thePencil.org Ar RaiYan: Kek Batik Butter

Friday, February 16, 2007

Kek Batik Butter

Berkenaan kek batik butter saya kini, penerimaan melebihi pengeluaran jadinya. Saya semakin tidak sempat membuat semuanya. terkejar-kejar pula. Dalam minggu ini, saya sibuk dengan kursus Mara, jadi saya mengupah kawan-kawan adik (lepasan SPM) untuk bekerja sementara saya berkursus. Alhamdulillah, ok sedikit.Tapi mereka hanya mahu bekerja selama seminggu saja, sekadar menggantikan saya yang sedang berkursus. Nampaknya saya perlu mencari pekerja baru yang betul-betul berminat. aduh, siapa la saya nak cari ek? Sempat lagi kot buat masa ni.
Raya Cina ni cuti 4 hari. Seronoknya cuti:). Kebetulan ipt dan sekolah cuti, so tiada permintaan kek batik di koperasi.
hmm... saya ingatkan kerja sendiri lebih rileks dan santai, rupa-rupanya lagi sibuk! agaknya macam saya ni,orang yang baru nak mula. Merangkak-rangkak terkejar ke sana sini. Sorang buat 4-5 kerja pulak.
Tshirt labuh, macam tak percaya salesnya. Kedai saya diserbu cikgu-cikgu sekolah. Minggu ni, minggu sukan rupanya. Saya memang tak sempat nak buat round ke sekolah-sekolah. Inshallah,tahun depan saya akan lebih bersedia. Buat stok seawal mungkin. Supaya orang mencari takde le kalut sangat macam tahun ni. huhu. Bukan setakat tshirt kosong saya aje,bahkan tshirt brotherhood pun laris.hiks. Experience is not da best teacher, but its only teacher. Pengalaman adalah guru kita.

4 comments:

Amiene Rev said...

Alhamdulillah, murah rezekinya.

Anonymous said...

Terima kasih,amin.... ya rabb!

Anonymous said...

nizah has sent you a link to a blog:

Alhamdulillah..rs trharu + bahagia baca blog ni.Syukur ALLAH bg kekuatan pd najah hari demi hari. Hepi bila najah hepi n dpt semangat sbegini. Kalu nizah kat tempat najah pun nizah xsekuat ni.najah boleh! Syukur najah banyak supporter especially suami yang selalu di sisi.Tahniah sahabatku!

Blog: Ar RaiYan
Post: Kek Batik Butter
Link: http://raiyanz.blogspot.com/2007/02/kek-batik-butter.html

Anonymous said...

Alhmdllh.Rasa trharu + bahagia baca blog ni.Syukur ALLAH bg kekuatan pada najah. Nizah rasa gembira bila najah gembira dan dapat semangat yang sebegini.

Blog: Ar RaiYan
Post: Kek Batik Butter
Link: http://raiyanz.blogspot.com/2007/02/kek-batik-butter.html

 
blog template by suckmylolly.com