Kalini lama saya bercuti.Balik penang, jaga Tuk. Tuk saya (nenek Nusaibah) kemalangan. Dilanggar lari oleh mat rempit. Kesian tuk, sampai patah tangan kena langgar. Laju betul motor budaktu, mat rempit la katakan.hampeh betoi. Ikutkan hati, ingin saya tembak aja kepalanya. Tuk saya bukan lintas jalan pun, jalan tepi sebelah jalan. Baru pulang dari kenduri jiran di hujung kampung.Dilanggar dari belakang.
Kami membawa tuk pulang ke Penang selepas mendapat rawatan hospital. Tuk saya tanak tinggal lama-lama di hospital. Lagipun, pakar tulang bercuti.... cuti raya cina. Lepas raya bercadang untuk membawa tuk ke hospital semula. Kata Tuk,Tuk mahu berubat cara kampung aja. Moga tuk cepat sembuh.
Kami semua naik angin, menyumpah-nyumpah si mat rempit. Tapi Tuk diam aje, merungut pun tidak.Moga Allah beri hidayah pada si mat rempit yang langgar Tuk tempohari. Moga Allah menjaga dan menyejukkan hati saya yang terbakar ini.
__________________________________________________________________________________
hmm.... ape yer saya nak berkongsi harini, tadi pi lawat blog Dr Irfan... ada sesuatu yang berguna utk peringatan saya
TIP BERSAMA DR IRFAN KHAIRI:
Kata Confucius (bukan konfius), “A man who chases two rabbits catches none”
Fokus kepada kerja yang anda ingin lakukan atau matlamat yang ingin anda capai. Sering saya mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea...berpuluh-puluh idea perniagaan. Kesemuanya membuat dirinya teruja/excited.
Tetapi, masalahnya adalah tidak fokus! Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan tersebut terlaksana.
Kadang-kala saya juga terjerat dalam keadaan ini. terlalu banyak idea untuk diimplementasikan, sehingga satu pun tak menjadi diimplimentasikan oleh kerana tidak memberi fokus.
Jadi, benar apa kata Confucius. Kalau kejar dua arnab, nanti satu pun tak dapat! peringatan untuk saya sendiri juga
Friday, February 23, 2007
Cuti bersama Tuk
Sunday, February 18, 2007
Raiyan
Pesanan dari Wan Raiyan Nusaibah untuk makciknya, Wan Aisyah di Ireland dengan pesanan, "Mck Aisyah, ni Aibah pakai baju yang Mck Aisyah bagi, tq mck aisyah".
p/s: Aisyah, guess wat....she can shout your name clearly. "Aisyah"
Pose istimewa untuk tetamu kedai potostat :)
Friday, February 16, 2007
Kek Batik Butter
Berkenaan kek batik butter saya kini, penerimaan melebihi pengeluaran jadinya. Saya semakin tidak sempat membuat semuanya. terkejar-kejar pula. Dalam minggu ini, saya sibuk dengan kursus Mara, jadi saya mengupah kawan-kawan adik (lepasan SPM) untuk bekerja sementara saya berkursus. Alhamdulillah, ok sedikit.Tapi mereka hanya mahu bekerja selama seminggu saja, sekadar menggantikan saya yang sedang berkursus. Nampaknya saya perlu mencari pekerja baru yang betul-betul berminat. aduh, siapa la saya nak cari ek? Sempat lagi kot buat masa ni.
Raya Cina ni cuti 4 hari. Seronoknya cuti:). Kebetulan ipt dan sekolah cuti, so tiada permintaan kek batik di koperasi.
hmm... saya ingatkan kerja sendiri lebih rileks dan santai, rupa-rupanya lagi sibuk! agaknya macam saya ni,orang yang baru nak mula. Merangkak-rangkak terkejar ke sana sini. Sorang buat 4-5 kerja pulak.
Tshirt labuh, macam tak percaya salesnya. Kedai saya diserbu cikgu-cikgu sekolah. Minggu ni, minggu sukan rupanya. Saya memang tak sempat nak buat round ke sekolah-sekolah. Inshallah,tahun depan saya akan lebih bersedia. Buat stok seawal mungkin. Supaya orang mencari takde le kalut sangat macam tahun ni. huhu. Bukan setakat tshirt kosong saya aje,bahkan tshirt brotherhood pun laris.hiks. Experience is not da best teacher, but its only teacher. Pengalaman adalah guru kita.
Berakhir kursus
Harini merupakan hari terakhir Kursus Asas Perniagaan yang dianjurkan oleh Mara Negeri Perlis yang diadakan selama 4 hari (12-15 Feb). Banyak yang saya pelajari selain peluang-peluang dan sumber bantuan Mara, saya juga dapat ramai kawan baru. Betul kata Dr Irfan, kalo berada di kalangan kawan-kawan yang punyai semangat usahawan, kita pun turut teruja sama.
Kalo sebelum ini, saya memang berada di kalangan orang-orang bukan usahawan/bisnes iaitu di kalangan sahabat yang professional/kerja makan gaji. Saya rasa kadang-kadang rendah diri aje kerana saya bekerja sendiri.
Sepatutnya saya tak patut berfikiran macam tu kan!! ish... Saya seharusnya rasa berbangga kerana bekerja sendiri dan tidak makan gaji. Tidak perlu bergantung pada orang lain dan berani menghadapi risiko.
Memang diperingkat permulaan, agak susah. Kurang sana sini. Kalo senang, semua orang nak berniaga ye tak?
Saya rasa kagum dan bersemangat semasa Pengurus Hafifah Frozen Sdn Bhd yang sudi datang berkongsi pengalaman beliau. En Hazizan, saya dari dulu lagi teringin nak dengar pengalaman dan kejayaan encik suami isteri menguruskan Pasaraya Hafifah. Harini tercapai hasrat saya :)
Buat peserta kursus, kita akan bertemu lagi insyallah,Perlis ni kecik aje. Mereka ini semua memiliki perniagaan masing-masing. Ada yang bukak kedai gunting rambut, kedai kecantikan, kedai jahit, kedai bakeri, kedai runcit, bundle, kedai komputer. Hebat-hebat belaka. Menjalin persahabatan dengan mereka, untung-untung dapat diskaun bila ke kedai mereka nanti :)
Yang bestnyer... our business coach (penceramah jemputan MARA), En Alauddin bgtau pihak mara katanya, peserta kursus kalini pandai-pandai belaka.haha.Boleh tahan jugak kami-kami ni.
Saya ler tu! hehe. Menerima sijil dari Tim Pengarah Mara Negeri
Para peserta yang sporting with Tim Pengarah negeri
Thursday, February 15, 2007
Syukur Alhamdulillah
Syukur teramat pabila membaca surat tawaran dari Mara. Bulan lepas suami pergi interbiu kat pejabat Mara Negeri Perlis berkenaan permohonan kami untuk menyewa kedai buku di sebuah lot kedai di Plaza Mara Utan Aji berjaya. Masyallah,Saya excited sangat. Serasanya mahu saya beritahu dunia yang saya dah dapat kedai buku.haha. Pengarah Mara begitu impress dan mencadangkan supaya membuka kedai buku ala-ala MPH. hehe. Lepasni kena selalu hadiri kursus Mara untuk memudahkan dapat bantuan dan pinjaman.
Saya mula memasang angan- angan............
Tuesday, February 13, 2007
Pertama Kali
Ya, sejak berkahwin selama 3 tahun ni,inilah pertama kali saya menaiki bas bersama suami tercinta. Kemana? ke KL, tujuan untuk membeli stok buah buku dan qur'an tafsir. quran syamil di Perlis sungguh laku, ramai yang order. jadinya terpaksa turun ke KL. kelakar... pergi rabu malam, tido dalam bas, sampai jam 5 pagi hari Khamis, mandi n solat kat Masjid Jamek, then singgah makan roti canai kedai mamak, tunggu jap sampai kedai-kedai buku buka. Shopping buku di Pustaka Indonesia dan Pustaka Fajar Ilmu Baru merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan. Boleh gila menatap buku. Rasa nak beli aje satu kedai tu. Sementara tu saya sempat shopping tudung di kedai2 tudung jalan TAR tu. Beli tudung bawak balik jual di Perlis. Jual kat adik-adik Uitm, laku woo. Tambahan budak2 tu tengah kaya sebab dapat PTPTN skarang ni.hehe.
Sudah berabis membeli buku, sehingga 4 kotak, 1 beg plastik. Letih yakmat mengangkat buku-buku yang berat. Dari satu tempat ke satu tempat. Memenatkan, tapi akan dijadikan kenangan terindah.hehe. Bila terkenangkan semula, pasti tergelak. Pengalaman membeli stok buku naik bas ekpres aje.
Balik semula ke Perlis khamis malam. waktu yang paling pantas dalam sejarah hidup saya berada di KL. Kredit to Mara Liner. Selesa n best.
Memiliki kedai buku sebegini adalah impian saya suatu hari nanti... amin!!
Ribuan buku di Pustaka Fajar Ilmu Baru, best betoi kalo dapat berkampung kat sini :)
Dua model di hadapan Pustaka Fajar Ilmu Baru :)
Saturday, February 03, 2007
Target !
Sudah masuk februari, alhamdulillah, sasaran saya semakin mengena. Walaupun ada sasaran yang tersasar :). Produk saya di bulan Januari saya sasarkan dalam seminggu hanya 15 set kek batik butter. Tapi akan bertambah sekali ganda dalam bulan ini, iaitu sebanyak 30 set dalam seminggu. Bermakna sehari saya perlu mengeluarkan sebanyak 6 set kek batik butter.
Semalam berjalan lagi ke serata jajahan Arau :), ada pertambahan tempat. Di SMKA Arau n Politeknik serta pertambahan agent di Uitm. di Matrik dan SMK Dato' Sheikh, produk yang saya supply tak mencukupi ;)so kena tambah jadi seminggu 2 kali. Di Politeknik, esok start masuk produk. Doakan saya ye :)
Alang-alang melawat kawasan ni, kami terus ke beberapa sekolah di Kangar. Kalo sebelumni kami tuju ke koperasi sekolah, tapi disebabkan koperasi di beberapa buah sekolah tidak menerima barang basah, kami try la ke kantin sekolah, deal dengan kantin susah sikit. lagipun saya tak target kantin sebab memang tau diorg ni akan buat sendiri produk makanan diorang. tapi suami saya ni suka dok pi tanya, saja nak dengar alasan mereka. akhirnya, kami berjaya mengumpul beberapa alasan dari beberapa kantin sekolah. Bukannya mengumpul pesanan produk.haha. Bestnya, setiap kantin punyai alasan berbeza. Kelakar juga.
Dalam 5 buah sekolah yang saya pergi semalam, ada 2 sahaja koperasi yang confirm menerima produk saya. Ada kemajuan :), jangan segan bertanya. Mula-mula rasa frust juga sebab memang saya target kelima buah sekolah tersebut. Dahle pi melawat masa tengahari panas terik, so jika jwpn negatif...tentulah terasa juga. Tapi abang kata, "ala...rilek le... baru 5 buah sekolah, ada 30 buah sekolah menengah kat Perlis ni yang kita belum jejak lagi". hehe.
Harini kebetulan sungguh, Cikgu Karim (kawan ayah) seorang guru koop di MRSM, meminta saya meletakkan produk di koop MRSM. Yes! dapat lagi satu. Sebelah petangnya suami Nizah sms, mintak datang ke cafe KTP (Kolej Teknologi Perlis) katanya tokeh cafe tu adalah rakannya, dia minta saya pergi tunjuk sample produk di sana. di KTP ada dua cafe satu cafe staff/students dan satu lagi cafe di kolej (asrama) mereka.
Hmm... sasaran saya akan datang adalah Unimaps (Universiti Malaysia Perlis), cemana nak masuk tu... kalo dapat cari kaki/agent macam dok buat kat Uitm tu pun bagus juga :). Moga Allah permudahkan urusan saya.
Alhamdulillah...saya punyai ramai kawan dan sedara mara yang memang ikhlas niat nak membantu luaskan bisnes saya. dan mereka inilah juga yang menjadi pelanggan tetap fotostat di kedai saya. jadi tukang tolong kumpul bahan yang nak difotostat di tempat keje masing-masing pun ada :), then mereka hantar ke kedai saya.Terima kasih semua. Moga Allah merahmati anda semua. hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik kalian.
p/s: Tahniah Nizah dapat kuaters Politeknik. Dah duduk kat dalam sana tu, leh la saya pi lepak selalu yer :), lepak ada makna tu Nizah. hehe
Friday, February 02, 2007
Syukur...
Harini buat pertama kalinya saya menerima gaji dari company sendiri :). Kelakar pun ada, walaupun gaji takla sebanyak mana pun. Tapi rasa seronok sangat. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya saya dapat merasakan sedikit keuntungan hasil kerja/perniagaan saya. Saya kena belajar untuk mendisiplinkan diri, tak boleh amik duit company sesuka hati untuk berbelanja. Ambil sekadar gaji sahaja. Memang saya seorang yang suka sangat shopping, hmm... saya kena juga latihkan diri saya. Tapi bukan bermakna saya meninggalkan hobi yang satu itu! Sekali sekala kena bagi anugerah (shopping) untuk diri sendiri kan! :)
Dah lama saya tak godek2 blog Dr Irfan, harini saya jumpa senarai ini sebagai motivasi untuk diri supaya lebih maju. Walaupun tak semua boleh saya ikut, atleast saya amik 5 kekuatan utama yang perlu ada pada diri:
Faktor-faktor Jutawan oleh Dr. Thomas Stanley
1. Being honest with all people
2. Being well discipline
3. Getting along with others
4. Having a supportive spouse (husband/wife)
5. Working harder than most people
6. Loving my carreer / business
7. Having strong leadership qualities
8. Having a very competitive spirit / personality
9. Being very well organized
10. Having the ability to sell my ideas / products
11. Making wise investments
12. Seeing opportunities other do not see
13. Being my own boss
14. Willing to take financial risk given the right return
15. Having good mentors
16. Having the urge to be well respected
17. Investing in own business
18. Finding profitable niche
19. Having extraordinary energy
20. Being physically fit
Kesemua senarai tu tak semua saya ada.huhu. So, belum boleh nak jadi jutawanla. setakat berangan-berangan.haha. by da way.. ada 5 kekuatan yang saya yang ada , buat masa sekarangni ialah:
1. Being honest with all people
2. Having a supportive spouse (husband/wife)
3. Having the ability to sell my products
4. Loving my carreer / business
5. Working harder than most people (ni ntah le kadang-kadang aje,hehe)
Thursday, February 01, 2007
Subject: CNBC interview with Warren Buffett
i got this, from Sarah's blog.
There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffett, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life:
1) He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!
2) He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.
3) He still lives in the same small 3 bedroom house in mid-town Omaha, that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.
4) He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.
5) He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.
6) His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.
7) He has given his CEO's only two rules. Rule number 1: do not lose any of your share holders' money. Rule number 2: Do not forget rule number 1.
8) He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch television.
9) Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. So he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.
10) Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.
11) His advice to young people: Stay away from credit cards and invest in yourself.
Amazing individual indeed.....
Thursday, January 25, 2007
Ayat-Ayat Cinta

Usai sudah saya membaca sebuah novel cinta Islami. Ayat- Ayat Cinta. Dibeli sebulan yang lalu namun sengaja saya membaca di malam hari ulangtahun saya :). Bergenang air mata sekali sekala pabila membaca novel ini. Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib.Inilah kisah cinta sebetulnya yang harus dilaksanakan. Cinta yang dizahirkan penuh barakah. Cinta setelah dihalalkan apa yang sebelum ini di haramkan. Anak-anak muda! bacalah buku ini, contohilah kisah mereka. Andainya ada orang seperti Fahri, sudah saya ambil jadi menantu :)
Thanks abang for da special gift. Saya kira itu adalah hadiah besday emergency dalam hidup saya :), suami cukup sibuk dengan pembentangan proposal tesisnya sehingga dia capai aje hadiah yang ada di kedai. A box of ferrero rocher. Abang kata, bila beli coklat ni, teringat hadiah hantaran masa kawen dulu :)
Ulang tahun kalini, hati saya berdebar-debar pada malam hari ulang tahun. Saya terlalu teringatkan arwah ayah saya. Arwah ayah saya meninggal pada malam hari ulangtahunnya. Saya kira... saya pun seperti itu juga. hati saya berdebar- debar. Sempat lagi kah saya menatap matahari esok? hanya itu yang bermain di fikiran. Sungguh, saya tidak pernah merasakan perasan sebegini sebelum ini. saya sungguh takut.Ampunkanlah dosa saya ya Allah. saya selalu lalai dengan hal keduniaan. Allah masih memberi peluang pada saya untuk meneruskan kehidupan yang entah sampai bila. Mungkin sehingga tahun depan? bulan depan? atau... minggu depan? sedih, tiada lagi sms dari ayah diwaktu pagi mengucapkan ulang tahun saya....Saya terlalu merindui ayah... oh tuhan...
Terima kasih rakan-rakan usrah yang menggembirakan. Sedikit sebanyak menenangkan perasaan ini. Ulangtahun Januari ada 2 lagi rakan yang sama bulan dengan saya. Masyitah n Mck Zinira. So kind masyi masakkan juadah spagetti bolognise. My favourite food. Kalo jumpa spagetti, saya tak makan menda lain dah :)
