 4 hari (12-15 Feb). Banyak yang saya pelajari selain peluang-peluang dan sumber bantuan Mara, saya juga dapat ramai kawan baru. Betul kata Dr Irfan, kalo berada di kalangan kawan-kawan yang punyai semangat usahawan, kita pun turut teruja sama.
Kalo sebelum ini, saya memang berada di kalangan orang-orang bukan usahawan/bisnes iaitu di kalangan sahabat yang professional/kerja makan gaji. Saya rasa kadang-kadang rendah diri aje kerana saya bekerja sendiri.
Sepatutnya saya tak patut berfikiran macam tu kan!! ish... Saya seharusnya rasa berbangga kerana bekerja sendiri dan tidak makan gaji. Tidak perlu bergantung pada orang lain dan berani menghadapi risiko.
Memang diperingkat permulaan, agak susah. Kurang sana sini. Kalo senang, semua orang nak berniaga ye tak?
Saya rasa kagum dan bersemangat semasa Pengurus Hafifah Frozen Sdn Bhd yang sudi datang berkongsi pengalaman beliau. En Hazizan, saya dari dulu lagi teringin nak dengar pengalaman dan kejayaan encik suami isteri menguruskan Pasaraya Hafifah. Harini tercapai hasrat saya :)
Buat peserta kursus, kita akan bertemu lagi insyallah,Perlis ni kecik aje. Mereka ini semua memiliki perniagaan masing-masing. Ada yang bukak kedai gunting rambut, kedai kecantikan, kedai jahit, kedai bakeri, kedai runcit, bundle, kedai komputer. Hebat-hebat belaka. Menjalin persahabatan dengan mereka, untung-untung dapat diskaun bila ke kedai mereka nanti :)
Yang bestnyer... our business coach (penceramah jemputan MARA), En Alauddin bgtau pihak mara katanya, peserta kursus kalini pandai-pandai belaka.haha.Boleh tahan jugak kami-kami ni.


Saya ler tu! hehe. Menerima sijil dari Tim Pengarah Mara Negeri


Para peserta yang sporting with Tim Pengarah negeri

Thursday, February 15, 2007

Syukur Alhamdulillah

Syukur teramat pabila membaca surat tawaran dari Mara. Bulan lepas suami pergi interbiu kat pejabat Mara Negeri Perlis berkenaan permohonan kami untuk menyewa kedai buku di sebuah lot kedai di Plaza Mara Utan Aji berjaya. Masyallah,Saya excited sangat. Serasanya mahu saya beritahu dunia yang saya dah dapat kedai buku.haha. Pengarah Mara begitu impress dan mencadangkan supaya membuka kedai buku ala-ala MPH. hehe. Lepasni kena selalu hadiri kursus Mara untuk memudahkan dapat bantuan dan pinjaman.
Saya mula memasang angan- angan............

Tuesday, February 13, 2007

Pertama Kali

Ya, sejak berkahwin selama 3 tahun ni,inilah pertama kali saya menaiki bas bersama suami tercinta. Kemana? ke KL, tujuan untuk membeli stok buah buku dan qur'an tafsir. quran syamil di Perlis sungguh laku, ramai yang order. jadinya terpaksa turun ke KL. kelakar... pergi rabu malam, tido dalam bas, sampai jam 5 pagi hari Khamis, mandi n solat kat Masjid Jamek, then singgah makan roti canai kedai mamak, tunggu jap sampai kedai-kedai buku buka. Shopping buku di Pustaka Indonesia dan Pustaka Fajar Ilmu Baru merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan. Boleh gila menatap buku. Rasa nak beli aje satu kedai tu. Sementara tu saya sempat shopping tudung di kedai2 tudung jalan TAR tu. Beli tudung bawak balik jual di Perlis. Jual kat adik-adik Uitm, laku woo. Tambahan budak2 tu tengah kaya sebab dapat PTPTN skarang ni.hehe.
Sudah berabis membeli buku, sehingga 4 kotak, 1 beg plastik. Letih yakmat mengangkat buku-buku yang berat. Dari satu tempat ke satu tempat. Memenatkan, tapi akan dijadikan kenangan terindah.hehe. Bila terkenangkan semula, pasti tergelak. Pengalaman membeli stok buku naik bas ekpres aje.
Balik semula ke Perlis khamis malam. waktu yang paling pantas dalam sejarah hidup saya berada di KL. Kredit to Mara Liner. Selesa n best.


Memiliki kedai buku sebegini adalah impian saya suatu hari nanti... amin!!


Ribuan buku di Pustaka Fajar Ilmu Baru, best betoi kalo dapat berkampung kat sini :)


Dua model di hadapan Pustaka Fajar Ilmu Baru :)

Saturday, February 03, 2007

Target !

Sudah masuk februari, alhamdulillah, sasaran saya semakin mengena. Walaupun ada sasaran yang tersasar :). Produk saya di bulan Januari saya sasarkan dalam seminggu hanya 15 set kek batik butter. Tapi akan bertambah sekali ganda dalam bulan ini, iaitu sebanyak 30 set dalam seminggu. Bermakna sehari saya perlu mengeluarkan sebanyak 6 set kek batik butter.
Semalam berjalan lagi ke serata jajahan Arau :), ada pertambahan tempat. Di SMKA Arau n Politeknik serta pertambahan agent di Uitm. di Matrik dan SMK Dato' Sheikh, produk yang saya supply tak mencukupi ;)so kena tambah jadi seminggu 2 kali. Di Politeknik, esok start masuk produk. Doakan saya ye :)
Alang-alang melawat kawasan ni, kami terus ke beberapa sekolah di Kangar. Kalo sebelumni kami tuju ke koperasi sekolah, tapi disebabkan koperasi di beberapa buah sekolah tidak menerima barang basah, kami try la ke kantin sekolah, deal dengan kantin susah sikit. lagipun saya tak target kantin sebab memang tau diorg ni akan buat sendiri produk makanan diorang. tapi suami saya ni suka dok pi tanya, saja nak dengar alasan mereka. akhirnya, kami berjaya mengumpul beberapa alasan dari beberapa kantin sekolah. Bukannya mengumpul pesanan produk.haha. Bestnya, setiap kantin punyai alasan berbeza. Kelakar juga.
Dalam 5 buah sekolah yang saya pergi semalam, ada 2 sahaja koperasi yang confirm menerima produk saya. Ada kemajuan :), jangan segan bertanya. Mula-mula rasa frust juga sebab memang saya target kelima buah sekolah tersebut. Dahle pi melawat masa tengahari panas terik, so jika jwpn negatif...tentulah terasa juga. Tapi abang kata, "ala...rilek le... baru 5 buah sekolah, ada 30 buah sekolah menengah kat Perlis ni yang kita belum jejak lagi". hehe.
Harini kebetulan sungguh, Cikgu Karim (kawan ayah) seorang guru koop di MRSM, meminta saya meletakkan produk di koop MRSM. Yes! dapat lagi satu. Sebelah petangnya suami Nizah sms, mintak datang ke cafe KTP (Kolej Teknologi Perlis) katanya tokeh cafe tu adalah rakannya, dia minta saya pergi tunjuk sample produk di sana. di KTP ada dua cafe satu cafe staff/students dan satu lagi cafe di kolej (asrama) mereka.
Hmm... sasaran saya akan datang adalah Unimaps (Universiti Malaysia Perlis), cemana nak masuk tu... kalo dapat cari kaki/agent macam dok buat kat Uitm tu pun bagus juga :). Moga Allah permudahkan urusan saya.
Alhamdulillah...saya punyai ramai kawan dan sedara mara yang memang ikhlas niat nak membantu luaskan bisnes saya. dan mereka inilah juga yang menjadi pelanggan tetap fotostat di kedai saya. jadi tukang tolong kumpul bahan yang nak difotostat di tempat keje masing-masing pun ada :), then mereka hantar ke kedai saya.Terima kasih semua. Moga Allah merahmati anda semua. hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik kalian.

p/s: Tahniah Nizah dapat kuaters Politeknik. Dah duduk kat dalam sana tu, leh la saya pi lepak selalu yer :), lepak ada makna tu Nizah. hehe

Friday, February 02, 2007

Syukur...

Harini buat pertama kalinya saya menerima gaji dari company sendiri :). Kelakar pun ada, walaupun gaji takla sebanyak mana pun. Tapi rasa seronok sangat. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya saya dapat merasakan sedikit keuntungan hasil kerja/perniagaan saya. Saya kena belajar untuk mendisiplinkan diri, tak boleh amik duit company sesuka hati untuk berbelanja. Ambil sekadar gaji sahaja. Memang saya seorang yang suka sangat shopping, hmm... saya kena juga latihkan diri saya. Tapi bukan bermakna saya meninggalkan hobi yang satu itu! Sekali sekala kena bagi anugerah (shopping) untuk diri sendiri kan! :)

Dah lama saya tak godek2 blog Dr Irfan, harini saya jumpa senarai ini sebagai motivasi untuk diri supaya lebih maju. Walaupun tak semua boleh saya ikut, atleast saya amik 5 kekuatan utama yang perlu ada pada diri:

Faktor-faktor Jutawan oleh Dr. Thomas Stanley

1. Being honest with all people
2. Being well discipline
3. Getting along with others
4. Having a supportive spouse (husband/wife)
5. Working harder than most people
6. Loving my carreer / business
7. Having strong leadership qualities
8. Having a very competitive spirit / personality
9. Being very well organized
10. Having the ability to sell my ideas / products
11. Making wise investments
12. Seeing opportunities other do not see
13. Being my own boss
14. Willing to take financial risk given the right return
15. Having good mentors
16. Having the urge to be well respected
17. Investing in own business
18. Finding profitable niche
19. Having extraordinary energy
20. Being physically fit

Kesemua senarai tu tak semua saya ada.huhu. So, belum boleh nak jadi jutawanla. setakat berangan-berangan.haha. by da way.. ada 5 kekuatan yang saya yang ada , buat masa sekarangni ialah:

1. Being honest with all people
2. Having a supportive spouse (husband/wife)
3. Having the ability to sell my products
4. Loving my carreer / business
5. Working harder than most people (ni ntah le kadang-kadang aje,hehe)

Thursday, February 01, 2007

Subject: CNBC interview with Warren Buffett

i got this, from Sarah's blog.

There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffett, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life:

1) He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!
2) He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.
3) He still lives in the same small 3 bedroom house in mid-town Omaha, that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.
4) He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.
5) He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.
6) His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.
7) He has given his CEO's only two rules. Rule number 1: do not lose any of your share holders' money. Rule number 2: Do not forget rule number 1.
8) He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch television.
9) Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. So he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.
10) Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.
11) His advice to young people: Stay away from credit cards and invest in yourself.
Amazing individual indeed.....

 
blog template by suckmylolly.com