thePencil.org Ar RaiYan: 31 ogos 2003...

Saturday, September 01, 2007

31 ogos 2003...

Abang,
saya tidak tahu bagaimana harus dinyatakan betapa saya bahagia meniti hari-hari ini bersama abang. Empat tahun sudah melayari bahtera perkahwinan. Andainya saya tahu betapa bahagianya hidup saya pabila berkahwin, sudah tentu sebelum grad lagi saya dah kawin.hehe. (Tapi masa tu abang belum masuk meminang lagi)


Saya mengenali suami sejak sekolah rendah lagi. Tapi saya betul-betul tidak menyangka yang dia adalah suami saya sekarangni.hehe. (ini menjawab pertanyaan mynie sebenarnya).Mynie tanya sebelumni memang kenal ke? akak kenal nama aje mynie, tatau anak sapa, adik beradik berapa.Cuma tau dok perlis aje (takkanla tatau kawan-kawan sekelas dok kat mana kan!)Maklumla sekolah agama kan mynie.hehe.

Masuk sekolah menengah, satu kelas dengannya. Masa dulu perwatakannya kurang menyerlah. Budak baik, agak pandai juga. Tapi kadang-kadang suka tidur dalam kelas sewaktu petang.haha. Pernah dibaling pemadam papan putih oleh muallim syukri waktu kelas tafsir/seerah. Ingat tak abang? haha.... terdetik dlm hati saya.ish budakni... dalam kelas pun leh tido.teruk betul.takleh buat laki. See? sekarang sapa suami sapa? haha.

Agaknya itu membuatkan saya kurang nampak dan tak amik tahu sangat perihal pelajar lelaki dalam kelas. Apatah lagi suami saya tu. Dia takde dalam kelas pun saya tak amik tahu.Apa yang saya tahu, hanyalah gaduh dengan mereka jika mereka tak buat duty sapu sampah dalam kelas kami setiap pagi.hehe.

Oh tuhan, bila sampai kad jemputan kawin ke sekolah kami, Semua guru2 terkejut. Saya sendiri pun tidak menyangka jodoh saya dengannya. Kawan-kawan saya (perempuan) yang satu kelas dengan kami berebut nak datang ke majlis kenuri saya. Sanggup naik bas ekspress beramai-ramai. hehe. tu untungnya kawen awal, sebab kawan-kawan lain semuanya masih bujang, mereka lum ada komitmen lain.Semua nak jadi penanggah waktu kenuri. Nak tolong make up kan, nak tolong kemas bilik, nak jadi camerawoman,nak tolong macam-macam lagi.Terima kasih akhawat batch 2!

Saya benar2 terharu dan bersyukur, hebatnya perancangan Allah Taala... Dia mengaturkannya tersusun kemas. Masa dan perjalanan proses kawin ini terlalu pantas. Senang sangat, mak dengan mak masing2 call dan bincang by phone aje. Bertunang, lepas 3 bulan then kawen. Indah betoi jika dikenang sejarah perkahwinan :), seakan-akan mimpi. Bermula episod pencintaan selepas kawin. Sehingga sekarang, jika bercerita hal sekolah,kisah guru, hal kawan-kawan,kes denda,kes supernatural, rahsia2 asrama, sampai sekarang masih tergelak2. Tak jemu2 mengulang cerita.

Tergelak saya, teringat kembali sewaktu kawan-kawan kampus seringkali bertanya saya apa ciri2 suami idaman saya. Agaknya masatu saya dilihat seperti ustazah, bertudung labuh, high taste (kononnya pada mata kawan-kawan serumah saya yang saya ni memilih,suka kutuk boipren kawan2 serumah.hehe). Saya siap senaraikan list yang panjang begini: 1.dia mestilah ikhwah. 2-dia mestilah masuk usrah.
3-Kuat agamanya. 4-Baik akhlaknya. 5-Tegas mempertahankan maruah. 5-Amanah 6-Tidak boros.7-Tidak liar matanya.8-Terbatas pergaulan.
9-Rakan pergaulannya.Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. 10-Bertanggungjawab. 11-Tenang wajahnya.
saya siap perli lagi kawan-kawan serumah, "ha..kalo korang dapat jumpa orang macamni, bgtau aku! Takdenye kat UMS ni, kalo ada pun, mesti orang lain dah kebas.hehe"

Ya, dialah orang yang saya cari... walaupun pada masa saya listkan pada kawan-kawan serumah saya tu, saya sedang meminati seseorang yang sebegitu, tapi perancangan Allah lebih hebat dan Dia memberikan 'seseorang yang melebihi' dari apa yang saya impikan. Sujud Syukur...
Inilah orangnya... orang yang saya letakkan cinta sepenuhnya.My best 'sleeping partner' saya samada dalam bisnes atau pun real life.hiks

Mulanya saya tidak menjangka dia punyai minat yang sama. haha. Betapa Maha Adilnya Allah pada saya.....

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4 Abang!




terima kasih atas lagu "Permaisuriku-Hijjaz"

16 comments:

SMM said...

so sweeett :)
to kak najah & suami, selamat menyambut hari ulangtahun ke-4!

Anonymous said...

thanks mynie,
hanif antara yg terawal kawin dlm kelas kami :)

Latiptalib said...

Sama cantik sama sepadan bagaikan pinang dibelah dua :)

Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke 4. Didoakan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

kakLuna said...

dan lagi...itu lah yang best nya kawin sebaya :)


semoga terus berbahagia dirahmati Allah dan dilimpahi rezeki untuk najah dan saif..

NURAZZAH8 said...

to Raiyan/Najah,
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-4!!!
TAHNIAH.... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat... InsyaAllah akak dah 21 tahun... semoga Raiyan juga akan dapat menempuhi kehidupan dengan detik2 gembira...
cantik gambar Raiyan Kahwin.... agaknya anak akak Asma' kenal tak Raiyan??

eh...lupa nak cakap...semalam dah terima dgn selamat gelang yg Raiyan kirim...skrg nih nnt raiyan sms no akaun ya, akak akan bank in duitnya...

knv said...

najah, semoga dibawah peliharaan allah sentiasa...

Aina Ana said...

Happy anniversary Najah..adik aku Hafsa bulan 9 ni. 4 years macam hang juga la...hehehe..aku juga yg masih kekal spesis pupus orang bujang batch kita nih..hiks!

Ummu Auni said...

congrats!! upload gambar lama nampak..hehe..tapi suka tgk gambar kawin akak

Anonymous said...

terima kasih paklatip.doakan kami ya :)
kak nurazzah: masa saya sek menengah,anak akak baru masuk sek rendah la kak :)

luna: hang n am pun sebaya ek! hehe

anamiraa:terima kasih ;)

aina anaa:hang tunggu hero kayangan ek.hehe. hang pasti akan dapat yg terbaik insyallah.

aini: ye, meng upload gambo2 lama.sesambil tergelak teringat masa kawen. hehe
aini pun punya kenangan manis ek.share laaaa

bAiTi said...

Happy Belated Anniversary K.Najah!!

Teringat 4 tahun yg lepas, K.El duk tanyakan saya utk k.Najah kat mana nk dapatkan baju jubah yg saya pakai time kenduri kahwin dulu..

Sekejap je masa berlalu.. ;)

Moga senantiasa dinaungi mawaddah wa rahmah ;)

Anonymous said...

baiti,
berkenan ngan baju pengantin biru baiti buatkan akak memanjat tangga semua house kat jalan tar tu utk menyewa juga.hehe.lega dapat jubah purple tu kena dengan tema belah pihak pengantin pompuan. bila pakai, terkejut sebab nampak diri sendiri cantek banget.muehehhe

bAiTi said...

Huhuhu.. nape panjat tangga? lif + escalator kan ada, hehehe.. :p

But, seriously..
Mmg cantik banget..!! ;)

ummu_ammarz said...

Kak Najah,Happy Belated Anniversary.Semoga kekal selamanya.Amin....

Anonymous said...

dah update tanggal 31 ogos

Ummi said...

salam,

so sweet. macam pinang di belah dua.

selamat hari ulangtahun. semoga bahagia hinggal ke anak cucu.

Nur said...

Salam
Najah/Saif - Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 4, semoga terus berbahgia dan diberikati ALLAH..ehm bila nak jumpa najah niee...

 
blog template by suckmylolly.com