thePencil.org Ar RaiYan: Nak dok Umah aje...

Wednesday, May 27, 2009

Nak dok Umah aje...

Kakak Ibah, hujung tahun ni nak masuk 5 tahun sudah pandai tidak mahu ke tadika. Mengelat pun ada. Buat-buat demam dan pening kepala. katanya tak mahu ke sekolah, sebab dah tahu dah. Membuatkan saya rasa serba salah samada mahu memaksa atau biarkan dia di rumah. puas ummi dan baba pujuk. kadang-kadang siap pakat dengan cikgu. call cikgu, mintak cikgu call umah dan kebetulan kakak ibah yang akan angkat phone. so biar cikgu yang cakap ngan dia. itupun tak menjadi juga. ada saja tricknya.

saya akui, bila di rumah pun kakak ibah belajar benda yang sama. bacalah anakku, belajar iqra', buat math, english, science, writing dan semua yang dia belajar di tadika. bahkan kami mengajar dan memberi buku latihan pada level 6-7 tahun dan dia mampu lakukan. jadi bila dia ke tadika, masuk kelas 5 tahun, dia dah boring nak buat semua tu sebab latihan yang diberi senang-senang belaka katanya. itu salah satu punca buat dia bosan di tadika.

punca kedua menyebabkan dia tanak ke tadika ialah dia tanak tido petang, hal tu boleh kami terima sebab kakak ibah memang tak suka tido petang. bila ke tadika, terikat dengan peraturan tadika jam 2-4 ptg adalah waktu tido. jadinya, kami terpaksa ambil kakak ibah awal sebelum jam 2. bukan seperti sebelum ni, ambil ofis hour.

punca ketiga yang kami takleh terima alasannya sebab ummi n baba tak kerja macam mak ayah orang lain. pegi pejabat n balik pejabat. ummi n baba kerja fleksible, kadang- kadang pi kerja jam 12 tengahari balik jam 6, kadang-kadang pi kerja jam 9 pagi balik jam 3 ptg, jadinya kakak ibah pun nak ikut style macam tu juga. Aiyaarrkkkk...

nampaknya baba n ummi kena berlakon ker macam parent lain? rata-rata kawan-kawan dia mak ayah diorang kerja lecturer n guru sekolah. yang pergi kerja awal pagi, balik kerja lewat petang.

aduhai anakku.....

6 comments:

Irfa said...

pandainya kakak ibah.anak saya pulak suh umienya duk umah.
adoi..anak oh anak.macam2

Najah Farahin said...

irfa, tu la bdk zmn sekarang.huhu
tp bila memikirkan tujuan asal hntr dia ke tadika sebab nak berkawan, bkn nak suh dia belajar sgt.
tu yg taknak paksa dia pi tadika tu.
agaknya sebab dah jemu kot ek. masuk tadika n nursery sejak umur 4 thn.huhu

SMM said...

kak najah,
nasib baik dia tak request "ummi, nak homeschool" hehe :)
bawa dia ke kedai, boleh bergaul dengan pelanggan di samping tolong2 babah, boleh jugak belajar ilmu2 berniaga..

Najah Farahin said...

best jugak ek buat homeschool mcm baiti buat dulu.
kdg2 bwk juga dia ke kedai.

bAiTi said...

K.Najah, seronok buat homeschooling especially bila kita ada masa yg flexible. Anak2 pun enjoy :). Saya sekarang agak terkejar2 jer buat semua benda. But, kalau x bleh buat semua, jgn tinggal semua. Kan? Kan? Kan? :P

Saya rindu la duduk rmh + main2 dgn anak2. Skrg ni, saya buat kerja dr rumah jugak, tapi fikiran duk pk dateline study jer, huhuhu..

Bagi Kakak Ibah enjoy duduk kat rmh la, ummi hehehe.. Teringat adik bongsu saya, berhempas pulas dengan homework masa dia sekolah tadika dulu.. :(

SyifaButik said...

pintar sungguh anak kak najah sampai boleh pikir macam tu..hihi..
tulah anak2 kan.. tapi alhamdulillah anak kak najah dapat no 1 kat kelas.. nak sgt anak2 ifah pandai2 belajar dan dpt no 1 juga ..amin..

 
blog template by suckmylolly.com