thePencil.org Ar RaiYan: Tulislah dengan Betul Melambangkan Imej Bisnes Kita

Wednesday, February 06, 2008

Tulislah dengan Betul Melambangkan Imej Bisnes Kita

Saya... sepertimana orang lain juga mungkin, suka menulis entry/karangan/mesej dengan bahasa yang bercampur-campur. Macam tak ikut tajwid gitulah :). Biasala zaman sekarangni bahasa rojak sudah menjadi kebiasaan. Tengokla entry saya yang lepas-lepas, main bantai aje.Tapi menurut Puan Ainon sebagai penulis, tulislah dengan betul, jika berbahasa melayu, bertuturlah mengikut bahasa yang betul, kerana ia melambangkan kemuliaan sesuatu bangsa.

Selalunya kita sms yang paling sesingkat yang semampu boleh. Tapi kalo sembang sesama kawan, takpe kot.hehe. Cumanya sebagai seorang peniaga, saya selalu menghantar khidmat pesanan ringkas kepada para pelanggan saya. Selalunya berbunyi "slm,new hilyah tsht arrvd.White n brgndy is almost like maroon.come n gt 1 at my shop.lmtd stcks.jzkllh". Ataupun pengumuman kedai tutup, "dear cstomers, i'm on vction,4 3days,7-9/2.our shp w'll b closd,any ordr,kndly cntct me via sms,tq".

Apabila suami membaca pengumuman/kiriman sms saya kepada para pelanggan dan agent, dia menegur saya supaya
"Tulisla sms dengan betul kerana ia melambangkan keperibadian kita dan melambangkan imej perniagaan kita. Panjang-panjang pun takpe. Nak jimat sms buatpe.".

Sejak semalam, saya mula menghantar pengumuman perniagaan kepada pelanggan dan agent dengan tulisan dan ejaan yang betul. hehe. Dan. Saya mula menulis semula pengumuman dan jadi agak panjang juga kerana takde singkatan. "salam, new hilyah tshirt arrived.White and burgundy is almost like maroon.Please come and get one at my shop.Limited stocks.jzkllh" dan "Dear customers, i'm on vacation for 3 days, 7/2-9/2.Our shop will be closed.If any order,kindly contact me via sms,thanks".

Dan kata suami saya lagi, jika ingin sms/menulis dalam bahasa melayu, gunakan sepenuhnya bahasa melayu dengan bahasa yang betul untuk hantar sms pada customer. Ingat tu.
ye,bang!hehe.

p/s: Tengok tu, entry saya masih bercampur aduk lagi.hehe. Nampak gayanya kena pi kursus penulisan ngan Puan Ainon kot nih!!

9 comments:

Aina Ana said...

Betul Najah, aku ni amat prihatin sekali dengan penggunaan bahasa. Sekalipun bertutur, jika berbahasa Melayu, maka aku akan guna bahasa Melayu baku. Jika berbahasa Inggeris, aku akan guna Inggeris yang betul sampai akhir. Aku jenis tak suka campur adukkan bahasa terutamanya Bahasa Melayu. Aku sudah anggap bahasa Melayu bahasa yang eksotik sekali yang wajar digunakan, dituturkan dan dibicarakan dengan selayaknya.

Raiyan said...

kau ni bagus ya!
seperti suami ku juga :)

p/s:aku kini cuba bertutur dlm bahasa yang tidak bercampur2.hehe

mardhiah12 said...

alamak! selalu campur-campur...
tapi tulis short form tu, saya memang tak berapa suka. sikit2 tak apa. kalau the whole sentence short form, tak faham la pula

kakLuna said...

salam najah, aku ada cadangan, harap hang x amik hati, ttg template blog hang ni, aku rasa lebih cantik kalo background nya lebih cerah. bila gelap, kdg2 mood nk baca pun jd hilang wpun isi blog yg kau tulis amat informatif. :)

aku menyokong dan sntiasa mendoakan kemajuan hang :)

Raiyan said...

aini,
akak la suka sgt tulis short form.hehe.

luna,
tq2, aku memang dah lama plan nak tukar skin ni. tapi takde masa betoi nak dok lama2 depan notebook. hang cari la skin blog cun2 kat aku.hehe

Hanny said...

Terima kasih najah kerana telah berkunjung ke blog mck mahani. T-shirt yg ambil hari tu, sambutannya agak menggalakkan dari kawan-kawan sekolah.Duit baki nanti mck hantar melalui akaun najah, kalau tak dak aral mungkin hari Jumaat. Tak dak masa nak pi lepas balik dari sekolah, maaf ye lambat sikit.

Satu lagi , mck mahani ada copy dan paste iklan T-shirt muslimah yang ada dalam ar-raiyan ke dalam blog baru mck mahani iaitu AL-WANIS SHOPPE. Kalau najah masuk blog mck , nanti blog AL-WANIS SHOPPE ada dilinkkan di situ.
Blog ar-raiyan pun dah dilinkkan dalam blog mck mahani.

Raiyan said...

mekasih mck,
najah pun dah link kan blog mck kat kronisme tu.
duit tu bila2 pun takpe... tak kisah :)

Pnut said...

najah-akak mmg tak berkenan dengan sms 'kelam kabut' gitu, terutama kalau formal, really reflect diri org yang menghantar sms tu..

kalau tulis campur aduk bm dan bi ok lagi, tapi kalau menulis singkatan perkataan pelik-pelik akak tak best langsung...

rgksn sms plik utk bdk sklh je, org bsr x tls cmni,

ehehehe ni contoh sms pelik...

Raiyan said...

hehe,saya pun dah mula belajar tulis sms2 yg tidak pelik lagi sejak berkawan dengan org2 dewasa. customer2 saya kebanyakan 10-20 tahun lebih tua.hihi

 
blog template by suckmylolly.com