thePencil.org Ar RaiYan: Selamat Pengantin Baru

Monday, December 22, 2008

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah...
Kenuri adik ipar saya, Wan Aisyah dan Shahrir Rizal telah selamat disempurnakan pada 20 Dis lalu. Akad nikah sebelah paginya. Lama tak update sebab saya sibuk dengan kenuri ni laa. Saya membantu la sket2 dari segi persiapan hantaran, doorgift, wedding cake hingga penyediaan meja makan pengantin. huhu. Test power je tuu.Berdebar sebenarnya apabila diminta ummi untuk siapkan wedding cake. Nak tergelak pun ada. Pening memikirkan apa yang perlu di deco kat wedding cake tu. hasilnya...
"waaah...macam tak percaya la (jakun betoi suami saya).Lepasni leh la wat kek tingkat2 tu," abg bersuara sambil menepuk bahu. huhu... banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Inilah kali pertama saya diminta menghasilkan wedding cake orang. Mujur adik ipar sendiri. Dia mahukan warna2 pastel, bunga kecil2 (english style). Tak sia-sia saya belajar basic deco kat Cikgu Rani. Mesti Cikgu Rani tu bangga dengan saya. hehehe.
Tapikan,bila tengok dekat-dekat, saya rasa kek saya tu comot bebenor...huhu

Saya suka pic ni. Kredit to Denz... thanks for da best shot!!


Inilah orang yang paling banyak menyokong saya.


Banner Doa Pengantin daripada Iqra' Books. Kami sedia memberi pinjam kepada mana-mana pengantin yang akan melangsungkan kenuri mereka dengan menggantungkan banner ini ditempat kenuri masing-masing. Anda cuma membayar postage aje... Nak pinjam tak?? leh sms/call saya, 012-5735856

Ni hantaran cupcakes coklat + strawberry, pengantin sendiri yang request, dia belikan strawberry. Saya kena la buatkan.huhu. Pulun bukak internet, last skali saya buka web Cikgu Rani saya. hehe. Ampun ya cikgu... anak murid tumpang idea. hehe.

Ni untuk doorgift rombongan pengantin,sanak saudara terdekat dan rakan terdekat pengantin

P/s: Alhamdulillah... saya budak baru belajar. Semuanya pertama kali buat saya.Masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya seronok melakukannya. Terima kasih ummi kerana mempercayai dan memberi peluang.

4 comments:

|| syazwaniadnan || said...

waaa.. good2 kak..
skill yg ada tu kena 'tunjuk'..
kalo peram lama, xbest la. hehe..

cantik la akk deco ;)

the author said...

hehe, tq2.

dr.to.be said...

kak..srius lawa.tingin nak balaja...ada tak member2 akak area subang yg buka klas>

Anonymous said...

slm. nak tnye, brape saiz banner tu ea?

 
blog template by suckmylolly.com