thePencil.org Ar RaiYan: Sibuk...

Thursday, August 02, 2007

Sibuk...

Aduh... sehari dua ni saya rasakan amat sibuk dan sedikit stress. Kerja makin bertambah. Banyak database customer masih belum update. Tambahan pula stok tshirt dijangka sampai agak lewat dari tarikhnya. 10 Ogos dijanjikan oleh supplier. Tensen juga. Sebab customer sudah beratur menempah. Terasa malu pula kat diorang.huhu.

Pengeluaran kek batik dan dadih yang sudah tertangguh sekian lama akibat tokehnyer accident, kini akan bermula semula. Tapi MC saya tamat 14 ogos ni :). Aduh, pekerja saya sudah masuk matrik. Kini saya sedang mencari pekerja baru. Esok akan interbiu/jumpa sorang adik ni. Dia mohon kerja sementara sebelum dia mendapat kerja tetap. Bulan puasa cuti sebab tak buat le kek batik n dadihnyer.Keje sementara pun ok, sebelum saya nak susun semula struktur kerja selepas raya nanti. Harap-harap adikni sesuai.

Hmm... saya rasa saya kena cari rumah sewa la untuk buat bengkel/dapur ni. Kat umah sewa tu nanti boleh buat kek batik, dadih , kuih raya dan segala macam benda kat situ. Tak perlu ganggu kawasan dapur sekarang. Lagipun itu umah mak mertua saya. Agak susahla sikit jika ada orang lain/pekerja di dapur.

Betapa saya perlukan pembantu. Saya sudah tidak sempat lagi nak uruskan semua seorang diri. Mengadap gelang aje, tinggal semua yang lelain tu.hehe. Tu belum masuk

1)Survey/tanya sekolah2 utk supply buku (esp produk AnaMuslim)
2)Promosi t-shirt labuh.
3)Cari bahan/maklumat untuk letak di website baru (Luk, tolong luk!!)
4)Jumpa pengarah pusat sumber negeri yang saya janji akan supply buku pada mereka.
5)Collect semua tarikh lahir orang-orang penting.Esp orang2 Perlis
6)Beli stok tudung utk jualan raya
7)Plan jualan biskut raya (belum beli mesin falcon lagi)

Banyaknya kerja saya tertangguh. Bab-bab berkaitan dengan sekolah tu saya rasa nak start awal tahun depan aje. Tahun ni macam tak mampu aje. Pengurusan masih lagi berterabur....

Fotostat? saya sudah tidak sentuh lagi.Memang dari awal2 lagi dah. Suami buat semua tu. Kesian suami saya, sudah beberapa kali entend tesisnya. Mujur ada part time staf yang mahu bekerja jaga booth setiapkali kami buat jualan di luar. Ohya, harini dan esok kami membuka booth buku di Lobby Bangunan Persekutuan, Kangar. Silalah datang! Bukan apa, kena pulun buat sales memandangkan ada lagi stok buku lebihan pesta buku haritu. Kalo tak keluar buat sales, alamatnya terbenamlah duit untung kat buku-buku tuh.huhu

Saya memohon maaf buat beberapa orang adik (setakatni 3 orang) yang meminta saya menerangkan kos untuk membuka sebuah kedai buku. Ada yang mintak saya jadi mentor mereka! aiyark... saya bukan orangnye adik-adikku sayang. Saya masih bertatih, jalan pun asyik terjatuh lagi. Kedai buku pun belum masuk lagi kat Kangar tu. Masih buka kedai sebelah umah.

Kerja NGO... Prog Remaja: Antara Cinta dan Fantasi bakal diadakan 10 ogos ini di Library Kangar. Buatkan saya rasa bersalah sebab belum siapkan pamplet prog lagi. Mesti lepasni depa serik nak lantik saya jadi SU lagi.hehe. Terima kasih pengarah program yang banyak membantu/mengambil alih tugas saya.

Buat pelanggan-pelanggan maya yang membeli gelang dan tshirt, terima kasih kerana mempercayai saya. Saya cuba buatkan yang terbaik semampu boleh. Terima kasih juga kerana menyokong dan mendoakan saya.

5 comments:

Mynie said...

wah busynya kak najah... rasa guilty pula saya sbb nak menagih sedikit masa.. kak najah abaikan dulu permintaan saya ok? saya rasa mmg patut sgt kak najah ambil pekerja utk bantu. mungkin part-timers, kalau pun tak dpt full-timers. better delegate kerja2 yg labour-intensive dan non-value added kpd org lain supaya kak najah dpt buat benda lain yg lebih byk return...

Raiyan said...

tq mynie,
akak dah baca emel mynie.dah print semua senarai2 tu.best n menarik.nanti akak reply emel yer!

ummibatrisya said...

salam,
bznya. macam2 benda nak buat. apa kata najah ambik kak ummi jelah keje ngan najah. :)

Raiyan said...

haha.kalo amik kak ummi keja,kena bayar gaji tahap lecturer. jenuh saya.hehe

Nur said...

Salam najah, sibuknya, akak pun sibuk tu la sebabnya tak dan-dan nak pi jumpa najah di kedai kat arau tu, nanti akak cari masa kita janji lain ye..All the best, bila nak buka kedai kat Mara Mall tu.

 
blog template by suckmylolly.com