ahad lepas saya menghadiri mesyuarat perancangan strategik IKRAM, perlis untuk sessi 2010-2011. mula jam 9 pagi hingga 11.20 malam saya berkampung dalam bilik mesyuarat membuat plan, merangka plan tindakan. membentangkan plan tersebut. setiap kumpulan diberi mengikut KRA dan KPI mengikut minat dan kepakaran masing-masing. mesyuarat ni bertujuan untuk melonjakkan lagi IKRAM di negeri Perlis. Ya, saya ahli IKRAM. ape tu IKRAM? nanti saya bagi link yer
Bila melihatkan perancangan strategik yang kaw-kaw tu, memang nampak macam tak tercapai. jadual sangat pack. saya tatau nak selitkan aktiviti individualistik saya di mana. hehe. tapi , jika ini dibuat bersama-sama. Insyallah kita berjaya. Akan datang tugasan saya lebih kepada blog update, program palestine, aulad dan isu-isu wanita. Saya tak mampu nak coupe remaja dan belia. setakat tolong sikit-sikit tu boleh la. Moga usaha yang kerdil ini mendapat pertolongan dan keberkatan Allah....
Bila melihatkan perancangan strategik jamaah buat, saya terfikir untuk buat perancangan strategik untuk bisnes kami juga. akan datang mungkin saya dan saif lebih kepada bisnes berbentuk training kot. haha. eh baru plan aje tau...
tapi dah start le sikit-sikit buat modul. venture/tambah ke biz lain juga. tahun depan rasa lebih confident nak hantar proposal ke jabatan-jabatan kerajaan kot. insyallah. ameen
Sedikit perkembangan bisnes kat umah ni, alhamdullillah sejak saya diminta mengajar pelajar politeknik untuk kursus bakeri awal bulan oktober lalu, kalini saya diminta mengajar kursus lanjutan bakeri awal november ini. terima kasih buat sahabat saya, nizah yang juga pelanggan saya,yang banyak membantu saya. saya perlu menyiapkan beberapa quotation serta modul untuk kursus ini. Saya juga diminta menyediakan slide powerpoint serta motivasi keusahawanan kepara para pelajar ini. Insyallah, akan buat yang terbaik. mohon doakan. dibawah ini adalah kelas bakeri untuk politeknik bebaru ni
Tuesday, October 26, 2010
rancang...
betapa tak profesionalnya mengajar ada assistant kecik tu.huhu. ni cabaran bekerja dari rumah.
p/s: takziah buat sahabat saya rozi yang saya ceritakan dlm entry lepas, telah kembali kerahmatullah pada 8 oktober lalu. al faatihah. moga Allah tempatkan almarhumah di kalangan para solehin...
Labels:
bisnes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
akak kalaulah akak dapat ngajar saya :D
malu la nak ajaq aini. hahaha
ada pulak...sabar jer :P
Post a Comment