thePencil.org Ar RaiYan: Salam Aidiladha...

Friday, December 21, 2007

Salam Aidiladha...

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Salam aidiladha buat semua. Selamat berkorban membersihkan jiwa. Terlalu ramai berbuat majlis qurban di Malaysia...tumbang lembu kambing beratus ekor.
Kenangi saudara-saudara seIslam kita di luar sana samada di Kemboja, Mindanao, Acheh,Palestine dan beberapa negara lain. Lebih bagus kalo kita berbuat korban di sana kan!

Tapi best juga di sini, melihat masyarakat bekerjasama melapah lembu. Merebus tulang-tulang dibuat sup di surau dan masjid.Di rumah pula makan beramai-ramai bersama sanak saudara yang balik berhari raya.Merapatkan ukhuwwah...bertukar-tukar cerita. Bertukar resepi dan petua.

Raya kalini agak sibuk sikit dengan persiapan kawin sepupu di rumah tuk di Alor Setar. Semua berkumpul di sana. Macam nak pecah rumah bising anak-anak buah bermain. Anak saya tak kurang hebatnya. Mak-mak sibuk memotong bawang dan bahan-bahan untuk kenduri Sabtu ni. Anak-anak dara sibuk menghias hantaran, bilik, pelamin, bunga telur dan sebagainya.

Saya? saya kiranya masuk kategori makcik-makcik le kot :), tolong menolong di dapur. Tak kuasa dah nak menghias bilik, hantaran2 pengantin seperti muda-muda dulu. Sponsor sikit bunga telur ade la :). Lebih selesa bersama makcik-makcik yang tak kurang hebatnya mereka memasak. Dok dapur boleh merasa makanan! hehe. tu yang best tu! Tuk siap bertanya, "kakak rasa nak makan apa?,nanti kami buatkan". wah..ini sudah bagus! hehe

Apa-apa pun,moga majlis berjalan lancar dan diberkati hendaknya! Harini akan ke rumah tuk lagi membantu apa yang patut. Buat Syida dan suami, Selamat Pengantin Baru! Selamat melangkah ke alam baru!

1 comment:

nurinmz said...

Salam, heard th egud news. Semoga sentiasa sihat selamat sejahtera. Lama x nampak akak online, komputer rosak rupanya ye. InshaAllah ada rezeki nnt kita sembang2 ye. At the moment, tolong doakan kami. Tgh figure out camne nak wat bisnes gak ni. AllahHaafiz.

 
blog template by suckmylolly.com