Kalini lama saya bercuti.Balik penang, jaga Tuk. Tuk saya (nenek Nusaibah) kemalangan. Dilanggar lari oleh mat rempit. Kesian tuk, sampai patah tangan kena langgar. Laju betul motor budaktu, mat rempit la katakan.hampeh betoi. Ikutkan hati, ingin saya tembak aja kepalanya. Tuk saya bukan lintas jalan pun, jalan tepi sebelah jalan. Baru pulang dari kenduri jiran di hujung kampung.Dilanggar dari belakang.
Kami membawa tuk pulang ke Penang selepas mendapat rawatan hospital. Tuk saya tanak tinggal lama-lama di hospital. Lagipun, pakar tulang bercuti.... cuti raya cina. Lepas raya bercadang untuk membawa tuk ke hospital semula. Kata Tuk,Tuk mahu berubat cara kampung aja. Moga tuk cepat sembuh.
Kami semua naik angin, menyumpah-nyumpah si mat rempit. Tapi Tuk diam aje, merungut pun tidak.Moga Allah beri hidayah pada si mat rempit yang langgar Tuk tempohari. Moga Allah menjaga dan menyejukkan hati saya yang terbakar ini.
__________________________________________________________________________________
hmm.... ape yer saya nak berkongsi harini, tadi pi lawat blog Dr Irfan... ada sesuatu yang berguna utk peringatan saya
TIP BERSAMA DR IRFAN KHAIRI:
Kata Confucius (bukan konfius), “A man who chases two rabbits catches none”
Fokus kepada kerja yang anda ingin lakukan atau matlamat yang ingin anda capai. Sering saya mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea...berpuluh-puluh idea perniagaan. Kesemuanya membuat dirinya teruja/excited.
Tetapi, masalahnya adalah tidak fokus! Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan tersebut terlaksana.
Kadang-kala saya juga terjerat dalam keadaan ini. terlalu banyak idea untuk diimplementasikan, sehingga satu pun tak menjadi diimplimentasikan oleh kerana tidak memberi fokus.
Jadi, benar apa kata Confucius. Kalau kejar dua arnab, nanti satu pun tak dapat! peringatan untuk saya sendiri juga
Friday, February 23, 2007
Cuti bersama Tuk
Labels:
cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam,
1st time tinggalkan msg. kdg2 ummi pun geram dengan mat rempit ni. kalau tak menyusahkan orang tak pe ni dah menyusahkan semua org. tambah2 lagi bila melibatkan kemalangan dan kematian. kat rumah ummi malam2 diaorg suka naik moto laju2. dah le bunyi moto tu buat sakit telinga je. bebel plak ummi. he3x.
ummi doakan semoga tok raiyan cepat sembuh. Amin.
Thanks ummi,bersamala kita doakan moga Allah bg hidayah pd mat2 rempit ni agar mereka bertanggungjwb dan tak buang masa begitu saja.
Kesian kan kalau orang tua kena langgar sampai patah kaki and tangan semua. Nasib tuk akak same lah ngan atok eyzzah. Kena langgar ngan mat rempit. Beza nye atok eyzzah patah kaki and atok akak patah tangan. Kena langgar masa tengah jalan kaki nak gi solat terawih. Kesian sangat tau.
tu la,dah byk kali dgr kes mcm ni.Rasa panas hati jugak dek gelagat mereka ni
Post a Comment