thePencil.org Ar RaiYan: Bandung Part 3

Thursday, July 23, 2009

Bandung Part 3

Selepas brekfast dengan nasi lemak mck Zaini yang best tu, kami mengikut Mck Zaini ke ITB (Institut Teknologi Bandung) sebutannya adalah 'itebe'. haha. lucu. Kat ITB, kami singgah kat student mall, ada kedai tudung yang best kat situ. Borong sampai 5 helai. Nyesal lak tak beli banyak lagi.hehe. Tudung embroided keliling pun baru rm9 aje. Aduh, kat sini tak dapat beb. Saif borong keychain yang kreatif2 n cute2

Lepastu jalan sket kat depan ITB ada kedai buku PKS. Kedainya kecil aja tapi penuh dengan buku. Pemiliknya nama Pak Erfan, ada discuss pembelian Qur'an dengannya. Buku-buku kat sini murah-murah, sebab Mck Zaini selalu beli buku kat diorang. Sempatla rembat 4-5 buah buku kat sini. Beli buku untuk ummi as ole-ole. Hehe, mak mertua saya lebih minat buku dari menda lain.

bersama Mck Zaini

Lepas hantar Mck Zaini ke lab ITB, pak supirnya menghantar kami ke F.O kat Jalan Cihampelas. Saif nak beli jeans kat sana. Jam menunjukkan kol 11 pagi (waktu malaysia jam 12). Janji dengan pak Supir jam 12 lebih nak ke Darut tauhid ambil Afif (anak Mck Zaini) yang berkursus kat sana. Alamak, sempat ke 1 jam nak shopping ni? aiiyarkk...redah aje la. Perut saya dah berbunyi. Pregnant, jadi cepat sangat terasa lapar. Sebelum shopping isi perut kat Rumah Makan Saung Baraya. Leh tahan jugakla kedai makan ni. Kami mencuba Nasi timbel Komplit set berserta pisang goreng keju. Memang lucu dengar pisang letak keju. Tapi try la. Sedap siot. Nasi timbel ni letak dalam daun pisang. Airnya saya pilih jus advokat bersama durian, eeii...manis dan pekat. tak minat. Saif memilih air susu cola. Memang pelik air Saif, rupanya air coke tu diletakkan susu pekat dalamnya. Sedap juga. Cuma air saya yang tak berapa sedap.Huhu.

Nasi TimbelPisang goreng keju

cola susu pekat

Selepas makan denga lahapnya, berjalanlah kami di sekitar Cihampelas tersebut, banyak betul pakaian lelaki. Saya tak beli pape pun sebab takde pun baju untuk saya. Beli tshirt Bandung untuk adik-adik sebagai ole-ole aje. Saif memborong seluar sampai 4 pasang, kemeja 4 pasang. Amboi shopping sakan dia. Saya tatau sejauh mana keaslian jeans di sini. Mungkin ia 'aspal' (asli+palsu), Seluar burberry yang kat Malaysia harga rm300, tapi kat sini RM60 aje. Sama sebijik.

Pilih seluar bayar, pastu ada tukang jahit seluar/alter seluar kat tepi jalan. Sehelai seluar upah rm1
Saya yang menjadi mak guard menjaga barang-barang sementara orang tu asyik masuk fitting room mencuba seluar dan baju. uhuk


Ciwalk Shopping kompleks

Dok ralit membelia seluar n baju, terlupa pula janji dengan Pak Supir nak ikut dia ambil anak mck zaini yang kat Darut Tauhid. Alamak! dah kol 1 lebih la. Terus berkejar kat tempat yang dijanjikan. Saif tak puas membeli di Cihampelas. Tapi ok la, dah rembat 4 pasang seluar tuh! hehe
Sebelah petang, kami ke darut tauhid, salah satu tempat yang saya teringin pergi. Teringin nak jumpa AA Gym, tapi Afif kata Aa Gym takda, buat umrah skrg ni. Kami tak masuk pun dalam Darut Tauhid, sekadar singgah kat kedai-kedai di luarnya dan solat jamak di masjidnya. Kat sini memborong CD dan buku kanak-kanak. Sempat beli CD Laskar Pelangi yang Ibah nak,barbie untuk kakak Ibah dan Tasneem. Memborong kaset-kaset motivasi aagym

Saif dan Afif
untuk Ibah n Tasneem

Lepas ambil Afif, kami minta Pak Supir turunkan kami kat F.O lain pulak, Terminal Tas. Nanti kami balik sendiri ke rumah mck Zaini ya. hehe. Kat terminal tas kami membeli beg tambahan memamdangkan barang-barang yang dibeli sudah banyak, jadi terpaksa beli beg. memang itu perancangan asal dari Malaysia.
lautan beg

Kami membeli 2 backpack,lepas tu lintas jalan singgah kat F.O Secret. Gelap betoi dari bangunan di cat hitam hingga ke dalamnya. Ramainya orang. Oh ya, sedang musim liburan , ramai juga orang bershopping di setiap F.O. Unik kat Bandung ni ,setiap factory outletnya seperti sebuah rumah besar dan di dalamnya terdapat ruang besar yang menjual pakaian. Selesa dan kemas. Aduh, perut terasa lapar lagi. Huhu. tengok jam hampir maghrib, cadang nak ke F.O Rumah Mode. Sebab bila baca blog, Rumah Mode ni salah satu F.O yang famous di kalangan rakyat Malaysia. Rata-rata yang datang pakej ke Bandung, mesti pak supir mereka membawa shopping ke Rumah Mode. Katanya landskap dan deco cantik. Ape pun isi perut dulu. Singgah di sebuah rumah makan, tapi lupa namanya. aiyaark. Singgah situ sebab ada menu ayam penyek. Oh ya, kat sini elok masuk kedai grand n mahal-mahal sebab nak kalo balik Malaysia dah tak merasa dah masakan mahal cenggitu. sebab kat malaysia lagi mahal.hehe. oh ya, lagi satu kalo datang Bandung ni jangan lupa mencuba jus-jus mereka. asli dan sedap. diorang ni tak kedekut buah untuk blend buat jus. kalo stawberry jus tu, penuh blender diisi dengan buah strawberry. sedap. sini senang dapat buah strawberry. kalo jus mangga tu, rasa macam buah pelam harummanis tu di blend buat jus. perrgh. harga murah, baru rm1.50 duit kita. Setakat ni saya dah try jus strawberry, advokat, durian belanda dan mangga harumanis tu. saya sudah jatuh cinta dengan jus strawberry blended tu

Sedang mencuba menu 'ayam penyek' komplit set. sedap. nyum nyum


bergambar di depan rumah mode

Ini rumah Mode. Salah satu F.O ngetop bagi rakyat Malaysia. Tapikan, kat sini kalo beli baju branded agak mahal juga. Masuk sini rasa macam shopping kat KL pula. sebab kiri kanan dengar orang cakap bahasa kelate, penghak n kedah. Orang Malaysia belaka berabis duit kat sini.
Saya tak beli pape, sebab sesak giler. saif sempat belikan tshirt as ole-ole untuk ayah. Dok kat Rumah Mode kejap je, pastu kami ke Paris Van Java.
Ini shopping kompleks orang-orang kaya kat bandung. Lebih kurang cam Midvalley. kat sini letih tunggu saif bertapa lagi di Gramedia (kedai buku). Ada sales buku kat sini. Saya tak masuk sebab udah capet. bayangkan seharian saya diheret berjalan. Mujur kami tinggalkan barang-barang shopping dalam kereta dan mintak pak supir bawak balik dulu. Saya dok lepak makan-makan kat kiosk depan Gramedia sementara menanti Saif. Makan roti letak cheese bersama mocha blended. mak aai... muaknya. Rupanya kat Bandung ni kaya dengan cheese. Pisang goreng pun letak cheese. huhu
Alangkah indahnya kalo kita ada kedai buku cenggini kan yang?Saif berangan.muahahha

Penat saya menunggu si dia membeli buku. Mujur ada tempat-tempat makan dan kedai-kedai best untuk jamu mata. Kami pulang hampir kedai buku tu nak tutup. Tu pun sebab nak tutup.hehe. Mck zaini berkali-kali call risau sebab dah malam tapi kami belum sampai lagi kat rumahnya. Kami pulang menaiki teksi, agak mahal jugakla. Sebab ke rumah Mck Zaini agak jauh dan melalui hiway. dan pemandu teksi tu tau yang kami bukan orang tempatan.huhu.

5 comments:

HappyIrfa said...

WOW..dalam bawak perut pun sakan bersoping yer.

semoga impian saif nak dapat kedai buku secanggih itu jd kenyataan.

kena 'pau' biasa bila mereka tahu kita bukan org tempatan,apalagi dah terdesak bila dah malam2 camtu

saya pun teringin nak gi bandung.
tunggu mas ada direct flight pegi sana.hehe

Ummu Auni Afif said...

saya terasa jealous tgk akak pergi kedai buku tu, huhuhu...yang jual kitab banyak tu

gramedia ada buka cawangan di malaysia, tapi rasanya paling dekat dgn rumah saya, di kelang, huhuhu

Anonymous said...

best baca catatan najah ke Bandung! ya...di sana mmg x puas shopping, harga teramat murah..

insyaAllah kami akn ke sana sekali lg after raya (dah terpikat dgn kota Bandung :D hehehe)..rasanya klu pergi byk kali pun, mmg x boring kan

-Kak Fiz-

the author said...

irfa,
awak pregnant juga kan? bila due?

aini,
dgrnya gramedia buka kat mesia, dkt umah aini ek?besar dak?

kakfiz,
waa...pegi lagi ye kak?selalu akak td hotel mana ek?

dianz said...

good news:
kilang t-shirt SIK itu aku dah tahu tempatnya. murah gile harga dari sana tu asalkan beli banyak...
nanti kalo kesini lagi minta antar sopir bu zaini ke jalan Cipedes, pabrik kaos SIK
gudluck! :D

 
blog template by suckmylolly.com