thePencil.org Ar RaiYan: Pertama Kali

Tuesday, February 13, 2007

Pertama Kali

Ya, sejak berkahwin selama 3 tahun ni,inilah pertama kali saya menaiki bas bersama suami tercinta. Kemana? ke KL, tujuan untuk membeli stok buah buku dan qur'an tafsir. quran syamil di Perlis sungguh laku, ramai yang order. jadinya terpaksa turun ke KL. kelakar... pergi rabu malam, tido dalam bas, sampai jam 5 pagi hari Khamis, mandi n solat kat Masjid Jamek, then singgah makan roti canai kedai mamak, tunggu jap sampai kedai-kedai buku buka. Shopping buku di Pustaka Indonesia dan Pustaka Fajar Ilmu Baru merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan. Boleh gila menatap buku. Rasa nak beli aje satu kedai tu. Sementara tu saya sempat shopping tudung di kedai2 tudung jalan TAR tu. Beli tudung bawak balik jual di Perlis. Jual kat adik-adik Uitm, laku woo. Tambahan budak2 tu tengah kaya sebab dapat PTPTN skarang ni.hehe.
Sudah berabis membeli buku, sehingga 4 kotak, 1 beg plastik. Letih yakmat mengangkat buku-buku yang berat. Dari satu tempat ke satu tempat. Memenatkan, tapi akan dijadikan kenangan terindah.hehe. Bila terkenangkan semula, pasti tergelak. Pengalaman membeli stok buku naik bas ekpres aje.
Balik semula ke Perlis khamis malam. waktu yang paling pantas dalam sejarah hidup saya berada di KL. Kredit to Mara Liner. Selesa n best.


Memiliki kedai buku sebegini adalah impian saya suatu hari nanti... amin!!


Ribuan buku di Pustaka Fajar Ilmu Baru, best betoi kalo dapat berkampung kat sini :)


Dua model di hadapan Pustaka Fajar Ilmu Baru :)

2 comments:

SMM said...

askm akak, satu lg pengangkutan yg boleh dicuba ialah ktm train (sleeper bed). walaupun lebih slow drpd bas, tapi murah & sgt selesa berdasarkan pengalaman saya... a good night sleep, before (and after) a hard day's work in kl! :)

Anonymous said...

best juga yer...boleh cuba nih!!

 
blog template by suckmylolly.com