thePencil.org Ar RaiYan: Aku Kini Kembali...

Wednesday, March 23, 2005

Aku Kini Kembali...

Lamanya tak update. Rindu rasanya. Kesibukan melingkari diri. Aper...ingat aku ni leisure housewife ker? Hehe. Seminggu pulang ke Penang. Best jugak setelah sekian lama tak balik. Lepas ni tunggu cuti sekolah pulak laa. Lega rasanya setelah menyiapkan projek mendesign dan mencetak kat kahwin tini. Haritu pi Bandar Klang, tengok orang jual kaad kahwin kat kontena tu...perrgh....cantik-cantik dan murah-murah belaka. Macam-macam design. Ni kalo bukak bisnes kat Perlis ni...mau tak menang tangan. Hehe. Pasang angan-angan nan indah. Time aku kawin dulu...kad semua limited edition. Tak banyak pilihan. Yang murah-murah dan cantik-cantik sekarang, dulu bukan main mahal lagi. Itu dulu...yang dah lepas tu dah ler. Isk ape laaa.

Isnin lalu berangkat ke KL, singgah bermalam di Bukit Merah Laketown. Awal pagi Selasa bertolak ke Klang, hantar salahuddin ke Maahah Hafiz. Sempat membuat beberapa sessi lawatan. Melihat para pelajar di sana. Jumpa siswi yang sedang membuat diploma tahfiz, haha….Nusaibah hairan melihat kakak-kakak berniqab (berpurdah). Bila mereka dukung dia, kalut tangannya nak tarik purdah kakak-kakak tu. Hehe. Ini first time dalam hidup dia nampak orang, cuma nampak mata aje. Jeles tengok orang jadi hafiz ni.

Syukur kerna masih sempat melawat mudir sekolah kami dulu. Mudir Khairul Anuar Hashim yang kini telah dibedah di Hospita TAR Klang akibat diabetes. Memang masa tidak mengizinkan untuk kami berlama di sana. Sampai di hospital jam 3 petang. Waktu melawat sudah tamat. Kami (aku, abang, ayah,ummi, balqis, affar n nusaibah) bergegas masuk jugak dengan dikejar oleh 2 orang pak guard. Sempat jumpa muallim cuma 2 minit aje. Sekejap sangat. Cukup terharu bagi aku melihat muallim dalam keadaan lesu begitu. Lagi bertambah sedih bila ummi kata, "saif dengan najah, banyak-banyakanlah doa untuk muallim khairul agar cepat sembuh, dia guru korang tu,banyak jasanya."

Memang aku sentiasa doakan guruku itu agar cepat sembuh dan boleh berbakti kepada masyarakat seperti sebelum ini. Bukan doa sewaktu mereka sakit aje, tapi aku pasti mendoakan setiap masa dan ketika, seperti mana aku mendoakan ibu dan ayahku. Terimbau kenangan bersamanya. Seorang guru yang tegas dan agak kelakar juga, kadang-kadang tu garang sangat sampai kami takut giler. Kami tinggal di asrama, muallim dan isterinya la jugak yang menjadi warden kami. Memang kalo dok asrama, lagi rapat dengan muallim khairul berbanding pelajar luar asrama. Muallim khairul selalu berkongsi cerita dan pengalaman beliau. Paling tidak pernah aku lupa apabila kami ada jadual membasuh tandas sekolah. Pelajar asrama selalu kena puji kat perhimpunan kerana rajin mencuci tandas sekolah agar selalu bersih. Katanya, basuh tandas ni membuang rasa ego dalam diri. Dengan slogannya ‘we love to clean toilet’. Haha. Kalo masa kecik-kecik dulu selalu nampak abang bawak baldi n berus nak pi basuh tandas.hihi. bila besar, tak sangka pulak tu suami sendiri. Hiks.

Itulah sedikit dari seribu satu kenangan yang pastinya menjadi memori dalam lipatan sejarah idup aku. Bila kenang balik keadaan muallim tika ini, aku rasa terharu sangat-sangat. Guruku dalam subjek fizik, kemahiran hidup sains ting 2 dan guru silat cekak. Masyallah, banyaknya ilmu yang dia curahkan kat aku. Tak terbalas jasanya. Doaku agar muallim khairul cepat sembuh dan kembali aktif dalam mendidik generasi al qur’an. Banyak jasanya padaku, Ya Allah. Berkatilah guruku ini. Amin.

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com